Followers

7 Jan 2013

Anugerah Juara Lagu ke 27. Komentar Sebentar



Kudos to the team. 
AJL kali ni memang menarik konsepnya. Nampak cam tengok 3D je walaupun tv aku masih lagi dalam kategori peti televisyen.
Belum mampu nak beli tv plasma HD seme tu lagi aa... SObS!



Berikut adelah komen-komen ikhlas aku.


Misha Omar nyanyi memang best. LAgu nostalgia. Suara sedap. Rindu kat dia.

Ziana Zain, sora sedap. Tapi ngape nyanyi lagu tu? Nyanyi le MAdah Berhelah ke... Sure orang sorak horey-horey.. Dah le lama tak tengok dia nyanyi. Aku tak pasti konsep persembahan dia. Maybe dia nak wat ala-ala cam JLo kowwtt. Tapi, bab menari, memang foul habih. Oni nari lagi bez. Huu..toksah la wat camtu dah Kak Ziana. 


Pengacara AJL, osem. Walaupun Ally Iskandar takde. Buleh teruskan mengacara AJL. 

Paling tak leh blah time Faizal Ismail salah sebut MENYUSUL tu.
"Banyak lagi lagu yang akan MENYESAL selepas ini.."

HAhaha..nasib baik perasan cepat. Tapi, cool je dia walaupun tersasul. Punya le luas mulut Cheryl gelakkan kawan sebelah dia tu. Aku pun sakit perut gelak!


Persembahan paling aku suka? Hmm.. mostly ok je. Ombak Rindu pun aku suka jugak. Cuma tak suka time Abang Aaron dukung Adira jer.. HHAHAHA.. KAlau kurus leh la kau dukung. Cuba QUeen Latifah yang nyanyi. Mau ke dukung bang??


Mojo nyanyi best walaupun tak menang. I like!!!


Shila Amzah macam sakit je.Rindu abang cayang ke dik?


Adira pun nampak cam sakit je. TAk excited pun. Kemereh semacam je. Apesal? PAtutnya kena dukung ngan Aaron Aziz tu haruslah semangat sikit ye dak? HAHAHAHA...~TET!


Stacy nampak gemok. Tih tih tih...


Suara Hafiz Awan Nano memang sedap. Layak le dia menang vokal terbaik tuh. 


Yuna memang tak salah le pilih Aizat tolong nyanyikan lagu Terukir Di Bintang tu. Persembahan yang simple tapi berkesan. Aizat hanya perlukan MISAI je sebagai props dan itu merupakan kunci kemenangan lagu tu kali ni. HAHAHAHAHH! Kan kan.. Sapa suka misai Aizat, angkat tangan.

SAYA!!!



Persembahan pakcik-pakcik rock semasa nak tunggu keputusan akhir tu sememangnya mengundang nostagia.
Risau gak kat Aris Ariwatan yang lari tempo masa nyanyi lagu beliau tu. Nasib baik berjaya diselamatkan. Tapi, semua otai-otai rock masih berbisa. Cayalah! 



Rap Jambang (RJ) tu ensem. Tu je nak cakap. hewhewhew..~



Berikut adalah keputusan AJL 27.



PERSEMBAHAN TERBAIK AJL27
TEMAN PENGGANTI -BLACK & RJ



VOKAL TERBAIK AJL27
KU AKUI – HAFIZ



LAGU TERBAIK

TEMPAT KE –3
KOMPOSER - AJAI
KU AKUI - HAFIZ


NAIB JUARA AJL27
KOMPOSER - AUDI MOK
LIRIK - AZLAN
IDOLA - AZLAN AND THE TYPEWRITER


JUARA AJL27
TERUKIR DI BINTANG - YUNA (AIZAT)



Tahniah pada yang berjaya.






Oni pun layan MOJO


Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram