Followers

5 Feb 2013

Isteri Keluar Kerja Suami Dok Umah. Memang boleh tapi ......


[ENTRY LAMA]


Zaman sekarang ni, wanita keluar bekerja dan suami tinggal di rumah adalah biasa.
MAkbed sesekali tak prejudis berkenaan tu.

TApi MAkbed prejudis kalau lelaki yang malas kerja, pehtu bila bini kuar kerja dia marah, jeles segala. 
TApi, dia tak kuar kerja jugak. 
GAmaknya duit nak beli nasik tu turun dari langit nan biru kot ye?


Dan MAkbed juga prejudis kalau suami culas-culas, taknak kerja.
Suka lompat-lompat kerja. 
KErja satu tempat, pehtu brenti.
Sukati dia je nak brenti. 
Behind the 'scene'nya bila ditanya "pesal ko ni asek brenti keje je. slamber. bagi notis 24 hours lak tu. Anak bini makan apa?"
Dia akan jawab..."TAkpe. My wife kerja. Sempat la sampai aku cari kerja baru."
Pehtu dapat kerja baru dan didapati kerja itu adalah tak besh, dia brenti lagi!!!

Sakit tak hati?


and how then a woman who works daily, come home exhausted yet do not put their 
cute butt down. go straight to the kitchen, prepare meals, while layan all the kids and still put on smiles? BEcause of LOVE.
KAlau dia tak sayang family dia, takkan lak dia nak sussah-susah camtu kan?


 We all have responsibilities, man and wife. but if the man buat-buat terlupa, or just tend to take advantages on their ladies by not performing their responsibilities, the women will have to cover up the mess, and then makes their life much busier then the usual is. though your ladies are strong, or looked strong, there are humans. not a cyborg. they have feelings. they also feel tired but they cant say it out loud because they love you. 

percayalah suami.. kalau awak tak buat bahagian awak, tanggungjawab awak,  si isteri akan buatkan.
 dia sayangkan awak. tapi, tolonglah jangan amik kesempatan atas kebaikan hati dia.  
we just try to avoid the mess yg dah sedia ada.kalau awak tak buat, isteri buat.
 dan kemudian, isteri tu sampai bila-bila tak boleh nak berehat.  
dan awak pulak enjoy je kan tengok dia terkedek-kedek menyelesaikan semua kerja.
 pastu bila dia merepek-repek sikit, awak cakap dia nonsense. dah cakap dia tu tak betul.
 yg awak tu betul la sangat.

 hidup berpasangan adalah untuk melengkapi satu-sama lain. 
tapi, kalau wujudnya isteri hanya untuk melengkapkan bahagian awak je, tapi awak tak melengkapkan dia, camne? 
Itu kan TIDAK ADIL!
Dan zalim pulak tu. 


perempuan ni biasanya akan cuba bahagiakan hati suami meskipun dia sendiri tak bahagia.
 meskiupun suami melukakan hatinya, dia tetap sayang. 
walaupun sesekali hati marah , terasa cam nak balas balik, isteri tak sampai hati. 
takutkan Allah itu satu perkara.
TApi Allah tu ciptakan perempuan berjiwa lembut, dan penuh kasih sayang.
TAkkan tergamak isteri nak balas apa yg suami buat, pengabaian dan penghinaan ke atas dirinya.
Cuma mampu mendoakan agar Allah melembutkan hati suami. 


Wahai lelaki khasnya suami...
Prihatin lah.
TAmbahkan sikit senstiviti terhadap persekitaran. 
KAlau isteri sendiri kamu tak leh nak jaga hatinya, kamu takleh jadi pemimpin ulung buatnya, camana pulak nak memimpin orang lain?
Ohh... melainkan awak lansung tak mengidam nak memimpin sapa-sapa...
SUngguh lack of cita-cita !


kesian lak melihat isteri-isteri yang kesedihan. 
NAmpak seperti hepi bekerjaya suma tapi hatinya sedih. 
Ada suami yg culas bila isterinya sudah berkerjaya dan berpendapatan sendiri. LAnsung tak rasa segan. 
Mungkin di akhir zaman ni sifat malu dah kurang.


Jikalah tak mahu bekerja pun, buat la sesuatu yg bermanfaat. 
Kalau sudah berjanji isteri bekerja dan suami nak duduk rumah, yang suami duduk rumah tu kenalah take over kerja rumah. 
HAbih, si isteri kerja, pehtu balik rumah nak kena kemas rumah, cuci kain baju, nak kena masak, pastu kang kalu ada anak nak kena bagi tetet la kat anak tu.
KAlau jenis tak bagi susu badan, takpo la.
YAng suami yang tak bekerja tu, dah le tak kerja, pehtu ada plak masa nengok tv lama-lama.... sanggup tak tolong isteri wat pape . Tunggu bini blik suapkan makan. 
MAunya tak jadi singa si isteri???? SIlalah jawabbbb...


PAstu bila disuruh, pandai pulak la jawab


"AIihh... kerja rumah ni , masak-masak ni bukan kerja orang lelaki.."


Habih tu kerja melenggak depan tv, tu kerja orang lelaki lah ye?
YAng tak yah keluar mencari pendapatan tu kerja sapa sepatutnya?


JAdi kena ada mutual consensus kat situ.
KAlau isteri yang keluar bekerja, suami yg tak kerja kena take over kerja isteri.
Cuma tang bagi tetet tu memang tak dapek nak ekjas dah la. 
Sila improvise sniri. KEKKEEK..

Dah nama pun tukar-tukar tanggungjawab kan. 
TAk boleh la isteri keluar kerja then balik rumah isteri lagi nak kerja.
Dah memasing dah agree camtu... maka bila isteri balik kerja, suami yg memilih untuk jadi surirumah sama ada secara kekal atau sementara ni kenalah tolong cabutkan stokin kaki isteri, urut belakang, jamu air... masakkan makan. 


Semua isteri nak wat, lemak la ko!!!


PAstu komplen lagi, isteri hilang minat di tempat tido.


MAcam mana tak hilang minat kalau dok umah tak mandi.
TAk wangi.
Bulu ketiak biar je panjang sampai monyet pun boleh bergayut kat situ.
Misai janggut tak trim, takde maintenance. Dah panjang sampai boleh jadi antenna tv dah. 
HAha... kalo tang pompuan tak bersiap kat umah tu pandai plak kutuk.
Busuk la..
TAk menyerlah la. Tak seksi la..
TAng dia tak bersiap tu, senyap plak. 


Lelaki ni akan nampak mengiurkan bila dia ALIVE.
Hidup. BUkan Hidup-hidupan.
Hidup-hidupan tu cam ikan, ayam...  Hidup untuk diberi makan, lepas tu dimakan. Tapi tu dah memang suratan takdir dia cam tu. 
YAng manusia ni, suratan takdirnya berbeza sebab ada akal fikiran dan tangan dan kaki, dan jiwa dan hati......bla bla bla..
Kalau hidup tu dia kuar kerja. Bergerak mencari rezeki. 
KAlau tak keluar cari rezeki sebab dah agree isteri yang keluar, dia dok umah je mesin rumput (tak pakai baju adalah dimaafkan), cuci kereta, mop lantai, sapu sampah, basuh kain, memasak (ohhhh  lelaki memasak adalah seksi!) , basuh berak anak.. baby sit sume. 
HAaa...leh jimat duit pengasuh kat situ, ye dak? Pengasuh pun mahal. 
LAgi besh kalau anak tu diajarnya solat dan mengaji. 
Sumpah seksi beb!


AWAK INGAT SENANG KE JADI SURIRUMAH??


BUkan menjadi satu kesalahan pun kalau isteri keluar mencari nafkah dengan izin kamu. 
Kalau tak suka, kamu kenalah keluar cari rezeki dan biar isteri kamu di rumah.
KAlau kamu tak keluar mencari rezeki, isteri kamu akan otometik keluar bekerja. TAk kiralah kerja apa pun asalkan boleh bagi berasap dapur. TAk yah suruh ,dia akan terus buat.


pesanan untuk suami yg selalu culas bagi nafkah kat isteri. dah le tak keje, pemalas. dok umah, kot nak tolong cuci kain ke, lipat kain ke masak nasik ke... 
Silalah berubah selepas membaca entri ini. 


bagi aku, adalah wajar isteri-isteri lelaki seperti ini komplen sebab diorang dah menghadap banyak sgt dan dah tak larat dah. bek tak yah kawin cenggitu. yes, bunyinya macam harsh tapi sangat BETUL!
KAlau sebelah pihak je yang bertungkus-lumus, memang penat dan menyakitkan. 
NAk kawin bakpe kalu hidup dalam life cemtu.

So, lelaki yg belum kawin, sila persiapkan diri.
MAcho dan gagah bukan dari segi rupa paras sahaja. 
Poket kena 'berwibawa' juga.

Dan suami, yang mana tak sensetif tu berubah la.
Pleasee...
Isteri pun orang.
Sesekali dia nak gak merasa main game, nak dok melenggak depan tv... Nak rileks selepas kerja.
BAntulah apa yg patut sedaya mampu.
Of course kalian mampu, kalian kan lelaki! Kudrat kuat.



HARGAILAH SESAMA KITA.
RESPEK!


KErana semua orang berharga. 


Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram