Followers

31 Jan 2013

Bertugas lagi dan kali ini review CK Hotel , Lumut


Time: 2244
Date: Jan 30, 2013
Cuaca : Unknown (sebab bilik takdo tingkap)
Lokasi: Lumut, Perak



BErtolak dari rumah jam 9 pagi tadi,ketika Oni masih lagi tidur nyenyak. Hanya Wawan je yg bangun. Nangeh kejap sebab tgk IBu siap lawa-lawa,keluar rumah bawak beg Akademi Fantasia.

Kali ni outstesen lama sikit, 4 hari 3 malam. Ada banyak tugas yang perlu dibereskan. BEside, besok malam ada agenda penting untuk Al-Azhar Associates.
Expected to end on 1st Feb, but suddenly bos gitau ada monthly meeting on Feb the 2nd. So, bos suruh lajak sehari lagi.
Luckily Inche Kitchi ada kat umah.
Alang pun tak de wat ape this wiken.
So, Oni n Wawan ditinggalkan.



Sampai CK HOtel jam 1215 at noon, of course.
Check in
By the way, aku booking dulu few days before thru booking.com. Sangat senang. Takyah deposit-deposit pun. KAlu confirm, terus bayar aje. Lagipun, hotel murah je kan.


CK Hotel ni sangat sesuai untuk orang travel-travel sengsorang cam aku skang. Sama la cam Valley View Hotel, LUmut. 
Cuma di CK HOtel , ada bilik untuk seorang, with 1 single bed.
Just RM35 sahaja untuk satu malam.
MEmandangkan bilik single tu da abih, jadi.... aku kena amik superior room. 1 queen-sized bed, aku sorang je guling-guling atas tu ditemani lektop dan.....JEremy Renner (?) *pervert ko MAkbed.
Harga bilik RM58 satu malam.


KEsukaan tentang bilik yg aku duduk sekarang:

  • TV flat skrin, bebetul tepi katil.
  • Plug yg mencukupi dan strategik. NAk charge telepon dan lektop , plug kena la dekat-dekat dengan kati ,kan?
  • TV with all important channel. Tv1, Tv2, Tv3, ntv7, 8tv, Tv9, AXN (faveret!), AEC, Vaan, Fox Sports.. Suma clear. Bez!
  • WIFI tiptop. Full bar. 
  • Paip khas untuk berwuduk.
  • Ada arah kiblat.
  • Ada char-koteaw sama nasik kukus la kat depan hotel ni memalam. TApi nak kuar malu plak sebab manyak pakwe situ. Aku dah le pakai cam makcik sabariah je nih!


Ketidakseronokkannya pulak:


  • aku duduk tingkat 3 weh! Gilozz
  • KAlau nak serika baju, kena gi turun kat lobi. KAt belakang nun ha serika nya. Ada sebijik jer. NAsihat peribadi: Kalu nak dok sini, bawak serika sniri la.
  • Ada disediakan water filter, air panas sejuk. TApi, takde cawan, sudu ke.. BEkas air ker. KOt sapa bawak anak kecik, bawak le termos seniri yer. 
  • Shower agak 'lemah lembut'. Stress je mandi. TApi, boleh la mandi. Ada water heater sume.Air je slow.
  • Bilik aku ni takde tingkap.Sebab tu la aku tatau current cuaca skang. hewhewhew..
  • Kedai runcit sebelah ni tutup jam 9 malam.



Pemenangnya adalah Valley View HOtel !!!!!.
Sebab dekat segala dengan memacam. TApi, VAlley View ni selalu ada masalah parking. Heee...
Biasa..setiap menda takde le suma nak bagozz je kan. Bayar murah, dapat pun mana-mana yg patut je la. Kita la pulak sebagai pengguna kena tentukan apa keperluan dan kendian decide.


Gambo takde.
Sebab malas nak amik ,dah bersepah bilik aku ngan baju. Beg baju beso sebab aku bakal duduk sini 4 hari dan baju aku adalah sangat banyak sebab siang sampai malam ada appointment dan yadayadayada yang lain. Blurghh~


Oni tipon tadi.
Just nak gtau yg dia da makan... Dan nampaknya dia paham yg ibunya kerja.
Ala.rindunya aku kat budak sorang tu.
PAdahal dok dekat-dekat asyik gado jer. HUuu~


Perut dah lapar lak tetiba.
NAk keluar malas pulak.
Time travel ni memang bagus la mengamalkan diet. 4 hari cam ni,kurus x?




Kurus menda tadi baru melantak makan wantan mee kat Jusco. HAHAHAHAHAH!





Miss the kids.
Miss Inche Kitchi. Beliau semestinya sedang enak bermesra dengan Cik Komputer beliau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram