Followers

3 Feb 2013

Bambam Bee isu BUMPER RAYA



Hari ini, hari pertama Oni ke sekolah.
Subhanallah, cepatnya masa berlalu. 
Terasa seperti baru je Oni lahir dan berada di pangkuan aku.
Lemak-lemak which was gained during 'pregnanting' her is still here and there on my body. AHAHAHA..~ Belom hilang lagi. Ko dah sekolah dah Oni??????

Ingat kot dia nak nangeh. 
Rupanya tak pun. Slamber je jalan berpimpin tangan dengan pembantu tadika. Kemudian, dia susun kasutnya di tempat yg disediakan. 
Eh..pandai nyeeee.
Apasal kat umah tidak macam itu? Ngeeeee~


Gambo Oni tak dan snap sebab....


Bambam Bee menunjukkan tanda-tanda sakit tatkala signal merah di indicator yg gambo nye cam gambo "ISI AIR" tu menyala. 

Fuh... nasib baik ko nyala dekat-dekat ngan umah je.


Pepagi tu Inche Kicthi 'terpaksa' bangun awal nak tengok keta . 
Rupanya, minyak enjin habih hohhhh.
Aku terlupa nak check minyak sebelum balik ke Alor Setar semalam.
Bambam Bee ni memang selalu kena check minyak dan air, sebab ada bocor-bocor somewhere. So, minyak memang kena sentiasa stenbai dalam bonet keta. 


Masa aku sampai depan umah tu, memang udah bau hangit da. 
Inche Kitchi wat muka sadin bila tgk keta dia yg kehangitan tu. 
Nak wat camno.. Aku lupa plak.
Aku hanya check keta tu sebelum gi Ipoh pada 2nd day aku outstation. Tengok cam mencukupi aje. So, aku tak topup.
Salah aku jugak sebab SEPATUTNYA aku check before memulakan perjalanan balik semalam. 


Tetapi.... camne leh terlupa?




HAAA..

Pertama... aku dok concern pasal menda lain. 
Iaitunya...




Bukak mata besaq-besaq tengok ni.
Buleh plak bumper dia terkeluaq gini. 
Menda alah ni pun memang dah kritikal. Tapi, kali ni lagi kritikal sebab klip ngan skru sume dah ghaib. 
Ditambah pulak dengan laluan aku dari Kedah ke Lumut tu kan.. Jalan manyak lubang-lubang. Sekali terjun lubang, maka terkeluar gini le. 
Walaupun begitu, Bambam Bee masih mengekalkan keseksiannya meskipun cacat sedikit. 


Kendian malam (malam sebelum balik) , Inche Kitchi mengutuskan seorang penyelamat untuk memeriksa dan evaluate the damage level. Huahuhuahuahuhau...
Lepas beberapa belas menet menilai, Encik tu kata...
"Kena gi ikat dulu kat bengkel sebelum perjalanan balik. Satgi bersepai tengah jalan pulak. Ini bumper gerenti buleh tanggal punya," katanya.

Well..considering yg aku akan balik ni dengan kadar kelajuan 140km/j, maka aku kena pikirlah kat bengkel mana aku nak bawak Bambam Bee. 
Encik tu suruh gi kat KOYEM. Jumpa sorang brader kat citu. Dia buleh tolong. 


Koyem adalah nama sebuah bengkel keta ye..


Habih citer pasal concern aku yg pertama. 

Concern yg kedua ialah.....


AL-AZHAR ASSOCIATES MONTHLY MEETING.

Yahaha.. umum mengetahui aku sangat suka gi meeting. Pelik kan? 
So, disebabkan meeting tu setatnya jam 9.30 pagi, aku pulak check out jam 8.45am. Kepala hotak dok pikiaq nak pi meeting, pastu nak pi bengkel. PAstu nak balik.... 


Itu je.


Check minyak?

TAK PIKIR. 
Hehehehhee....


After-meeting

Lepas meeting , bos ajak gi makan pulok. 
Gi makan dulu. Gambo terang-benderang sebab panas terik. 
Penulih takde dalam gambo sebab dia yg sedang pegang kamera. 
Besh haa wat makan-makan gini kat kedai mamak. 
Pasni leh buat lagi. 


Kebetulan, di tetengah aku runsing nak gi bengkel tu, bos dah offer soh gi bengkel dia.
Tapi, kebetulan lagi... Shukord lak tipon haku tanya aku kat mana. 
Awalnya janji nak jumpa masa memula aku sampai Lumut, tapi tak jadi sebab memasing penuh jadualnya. 
Makanya, aku 'paksa' dia teman aku gi Koyem nak gi selamatkan bumper Bambam Bee sebelum balik.
Pas salam-salam dan muah-muah suma orang (wanita sahaja) , aku pun gi jumpa Shukord lak. 
Pastu terus gi Koyem tuuuuu.......


Alhamdulillah, brader tu kata buleh buat. 
"Kacang je ni.." katanya. 
Lega dengar.
Dan nasib baik ada Shukord kat sebelah sebab takde lah aku bosan tercongok sengsorang kat bengkel kereta tuh. 
Kuikuikui... 
tengkiu bro. 
Dalam setengah jam, bumper tu dah dok elok-elok kat tempatnya. 
Dan, it was Free Of Charge. Aku konpius selama beberapa minit kat situ sebab tetiba je FREE kan?



PAstu, aku ngan Shukord gi makan kat Mr. Cendol.
Aku blanja, tapi dia bayo. HAHAHHAHAH!
Borak-borak lagi. 
Selepas membebel-bebel kat dia, kami pun membawa haluan memasing. 



Lansung tak teringat nak check minyak weh!



Gerak balik pada jam 3 pm. Selepas aku gi beli stabak sebagai teman balik rumah. 
Gilo mengantuk tapi bila masuk hiway, mata aku segar balik. HAHAHAH.



Mujurlah takde apa-apa yg berlaku sepanjang jalan.
I did not even stop untuk gi tandas pun. 
Nak balik cepat jumpa anak-anak. 




I am very thankful because once again, Bambam Bee behaved so well and she managed to bring me home safely despite several injuries happening within her. 

Tak penah Bambam Bee rosak di tengah jalan ketika aku sedang memandu selama 5 tahun dia bersama aku.

PAgi ni baru dia menunjukkan kesakitannya. Tapi, nasib baik sampai umah segera. 
Kalau tak , rosak enjin wohh.
Ni pun aku tatau la rosak ke tak. 
Tengahari ni Bambam Bee dibawak gi bengkel lepas Inche Kitchi letak minyaknya. Boleh start dan boleh bawak diri sendiri gi bengkel. 
Hopefully, she is ok. 

Sebab 6hb ni aku nak kena pergi lagi Manjung....








Oni main lipstick tu.
Ko nampak?
Habih lip ice saye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram