Followers

7 Jan 2013

Panggilan Hormat Dalam Bahasa Korea.



Bila dah merajin tengok Running Man tu, takkan la plak tak belajar bahasa Korea kan?
Idak le aku kata aku expert sangat bahasa K-Pop itu.
Dan idak juga aku kata aku peminat tegaaarrr K-Pop. 
HEhe..


Tapi, just nak share jer..



Nama-nama pengganti diri Korea yang selalu kita dengar dalam Running Man.







Oppa
Oppa ni kita salu dengar Ji Hyo panggil kat Gary ngan Jong Kook. 
Oppa adalah "ABANG" dalam bahasa mereka nih. 
Digunakan oleh oleh perempuan sebagai panggilan hormat kepada lelaki yang lebih tua darinya.
Bopren pun buleh dipanggil Oppa. 


Noona
Jong Ki panggil Ji Hyo , Noona.
Noona bermaksud "kakak".
PAnggilan hormat yg digunakan oleh lelaki kepada perempuan yang lebih tua darinya even kakak kandung sendiri. 


Hyung
Hyung adalah panggilan "ABANG" yang digunakan budak lelaki kepada lelaki yang lebih tua darinya. 
Contoh, Jong Ki panggil JOng Kook. 
Ade paham? 


Unnie
Unnie plak adalah panggilan "KAKAK". 
KAlau tadi budak lelaki panggil perempuan yang lebih tua "Noona", tapi Unnie ni adalah panggilan budak perempuan kepada perempuan yang lebih tua daripadanya. 
Panggil macam panggil ONi la... Oni... Oni.... HEhhee..


Dongsaeng
Maksudnya "ADIK". 
Panggilan hormat ni takde beza laki ke pompuan. 
Asalkan dia lebih muda dari kita, maka budak tu kita panggilnya Dongsaeng. 



Ate paham?



JAdi, tengok tv tu, gelak-gelak jugak.
 Belajar kat mana-mana pun boleh.


So, ok tak lesson malam ni?



Running Man adalah citer Korea ketiga yang saya tengok selepas Jewel In The Palace dan Coffee Prince. 
Betapa tak K-pop nye saya. 





Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram