Followers

28 Jan 2013

SUSAH BENOR NAK ISI MINYAK KETA KE?





Ni statement terbuka ye.

Masalah SUKA ISI MINYAK di saat-saat akhir ni bukan jadi kat aku je, malah sejak zaman aku kecik-kecik lagi, aku dok perati je. Sambil geleng-geleng kepala.


Moskel aku ..

Adakah punca tak nak isi minyak kereta awal-awal ini kerana:

1 - malas nak turun kereta?
2 - rasa cam poyo isi minyak kereta
3 - duit takde nak isi
4 - berkira tenaga nak isi



Aku takmo sebut bahagian orang lain.
Ini aku nak cerita perihal pentingnya isi minyak kereta awal-awal dan kenapa tak boleh tunggu sampai indicator minyak tu dah menyala baru nak terhegeh-hegeh gi cari petrol pam.


1- Perkara yang tidak disangka boleh berlaku. Yakni, tetiba je jalan yg tenang dan biasa kita lalui setiap hari tu, berlaku kemalangan sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas. MAhu ke  kita tunggu dalam kereta lama-lama dengan keadaan takde ekon? KAlau nak bukak ekon, kena pasang enjin.Udah pasang enjin, makan minyak la kan? KAlau minyak tinggal di akhir garisan, atau sipi-sipi je , camner?


2 - BErtangguh mengisi minyak . Besok baru nak isi. KAlau jadi emegensi, bini nak beranak, anak kemalangan kecil, jiran perlukan bantuan (maybe nak pinjam kereta) contohnya... SItuasi-situasi tidak dijangka ni boleh berlaku, dan elok-elok kita sebagai jiran boleh bantu dengan kereta kita, ended up kita pulak menyusahkan jiran kita bila tetiba dia plak kena gi brenti isi minyak dulu kat petrol pam. TU takpelah kalu dia sempat isi. KAlau tetiba mati enjin je ,camne?


3 - Bila berjalan-jalan di kawasan yg kita tak biasa, kita tak tau kat mana next petrol pam yg akan kita temui. Ini selalu terjadi. LElaki selalu bajet hebat... MInyak ada 2 baris lagi , selamber jer cakap "Ohh.. Banyak lagi minyak. Boleh sampai Kodiang ni!" sedangkan yg bercakap tu lokasinya ketika itu adalah kat Gurun.  OH, memang la buleh sampai. MAsalahnya, cara sampai tu la kan. KAlau kita tolak kereta tu bila minyak dah habih, memang boleh sampai jugak Kodiang nyerr... Lahai...


4 - Ini pesanan untuk suami-suami lah ye. KAlau boleh, nampak minyak tu da sikit, sila la bertimbang rasa tolong isikan. BUkannya si isteri ni tak boleh isi. Duit bukan isu. TApi, kelecehan mengisi minyak tu kena amik kira. Bole tak imagine, time nak gi keje.. ISteri keluar bawak anak nak gi baby sitter atau sekolah. Tengok-tengok, tangki minyak dah nak habis sangat. NAk nyala pun indicator tu. ISteri ni pikir masa depan takut kang tetengah jalan mati enjin, gagah gi isi minyak dulu.
Boleh bayangkan tak situasi IBu dengan anak kecik nak isi minyak? KAlau sorang leh gagah lagi la. Kalau 2? Cuba bayangkan time aku ngan ONi and Wawan la dalam satu masa. NAk isi minyak? Agak-agak bahaya tak? Kalau leh pakai kredit kad, ok. Kalu pakai cash? NAk kena gi konter sume..bawak anak berderet tu. Takkan nak tinggal je anak tu dalam kereta?
Dan kalau si isteri tu wat kering je, gi antar anak sekolah dulu... tetiba je keta mati enjin, on the way nak gi opis. Haaah... camne lak? Tak leh ke pikir sejenak.


So.. ini yang aku nak nasihat pada semua-semua yg terlibat. AKu tau isu ni kecik je pun. TApi, kalu pasangan masing-masing ada timbang rasa, consider la. Sapa pakai kereta pun takpe. Tapi, bila tengok minyak dah tinggal sikit tu, pepandai la isi. TAkyah la nak kena keluarkan arahan pulak. KAng bila isteri suruh, cakap pulak dia QUEEN CONTROL la, PERMAISURI SEMUT la segala.
KEsian jadi isteri ni. Semua menda nak kena pikir. TApi, nak buat semua tak larat la. Kena la tolong.


Haa..habih dah bebel.



P/S - tadi nampak ada sorang ibu ngandung ni , melambai-lambai tepi jalan sebab kereta dia rosak. Ada anak kecik beso ONi dalam tu. Sian dia...  AKu tak tolong pun sebab tengok dah ada orang tolong tengok kan keretanya.



RESPEK oke!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram