Followers

4 Jan 2013

LUNCH AT TERUNA IKAN BAKAR



Lalu banyak kali dah depan restoran ni tapi tak rasa cam nak singgah.
But last week, Alang ajak makan kat situ. Konon-konon nak test la kan. Sebab nengok banyak kereta berbaris tepi jalan especially bila lunch. 





Berlokasi di Jalan Langgar, Kedah. 
Aku selalu je lalu sebab umah Umie (MIL) kat Pokok Sena. 
Satu jalan nak pi Hospital Sultanah Bahiyah. 
Sebelum ni, buleh takat bagi lintas hormat je kat restoran ni sebab tak terasa nak gi pun. Hanya mampu mengkagumi keramaian orangnya sahaja. 


Katanya, Radio Era salu je wat promo voucher makan sponsored by Teruna Ikan Bakar ni. Tapi syaratnya kena kejar Skuad Perodua Era.
HAHAHA.. MAkbed Era pun tak dengaq. Camana nak ligan skuad dia plak kan? Tih tih tih..



Meh kita cek lauk-lauk dema...



Gulai Batang Pisang

Wooo..
Lauk ni memang TAIKO segala lauk.
Dipersembahkan dengan gahnya dalam kawah besar. So, sapa yg pusing-pusing meja lauk tu mesti akan ternampak lauk ni.
Faveret nii!!!!
KAt Perak takdo.
Kat KL takdo.
Kat Kedah je ado wey. 


Tapi, sebenarnya ada MACAM-MACAM lauk kat sini. Sampai buntu taktau nak makan lauk apa!
Punya la hebat dan mewahnya Malaysia tercinta, kan?
Dah sampai meja lauk buleh patah balik, duduk dulu nak pikiaq lauk apa nak cedok. 
HEHHEHE..



Kerabu perut. 

Kerabu faveret Mak. Tapi Mak tak dak plak.
Next time Mak mai, kita makan sini yeee....
Aku cedok sikit sebab nak rasa. Nak buat sendiri tak reti. Hewhewhew...



Ikan keli bakar

Osem!
Aku ngan Kimi memang kipas susah mati ikan keli.
KAlau nak makan ikan keli, wajiblah aku makan kat kedai je sebab tak reti proses keli.
Sedap nih...
KAt sini specialnya ikan bakar la. Dah nama pun Teruna Ikan Bakar ye dak?
Dok kat meja ikan bakar pun leh temenung lagi nak pilih ikan hape...
Sobss....
Tapi, pada hari itu, ikan keli menjadi juara, dan tempat nya adalah dalam pinggan aku. 




Lauk pilihan


Then aku cedok gak sedikit sayur keladi.
Tak leh banyak sebab nanti semput. 
Mak bidan marah nanti. HEHHE...


Kat sana juga ada disediakan sup. 
Bukan sup biasa-biasa. 
Sup tulang kawah besar. 
Bihun sup, mihun sup dan koteaw sup pun ada.
TApi, aku just rasa sup je sebab aku amik utk ONi. 
Otomen Oni menunya sup je. Diet le kekonon....NAnti tak muat uniform, katenye. 


Sup pon sedap. 
Sangat!


Kami makan simple je hari tu. 
HAnya amik ikan bakar 3 ekor. 
Lauk pilihan taruk atas pinggan sndiri jer. 
Sup semangkuk.
Sayur keladi semangkuk. 
Sambal dan ulam.
Air 4 gelas.. pelbagai perasa.



4 orang dewasa makan plus sorang budak kecik...


TOTALnya adalah RM32.00



Mahal ke murah , korang decide sniri lah ye. 





Dua teruna yang kekenyangan selepas berjaya memeras ugut Makbed.

Cis!



DOK KEDAH SANGAT OSEM!!!!


Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram