Followers

22 Dec 2013

Antara Jualan Murah, Penjual dan Pembeli


BAru perasan yg aku selalu berblog pada hari Sabtu dan Ahad. 
Ngeh..Ngeh..Ngehh..


Nih baru letak semula lektop atas meja kerja. 
Aku baru aje balik dari tugasan di Manjung. Kali ni 3 hari. 
Daripada hari Rabu sampai le hari Jumaat.

Oni aku bawak sekali. Tinggalkan kat umah Mama As dalam Pangkalan TLDM tuh.  Udah memang port dia dah. 
Wawan plak dok umah Acik. Acik rindu sangat kat dia nak bawak balik rumah pulak. 


Jadi, Linda dok sorang-sorang ngan Alang jer. Cuti babysitting. 


HAri ni aku gi majlis kenduri je. 
Tu pun, nak minta maaf sangat-sangat kat Aween Puteh Baharin, my client dan my pembaca blog tegar. HAri ini majlis perkahwinan dia tapi Makbed tak dapat nak pergi. Ada banyak kenduri la pulak.


Pukul 7 malam baru abih makan kenduri. 
KEnduri paling maveles adalah kat Gurun. 
Gulai batang pisang jugaaakkk yang best. Lamanya tak makan. Nyum!


Di Parkson Alor Setar Mall ada sale~

Aku bukan jenis pencari SALE, apatah lagi kaki shopping. 
Tapi, entah kenapa ari ni tetiba tergerak hati nak bawak Ochobot gi situ. Niat awalnya nak cari sehelai seluar jeans. Kekononnya, nak reward diri sendiri. Tapi, reward sempena apa, tidak dapat dipastikan.


Syukur, sebab yang dok sale beria tu banyak kat bahagian jeans. Daripada Levis sampai le ke BUM. Tapi, aku bukan nak citer pasal SALE tu.
Nak citer pasal SALESMAN or SALES  PERSON. 

Jurujual Levis kat situ berlagak nak mati!
Mementang la aku ni tembam , buat tak layan je aku. Apeke tak layak ke aku pakai seluar Levis ??
Meluat betui. 
Lastnya aku beli gak seluar jeans. Ala kadar jela. NAk pakai je pun. Asalkan selesa. 
Nak gitau jugak, CASHIER kat PArkson situ sombong betui. Senyum pun takmo. Penat kot berdiri. TApi, udah namanya tugas, berlapang dadalah. 
Aku pun kalu ikut nak masam juga muka aku. Dah le kena beratur, pehtu kena bayar. Keluar duit. PAtut tak aku senyum?
Kang kalu aku tak beli kang, korang takde gaji tau!

Baik korang senyum sikit selepas ini. 


Kendian, aku ke XES di tingkat bawah. 
Butik kasut XES ni memang butik murah. TAk leh la lawan ngan Scholl or Vincci. Bleh la nak sama taraf ngan BATA. Tapi, ada kasut-kasut di XES ni yang aku sangat suka. 

Memandangkan hari ni hari Sabtu, hari ni takde beg plastik. 
Jadi, suar jeans yang aku beli tadi tu, aku pegang aje. 
MAsa aku dok belek-belek kasut , agak lma juga sebab masih decide nak beli ke tak.... TEtiba, ada sorang perempuan berbangsa Cina datang dekat aku. 
Sambil bawak beg plastik kosong. 

Dan dia hulurkan beg itu pada aku. 


"Ambik la. Tengok you plih kasut macam susah saja. Kesian saya tengok," ujar wanita Cina tu sambil tersengih. 

Aku pun tersengih gak. MAcam kerang busuk. DIa bukan saja hulurkan beg plastik, tapi siap tolong masukkan suar jeans aku tu dalam beg tu. 

Rupanya, dia tokeh kedai kasut tu daaaaaa~


Wanita tu tak cakap banyak lepas tu. Dia sibuk bergurau senda dengan pekerja-pekerja dia. Pekerja dia mostly Melayu. NAmpak seperti mereka sangat suka bekerja dengan dia. 

KAlau aku sendiri, aku pun siok juga kerja ngan bos yang keloloh dan peramah macam tu. 

HAnya kerana sekeping beg plastik kosong yang dia offer pada aku tadi, aku ter'beli' 2 pasang kasut.  KAsut pertama adalah kasut yang memang aku aim nak beli. 
KAsut kedua adalah kasut yang aku memang dah pernah beli, dan aku pakai. Disebabkan selesa, aku pakai sampai jahanam. Dan masih pakai ketika kejadian. Tapi, disebabkan kasut tu dah jahanam, aku beli lah kasut yg sama pattern macam tu, tapi warna lain. CUma, harganya jauh lebih murah itu last stok! 
Murah 60% tau~

Moralnya, bukan sebab SALE sangat pun yang jadi punca orang membeli.
Tapi, sebab layanan orang kedai, buat pembeli berbesar hati nak membeli. 
Biar ada masanya mahal, tapi kalau layanan orang kedai best giler, memang beli jugak. 
Tapi, buat la jualan murah macam hape sekali pun, tapi layanan macam sampah, aku memang tak gi dekat pun. 


KOrang camne?












17 Dec 2013

Keluar Dari Zon Selesa, Memandu Kereta Lebih Besar. Ianya Mencabar. Tapi, Senyum!


Saya hanya memerlukan 3 hari sahaja.
Ochobot sudah kena servis 1000km , semalam. 
Weehu~


 
Nama glamer: Ratchet the Ochobot. 
Nama family : Mitsubishi
Nama sebenar: Triton VGT 4x4 GL
Pemahaman politik : Pengikut tegar Autobot. Bahahahah~ 
Warna kulit : Putih. Caucasian gitewww.. 


Sehari lepas Ochobot kuar kedai Makbed dah drive ke KL dah. 
OK... drive membawa kereta baru yg masih dara adalah sangat menyeksakan. 
TAkleh bawak laju-laju. 
Abah dah pesan. 

"HANG BAWAK 80 JA. SAMPAI TOL SUNGAI DUA BARU HANG PEDERAIH SIKIT. SIKIT JEEE~" 

Camtu la Abah pesan. 
Sebagai anak yang taat, aku pun bawak 80 ja la weh. Pukui 9.30 pagi gerak, jam 12tghari baru sampai Sungai Dua. 
Giler amazing betui drive. 
Sempat lagi singgah Juru beli Subway sama Starbucks. Ngantok kot~

Lepas Tol Sungai Dua, baru aku pijak minyak sikit. Sampai 100 aje. 
MAk aku dah dok pesan-pesan , jangan bawak laju-laju. 
Beliau sudah maklum kelajuan biasa anak dia bawak selalu adalah 140km sejam. 
Tapi, siyesly... aku bawak 100km je pun naik si debab ni, tak rasa lambat pulak. Macam lajuuuuu je. 
TErbuai-buai. TAkut pulak nak pederas lebih-lebih. 
Belum pandai lagi kan. 

Sepanjang jalan aku drive , tangan dua-dua pegang stereng hoke. 
Betapa skemanya aku. 


Tu pun, perjalanan pertama aku ngan Ochobot, aku dah kena bawak tv 40 inci. 
Beserta beberapa barang lain. 
Disebabkan aku belum letak cover belakang, jadi semuanya sumbat kat kerusi penumpang je. 
Aku sorang je drive pun.
NAsib baik la radio kereta ada USB. Masih boleh aku karoke lagu-lagu kesukaan dalam kereta. 
Cuma, sound system dan surround tak sama macam Bambam Bee la.  Bambam Bee best lagi. 

TAkleh nak besit laju sebab hujan lebat di sesetengah kawasan. 
MAsa ni merasa la bawak kereta dalam hujan. 
Perghh... tak sama feel bawak 4x4  dalam hujan dengan bawak kereta sport. Sport ke? HAHAHA..
On that very first day, Ratchet was put into test. And he did well!

Dan endingnya, aku sampai destinasi aku kat Prudential Training Academy pada jam 8 malam. 
Percaya tak?
HAAA. silalah percaya. 
Aku redha je kena kutuk ngan semua pemilik kereta laju yang ada kat PTA malam tu sebab itulah rekod pemanduan paling lambat dan lama yg pernah aku hadapi. 
Tapi, aku sengih je. HAHAHAHH~ 
Ketawalah .. Ketawalahh... 
Yang penting keta aku besar. 
Tu pun, depa berebut-rebut nak naik Ochobot yang aku sengaja tak bukak plastik kerusinya. Saja nak soh depa tolong koyakkan. 
Malam aku sampai tu, Vellfire Bos tak bergerak pun. 
NAik Triton belaka. 
BAngga sat. 

MEkasih anda-anda semua kerana mencemar duli naik Ochobot yang tak seberapa nih. 

Ini termasuklah sepupu saya, Kilah. 
Dan adik saya Kimi. 
Sorry, takdok gambaq pulak sebab kalut nak pi meeting malam tu. 


 
Bagaimanapun, di hari besoknya iaitu Sabtu, Al-Azhar Associates Monthly Meeting berjalan seperti biasa. 
Membuktikan bahawasanya saya hadir dengan riang, pastinya ada gambar untuk tatapan anda. Khasnya buat mereka yang tak pergi , tak dapat pergi, atau malas nak pergi meeting tu, anda rugi tau tau tau.
Meeting adalah best. Kalau nak rasa meeting yang best, jom le kerja seperti aku. 



Kali ni Kak Laila (yang pegang handbag Furla tu) datang dari Kulai, Johor. Seronok bila orang jauh datang.




 Gambar ni terblur pulak. Tapi, nak ucap tenkiu kat Cikinot sebab kasut dia buat aku nampak tinggi. PAdahal, rendang jer. Tsk...Tskk..




Nih wajah lapar sudah. Henbeg haruslah hijau kerana ianya warna mendamaikan. Besides, korang boleh kenal MAkbed dari kejauhan dengan hanya melihat beg itu.


 Lepas selesai meeting di KL, Makbed gerak ke Manjung pulak. Memang niat nak bermalam kat sana. TAk mampu kot nak drive direct balik Kedah dengan cuaca hujan lebat gitu. Letih wooo.. Biarpun naik Triton. 


Review bawak kereta baru sikit. 

Aku memang sangat meremenkan wanita-wanita drive si debab ni. 
Tapi, semestinya memerlukan keberanian yang sama besar ngan keta ni lah. TAk susah, jika tahu cara. 
Untuk permulaan , aku sendiri pun risau bila time nak gostan , sebab panjang tui. 
NAsib baiklah tuan kilang tu dah boh reverse sensor siap-siap. HEHEHEHE... TAkde le aku menggelabah katak dalam keta tu. 
Tapi, mostly orang tgk pompuan bawak keta cam ni, terkulat-kulat je, depa akan bagi jalan dan ruang especially time nak gostan. Syaratnya, jangan buat muka kerek lah ye. 
BUat muka comellllllll sahaja. 
Dan jangan malu mengaku tak pandai~ 
Dan jangan lupa angkat tangan kat orang yang memberi laluan kepada anda tuh.

Kalau korang ada ciri-ciri di atas, maka dipersilakan lah suruh laki korang beli sebijik. Ye..Ye..
Pada yang dah ada, suami punya, cuba test bawak sekali keta asben tu. Rasakan ..best ke tak. 

BEza bawak Ochobot ngan Bambam Bee....

- Bambam Bee rendah gila. Bukak pintu keta, turun kaki je dah sampai bumi. Ochobot plak, bukak pintu keta , kalu ko perasan keta ko rendah, alamatnya ko jatuh terguling la atas jalan raya. So, sentiasa kena sedar yang anda naik kereta tinggi, dan anda tu tak tinggi mana pun. Makbed kena terjun dari kereta tersebut ketika keluar. Hihih~
- Drive Bambam Bee rasa rugged je. TApi, orang tak nampak driver. So, takyah senyum sangat , orang tak nampak. Bawak Ochobot, terasa gagah pulak. TApi, kena sentiasa berwajah manis. Sebab orang nampak muka. Dah macam bawak bas rasanya. 
-Brenti isi minyak untuk Bambam Bee, orang usya kereta. Sebab warna dan keotaiannya. Pehtu, baru tengok driver. Tapi, kalau Ochobot plak..brenti kat gas station, kat diesel tu.. Orang tak tgk kereta. Tengok tuan kereta yg kemetot aje tu. HAih la nye...~ 
-Nak boh barang dalam Bambam Bee agak terhad meskipun bonet nya agak luas. Tapi, HKCC berkaton-katon takleh masuk. Ochobot? Segala menda boleh masuk. Pehni, leh angkut durian banyak-banyak hantar Putrajaya. 
-Bambam Bee leh main corner tanpa rasa cuak. Dengan Ochobot, takleh. TAkleh lagi kot. Sebab aku tak pandai. TAkut kang tayar naik atas plak. Korang mesti tak mau perkara itu berlaku , bukan? 


Tapi.... satu je persamaan berBAmbam Bee dan berOchobot...


Aku tetap tak basuh keta sendiri. Hantar kedai juga. NgehNgehNgehhhh~

Mekasih Kak Bos sebab belanja cuci kereta aritu.


Of course le semua best.
Roadtax dia pun BEST jugak. 
 




KEJUTAN DI PENGHUJUNG


Heran tui..

Aku dah wat entry tau semalam. 
Dah tekan PUBLISH..

Tapi hari ni check ,takde pulak entry tu. 
Dalam DRAFT pun nan ado.
Hape punya iPAd. Mementang la free...


 **


Bismillahirahmanirrahim...

BUleh la dikatakan, Disember ini adalah bulan yang PALING MENCABAR bagi Makbed. Sangat mencabar dan tercabar baik dari segi kerjaya dan juga dalam aspek kehidupan aku. 
Pun begitu, bersangka baik dengan Allah ada sentiasa menjadi tonggak memudahkan segala urusan terutama sekali dalam bab membuat keputusan penting dalam hidup.
Sebenarnya,hidup ini jadi lebih mudah jika kita senantiasa berlapang dada dan percaya setiap yg berlaku akan ada hikmahnya. 


Pada hari Khamis 12 Disember 2013, Makbed buat satu suprise untuk semua....








Kereta Baruuu!!!


Untuk orang kecil yang berjiwa besar. Gitewww....~ 
Ahaks!


Bambam Bee telah selamat tersadai di tepi rumah. 
MAkbed cuma boleh panaskan enjin je. Tak berani nak bawak dia gi jenjalan dah. LAst travel aritu masa gi Family Gathering di Lumut. 
And she already had problems and the warning signals showed on the meter. 
Poor Her! 
But, she did her job well done. Bringing me home safely. 
Dah sampai, baru lah dia tersenguk-senguk. 

Sian.... gearbox problem tu. 
TApi, taktau la kot dia ada masalah lain lagi. 

So, aku decide tunggu Inche Kitchi balik je. 
He can only repair it by February, and I can't wait that long. 
I have to work. 
Kebetulan, my family from Kuantan was here. Bercuti. 
Meeting was made and there was a decision. 
We need a car that fits the specification of MAKBED , and of course .... BOLEH DIGUNAKAN SEPENUHNYA. 

BAsically, my life memang sangat busy. Moving around. Unstoppable. 
Pehtu, suka bawak banyak-banyak barang dalam pungkok keta. 
JAdi, sebolat suara setuju untuk merembat Triton. 
HAHAHAHA.
Jadi, tulah dia Triton ~

Tak boleh beli BMW lagi.
Triton ni akan digunakan dahulu demi mencapai hasrat seterusnya membeli BMW dan Ducati MOnster. Sekian... Timasey. 


I could not think of other cars at all, except this one. 
Luckily, semua orang setuju.
Pehni, leh la aku bawak HKCC berkaton-katon. 
KAlau naik Bambam Bee, boh 5 katon je, dah 'cunggit' keta tuh ha. Sian wooo..
Belum masuk aku yang beratnya lebih kurang sama je macam 5 katon tu!



 
Oni sangat happy bila Ibu bawak balik kereta baru. 
She did not expect it at all. 
Kemain tinggi dia punya lompat!
Tapi, dia nampak agak sedih sebab Ibu dia agak busy sebaik sahaja kereta baru keluar. 


Well..
My dear Oni,
Ibu kena keluar bekerja because if not, we may have problems to pay the installment~
I dont mind buying you 10 Kit Kats on my way home, just to see your smile once I get home. But always remember, I am working so hard right now just for you and Wawan. 
TAk lama pun. Ibu bukan nak kerja sampai tuaaa.. CUma, kena struggle lebih skang sementara kudrat masih ada dan awak belum masuk sekolah lagi. 




Oh, itu dia.
Cantik sekali dua jentera ini berdiri sebelah-sebelah begitu. 
YAng sebelah lagi tu adalah jentera berat milik Founder Haida Kamaruzaman Collagen Cappucino (HKCC). 
Tapi, dia beli lebih awal dari aku few months back. 
Sepertimana aku meraikan kejayaannya beli Hilux , which I agreed on that so much , Haida pun sangat happy bila aku juga decided nak beli jentera berat seperti di atas. 

Bear in mind, jadi stokis HKCC even Agen pun, tidak ada disediakan Tabung Kereta ye~
HAHHAHAHAHAH....
APatah lagi tabung kereta yang menawarkan kereta mcm gini. 
Beli atas kehendak sendiri. 
Rasanya, tak lama lagi ado lagi seorang Stokis HKCC akan menyusul beli sebijik. Katanya, nak beli sama cam haku punye. 
HAHAHA... skang ni, sure dia tgh jeles tu. Wek~

 
MAkbed lega sangat. Syukur, Alhamdulillah.
Boleh Makbed bekerja dengan lebih tenang. 
Boleh la travel dengan lebih selamat. 
Nak lagi selamat, leh la bawak senapang gajah sekali masa travel. Tapi,make sure ado lesen ye. HEwhewhewhew~











Ending entry ini, Makbed nak ucapkan Terima Kasih banyak-banyak pada ANDA.

Buat Mak yang senantiasa ready nak tolong walaupun dia risau tengok aku. Tapi, dia nak jugak tolong. 

Untuk Abah yang tak cakap apa-apa sangat tapi Abah yang uruskan hal belian kereta dengan pantas.
Untuk suami saya ... Kalau tak sebab dia, memang aku tak beli kereta ni.

Untuk Haida, terima kasih atas support dan perhatian. Anda akhirnya mengenali diri saya lebih dekat, kan? 

Untuk Leader saya , Encik Azhar... Besar jasa Tuan pada saya. KAlau takde bimbingan dan tunjuk ajar, memang mampus tak de keta lansung aku sampai bebila. HAHAHAHHAH~  Nak berjaya, bukan senang ye. Kena pergi sekolah dulu~!! Menuntut ilmu. 

Dan untuk client-client saya yang mengiktiraf saya sebagai perancangan kewangan mereka, ANDALAH yang paling saya hargai. Kalau takde ANDA, takde le keta wehhh. KAmu semua sudah bantu saya.

Untuk pelanggan-pelanggan HKCC, yang sebahagian pelanggan tegarnya juga client insurans saya, teruskan pengambilan kopi ye. Heeeee...~ SIhat sokmo dengan kopi sedap. Aku masih lagi minum tanpa henti.  Kalau nak travel, takmo ngantok, ce try amik CCFM (Collagen Cappucino For Men). Power tau~




Sekian entry.

Assalamualaikum.



10 Dec 2013

ACTS FAMILY GATHERING. KALI INI DI LUMUT, PERAK.







 Hallooo... korang.

Lama benor aku tak tengok tv tau.
NAk kata sibuk sangat pun, takde gak. Cuma malas je nak gi dok depan tv tu.

30 haribulan November lepas, Anak Cucu Tok Siah kembali berkumpul untuk kesekian kalinya.
GAmbar-gambarnya ada pada Makbed tapi belum dapat kumpul semua.
Nih ada sikit-sikit je...


Lokasi Gathering : Marina Cove Hotel, Teluk Muruh. Lumut. 
TArikh: 30 November 2013 sehingga 1 Disember 2013.



29 haribulan aku, Linda dan otomenz dah sampai Lumut dah. Check in hotel biasa. MAlam tu, kazen aku Kilah lak datang. Disusuli Mak Abah dan adik Makbed yg bongsu. 

30hb , kami bekfes makan durian.
HAHAHAHA.. 
mat saleh sangat la. Bekfes makan buah. 

 


Wawan ngan Atok beliau



Dengan kazen-kazen


Gathering dilakukan suka-suka atas permintaan nenek kitoang sebab dia memang sangat seronok kalau dapat jalan-jalan dan jumpa anak cucu cicit beliau. 
Nenek pun kami layan macam Ratu England hokee. 
Skang Tok dah pakai kerusi roda dah. Dia stress... lambat sampai. MAklumlah, cucu-cucu jalan laju belaka. So, kami suma collect duit beli kerusi roda kat Tok. 

Apesal macam aku tak bayar je duit collection kerusi roda nih? 





Tema kali ni adalah Purple. Dan saya sungguh tak cun dalam warna purple. HUkhuk~





Nih kazen-kazen kamceng abeh la ni. Muka pun cam nak sama je. Saiz pun~ hahaha..





BErtuah Tok dapat cucu cam kitoang ni. MErata-rata Tok dibawaknye berjalan. Benornya, Tok ni memang suka berjalan pun. 
Skang ni dah tak larat sangat. Tu pun, sanggup lagi tu melayan kitorang. SIan Tok.. selalu kena sakat ngan cucu-cucu dia. Hehe..

 





 Ini lak kazen-kazen bersama anak masing-masing. 
Yang tudung merah posing over sangat tu belum kahwin lagi. Jadi, buat-buat tak nampak je ye. 






TAk ramai yang hadir kali ni. Even family aku sendiri pun tak cukup set. Alang, Kimi and Angah takde. 
Even aku pun, suami takde. 
HHEHEHE..

Tapi, still nampak macam ramai jek. 


Gathering sedikit suram tanpa kehadiran Ain Sallehuddin. 
Mereka sekeluarga masih bersedih atas pemergian arwah Athirah beberapa minggu yg lepas. 
Turut diadakan majlis bacaan Yasin untuk arwah dan juga kepada saudara-saudara kesayangan kami yang terlebih dahulu dijemput Illahi. 
Kami merindui anda semua.






Semoga Tok dikurniakan kesihatan yang baik dan hidup gembira dengan keceriaan anak cucu tersayang. 
Kami sayang Tok!!

6 Dec 2013

CIRI-CIRI ORANG GAGAL



Dah lama ye tak buat entry motivasi.
HAri Jumaat yang berkat dan mulia ni, kena diisikan dengan entry ilmu sikit. 
So aku nak share sedikit tentang Ciri-Ciri Orang Malas yang aku dapat kumpul menerusi pembacaan aku sebelum ni.


Berikut adalah Ciri-Ciri Orang Gagal. 
Periksa diri. 
Mungkin kita ada, tapi tak ngaku.
Mungkin juga kita takde, tapi terasa ada. 
BAca ajelah. 
Tak rugi pun. 



Ciri 1 - ORANG YANG TAKUT MELANGKAH KERANA TAKUT SALAH.
Ciri yang macam ni memang sangatlah banyak. Mahu berjaya seperti orang lain berjaya, tetapi ada saja ketakutannya. TErlalu banyak 'kalau', dan terlalu banyak jugak bertanya.
Bertanya pun, bukan kerana mahu tahu. 
Bertanya kerana was-was. 
Tapi, dalam hati dia sedar, jika dia tidak decide melangkah untuk memulakan sesuatu, dirinya tetap akan sama.
NAk tunggu apa?
Nak tunggu loceng penanda rezeki datang berbunyi ke?


Ciri 2 - ORANG YANG TIDAK MENGAKUI KEKALAHAN DAN KESALAHAN
Pengakuan terhadap kekalahan dan kesalahan adalah satu tanda baik untuk melakukan perubahan. 
Bila seseorang tu dah mengaku yang dia gagal, maka  dia telah bersedia untuk mencuba apa saja agar dia tidak gagal, kalah dan salah lagi. 
Sekiranya masih terus-terusan ego untuk mengaku maka dia tidak akan mungkin sedar dia sedang menggagalkan dirinya. 
Ingat, EGO tidak membawa seseorang untuk berjaya. 


Cara 3 - ORANG YANG SUKA MENYALAHKAN ORANG LAIN DAN TIDAK MAHU MELIHAT PADA DIRINYA SENDIRI
Orang seperti ini cenderung menyalahkan orang lain sebagai punca dia gagal.
Salah adik jika dia gagal sampai ke tempat kerja awal. 
Salahkan suami jika dia dimarah suami. 
Salahkan isteri, jika dia gagal mendapat kenaikan gaji. 
Salah ibu dan ayah atas kemiskinan berterusan yg dialaminya. 
KEgagalannya dalam hidup semuanya berpunca dari orang lain, bukan dirinya. 
Seolah-olah dia mahu gambarkan yang sekiranya semua orang ini tiada dalam hidupnya, atau sekiranya orang-orang ini 'lebih pintar' dalam membuat keputusan, hidupnya akan jadi lebih bahagia. 
Ni nama nak decide sendiri dan tanggung sendiri memang takde la. Susah~


Ciri 4 - ORANG YANG GAGAL MERANCANG.
PErnah dengar ungkapan 'Fail to Plan is, Plan to Fail' ?
Ungkapan itu bukan dicipta sesaja untuk menyakitkan hati atau pun disebut-sebut bagi sedap je. 
Dengar, dan fahamkan betul-betul. 
Kalau tak faham, bukak kamus.
Sebilangan besar orang yang gagal adalah kerana mereka gagal merancang. 
Ada yang merancang, tapi tidak tahu apakah yg dirancangkan. 
MErancang juga memerlukan skill dan jangan malu meminta banyak pendapat dari orang berpengalaman bagi membolehkan kita merancang dengan baik. 
Untuk merancang, perlu ada pengalaman biar sedikit. 
Jika tidak ada, pinjamlah pengalaman orang. 
Itulah untungnya jika kita punya ramai sahabat yang tidak lokek memberi pendapat. 


Ciri 5 - ORANG YANG GAGAL MEMBINA HUBUNGAN JANGKA PANJANG DALAM KELUARGA SENDIRI
Tidak ada orang berjaya yang hidup sendirian.
Segalanya bermula dari keluarga. Lihatlah orang berjaya, hubungan mereka dengan ahli keluarga mereka. 
Teladanilah. 
MEreka yg berjaya ini biasanya sangat disayangi keluarga dan biasa menjadi pemyambung serta pengerat silaturahim. 
JIka dalam keluarga sendiri pun dia tidak dihormati, bagaimana boleh dikira berjaya?
Doa ahli keluarga yang redha, khasnya ibu bapa adalah TONGGAK UTAMA kejayaan kita. 
JAdi, sikap suka menjauhkan diri dari keluarga adalah ternyata bukan ciri-ciri orang berjaya. 


Ciri 6 - ORANG YANG MEMPUNYA SEPARUH SEMANGAT DALAM DIRI / BERJIWA KECIL
Semangat tikus. 
MAhu, tapi takut-takut. 
Sanggup tunggu sehingga semua orang tiada, barulah 'belang'nya keluar. 
Tetapi, untuk apa? Apa manfaatnya. 
Jika diberi semangat, akan berkobar-kobar jiwanya. 
Tetapi, setelah ditinggalkan, api semangatnya padam begitu sahaja. 
Orang ini sentiasa memerlukan sokongan orang di sebelahnya.
KAlau tak ada, dia lebih rela duduk di situ sahaja, sehingalah ada orang lain pula tolong beri semangat pada dia. 



Ciri 7 - ORANG YANG TAKUT MENGAMBIL RISIKO. SERING MENUNGGU DURIAN RUNTUH DAN LEBIH GEMAR GOYANG KAKI.
 NAk berjaya, tapi berkorban tak mahu. 
TAkut sangat dengan kehilangan. 
PAdahal kehilangan itu cuma sedikit jika dibandingkan dengan keuntungan kemudiannya. 
Orang seperti ini mudah dikenali. Hidupnya dari zaman dahulu sehingga kini sama sahaja gayanya. 
Perangainya juga sama. Pemikirannya juga masih sama. 
Yang berubah cumalah wajahnya, dengan sedikit kedut. 
YAng berubah cuma orang-orang di sekelilingnya. 


Ciri 8 - SINONIM PADA ORANG YANG MANJA , TIDAK MAHU BERUSAHA, BEKERJA , TIADA MOTIVASI DAN YAKIN DIRI. PEMALAS
 Apa pun tak boleh. 
Suruh buat apa pun tak mahu.
Bukannya tak tahu. 
Tetapi malas berfikir. 
DIberi motivasi pun sama sahaja. Ibarat mencurah air ke daun keladi. 
Hidup lebih rela meminta dari berusaha. 
MAhu berusaha tetapi risau rugi. Risaukan tenaga yang terpaksa dikeluarkan. 
Keyakinan diri, lansung tiada. 
Jadi, apa pun tak boleh. 


Ciri 9 - BERPEMIKIRAN NEGATIF, BERSIKAP PASIF, MENGALAH PADA KEADAAN, LAMBAT BERTINDAK DAN BANYAK ALASAN
 Sifat-sifat di atas itu adalah memang sifat yang menjadi hak milik kekal orang-orang yang gagal. Tidak akan boleh berubah seseorang yang bersifat sedemikian, apatah lagi bermimpi untuk mengecap kejayaan. MAlah, BERMIMPI pun dia tidak mampu. 
Kehidupannya biasa-biasa sahaja. 
Terumbang-ambing mengikut arus masa. 
Satu sahaja cara untuk buang semua sifat-sifat yang lansung tidak membantu ini - BERUBAH. 
Carilah jalan. 
Buang semua sifat di atas. 
JAngan segan bertanya. 
Jangan memilih guru. 
Kosongkan cawan. 
LApangkan fikiran. 
InsyaAllah.




 Ciri-ciri ini di nukilkan oleh oleh Billiy P.S Lim. Ada satu dialog ringkas ditanya oleh beliau kepada peserta programnya, " Kenapa orang akan tenggelam bila terjatuh ke dalam air?"

Mereka menjawab , " Dia tidak dapat berenang."

Billy kata, "Salah...jawapannya dia tenggelam kerana dia terus berada disitu dan tidak berusaha menggerakkan dirinya ke tempat lain."

Bukanlah banyak mana ujian yang kita dapat, bukan juga seberapa banyak hinaan yang kita dengar, dan bukan seberapa banyak kegagalan dan kesedihan yang kita hadapi menjadi persoalan utama.

Namun hakikat yang perlu kita hadapai adalah bagaimana untuk berhadapan dengan semua itu dan melakukan perubahan. Jadilah diri sendiri berdasarkan potensi yang dimiliki.

Sabda Nabi SAW: "seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama untuk buat kali kedua."



JIka mahu berubah, berubah lah dengan ikhlas. 
Bukan kerana orang lain, tetapi untuk kesejahteraan diri sendiri.
Sejahterakan diri sendiri dahulu, baru lah boleh mensejahterakan orang lain. 


Wallahualam. 


5 Dec 2013

Blog DiWajahBaruKAn.



Assalamualaikum wbt


OWhh..

TAk buat announcement pun kan?
SANTEK TAK BLOG MAKBED?


Alhamdulillah, Allah masih panjangkan usia aku untuk terus menulis. Terlalu banyak isu berlaku, mostly berkaitan dengan kebizian mengejar harta dunia untuk kesenangan dunia dan juga akhirat.

Eh, jangan salah faham konsep mencari kekayaan ye.
Tahukah anda mencari kekayaan juga dikira kejayaan dalam Islam?


Haiya A'las Solah...
Haiya A'lal Falah...

MArilah menunaikan Solat
MArilah menuju kejayaan.


See...

Dalam azan pun Allah suruh cari kejayaan.
Tapi, kena solat dulu.
Nampak tak kaitannya.

JAdi, bagi yang berkata tak perlu kaya kalu nak jadi berjaya, anda maybe betul.
Tapi, anda tak dikira berjaya juga, meskipun anda tidak berharta.
Pentingnya berharta ini bukanlah ianya untuk diri kita.
Bukan harta itu diguna untuk berbangga-bangga.
Perlunya kelebihan kaya berharta agar boleh berbakti..memperbanyakkan sedekah dan membantu pembangunan masyarakat serta agama dan bangsa.
Tidak juga dikira BERJAYA jika berharta banyak tetapi kedekut.
Harta yang diperoleh, disimpan ketat-ketat dalam peti siap berkod. 
Tidak elok kedekut. Dan tidak cerdik jugak jika terlampau boros.
JAdi, mahu kaya juga mesti berilmu.
Biar tahu cara menguruskan kekayaan anda.

 By the way, blog Makbed yang berwajah baru ni lebih kehijauan.
Memang warna kegemaran aku.
Di atas sekali tu, aku sediakan satu form khas bagi sesiapa yang berminat nak tahu tentang Prudential.
Isikan detail dalam form tersebut, dan utarakan pertanyaan anda. So, senang Makbed reply segera.
Untuk sediakan quotation, aku perlukan korang isi detail-detail yg diminta tu ye.
Kendian, baru leh sembang-sembang.


Sekian dahulu buat masa ini.
Aku undur diri dulu.
Nanti, ada idea tulis lagi ye.









23 Nov 2013

HKCC telah membuat aku kehilangan sesuatu yang berharga. JANGAN MINUM!!!


Pagi-pagi tadi, Wawan demam panas betul. 
Dari jam 4 pagi, keje aku cuma demah dahi dia je. Bogelkan dia sampai tinggal pampes.
 BUkak ekon.
 Sapu dahi dia dengan air asam jawa, dan berulang kali basahkan badannya dengan tuala yang dibasahkan ngan air yang super sejuk.
 Hehe.. Hujan sejak malam. 

Nasib baik dia takde masalah dengan ubat. So , lepas makan ubat, dia tertidur walaupun gigil-gigil sejuk sebab ibu asyik lap dengan tuala je. 

Petang ni dah ok dah. TAk panas lansung. Alhamdulillah..




*****



HAri ni nak buat entry nostalgia. 
Dah lama sangat Makbed tak menulis pasal kopi cappucino kesayangan. 
Kopi yang menjadi minuman ruji aku sejak setahun lebih. 
Wah, tak perasan kan. Begitu lajunya masa meninggalkan kita.

Entry ini bukan entry untuk promo. 
Selama ni pun, kalau aku menulis tentang pape produk, biasanya produk tu aku pakai. Dan bila aku suka, aku share testimoni - mengikut cara aku sendiri. 
Mungkin tulisan aku membantu sesetengah pihak. 
Semoga apa yg aku tuliskan dimanfaatkan sebaiknya. 

Terlalu banyak entrynya dalam blog ni. 
Kalau nak tau , boleh klik je LABEL nya di ruang label, tepi blog.

Best sangat ke kopi ni?

Kat orang lain , aku taktau. 
Kalau angpa tanya aku, aku akan jawab BEST. 
Tanya semalam, aku jawab BEST. 
Tanya besok, pun aku jawab BEST. 
Tanya lah bila pun, aku tetap jawab BEST. 


Nak kata aku fanatik HKCC?
Kopi lain banyak je kat pasaran. Kenapa tak cuba? KAlau tak cuba mana boleh tau berkesan ke tak. Asik-asik HKCC je.

OK, firstly akunak cakap, aku ni jenis tak suka MENCUBA tanpa sebab. 
Yang aku tau, dalam hidup aku , pagi kena start ngan Kopi. 
Tu je. 
Lain-lain aku tak port. 
I have been a coffee addict since FOREVER. 
TAk sedar pun, kopi yang aku amik selalu tu sedang 'memamah' badan aku. My favourite drink that I had been fanaticly consume had taken a toll on my own body. 


TAnya lah berapa kali pun sejarah aku ngan HKCC, takkan jemu aku ucap terima kasih kat Haida. 
KAlau tak sebab dia paksa aku, memang tak try aku pape produk pun. Ingat aku rajin? 
Tapi, percayalah.... lepas anda hirup sekali je HKCC ni, korang akan faham sendiri kenapa aku SAYANG NAK MATI kat kopi ni. hhahahahah~ kutuklah aku..kutuklah aku .. Kata la aku fanatik produk dan paksa korang soh beli. Aku tak heran! 

Yang pasti, aku dapat lihat sendiri perubahan yang aku lansung tak harap nak dapat. 
Aku tak perasan pun, sehingglah HAida sendiri boh gambaq ni tunjuk kat aku...






PAda tahun 2011, kami masing-masing 'bangga' dengan kilo-kilo yang kami ada. 
We live happy. 
Nampak cam sihat tak? 
Ada yangtak percaya kami ni berjiran. 
Yelah.. sebab skang aku ni kat Alor Setar, HAida kat LUmut. 
TApi percayalah... Haida ni jiran aku. Bukan jiran sebelah umah. Tapi jiran bawah umah. KAmi dok umah flet. Berek askar. 
BAru tahun lepas (2012) je aku pencen jadi penghuni berek sebab Inche Kitchi pun pencen. 

Ini jiran aku. I mean, yang dok sebelah gambo aku tu lah. 
Haida.
Annoying dia ni. Selalu masuk umah aku tak ketuk pintu. 
Curi bawang curi rempah kari, pinjam peti es... 
Annoying sebab kalu dia terbau orang masak kek hangit, dia akan telepon aku. Tuduh aku yang masak kek hangit tu. 
Dia jugak yang mengurut aku. Bila aku sakit. 
Malah, masa aku berpantang, dia yang jadi bidan aku. 
Dia yang menguruskan uri si Wawan di waktu lahirnya Wawan. 

So, kalau kome tanya aku, yang gambo sebelah aku dalam kotak 2011 tu gambo HAIDA ke, memang aku dengan lajunya jawab, "MEMANG TIDAK DINAFIKAN. Itulah jiran aku HAIDA." 

Tulah tahun yang bahagia, kami 'membadakkan' diri memasing dengan begitu mavelesnya. 


Tahun 2012, Julai adalah tarikh mula aku mengambil HKCC.
Haida terlebih dahulu mengambilnya. Test kat diri sendiri dulu. 
Dia dah susut berat sewaktu dia serahkan sekotak HKCC kat aku. 
Memang dia test kat diri dia. TAk gitau aku.


Kemudian, lepas beberapa peket aku minum, Haida kata dia nak try jual. 
Tapi, camana nak jual? 
Aku suggestkan - SHARING.
KAlau menda ni menda baik, SHARING itu lebih sesuai . Untuk permulaan. 
MAsa tu, kami tak sedaq pun yang HKCC ni nak jadi pemes.
 

Ini ENTRY PERTAMA aku tentang HKCC yang dikeluarkan pada Ogos , 2012. 


Kendian, aku terus-terus minum.Sampai sekarang. 

Ini cuma testimoni aku. MEngamalkan HKCC selama 1 tahun 4 bulan. AKu tak nak citer beza berat. KAng kena pakai kalkulator. Tengok gambo je.
 Gambo yang 2013 tu, baru je snap. Itu lah dia Makbed dan jiran beliau, Haida - yang terkini. 

Nampak beza tak? 
Kalau tak nampak, korang tak perlukan pape produk. Korang cuma perlukan SPEK MATA. Dapatkan di mana-mana kedai spek berhampiran. 


Jangan tanya aku apa kandungan produk ni. 
Dah aku tulis semuanya dalam entry lepas. Ataupun, boleh terus Like page HKCC
Di situ terdapat segala testimonial yang kami kumpulkan. 
BUkan kami jual hari ni , besok keluar beratus testimonial, dalam sekelip mata. 
Itu testimonial yang kami kumpul sejak HKCC ini kami pasarkan sejak tahun 2011. 
And testimoni-testimoni baru keeps coming in. 

Apa 'jasa' HKCC ni sampai ianya menjadi sebutan?

  • Secara tak rasminya, HKCC buat ramai ibu dalam pantang yang malas beli jamu seronok. 
  • HKCC juga buat ibu yang menyusukan anaknya lebih seronok dengan penghasilan susu badan yang banyak. 
  • HKCC juga buat kami gumbira sebab ada antara kami dapat bonus turun berat badan. 
  • Ada juga yang dapat bonus lain, secara senyap. 
  • HKCC dah membantu pasangan beberapa pasangan yang inginkan anak, untuk berharapan punya anak. Dan, secara tak rasminya, HKCC sudah ada 89 orang bayi and the baby news keeps coming in. Itu jumlah terkini yang dimaklumkan pelanggan sejak sejak lebih setahun HKCC dipasarkan. 


Jemputlah ke page HKCC. Klik link INI
BAcalah semua apa yang diletakkan dalam tu. BUkan senang nak kumpul tau. Ambil masa. 
Senarai stokis dan agen juga diletakkan sekali dalam tu. 
AMbil masa dan rujuk.

Percayalah, kerana
kalu anda memang sangat kedekut,
kalu anda takut produk yang anda beli tu tak sedap,
kalau anda jenis orang tak tak suka high risiko,
kalau anda jenis tak berdisiplin nak patuhi undang-undang makan ubat, 
kalau anda jenis suka kopi,
kalau anda teringin sangat nak minum kopi tapi setakat la ni , tak boleh-boleh lagi....
kalau anda dah cuba macam-macam tapi tak nampak kesan, dan dekat-dekat nak give up,
kalau anda seorang yang suka mencuba macam-macam,

 

Maka, cubalah HKCC nih. 

Murah je pun nye. 

RM39.90 sekotak. Ada 20 sachet. 
HArga tak termasuk postage. 
KAlau tak nak postage, sila jemput HKCC anda sendiri melalui stokis dan agen berhampiran tempat anda. 



Sentiasa pastikan ianya ada dalam stok minuman saya.


Yeaah... HKCC telah membuatkan aku kehilangan sesuatu yang berharga iaitu...

Lemak-lemak bayi atau baby fat yang aku kumpul tanpa bersusah-payah suatu masa dahulu. 
HEHEHE~



Itu sahaja buat kali ini. 

Salam sayang dari Makbed, Stokis HKCC Kedah dan Perancang Kewangan anda. 



22 Nov 2013

Kita Menghakimi Orang, Maka Orang Pastinya Menghakimi Kita.

Perasan tak dunia ini terasa lebih panas daripada zaman mak bapak kita berumur sebaya macam kita?


HAri ni MAkbed nak menulis sedikit tentang HAKIM. 

Yes..


HAKIM-MENGHAKIMI-KEHAKIMAN-MENGHAKIMKAN


Semua tu, lebih kurang aje samanya. TApi, penggunaannya berbeza. 

AKu tak rasa dulu dan sekarang begitu jauh berubah fitrahnya. 
Cuma, KITA yang membuatkan ia rasa berubah. Kita sendiri yang rasa lain. 
Kita mungkin tak perasan. 


Zaman kita tengok tv, segala macam movie ada. Yang pakai kemban, tak pakai kemban. 
Yang pakai singlet , pakai seluar tak pakai baju..nampak keting sebatang berjalan...  Semua tu ok je. 
Ada la orang tegur, tapi idak la sampai bergaduh-gaduh. 

AKu rasa hampir semua dari kita tengok citer HIndustan. 
CIter Hindustan, ko bayangkan jela gaya dema kan. 


Sekarang , terselak sikit, kena kaw-kaw. 
Hat terselak kena maki. Hat tak terselak tu lah yg memaki. 
TApi, yang pakai tak terselak tu plak, bila memaki tak sedar ada menda lain plak 'terselak'. 

Aku nak citer kat sini, begitu mudahnya kita menghakimi orang berdasarkan apa yg kita nampak. Dan terima kasih pada teknologi skang, orang yang ada sifat menghakimi ni lebih KUAT dan BERANI menyuarakan judgement mereka di khalayak. 
Lepas tu lagi, hat kena JUDGE Tu pulak membalas. Dia pun nak mempertahankan hak dia. 
MAka, apa kesudahannya?
Apapun tak sudah.
 

Zaman dulu-dulu dgn skang, sama aja keadaannya.

Yang buat nampak teruk adalah media sosial. 
Eh... BUkan!

Cara KITA 'memanfaatkan' media sosial.


KAlau dulu, buat apa pun, hanya org terdekat aje buleh nampak. Tak tersebar. 
Kalu nak tersebar pun, hanya dari cakap-cakap mulut. Sapa yang kuat menyebar cerita , walaupun cerita tu betul, orang kampung dah 'mark' dah dia. Siap bagi gelaran lagi. 

Kalau dalam drama Melayu, orang yang suka bawak-bawak cerita keliling kampung ni (tak kira la cerita benar ke tak benar) digambarkan dengan gaya sibuk-sibuk lagi penyibuk.
 Kalau perempuan, nama dia Cik Gayah, Kak Bedah, Jenab atau Senah. Mulut mesti bergincu merah. Muncung-muncung sikit gaya. PAkaiannya, biasanya berkain batik. Jalan lenggang kangkung macam itik. 
Lokasi penyebaran maklumatnya adalah di kedai runcit atau pun pada sesiapa yg dia jumpa kat tengah jalan. ATau pun, dia akan buat 'lawatan rumah ke rumah' untuk menyebarkan maklumat. 

Penat bila menggalas 'jawatan' Kak Gayah Kampung ni tau! Sentiasa kena up to date. 


Suatu ketika dulu, terjadi apa kes sekali pun, sama kes besar atau kecik, hanya orang tertentu sahaja yg boleh tahu dan layak mengulas tentang sesuatu isu. KAlau ada gambar yg berjaya dirakam, ianya HANYA boleh dilihat oleh mereka yg LAYAK. Juri kehakiman pula dipilih dari mereka yg layak. 
Setiap apa yg berlaku, selagi tidak selesai dan keluar keputusan , tiada siapa pun yang BERANI membuat apa-apa JUDGMENT. HAnya boleh speculate je, tu pun sesama sendiri. Bisik-bisik sahaja. Takpun, simpan dalam hati. 

Boleh aku katakan, suatu masa dahulu, kita ini lebih bijak memilih apa yang nak disuarakan.


Itu sahajalah 2 contoh yang aku utarakan. 


KINI,  penyebaran maklumat bersepah. Mudah. 
Semuanya di hujung jari sehingga nak determine mana yang betui ngan bohong pun susah.
 Kita dilonggokkan dengan segala cerita yang pelbagai version, terima kasih kepada cikgu skolah yg ajar subjek Bahasa Melayu, penggunaan ayat pasif dan ayat aktif tu dimanfaatkan dengan begitu baik sekali. 
GAme Show dalam tv pon, kita dikaburkan dengan game show yg mcm Betul ke Bohong? Yang tu pon leh jadi bahan wat game show. Kena karan pun leh jadi bahan ketawa. Ehh.. tersasar jauh lak nampaknye. 

Berbalik kepada isu JUDGEMENT

Tak payah tunggu sesuatu berita tu sahih, KITA sudah pun ada JUDGEMENT. Kita sudah menghakimi.
TAk payah tunggu kenal seseorang, kita hanya tengok orang dari luaran sahaja, kita bagaikan TAHU semuanya. Berkat belajar dari darjah satu sehingga ke menara gading, kita diberikan 'ilmu' yang membolehkan kita judge orang dari luar sampai ke dalam. Ilmu Psychology gitewww.. Tak yah bercakap lama dengan dia, kita dah tau dia mcm mana. 
Sekarang ada Facebook. NAk kenal orang tu hebat ke tak, judge dia dari Friendlistnya. Kalau ada orang hebat dalam senarai sahabat dia tu, pergghh... memang hebat le tu. Dah kira macam kenal 'sesangat' dah le tu. 
TAk perlu pergi dekat-dekat, kita dah boleh bau 'busuk' orang. 
Tak payah menghulur salam perkenalan, kita tengok pakaian dia kita tahu dah dia ni LIFE nya macam mana. MAk bapak dia sapa. 
Tak payah tunggu lama-lama, kita tengok anak orang tu dan mak bapak anak tu, kita dah boleh AGAK , besok besar budak tu nak jadi apa. 

INI SEMUA KUASA AJAIB yang kita semua ada, kini. 
Yeeaa... kita yang hidup di zaman serba bijak pandai dan berteknolgi moden ni. 


PAling hebat , kita punya JUDGEMENT yang belum sahih keputusan akhirnya tu kita paparkan dengan hebatnya di media sosial, menggunakan tiket 'kebebasan bersuara' dan 'fesbuk ni free , aku punya sukalah aku nak tulis apa'. 


Begitu mudah maklumat dapat kita akses. Begitu mudah juga maklumat mudah dibocorkan. 
Rahsia yang sepatutnya menjadi rahsia tidak dirahsiakan. 
Rahsia yang sepatutnya dirahsiakan, dibongkarkan.. Malah dipaparkan. 
GAmbar dan video kes jenayah yang patutnya diserah pada pihak yang HANYA LAYAK MENERIMA AMANAH, disebarkan bagaikan meminta kita ini tolong judge kan pulak. 
Maka, kami ini yang memang 'pantang' dihala , biarpun tidak dibayar gaji untuk memberi ulasan dan judgment, begitu laju menaip komen dan pendapat.

Orang dulu-dulu, buat kesilapan , tercium sedikit, berpegang tangan sedikit, berdating di balik pokok, keluar bersama ke kedai kopi , tersadung tersepak bendul sampai jatuh lalu terselak sedikit kain,... Semua tu tak pe!
 KAlau orang kampung tak suka, dimarahnya aje kat situ juge. 
KAlau kelakar sangat rupa jatuh tu, orang gelak kat situ juge. Biar buruk rupa jatuh tu pun, it's ok. 
Ianya kekal hanya dalam ingatan. 
Jika ianya sukar dilupakan, maknanya ianya memberi kesan mendalam. 


Tapi, sekarang ni... 
Pakat-pakat ada henpon kamera sorang sebijik. 
AKu ada 2 bijik. 
Pantang aje nampak menda apa pun, SEMUA NAK RAKAM. PEhtu sebarkan.
Rakaman surveillance camera pun, sebarkan! 
Gambo hantu melintas pun, RAKAM dan sebarkan. Sampai hantu pun bengang , rakam gambo diorang tapi diorang tak leh tengok. Udah dema takde pesbuk! 
HAntu pun pemes. Orang dah tak takut. 
Rakaman video orang kena tembak , pecah kepala... Sebarkan! Orang tengok, siap repeat-repeat lagi. 
Betul , sebarkan untuk tujuan identify penjenayah , tapi boleh je kan sebarkan GAMBAR dia je. Kan kan kan?
PAstu, pakat tulis komen sorang sikit. Sorang jadi wartawan, sorang jadi peguam, sorang jadi hakim, beberapa orang juri, dan ada la beberapa orang yg jadi ustaz kat situ tolong doakan dan memberi nasihat. 
GAmbor orang sakit teruk-teruk, sebarkan. Mintak tolong doakan. Tapi ada syarat! Dah doa kena tuliskan perkataan 'AMIN'. MAybe admin tu nak kira berapa banyak doa yang dapat dikumpulkan. Hee..
GAmbo orang mati... Yang mati elok tu takpe. Boleh dijadikan pengajaran. Nih yang mati eksiden, takde kepala, putus tangan kaki, perut terburai.. Video orang mati kena bunuh, eksiden tergolek-tergolek... Sebarkan! NAk buat apa? Wajar ke tengok kematian orang? KErja kita ke nak tengok menda-menda macam gitu.
 NAh, terlahir pulak la sorang pakar forensik kat situ, berkat terlalu banyak tengok rakaman video orang yg sedang dalam proses diambil nyawanya oleh malaikat Izrail. KAlau tengok tu menginsafkan , Alhamdulillah. Tapi, tak jadi apa pun. Dok tak solat gak. Posa tak juge. 
PAling aku tak faham sekal, gambo dan video yang patutnya disimpan sebagai rahsia negara. 
Gambo kapal selam. GAmbo kapal terbang. NIh aku sebut sebab aku kan wife ex-navy kan kan...
So, aku moskel bila tengok wife-wife navy yang baru nak UP ni, sebok tayang gambo laki pakai uniform siap mention nama kapal , pehtu mention lak mana kapal laki dia belayar segala macam. 
Yang siap snap gambo kapal pun ado gak! KApal perang tu beb! BUkan kapal menan anak ko. (Nak habaq laki i perwira negara ..tsk tsk..) OK..terkeluar tajuk plak. 


Semua orang ada sifat Judgemental ni. Sejak zaman dulu lagi. TApi, sekarang ni lebih teruk sebab begitu banyak faktor-faktor menyumbang , yang menggalakkan lagi orang bersikap suka menghakimi sesuatu. 

Lebih ramai orang suka membuang masa menjadi judge seterusnya menjadi perwira mempertahankan apa yang dirasakan BETUL, tapi hanya di FACEBOOK dan twitter sahaja. 

MAkin kurang mereka yang pergi ke kelas mempertahankan diri. Mempersiapkan diri berjihad. 
Yang mampu dilakukan adalah 'menonton' video orang yang hebat-hebat di fesbuk, dan kemudian komen 'ANDA HEBAT!', ataupun kemudiannya SHARE video tu sebagai tanda sokongan. Okla...dari tak buat pape. 

Makin kurang mereka yang berbuat sesuatu dengan ikhlas. Senyap sunyi. 

Makin ramai yang berani menyuarakan sesuatu kebencian dan memaparkannya tanpa mengetahui kebencian itu sesuatu yg sangat mudah merebak dan senang diaplikasikan, berbanding menyebar dan mengaplikasikan kasih sayang. 

Makin sukar memaafkan. MAkin mudah menjadi pendendam. 

MAkin ramai yang bongkak. 

Makin ramai yang membentak. 

MAkin mudah 'melabelkan' orang lain samada secara direct atau pun secara sindir. 


Bagaimanapun, ingat aku ingatkan, aku tak salahkan media sosial pun. 
Hakikatnya, media sosial ni banyak membantu dalam pelbagai aspek kehidupan. Aku sendiri pun pengguna tegar media sosial. TAuuu~
Ianya akan bermanfaat jika dimanfaatkan oleh mereka yang berotak bijak. 
TApi, masalahnya yang tak berapa nak bijak dan gemar membuang masa ini tidak kurang ramainya. Menggunakan media sosial sebagai tapak memulakan fitnah dan menyebarkan kebencian serta menjahanamkan orang lain. 
MAsing-masing nak tunjuk pandai, hebat dan sangat berpengalaman dalam semua perkara. 



Kita lah yang mencorakkan dunia. 
Kurangkan lah menjadi hakim. Biarlah HAKIM yang sebenar-benar hakim sahaja yang melakukan tugasnya. 
Kita ni cuma orang biasa. 
KAlau kita sibuk-sibuk menghentam orang , mana mungkin kita boleh jadi insan pemaaf dalam masa yang sama. Kalau kita boleh memaafkan dengan senang sekalipun, orang lain belum tentu. 



So, think happy thoughts. 
Make new friends. A lot of it. 
Be nice to all. 
And tak yah la judge orang beria. Kita ni panjang lagi perjalanan hidupnya. Belum tentu bila pengakhirannya dan BAGAIMANA akhirnya.


BAyangkan kalau video kita eksiden putus kaki tangan tu pulak ditonton jutaan manusia lain, menjadi viral pulak tu. Wahaaa...~ Camne tu ek?

 



Judge gambar ni.. HAHAHA



BAru ada idea menulis.
Makbed agak kusut, ditambah dengan kebizian melampau sejak akhir-akhir ni. 
Korang tau kan, aku tak menulis dalam keadaan beremosi negatif? Even how much I wanted to... I just control myself not to.

Hehehe..

 



21 Nov 2013

Sekilas Kisah Auni yang Terkini


Assalamualaikum.


Cuaca sejuk di Kedah, particularly di Alor Setar. Mendung saja dan seringkali hujan. Mujurlah Oni dah cuti sekolah. Dia cuma ada nurseri je jadi boleh la pergi sekolah lambat.

Makbed demam dah 3 hari. 2 hari kebelakangan ni Makbed diserang semput akibat batuk yang super teruk. Wawan pon batuk berkahak tapi dia bertahan. Alhamdulillah, anak-anak aku takde semput cam Ibu dema. So, Ibu jela pakai inhaler. Dah amik nebulizer dah semalam lepas batuk tak lepas. Udah mcm kucing tertelan bulu pulak. SIap ada bunyi-bunyi lagi masa bernapas. 
Tu tahap kena jejak kaki ke klinik le tu. 


Ini bukan untuk riak ye. 
Saja kongsi ngan korang. 



Inilah dia Ipad yang berjaya diraih. FREE. Ada lak lambang Prudential kat situ.
Alhamdulillah, aku bersyukur sangat. 
Bersyukur ada client-client macam anda. 
TAk dapat menda ni kalau takde kerjasama kalian. 
Aku masih menyesuaikan diri dengan Ipad Mini ni. 
Since dia cuma leh pakai ngan wifi je, so aku banyak guna untuk susun schedulu dan letak reminder. 
Lebih mesra pengguna.
Tak payah dah aku pakai buku besar masuk beg. Organizer tu untuk simpan kat umah aje. 
Lain kegunaan , buat tangkap gambo aku la. HAHAehheHHah.. 

Tapi, skang aku kena share ngan Oni. 
Udah dia nak buat main game plok. 
Pikir balik, Ipad ni pun bukannya aku heret kehulu hilir bebenor. Samsung pakai lagi. 
Nak kedekut sangat pun, Oni juga banyak berkorban untuk aku. 
Dia bukannya nak Ipad tu terus. Dia cuma nak main game je. 

Maka, aku pun install few games untuk dia.
Boleh la dia main sempena cuti sekolah. 
Semuanya educational game. YAng aku rasa aku pon boleh main sekali. HAHAHAHH~
Tapi, Oni suka game masak memasak. 
Nampak cam enjoy je dia buat kek dan masak ayam golek. So, biarkan jela.
Tapi, mainnya berjadual la. 


Oni dah grad tau!!


Oni dan costume 'ulat'



Tengah buat persembahan untuk Ibu.

 Dah jadi orang berdikari anak dara aku nan seorang ni. 
Tengok dia nyanyi, buat persembahan meskipun muka dia cam annoying je bila kena pakai menda ateh kepala tu, tapi dia ok je. Teruskan je show. 
Tak banyak songeh si ONi. 
Macam kebiasaan je dia. 
Tapi, dia tak berenti-renti citer pasal dia 'amik hadiah' kat hotel. 
Oh ya... Graduation sekolah ONi tu buat kat hotelu ollss...
Hebak toi bebudak skang. 
TAtau la bebudak yg hebak atau ibu bapa yang mengebat. 
Ibu dulu grad kat mesjid je ONi.



 
Doakan yang baik-baik untuk permata hati Makbed ni. 
Dia membesar menjadi anak yang baik dan menceriakan hati ibu bapanya dan hati anda semua. 
Doakan semoga dia kekal sihat, bijak, rajin dan berhati mulia serta taat pada perintah Allah dan Rasul. 
Doakan juga semoga dia berhenti pakai pampes dan menghisap puting. HEheh~







Akhir kalam, Makbed tinggal gambar ceria kitoang nih. YAng belah kiri korang tu, gambo masa Oni 2 tahun. Yang sebelah kanan tu, gambar terkini.

Semakin Oni meningkat dewasa dan jelita, semakin meningkat tua lah Ibu. Semoga Oni sanggup meriba Ibu dan membenarkan Ibu tido kat ketiak Oni bila Oni dah dewasa nanti.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram