Followers

1 Jan 2013

Dugaan Tahun Baru

Di kala ambang tahun baru, daku baru saja menyiapkan keje2 sebelum hari pertama bukak sekolah. Almaklumlah negeri2 Melayu tidak bersekutu takde cuti tahun baru tahun ni. So, setelah siap koje, maka aku pon dlm memasang azam dan harapan untuk tahun baru dan cuba menguatkan semangat untuk menghadapi hari pertama persekolahan dengan penuh semangat dan keceriaan. 
Tetiba...
Dugaan tahun 2013 yang pertama datang serta merta. ngam2 abis bunga api kat padang awam, 3 minit baru masuk tahun baru...

Pengasuh antar msg xble jaga Amzar sbb ada kematian. (bukan salah dia pon sbb mmg betul2 ada kematian). So kitorg mati kutu at that time. Imagine dah tengah malam camtu, agak2 nak cari back up camne? Dah la hari pertama bukak skolah plak tu...

Nasib baik ada adik bradik yang cool. Dorg offer nak jaga Amzar walaupon diberitahu secara adhoc awal2 pagi buta. Maka di saat itu jua lah kami buat persiapan dan jam 2.15 pagi kami tembak trus gi Alor Setar dari Sik. Siap race ngan mat rempit yg dok konvoy secara bahaya beramai2, baru balik dari celebrate tahun baru kot gamaknya.

Sampai2 je kat rumah Kak Kak Liza, trus set up tempat tido Amzar dan sempat la tido sejam sblm kena bangun utk balik ke Sik. (sejam lebih gak perjalanan). Both of us dah ting tong dah time tu. ntah brapa ratus kali aku menguap mcm badak air dlm keter. Lepas singgah Gurun utk smayang Subuh, segar la sket.

Sampai jak Sik, singgah beli kuih n trus ke skolah. Di skolah, masih banyak keje yg nak disiapkan dan kebetulan kelas aku hari ni mmg 6 periods. Dah brapa kali aku tampar muka sndri sbb nak bertahan dari terlelap. Last2 terlelap jugak masa perhimpunan pagi. Depan2 pentas plak tu. Lantak le. Aku dah xkisah dah time tu.

Nasib baik meeting petang kena tangguh. Alhamdulillah syukur pada Allah SWT sbb banyak keje2 yang telah dipermudahkan hari ni. Balik jam 2.15 trus ke Alor Setar sbb rindu kat Amzar. Lepas tapau souvenir tanda terima kasih kat Kak Liza, Alang, Kimi dan konco2 yang lain, kami trus pi rumah depa. Alhamdulillah. Amzar dok syok main ngan Kimi, Wawan dan Oni. (ble bawak pi slalu kalo camni)

So abes jak semua2, kitorang pon balik rumah. Skrg lepas selesai semua keje, maka akhirnya aku ble duduk rilek atas kerusi for today. Jap gi baru nak gi tido awal sket.

Pikio2 balik, we had survived for today but we still have 364 days to go. Tahun 2013 kami dimulai cabaran dan dugaan. Semoga kami diberikan kekuatan untuk menghadapi cabaran di hari2 yang mendatang.

SELAMAT TAHUN BARU 2013 kepada semua ahli keluarga daku, sedara mara dan sahabat2 handai. Andai kata anda antar sms tahun baru kat saye, sorry sbb xdapat balas. Line kena sekat (satu lg dugaan)

p/s: Tima kasih banyak2 kat Alang dan kawan dia, Kak Liza dan hasbennya, Kimi, Lin, Oni dan Wawan sbb tolong jaga Amzar. Alang xdan nak blanja td. Selamat Jalan kat Alang dan Kimi yang malam ni dlm pejalanan balik Pahang.

-copied from HafizJalil's wall post-

Ok..
Skang giliran haku lak.

Tetengah kami seisi keluarga sedang beriang-gumbira lepas sambut bezday Inche Kitchi, dan sedang sibuk layan citer Running Man ketika itu, tetiba Alang gtau yang Amzar (anak sedara aku) takde pengasuh esok sedangkan esoknye tu Angah nak kena gi skolah. 

Alang tengok aku. 

Aku tengok Alang.

Aku pun cakap kat Alang, soh Angah bawak Amzar mai umah aku. NAsib dia baik betoi la sebab ramai orang kat umah aku. So, semuanya dijamin ok.
Aku taktau pukui berapa Angah sampai. Tapi, Alang dah stenbai menyambut anak menakan dia. Aku lak sedar Amzar dah ada kat umah bila nak solat Subuh. Dengar suara dia bunyi-bunyi jer.
Rupanya, semua orang tido kat ruang tamu, ngan Amzar kat tetengah.
HAAAHAH...
Comel je semua jadi bodigad Amzar.

 
Keadaan nampak cam aman je dan aku pun sangat lega sebab semua barisan askar ada untuk membantu keadaan. KAlau aku sorang je ada, ngan otomen dua orang tu, aku tak pasti plak camno nak kepung Amzar sebab Amzar baru je 10 bulan gitu.
Oni ngan Wawan dah la ganazzz..
Tapi, keamanan itu hanya bersifat sementara jer. 
Pabila Oni dan Wawan bangun dari tido, semuanya berubah....


Kesahnya bersambung selepas ini...



Ni le Amzar. Innocent kan? 


Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram