Followers

17 Feb 2013

BR1M - day






Tetengah kalut minggu lepas, dapat pulak surat jemputan amik BR1M.
Tetapi, bukan aku punya daa..


Si Linda punya.


MAka, akulah yang diamanahkan Mak untuk gi amik duit BR1M Linda tuh.
Nasib baik le tarikh mengamiknya tu adalah hari Ahad. Iaitu, hari ini lah.
Kalau hari Isnin, mmg payah sikit sebab walaupun aku dok Kedah, tapi waktu kelija aku adalah start pada hari Isnin.


Memula tu niat nak gi sendirian berhad jer.
TApi sebab taktau jalan gi Dewan Serbaguna Anak Bukit.
Plak tu pikir lagi, sat lagi masa nak amik duit tu kena dengaq ceramah pulak kan.
Bukan aku tak suka ceramah... cek suka aaaiihh..----- kalau Ustaz Don yang mai ceramahkan. Or UAI ker....
Jadi, aku ajak le Inche Kitchi temankan.....


Pun begitu, dalam surat jemputan, kena pi dewan jam 9 pagi. Majlis amik duit BR1M (majlis ker?) tu habih jam 12 tengahari.


....



Dan aku sampai dewan serbaguna jam 10.45 pagi.
HAHAHAHAHAHAHAHHA!!!


Alasan:
HAri ni la jugak Kimi nak balik KL. So, aku kena hantaq dia pi stesen bas.
Alang pulak kalut nak pi temudagu apentah la.. hal sekolah dia. So... aku nak kena keluaq beli nasik lemak (whatttt???!)

HAHAHAHAHA..



Aku moskel la.
Slip jemputan nama Linda.
BR1M ni kan ke untuk orang bujang-bujang kan.
Linda dah bagi ic dia kat aku. Konon wakilkan kat aku la suruh pi amikkan sebab Linda sedang bersekolah.
Walaupun Linda sudah 19 tahun, dia masih lagi bersekolah, okeey.

Kemoskelan nya adalah..

Bolehkah wakil gi amik BR1M?


Aku tanya merata ni.. boleh tak wakil gi tolong amikkan.
Telepon Wan Gemok tapi Wan Gemok tak mangkit tidoq lagi.
TApi, pernah gak aku dgr dia penah tlg amikkan BR1M untuk abah dia. So, aku berpegang teguh kepada apa yang aku dengar la walaupun di hati ini ada sedikit moskel.
Tanya lak kat kazen-kazen. Ada kata boleh, ada kata tak boleh.
NAsib baik la wasap tu free ja. So, tak kisah sangat.


Last skali...

Aku pi jugak la Dewan SerbaGuna Anak Bukit tu dengan tekad

NAK MENYAMAQ JADI LINDA.


HUAHUAHUAHUAHUHAUHA...


KAlau tengok Ic LInda, tak jauh beza je ngan rupa paras aku. Untungla gambaq IC tu amik sampai kat tengkok ja kan. Kalau amik satu badan, mmg tak semacam lansung la aku dengan tuan punya IC.


So, aku dressing macam remaja-remaja sikit.
Hehehhe...
NAk jadi bujang takleh plak. TApi, bukan orang tau pun kan. 




Sampai kat dewan tu, nampak lengang ja lah!
Apa orang-orang ni tak mau amik BR1M ka?
RM250 wey... banyak tuh. Sapa nak bagi?

Tengok jam. Dah pukui 11.
Aku yang mai lambat.
Ada la lagi orang-orang mai beratur, tapi tak ramai mana. Ada banyak kaunter. So takdela serabut sangat.


Aku tanya kat satu brader ni nak pi kaunter yg mana dulu. Sebab ada 2 kaunter..


"Adik pi kat kaunter depan sana. Amik slip dulu. Lepaih tu, baru Adik mai kaunter yang ni amik duit plak.."

Oo.. gitu. So, aku pun jalan la pi kat depan amik slip seperti yg brader tu suruh.
Inche Kitchi takde. Gi cari jamban.
SO, lebih mudahlah kerja penyamaran aku, kan?

Lepas bagi IC Linda tu, orang tu bagi la slip BR1M.
MEmulanya, dia tengok gak la aku atas bawah.
TApi, tak cakap apa pun.
Aku assume, penyamaran aku berjaya lah.


Kendian..pegi plak kat kaunter kedua.. KAUNTER AMIK DUIT.


Tetiba terkantoi sekejap.
Tengok ada plak mesin mengesan cap jari.
HAHAHAHA..


Aku leh menyamar jadi Linda tapi tahap kemahiran aku belum sampai kat 'cap jari' lagi.
So, aku pun kansel beratoq ka situ, terus kona pi kat pintu keluar.

Then..

Brader yang tolong aku memula tadi tegur..

"Dah amik duit ke dik?"

AKu pun jawab le "belom..."

PAstu , aku gtau la... "Saya ni amikkan BR1M untuk adik saya. Tapi, saya takleh le amik duit kan kan.. Sebab nak kena pakai cap jari, kan?" terpaksa mengkantoikan penyamaran tadi.

"Ohhh... amik untuk Adik ke..  Kalau ambil slip boleh la. Tapi, duit kena suruh adik tu amik sniri. AKAK tak leh amik kan..."


Berbulu je rasa. Tetiba je dia panggil aku AKAK. Mana lak 'ADIK' yang dia panggil tadi? Terus tukar ka????

Walaupun brader tu bagi aku air mineral ngan bun kelapa, aku tetap nak merajuk jugak. Buweekk!


*****


Boleh suruh wakil amikkan boucer BR1M, tapi untuk cashkan boucer tu kena penama tu sendiri buatkan. Boleh cashkan di mana-mana cawangan Maybank, BSN, CIMB dan beberapa bank lagi (aku dah lupa) dan jangan lupa bawak IC dan slip BR1M tuh. 

Slipnya kaler biru. 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram