Followers

23 Jan 2013

PENGASUH VS TADIKA



 Tak bleh tahan lah.

Memang jari ni gatal aje nak menghapdet belog. Hihihih... 
LAst 2 days Makbed ada dapat email dari Blogger Support tentang isu blog Makbed tu. Katanya, ada malicious code dalam blog dan aku dikehendaki buang code-code tu seterusnya tunggu arahan seterusnya.
Makbed bernasib baik juga sebab pihak Blogger dah pun letakkan balik Makbed's Journal dalam dashboard. So, aku leh tengok setting dan entri-entri lama yang beribu tuh. CUma, blog tu duduk dalam LOCKED BLOGS dan hanya aku je leh baca. Orang lain takleh. 

Itu satu perkembangan yg bagus memendangkan last week, blog aku tu hilang ntah kemana!
TAk sempat lansung nak wat pape. 
So, sementelah Makbed's Journal tu dah ada dalam dashboard, aku dah pun Backup blog aku tu dan simpan dalam laptop. Biarlah tersimpan kat situ dulu. Dan skang aku sedang menentralizedkan Makbed's Journal since aku taktau kat mana malicious code tu berada. 

Hairan ya..
Sebelum-sebelum ni takde pun. 

But..ari tu tetiba teringat yg ada satu masa korang sume pernah tengok NOTIS MALWARE berwarna merah bila bukak blog aku, kan?

Mungkin itu salah satu sebabnya...


JAdi, plannya skang adalah tunggu respon dari pihak Blogger Support. 
 

Insyaallah, nanti Makbed akan wat satu entri khas pasai tu. Buat masa skang ni, Makbed masih lagi busy dengan tugas lain.




****


Oni skang makin kerap menangis bila diajak gi umah pengasuh. 
Bila aku tanya mama garang ke kat sana, dia ckp TAK. Siap compare lak aku ngan Mama Pengasuhnya.. AKU LAGI GARANG !
Dah tu.. pasai pa la dia nangeh je takmo pi umah pengasuh? Aku nak gi keje pun jadi tak tenang. 

Sebelum ni aku hantar Oni ngan Wawan 3 hari seminggu. 
Sebab aku baru pindah dan masih lagi mencari tapak dan waktu berbisnes yang sesuai. 
Kat Kedah ni, business start Ahad. Aku lak, biarpun dok kat Kedah, waktu kerja aku ikut LONDON. 
HAHAHAHHA... Kerja start Isnin sampai Jumaat. 


Sebelum ni, Pengasuh just mintak sehari RM20 aje. So,, sorang RM10. Ok la.. LAgipun, dia bukannya leh jaga hari-hari jugak walaupun aku offer. Aku mintak tolong dia jaga malam pun, takleh. Tumpang bermalam jauh sekali la. 
Jenis aku lak, kalau aku tanya sekali dua dibalasnya TAKBOLEH, memang aku tak tanya dah lah. Aku kan memang sifatnya senang ADAPT dengan situasi. So, takpe. Tak boleh suda....~

Bila da masuk tahun baru ni, pengasuh manyak cuti sebab nak uruskan anak-anak skolah. Dan dia pun demam lama juga ari tu. 
BUlan ni , dia ngasuh 11 hari jer. 
Siyes, tak penah sekalipun aku bising , komplen ke cakap dia asyik demam je so aku tak suka ngan perkhidmatan dia. Apa yg dia bagi aku terima dengan hati terbukak.

Tapi, yelah.. Oni kan membesar. Sampai masa, dia ada keperluan lain plak. 
Dan pengasuh pulak, minta aku tinggalkan anak-anak 5 hari seminggu supaya dia ada pendapatan tetap. 
JAdi, aku offer dia Rm400 sebulan... 
Dan dia setuju. 


Then...

Hati aku rasa tak sedap hati bila ONi dah mula menunjukkan tanda bosan dok umah pengasuh.
Bukan salah pengasuh pun actually. Tapi, memang dah sampai masa Oni akan rasa bosan. Seiring dengan perkembangan usianya. 
Lagipun, dia ngan Wawan je kat umah pengasuh tu sedangkan Oni ni memang telah diasuh sejak baby hidup 'bermasyarakat' dan ramai kawannya. 
HAHAHAHAAH~ cam Ibu. 
Rasanya aku faham kenapa Oni nangeh taknak gi umah pengasuh, instead nak ikut aku, atau Alang keluar bekerja. 


As for Wawan, takpela. Kerjanya makan, tido je. But , Wawan ni pandai tengok tv. JAdi, dia punya kadar intelligence nya pun agak tinggi juga meskipun nampak cam rilek-rilek tatau pape. Ni ikut style apak nih. Tetiba je satu hari, Wawan tolong tuangkan air masak ke dalam mug, tanpa tumpah setitik pun. Bagi aku, ia agak impressive le jugak. 


I decided to hold the decision on paying RM400 kat pengasuh tu dulu..

Then, aku gi survey satu tadika ni. Dekat je sangat ngan umah.
 Sebelum ni aku dah survey PASTI yang lagi dekat ngan umah, tapi ada le menda yg aku tak siok kat situ. Malas nak citer skang. Kite citer yg besh jer dah. 


Lepas sembang-sembang ngan pembantu dan guru, aku dah dapat apa yg aku nak. 
KElihatan, murid-murid tadika ni tak begitu ramai. Dan dia pun cakap , kuota budak kat tempat dia cuma 25 orang aje. Dan kuota budak 4 tahun masih ada. 
Takde masalah ngan Oni yg masih berpampes dan berputing. Dan aku yakin, bila ONi gi sekolah tu, Oni akan lebih konpiden untuk basuh berak sendiri dan tak pakai pampes. AKu dah latih dia, cuma aku tak paksa dia lelebih sangat untuk TAK YAH PAKAI PAMPES LANSUNG. Dia memerlukan encouragement luar yang lebih GANAS. Aku tak cukup ganas lagi. HEHEHEH.

CIkgu tu dah tunjukkan aku buku-buku sekolah untuk ONi. 

Uniform sekolah ada 2 kaler. Oren dan purple. Aku suka oren tuh!!! 


Tadika ini menyediakan pakej-pakej yang sesuai mengikut pilihan. 
SInce aku Ibu yang bekerja sendiri, aku leh pilih la plan apa yg aku suka.  
Tapi..paling menarik adalah pakej ini..


Untuk yang berumur 4 , 5 dan 6 tahun.

Waktu sekolah start 7 pagi sehingga 5.30 petang.
Sarapan disediakan. 
PEndidikan Pra-Sekolah.
Lunch
Asuhan (tido... aktiviti bebas)
Kelas IQRA pada setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu

Yuran Bulanan: RM200.00 (!!!!)

KAlau masuk pendaftaran dan buku (yg ni bayo setahun skali je) so, totalnya RM420.


Aku tengok yuran bulanan tu, aku diam lama.....


Sian ONi..


Rm200 aku bayar kat pengasuh tu, Oni nangeh bosan. So, lagi lama aku tinggal, aku buang masa Oni jer. Kan kan.. 


Bek antar Oni gi sekolah jer. 

Kemudian, aku gitau pengasuh tentang plan aku nak hantar ONi gi sekolah tu.
Dan dia reply..

 Dia tak kisah jaga sorang je. Tapi, dia mintak gaji dia naik. So, untuk jaga Wawan je is Rm250. Alasan, sebab harga barang dah naik. Dan dia biasa amik sorang RM250. Tapi sebab aku dulunya antar 2 orang (Oni dan Wawan) maka, dia kasi diskaun RM200 sorang.

Ok..gitu responnye. 
So, dia mintak Rm250 sebulan utk Wawan. 


Dan pada ketika itu, aku rasa dah tak berbaloi dah tinggalkan anak sebeso Wawan kat pengasuh. Since Wawan dah buleh berdikari, dah leh jalan sniri dan tak yah nak kena monitor sangat-sangat cam baby baru lahir, aku rasa RM250 tu agak grrrr.... HEHEH..
Tapi, takpe. Dia kasi anak aku makan hoke. 
Jadi, bersyukur. 


Tapi, tadika tu pun ada sediakan nursery untuk baby cam Wawan. Wawan tahun ini sudah 2 tahun. 

 Mula dari jam 7 pagi hingga 3.30 petang. 
Ada sarapan, aktiviti kanak-kanan, asuhan dan lunch.

Monthly RM200. Dan yuran pendaftaran RM50 je. So, total RM250. 


KEsimpulan..nya
sama je cam bayar kt pengasuh skang.
Tapi, impaknye berbezaaaaa skali. 



Aku suka kelas IQRA tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram