Followers

3 Jan 2013

Saya Bukan Isteri Puan Noraizam.




Dah banyak kali dah benornye jadi gini.
Aku selalu disalah identitikan by orang-orang yang mencari Inche Kitchi.

Terbarunya, ada orang telepon cari Inche Kitchi..

Dan sebaik saja mendengar suara aku, dema pun tanya..


"Halo..buleh saya bercakap dengan Puan Noraizam...?"


atau...


"Halo. Puan Noraizam ke?"



Dan bila aku cakap "BUKAN.." diorang terus panik seumpamanya mereka telah tersalah nombor.


Hikhikhik...



"TAk... saya isterinya," jawabku.



"HAH!! Isteri Puan Noraizam?????"  suara di hujung talian sedikit nyaring.





Gitulah isunya setiap kali pemanggil-pemanggil cuba menghubungi suami saya di telefon menggunakan nombor aku.
Dan aku pasti, dia pun kekadang mengalami masalah yg sama sebab nama dia memang ada NOR kat depan. 
Aku lah yang selalu membawa identiti NORAIZAM kemana pergi. 
HAHAHAHAHHA....


Paling best bila menggunakan harta miliknya yg ada tertulis nama NORAIZAM di atasnya. 
COntoh.. kad kedit. 
Ngeee...




Sebagai kesimpulan..


Saya di dalam kisah ini adalah isteri kepada Encik Noraizam. 
Tapi, kalau dalam budaya Inggeris, saya sememangnya MRS NORAIZAM la. 





Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram