Followers

23 Jan 2013

Oni dan TESCO


PAs amik Oni ngan Wawan dari pengasuh tadi, aku bawak depa singgah kat tadika yg aku survey siang tadi tu. 
Bukan main teruja la Oni ngan Wawan , dapat jejak kaki kat school. Kebetulan, masa aku gi tu bebudak suma tengah nak balik. Tunggu parent masing-masing jemput. Cikgu pun ada dok atas buaian sambil layan anak-anak. 

Lepas sesi berkenalan ngan cikgu, Oni nampak serasi sangat. Alhamdulillah..Lega banyak. 
Siap takmo balik plak. Nak tido sana. 
Heeee...





Kebolehan Oni membuat kawan dalam masa kurang semenet memang tidak disangkal lagi. LAgi senang kalau ada kakak-kakak yg lebih tua dari dia. 
Dan seperti diduga, cikgu pun tak expect dia 4 tahun sebab gaya berkata-katanya dah macam budak beso. Badan je haluih.
NAmpaknya Oni takde masalah ngan CIkgu. Dia leh je salam-salam dan sembang-sembang. 
Kalau cikgu yang kat PASTI tu, Oni sembang gak tapi, cikgu tu je tak berapa nak bersembang. Cikgu tu piyed kot masa tu, kan?


Wawan mana Wawan?






AHAHA.. 
Wawan pantang nampak menda bergolek-golek. 
JAngan kata bola je.
Buah kelapa bergolek pun dia kejor beb.
Buah durian pun dia kejor gak.
Asalkan bergolek jer. 
Makanya, dia main sorang-sorang sepak bola sana dan sini. 
Diperhatikan, kat kawasan porch tu takde longkang. Maka, kawasan itu adalah selamat dari longkang. Cuma ada jongkang-jongkit jer. Yang tu cam kena pengawasan sikit ler..


Sampai ke nak tido di Oni dok sembang pasai sekolah tu lagi. 
NAmpak la ketidaksabaran beliau nak bersekolah kat situ.
TApi, aku pesan jugak kat dia pasal pampes. Since ONi still tak konpiden nak keluar tanpa pampes eventhough dia tau yg 'kalau nak sekolah, tak boleh pakai pampes..'

"Jadi..Upin dan Ipin tak pakai pampes ke?" tanya Oni lepas aku pesan-pesan pasai pampes.

"TAk..." balasku.


"Otomen?"

"Otomen pun tak pakai pampes."

"Oww.. OK.." akur dan pasrah saja jawapan Oni.

Aku sengih kelegaan. HArap dia paham ler... Kendian aku tanya lagi..
"NAnti kalau nak kencing kena cakap cikgu ye. Cakap kat cikgu 'CIkgu, saya nak ke tandas'. Faham ?" 

"FAHAM , IBU!" angguk Oni, sambil tunjuk ibu jarinya. Oh, ok sangat dah le tu. 

 "BAGOZZZ....." aku memberi acknowledgment.



 Then came the final question...

 "Kalau nak berak , Oni kena pergi tandas TESCO kan?"




... ... ... ........ ......  *bunyi cengkerik. 





jauh sangat kot tandas tesco tu ,nak...


Buah hati Makbed yang banyak mulut

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram