Followers

19 Jan 2013

Efektif Dan Tidak Efektif






Aku tertarik nak mengulas quote 'berantu' ni since ni je quote yg sempat aku snap masa gi workshop ari tu. 
Ekceli, Prudential banyak betui mengubah aku dari segala aspek kehidupan dan paling nyata skali adalah kerajinan yg smakin bertambah dalam hobi mengumpul QUOTE ni. 

Bosan-bosan je kan, aku tengok balik. 


"Ineffective people live by default and effective people choose to live by design."
"By changing your thoughts, words, and action in the simplest of ways, you can create the outcome you desire."
Steven Covey. 



Hah.. sape penah pegi training Steven COvey, kenal le dia ni. AKu penah. 
JAdi , aku cuma nak kata, training beliau best. Silalah pergi jika berpeluang. 
Dan course nye tak murah. 



Apa maksud INEFFECTIVE PEOPLE?

Orang-orang yang tak efektif. Banyak jenis orang yang tak efektif ni. 
PAling normal dan sinonim tentang orang yang tak efektif adalah semua menda nak kena suruh. 
Takleh nak plan sniri. BAk kata pepatah, ibarat pahat dengan penukul. 
KAlau takde tukul, pahat tak bergerak. Gitu le manusia yg tak efektif ni. 


Camana cara hidup orang tidak efektif? 


Cara hidup dema basicly based on rutin kebiasaan. 


BAngun tido - temenung jap tepi katil - bekfes (kalau ada org siapkan) - duduk depan tv - main fesbuk - tido - tengok tv - tido - makan (kalau ada orang siapkan lagi bagus) - mandi - tido.

Atau...

BAngun tido - mandi - drive gi keje - keje - drive balik kerja - mandi - makan - tido.

Hidup by default.
Cukup bulan tunggu gaji masuk. 
Bayar-bayar bil sume..pastu mengeluh duit hujung bulan tak cukup. 
Tapi, tak berusaha buat pape pun.
Buleh mengeluh je... Tapi besoknya rutin tetap sama. 



Camana plak ngan orang yang efektif?

Orang yang efektif rutinnya juga seperti biasa... 
TApi ada sedikit kelainan di mana setiap apa yang dilakukannya tu diolah dengan penuh kreatif sehingga ia menjadi keuntungan baginya. 

COntoh...

Rutin harian dia ... Bangun tido - makan - kerja - duduk depan tv - fesbuk -main futsal - lepak makan ngan kawan-kawan - masjid solat jemaah - ceramah agama - lepak lagi - tido


Tang mana yg spesel sangat ttg life orang efektif?

Dia tau life mengikut rutin tidak membawa untung.
Dah penat nak mengeluh gaji tak cukup. 
MAka... dia wat decision untuk berubah. 


Dicelah-celah aktiviti beliau tu, contohnya time dia main fesbuk ke misalannya, dia ada wat business online. Apa-apa business pun takpe janji menguntungkaya. 
Contoh je la ye...
Jumlah rakan yang ramai tu dimanfaatkan sebagai satu prospek baginya. 

Dan kemudiannya dia keluar bersosial. Bersukan... BUkan sahaja dia bersukan untuk kesihatan dirinya, tapi dari segi sosialnya dia mengeratkan hubunganya dengan masyarakat, memperbesarkan prospek dan dalam masa yang sama menjadikan dirinya tidak berkesorangan.
 Ingat, efektif people sentiasa bersama dengan rakan-rakan yang efektif sepertinya. 
Dalam apa-apa perniagaan, keramaian prospek adalah penting dan refferal jugak penting. 
Maka ,bersosial dengan cara yg sihat akan menjadikan hidup lebih efektif. 


Tu contoh...

Biasanya orang efektif kehidupannya biarpun mengikut rutin, tetapi masih ada ruang to improve himself.  Mereka ini akan mencorakkan life mereka saban hari dan tak suka kehidupan yang samaaaaa je .
 HAri Isnin minum teh. 
Selasa minum teh. 
Rabu minum teh... semuanya kat kedai mamak yang sama. 
BOSAN!

Orang efektif tidak gentarkan perubahan. Tidak cepat melatah jika ada change of routine. 
Orang efektif sentiasa berfikiran dan berminda terbuka. 
Sentiasa bersedia menyahut cabaran tak kisah la even cabaran tu diletakkan di muka ketika beliau masih lagi belum selesai menguap di pagi hari!
Orang efektif cepat membuat keputusan dan cepat bertindak. Sementelah orang yang tidak efektif lebih suka menunggu orang lain membuat keputusan untuk mereka. 
Orang efektif tidak gentar melakukan kesilapan dan sentiasa mengakui kesilapan yg dilakukan dan bersedia memperbetulkan manakala orang yang tidak efektif lebih gemar menunding kesilapan kepada orang yang menyuruh mereka membuat keputusan. 
Selalunya lebih suka menunding jari kepada superior mereka. 


BEza yang paling nyata..

Orang efektif sangat memafaatkan masa dan sentiasa menghargai setiap apa yang ada dengan mereka. Dan percaya, perubahan hidup hanya akan berlaku jika mereka sendiri berubah. 
Dan orang yang tidak efektif pula lebih suka membuang masa menangisi nasib malang, dan sentiasa berharap-harap agar satu hari nanti nasib mereka akan berubah.. yakni, ada orang akan membawa mereka ke jalan perubahan... 


Orang efektif tahu apa bezanya impian, cita-cita dan keinginan manaka orang yang tidak efektif menganggap impian dan cita-cita serta keinginan itu adalah sama semuanya. LEbih menyedihkan, mereka lansung tidak sedar akan kealpaan mereka dan seringkali mengetawakan orang lain yang bertungkus-lumus memperbaik hidup mereka.

Ingat lah wahai orang-orang efektif sekelian...
Anda akan seringkali digelakkan sekiranya menjalani rutin yg ganjil. 
Orang akan kata ada POYO. 
Orang akan kata anda BAJET BAGUS. 
Orang akan kata anda LEBIH SUDU DARI KUAH. 
Orang akan kata anda hanya MENGGAPAI BINTANG YANG TAK MUNGKIN BOLEH DICAPAI. 
Orang akan kata ANDA SKEMA BADUT. 
Orang akan kata anda macam-macam.
YAng mana dahulunya rapat dengan anda , akan menjauhi anda apabila ada mula berubah menjadi manusia yang efektif. 
Ingat, orang yang efektif akan berada bersama mereka-mereka yang sama efektif. 
Itu memang hukum alam. 


By changing your thoughts , words and action... akan memberi kesan yang anda mahukan. 


Hmm...

Jika anda fikirkan yang elok, eloklah hasilnya.
Jika anda berkata-kata baik, hasilnya juga baik. 
Jika anda bertindak baik, hasilnya juga baik.




APa yang ada difikiran, akan dikeluarkan menggunakan kata-kata... 
Dan akan diakhiri dengan tindakan dan body language kita. 




Jadilah orang yang efektif, yang sentiasa berpositif dan bersangka baik.
 APatah lagi kita seorang Muslim yang sememangnya wajib yakin dan berserah kepada Allah setelah kita berusaha sedaya upaya
Dare to dream.. 
Dare to take action. 
Salah pun takpe.
 Gagal pun tak kisah lah. Janji buat !!!
 Kalau salah, saya buat semula. 
Kalau gagal, saya buat semula!


Pilihan di tangan anda.
Life macam mana yg anda lebih suka.



Terima kasih sebab baca.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram