Followers

25 Feb 2013

Bila BApak Budak Demam



Eh,marah plak aku tak hapdet entry dengan alasan 'hujan lebat'.
Betui le.. KAlau hujan kan takde siaran astro?
So, aku pun nak gak guna alasan yg sama tuh. 

Hapgred la gi Asteruk Beyong pun, kualitinya tetap sama juge. 



JAm baru je jam 11 malam, tapi rumah aku dah sunyi. 
Selalunya time gini, Kitchi-Oppa sedang landing menonton koleksi Running Man beliau, sampai lewat malam. 
TApi..hari ni, beliau terdampar sahaja...




Semalam dah ok.
CUma batuk-batuk.
Petang tadi, nampak dah lemah balik da. Katanya, tekak sakit. 
Lepas MAghrib tadi, dia cakap badan gigil-gigil plok. 
Check suhu badan, udah 38.5. 
BAdan memang panas betui. 
Aku ajak dia gi klinik. 
Memola tu takmau.
NAK TUNGGU BESOK.
Udah.. masa badan dok gigil ni la elok gi klinik. Besok, kalau tak gigil, nak gi klinik wakpe da.. kan kan..

AKu riso kot kang tetengah malam dia sakit teruk je. 
KAt umah mmg tak de ubat demam untuk org dewasa pun. 
Ubat demam Wawan ado lah. 
Maka, aku paksa gak dia gi klinik....


TApi, masa aku nak gi klinik tu, Oni plak tido.




Penat sangat gamaknya. TEtido jam 8 malam!
Aku kuar jap gi cucuk duit.
TAk sampai 10 minit, aku balik tengok dia dah nangeh, tunggu aku depan pintu. 
MAsa tu, si Gumox ade menjaga dia kejap.
NAsib baik la Gumox ade.


Wan Gumox


Memula dia nak bawak Inche Kitchi gi klinik since Oni tido.
Tapi, dah Oni bangun dah, so kami semua pegi klinik teman Inche Kitchi yang ketakutan. 
Gumox pun demam jugak!
Haih..  musim demam kot kan.
TApi, Gumox ok je. 
YAng teruknya adalah asben saya nih. 


Udah setel suma... balik rumah. Makan nasik. 
Then, suma masuk tido. 


Skang, tinggal la aku sengsorang mengawasi suhu badan Inche Kitchi. 
Dah aku letak air asam jawa kat dahi tadi. 
KAlau temperature naik, memang aku suruh dia mandi ler kang.
TApi, kalau bby senang jaga. Usung je terus masuk bilik ayor.
YAng orang tua ni susah sikit. Suruh mandi kang muncung jer. 
Sejuk la... Beku la.. 
Aku soh tido dalam ekon takmo.
Soh jangan pakai baju pun, takmo gak. Sejuk katenye. 
Tido bukak kipas pun takpo. 
TAkmo angin kena kat badan. SEJUK!

Dah tu caner?
TAdi check temperature, dok 38 lagi. 
Satgi ado gak yg kena sumbat ubat bontot kang. Ngaaaaaaaaa~


Sudahnya, kena tido luar je.
Sebab dalam bilik ni ada 3 orang yg tak demam dan semunya tido berkipas. 
JAdi, sapa yg takmo kipas kena tido jauh-jauh lah kan kan...~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram