Followers

10 Feb 2013

HAPPY NEW YEAR! GONG XI.. GONG XI







Gong Xi Fa Chai buat rakan-rakan MAkbed yang menyambutnya.
Di sini, jiran-jiran MAkbed berbangsa Cina.
Depan rumah, tepi rumah.
Memang penuh kereta depan rumah aku sebab sanak-sedara depa mai makan-makan.
Seronok dengar diorang bergelak-ketawa sambil makan.
Aku lak sedang melayan perasaan menjawab wasap dan pm fb prospek yg turut sama standby tak lena disebabkan bunga api dan mercun yg meletup-letup di sekitar perumahan mereka. 


Oni ngan Wawan tido awal malam ni.
Oni lak cam biasa, kena marah sebab sengaja tumpahkan susu atas tilam.
Attention seeker... memang dah tau sangat dah. Tetiap malam nak tidoq je musti gusti ngan Ibu dulu. Memang amalan sejak baby lagi dia nih.
Dah longgar dah gusi sama gigi aku asyik dok ketap gigi je kat dia.
TAk cukup 50 tahun umur aku, gigi aku suma dah gugur. HAHAHAHAHAH~


Tepat jam 12 malam, the real blast began.
Sebelum tu, mercun bunyi malu-malu jer. TAk berapa kuat.
TApi, bila jam 12 malam tu, barulah berdentum-dentum bunyinya sampai bergegar lantai.
PErgh!
Berkejaran aku masuk bilik bimbang Oni dan Wawan terkejut masa tido.


Rupanya, tak terkejut pun.
Depa bantai lena sedap je. Sampai aku goyang-goyang badan ajak tengok bunga api pun tak menguit. 
Ciss.....


Dulu dok dalam navy base mana ada peluang nengok mercun tepi rumah.
Skang besh gak. Asal raya je, semua menda berlaku sebelah rumah sahaja. Menarik!!!



Besok tunggu 'cikong cikong' datang ziarah rumah plak..!



P/s - 'cikong cikong' adalah panggilan untuk singa dalam tarian singa tu...  Tu pelat Alang, masa dia kecik-kecik. LEkat sampai sekarang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram