Followers

19 Jan 2013

Entri Petir yang tak berapa petir sangat.



Sehari sebelum Makbed's Journal hilang dari pandangan, aku berjaya siapkan ENtri Petir mengandungi trip perseorangan aku menuju Genting Kota KEriangan. 

Malangnya, tak de rezeki kome sume nak baca. 


Jadi, aku watkan la serba sikit kat entri ni. 


MInggu lepas star 10 haribulan jadual memang full. Seminggu tu jugaklah aku tak de kat meja kerja. Memula gi Tasik BAnding, pastu gi GEnting plak. Disebabkan aku malas nak drive ke Genting, aku just travel naik kenderaan awam jer.

Kena ada kat puncak Genting tu pada 15hb sebelum jam 2 ptg. Makanya, aku start travel on 14 hb, terus ke Manjung. Nasib baik dia ada je kat umah masa tu sebab aku plan pun last minute jer. HEhheee.. Aku gi umah dia naik bas. 



Besoknya pepagi dia antar aku gi stesen ketapi kat Batu Gajah. Dalam jam 9 lebih-lebih, ETS pun sampai. Perjalanan terus ke KL Sentral mengambil masa 2 jam ngam-ngam. Aku tido je sepanjang jalan tu sebab aku dok sebelah mamat tak ensem. Jdi untuk mengelakkan dia mintak nombor tipon aku, aku pun buat-buat tido. TApi, lastnye tido jugak. HAHAHAHHAHA







Kat KL Sentral , aku gi cari tiket bas gi Genting plak. 
NAsib baik ada tiket bas jam 12. Takde le lama sangat nak nunggu nye. 
NAk makan tak berani sebab kang manyak lak songel di kemudian hari. JAdi aku just gi beli kopi jer secawan kasi otak aku berkerja sikit. 

Tiket gi Genting dari KL Sentral adalah RM4.30 je.


Dah naik bas. Atas bas aku kawan ngan sorang amoi yang tadi beli kopi sama-sama ngan aku. Dah ada kawan sorang! TAkde le bosan. 
Driver bas tu plak muka kurang sikit ensemnya dari Bront Palare. Hoke la kan. Dah aku dok sorang..keje aku adalah menjadi juri tak bertauliah je la. Dah lama tak wat keje gini. 

 On the way nak naik atas tu, bos aku dah tipon-tipon da. Sebab aku je yg travel naik bas. YAng lain sume pakat-pakat naik kereta. MAybe ada je yg travel naik bas, tapi sebab aku lambat, maka aku tak jumpa agen Prudential lain yg naik bas sama cam haku. *Spekulasi jer ni..


JAm 1.30 tenghari, aku dah sampai depan Arena of Stars. Bas letak aku bebetui depan tu. TAkde SKYWAY. Sedih.. Cadang nak naik skyway le. Tapi Skyway under maintenance lak. TAk dapat naik. Ada bas transit dari stesen skyway naik terus ke Genting. 


Udah aku sampai, ngan kabus-kabus tuh,terus masuk dalam hall Arena of Stars. MAjlis baru je mula.


 

Ramai umat manusia!
Tu suma agen-agen Prudential. Cambes lak jumpa kawan-kawan. Ramai woh! 
KAt tempat lain suma sejuk, dalam dewan ni je aku tak rasa sejuk. 
MAybe sebab org ramai kot... 


Session sampai jam 5.30.. break jap pastu sampai jam 7 plak. Terpisat-pisat dah aku ngantuk. Awal pulak ngantuk nya ari tu. PUn begitu, dalam buku nota aku tu penuh ngan nota-nota ceramah, siap ada skali pokok kelapa, bendang, gunung-ganang tepi nota tu. NAk amik gambo pun malu. hHHAhehh. 

 Makan disediakan untuk warga Prudential di sana. TAk de yang tak cukup makan rasanya. MAlam tu bos lak blanje makan....


Bos saya yang kat tepi tu....

 Jenjalan satu kali dalam First World Hotel. NAk shopping pun takde apa yg nak dibeli. Nak berjimba-jimba pun, suma pakat dah letih sebab kitorang asyik travel je beberapa hari ni. 
Boleh dikatakan minggu ni adalah minggu yang paling lama aku ngadap muka Zura Tukiran. 
HAHAHAHAAA
Sebab dia agen Johor. 
JArang sangat dapat jumpa , gelak-gelak ngan dia. Selalu main wasap-wasap jer. 
 




HAri kedua di PWP Conference 2012.

Pepagi kami gi breakfirst kat Tingkat 3. Heee.. tak penah makan sarapan tajaan di Genting. Tapi, kalau pape function melibatkan company ni, semestinya bertuah la. Makanannya mewah. Aku je yang tak buleh nak makan sebab awal-awal tu dah langgah HKCC dulu. LALALALAL...
Adakah saya nampak kurus dalam gambar di atas?
Well... jangan terpedaya. GAmbo buleh edit, kan?


Masuk balik dalam dewan Arena Of Stars. 
Jumlah manusia ramai. 
MAsa ni la pengumuman best-best di buat. Seronok!

TApi, masuk jam ke 2 dalam dewan  aku dah menguap sampai kejang pipi. TErus keluar gi tandas. Amik angin... MAkan kabus. 

Tetiba... ado orang tegur.

"Eh.. awak ni semalam duduk sebelah saya kan dalam ETS?" 

Aku pun bukak mata besor-beso... Kelip-kelip sikit. 
Cuba ingat balik kejadian semalam. 
Ye la.dalam ETS smlm aku tido je. MAna plak aku ingat muka dia. YAng aku ingat, semalam dia pakai slipar jepun jer naik ETS. 
Tapi, dia pakai jaket kulit kaler itam. Sama macam yang orang yg tegur aku tu pakai. 


"Eh, yeke? Tak pasan le plak..." balas aku sambil senyum terpaksa.

"Memang le tak pasan. Dah ko tido..." katanya dengan nada menyindir. TApi, aku sengih jer. Udah tentunya dia pun agen sama cam aku... Takkan nak tepuk dahi dia memarah lak kan. 

Aku lupa tanya nama dia. TApi, dia agen dari Ipoh...AKu pun taknak sembang lama-lama. Sebab nak gi tandas...


Moral.. Jangan tido dalam ETS. Ntah camne la rupa aku tido dalam tu kan. Silap-silap dia amik gambo per... kuikuikui..





Ni dah siap-siap nak balik. Just nak gitau, shawl hijau tu adalah pemberian Cik Puan Haida. Aku pun tak sure dia bagi ke, dia tolong beli ke. Satgi aku tanya balik. HAHAHAHAHAH! Dia suruh aku pilih je ritu. Aku pun terus je pakai dengan bangganya. Tak malu betui. 


JAm 2 petang, majlis dah selesai. Aku tumpang Rosli Amzah dan Zura Tukiran ..minta tolong dia antar aku ke Stesen Komuter Kepong. 
NAik tren, terus ke KL Sentral. Singgah MAlakoff. Jumpa kawan-kawan lama. Jumpa Kak Nor +orochimaruNM orochimaruNM , Nad, Kak Ira dan Illy. Teringat zaman menjoyah ketika sarat ngandungkan Oni. Hukhukhuk~ !

YAng penting, Kak Nor banje makan. HEHEHE.. Mekasih kak....~ NAnti kita lepak Chillis k. 

Niatnya nak balik naik train sampai Alor Setar pakai KTM. Tiket jam 9.10 malam. Memang niat nak tido je dalam train sampai pagi tu.

Tapi , lepas Kak Nor balik , tetiba teringat kat Oni ngan Wawan. Terus aku gamble je return balik tiket train tu...PAdahal dah beli dah ni. 
Aku amik cab terus gi Pudu. 
Cari tiket bas yang terus ke Alor Setar, waktu tu jugak!!
HAHAHAHAHHA...
NAsib baik ado weh. 
TAk sampai 10 menet pun aku kat Pudu Raya tu, aku dah pun naik bas meninggalkan KL. 

Inche Kitchi pun tergezut bila aku cakap aku da naik bas. PAdahal awal-awal tu aku ckp aku nak naik ketapi je balik. 

LLALALALALALA..... bab wat decision aku memang pantas jer.


Sampai umah lebih kurang dalam jam 2 pagi. 
Anak-anak aku dah tido da. KEsian aku tengok dema tido bergelimpangan dalam bilik Alang. 
Dah banyak depa berkorban untuk aku. 

Esok nya tu, pepagi lagi Oni bangun terus masuk bilik aku. Check aku da balik ke belom...
Bila nampak aku, dia terus kejut Wawan..


"Wawan, Ibu da balik...!!!"




PAstu terus selongkar henbeg aku tengok ada gula-gula ke tak.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram