Followers

16 Feb 2013

Abah pulak gi tengok Dr. Liza. Dan saya jelez sebab tak leh ikut



Mak udah balik ke Kuantan semalam. Alang pun ikut Mak. 
HAri ni dema suma gi KL pulak melawat Dr. Liza. 

Update tentang Dr. Liza:
Beliau sudah dipindahkan ke PPUM untuk rawatan selanjutnya. 
KAta MAk, Dr. Liza sudah boleh bercakap sedikit-sedikit. PErubahan yang sangat baik berbanding beberapa hari yang lepas. 
Wajah pun sudah kemerah-merahan.. Takde la pucat dah.
Cuma bahagian kiri badannya masih belom boleh digerakkan.
BAby dalam kandungan pun masih baik-baik sahaja. 
Alhamdulillah...
Semoga Dr. Liza sembuh seperti sedia kala. 
 

Dan ketika ini, sekali lagi ahli keluarga bergathering.. tanpa aku of course. 

Ujian sebegini membuat hubungan kekeluargaan kami semakin kuat. 






Makan besaq



JELEZ. 
MAkan besaq tanpa saya di sana. 
Sob sob...
NAmpak dak Abahanda yang sangat eksaited bila jumpa anak menakan beliau?






Untuk Kak Liza @ Dr. Liza

Kami doakan Kak Liza cepat sembuh.
HAri-hari doa tau. 
Semoga cepat Kak Liza habihkan master. PAstu jadi doktor pakar.




Pic taken on 31st Dec 2012


Tudung Turki yang MAkbed pakai tu adalah pemberian Dr. Liza, kira-kira 19 tahun lepas. 
MAsa tu , aku Tingkatan 4. Aku tak ingat le aku pesan suruh dianbeli atau dia bagi hadiah. Kalau aku suruh dia beli, berkemungkinan besar aku tak bayaq lagi duit tudung nih. Huuu~HHEHEHE...
Dan Dr. Liza plak baru masuk USM kalau tak silap aku. Di, Kelantan. 
Masa tu, around tahun 2009 tudung turki sangat femes. Dan sangat sedap pakai.
Inilah satu-satunya tudung turki yang masih tersimpan.
Merata aku pakai... TApi, tudung ni lastnya jadi tudung harian kat asrama sebab selesa. PAkai kat asrama. Pakai gi tandas, gi mandi sume tudung ni la teman. 

Sampai aku da kahwin, tudung turki ini sudah pun koyaks di dagu kerana selalu dicucuk-cucuk brooch. KAsihan. TApi ianya masih utuh dan masih membuatkan aku kelihatan sweet sixteen tatkala memakainya. 



HAkkhakhakhakhak uhuk uhuk.. uhukkkk!!! Ai, terbatok plak~




Sekianlah cerita tudung turki masam pemberian Dr. Liza kesayangan. 
Kak Liza, sila baca entry saya bila sudah sihat nanti yer. 
 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram