Followers

31 Dec 2012

SELAMAT HARI LAHIR SUAMIKU SAYANG


Sibuk kalian semua membuat countdown tahun baru.
Tapi, keluarga Makbed ada sambutan special setiap kali menjelang tahun baru.


Menyambut hari ketuaan Inche Kitchi.



Memula buntu jugak la nak sambut acaner sebab lately Makbed dihinggap sindrom malas masak.
Taktau la dah kenapa jadinya aku ni.
Battling with the feeling yang taknak masak tu sudahnya aku MASAK pizza jer.
Untong lah ada Domino's.


Weehuuu!




Pun begitu, Makbed sempat order kek last minute kat Monarich Delibake.
Mujurlah Kak Mona nak watkan. 
Maklumlah time-time gini orang sume sibuk daftar sekolah anak kan.
Huuuu..~



Oni panggil Ayah dengan terujanya...

"Ayah, tengok ni. Otomen Ayah!"



Ate sudahla salah 31th tu.. Patutnya 31st.
HEHHEE..


Tapi benornya, hari ini Inche Kitchi baru je genap 30 tahun. 
Emo dia tadi aku letak 31 tahun. HEHEHEHEHAHhahHHAHh..
Saje nyakat benornye. 
Awak jangan le marah. Meh cium sikit meh~ Muah Muah..


Saje minta Kak Mona letak gambo otomen sebab kalau tak letak pape kang bosan jer.
Boh je la otomen tu. Kasi Oni eksaited nak makan kek. 
Sejak-sejak skang ni je Oni faham apakah itu birthday. 
Maklumlah, bebaru ni dia gi birthday party kawan Alang.. wah, kemain le Oni. Skang suma kengkawan dia tua 20 tahun dari dia. Itu le pasal Oni bercakap macam makcik-makcik. Huh!


Bezday boy






Maafkanlah baju Wawan yg seksi itu.
Terlupa lak nak salin baju dia tadi. Dah gedoboh bajunye. Ala..shiannye laa...





Boleh perati-peratikan , Wawan dan Oni ikut muka siapa?
Ibu ke Ayah ?







Buat suami tersayang, Selamat Hari Lahir.
Sambuatan dibuat awal sikit, sebab nanti anak-anak ngantuk.
Actually Inche Kitchi lahir dekat-dekat nak tengah malam dah. Sipi-sipi je nak masuk tahun baru. 


Semoga awak sentiasa dilindungi Allah. Diberikan kesihatan yang baik untuk beribadat dan mencari rezeki di bumi Allah. Moga hajat dan doa dikabulkan dan Bee doakan sgala urusan awak dipermudahkan. 


Buat pembaca sekelian, doakan kami kekal bahagia selamanya.
Selamanya..... Selamanya... Selamanyaa.... LALALALALALA...*tetibe.





Adik-adik yang sporting giler.
Mekasih.



Dan kepada Akilah Bakri, Happy Birthday juge ye.. Sori, tak wish kat fb . Memang sengaja pun. 
HUahuahuahuahuahua.~



Kilah adalah yang di tengah-tengah itu. 



Semua dah kenyang makan piza.
2 large dan 2 regular.
Sampai mengah dema ni makan. 


PAsni susun movie schedule. Alang dah donlod movie.
Entah ngape tetiba si Kimi ni nak marathon Lord Of The Rings dari nombor 1 sampai 3 , sebaik saja lepas balik tengok The Hobbit ritu. 
HAHAHAHA..
Dia kata, baru skang dia paham citer LOTR.
Selama bertahun-tahun ni, dia dalam keadaan yang tidakpaham rupanya. Cis..


Sekejap lagi, LOTR : Return Of The King.
Pastu, Street Dance 2.
Pastu, sambung tengok Running Man plak. 


FIGHTING!!!!!!!

Photobucket

30 Dec 2012

Wawan dah 18 bulan



Wawan dah 18 bulan dah.
Cepat betui ko membesau ye.
Ibu nak kena kasi adik baru kah?





Tadi tetengah pakaikan pampes Wawan, saja aku acah-acah dia.
Tanya mana tangan.
Mana kaki..

Oke la..Lulus.



Then aku tanye lak..

"Sapa nama Najwan...?"





"TAYAAAA!!!!!"

Wawan reply sambil angkat tangan. Kening pun terangkat sekali.



Wah! Eksaited plak. 
Dah boleh jawab soalan dah.


Skang ni Wawan hanya boleh membebel menggunakan bahasa alien jer.
TApi, buleh nampak jelas ekspresi marahnya. 
Kening berkerut, tangan menampar-nampar kat memana bahagian badan 'mangsa'. 
Ok..Wawan adalah budak yang garang.




Photobucket

Wiken



Adinda-adinda saya telah tiba.

Saya sukakan kedamaian dan ketenangan.
Tapi, saya juga suka rumah saya dipenuhi keriuhan adik-adik. Makanya, jika tetiba saya dok sengsorang di rumah tanpa sebarang bunyi, saya akan jadi mati kutu.
Maybe sebab dah biasa duduk dalam keluarga yg ramai...


Untunglah.. Inche Kitchi pun 6 beradik.
Makbed pun 6 beradik.
Bezanya Inche Kitchi anak kedua.
MAkbed, anak kesatu.
Menjadikan, Makbed skang mempunyai seorang kakak dan 9 orang adik!!!! 
Dan seorang suami... (?)
Oh, Makbed juga ado sorang adik ipar.
Dan seorang bakal adik ipar. 
Wah, ramainyerrrr....


BEznya bila adik-adik datang ni, otak tetiba jadi aktif. 
Aktif fikirkan apa nak makan dan juga pikir mana nak berjalan.
HEHE.. Jalan ramai-ramai seronok tau. 




School season is back. Tak lama je lagi.
Linda akan kembali masuk sekolah 1hb nanti jadi kitorang sume dikerahkan oleh Mak untuk gi beli bebarang keperluan Dik Lin. 
Tapi Mak kat Kuantan.
HAHAHAHHA..
Makanya, urusan penyekolahan dan menyekolahkan Dik Lin akan menjadi urusan aku le kan.
Ngeeeeeeeee~

Dik LIn dah siap wat senarai apa nak beli, so kitorang gi serbu Alor Setar Mall je la sebab pastu ingat nak bawak kekanak riang gi tengok CZ12.


Sekali, tiket dah habih la.
Seat penoh!
Huhu...


Beli citer The Hobbit je untuk adik-adik tengok jam 9 malam. 
Aku tak tngok sebab Oni ngan Wawan ada. Lagipun citer tu lama. Kang bebudak meragam pulak. 
Sedihh... Jiwa meronta nak tengok KILI lagi. Uhuk..Uhuk!






Hari belum habih, kami dah plan apa nak wat untuk keesokkannya.
Adik-adik nak makan ayam bakar dan mereka memvolunteerkan diri menjadi pembakar (?)


HAHAHHAA...


Pembakar ayam...




Tengah meng'get ready'kan pusat pembakaran.


Tugas aku adalah menyediakan juadah utama jer.
Pastu tugas lumrah alam semulajadi aku adalah MEMERINTAH.
Aku kan pemerintah berkuku besi dalam rumah ini.
Horhorhorhor!!!


Pose sebelum operasi



Untonglahhhh... adik-adik lelaki saya semua terer memasak.
Lebih terer dari saya tau. Huuuu~
Sepatutnya Kimi kena mai buat kek cokolot belemoih (chocolate moist) kat umah tapi aku punya periuk kukus tidak memenuhi spefikasi plak.
So, takpe... KAsi Kimi rilek-rilek je la kat umah.






Udah habih masak, kitoang makan-makan.. 

PAstu suma orang dok depan tv ngadap citer ni...







Photobucket

Kenapa Kejadian Rogol di Delhi Mencetuskan Rusuhan


Dengan rasa segan lagi silunya aku mengaku yang dah lama betui aku tak dengar berita. I couldn't blame TIME as the main reason sebab suma orang ada jumlah masa yg sama je kan, 24 hours. 

TApi, dah namanya malas berusaha untuk meluangkan masa mengambil tahu, maka jadi la camni...
Kebetulannya, tadi aku dengar Buletin Utama berkenaan dengan mangsa rogol di India bertarung nyawa selama 2 minggu dan akhirnya mati di sebuah hospital di Singapura , hari ini. 


Memula, aku dengar sikit je..tapi ia mula menarik perhatian aku bila aku tetiba terpikir....
"Apasal mangsa rogol di India, dibawak ke Singapore utuk menerima rawatan?"

Soalan tu je menarik perhatian aku sampai aku gi depan tv dan bukak volume kuat-kuat.

Banyak isi penting berita yang aku dapat..
Antara point-point nya..


Kejadian rogol berlaku dalam kenderaan awam iaitu bas.
Mangsa rogol beramai-ramai... dan cara perlakuannya memang ganas. Ok masa ni taktau la how ganas was it. 
Terlalu ganas sampai doktor kat India takleh nak wat ape, dan terus bawak dia ke Singapura sebab tak cukup peralatan atau maybe sebab tak pernah tengok kes yg semacam tuh. 
Kejadian rogol tersebut menyebabkan berlaku protes dan rusuhan di India khasnya di Delhi. 




Betapa seriusnya kes rogol ni sampai terjadinya rusuhan?


KEndiannya, aku pun buat la beberapa research menggunakan beberapa kata-kata hikmat and of course le kena guna google. 


Pasukan pakar perubatan berusaha beri rawatan, stabilkan mangsa
New Delhi: Mangsa rogol beramai-ramai di New Delhi kini bertarung nyawa dengan keadaannya dilaporkan sangat kritikal selepas mengalami serangan jantung dan kecederaan otak ketika menerima rawatan lanjut di Singapura. 

Pada masa sama, negeri Punjab bertindak memecat dan menggantung tugas sekumpulan pegawai polis yang didakwa mengabaikan seorang lagi mangsa rogol sehingga menyebabkan dia membunuh diri. 


Pemeriksaan pasukan perubatan kami menunjukkan dia juga mengalami serangan jantung dan kecederaan otak," Kelvin Loh, Ketua Eksekutif Hospital Mount Elizabeth


Sebuah buletin yang dikeluarkan pada hari ketibaan mangsa di Hospital Mount Elizabeth menyatakan, pelajar berusia 23 tahun itu mengalami jangkitan paru-paru dan keadaannya sangat kritikal.

“Ketika ini, pesakit bertarung nyawa, pemeriksaan pasukan perubatan kami menunjukkan dia juga mengalami serangan jantung dan kecederaan otak,” kata Ketua Eksekutif Hospital Mount Elizabeth, Kelvin Loh.

Beliau berkata, pasukan pakar perubatan pelbagai bidang sedang berusaha sedaya upaya untuk memberi rawatan dan menstabilkan keadaannya dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Dirogol di belakang bas 
Pelajar itu sebelum ini menerima rawatan di Hospital Safdarjung di Delhi dihumban keluar dari bas yang sedang bergerak selepas dirogol enam lelaki di belakang kenderaan itu.

Dia turut mengalami kecederaan parah di bahagian usus akibat dipukul dengan batang besi.

Pihak berkuasa India kerap kali dipersalahkan kerana memperlekeh mangsa rogol dan enggan memfailkan kes ke atas penyerang, menyebabkan mangsa terpaksa berdiam diri dan tidak melaporkan jenayah terbabit.

Bagaimanapun kejadian rogol beramai-ramai yang menimpa pelajar itu, membawa perubahan dan memberi fokus baru terhadap pihak polis serta sikap masyarakat kepada wanita di India.

Penunjuk perasaan mendesak perlindungan lebih baik kepada wanita selain hukuman lebih berat kepada perogol.

Desakan itu mendorong Jabatan polis Punjab menggantung tugas seorang pegawai polis dan memecat dua yang lain selepas didakwa sengaja melambatkan siasatan ke atas seorang gadis berusia 18 tahun yang mendakwa dia dirogol, menyebabkan dia bertindak membunuh diri dengan meminum racun. - AP

SUMBER:BERITA HARIAN


Kenapa sehingga boleh mencetuskan rusuhan?
OK..ini kesimpulan yang aku leh wat selepas beberapa pembacaan menerusi berita yg aku dpt dari google search. Mana lagi nak cari kan?



MAsyarakat di India bengang sebab kerajaan mengambil tindakan sambil lewa ke atas kes-kes rogol sebelum ini. Kat India dah terlalu banyak kes rogol yang kebanyakkannya tak setel dan perogol tu mostly tak kena hukuman yang setimpal jika nak dibandingkan dengan kesan yang diterima oleh mangsa rogol. 
Mostly mangsa rogol ni memilih untuk membunuh diri je sebab hidup sebagai mangsa rogol ni pun dah serabut. 

MAka, para aktivis dan masyarakat sepenuhnya khasnya wanita-wanita sedang memperjuangkan hak mereka untuk hidup bebas sebab zaman skang ni perempuan kena keluar mencari rezeki, dan ada yang gi belajar. So, diorang rasa tak selamat nak keluar rumah apatah lagi malam-malam. 


Mengikut kajian, seorang wanita India dirogol pada setiap 20 minit tau!
Gila camana lah hidup kat sana...
Maka tatkala terjadi kes rogol yang terbaru dan paling terkejam dalam sejarah, orang ramai yg memang sedang tak puas hati jadi bertambah berang apatah lagi kejadian rogol itu berlaku kat ibu negara India, iaitu New Delhi. Dan mangasa rogol tu plak bukan nye budak melepak tepi jalan. Student!
Physiotherapy intern. 


Sebelum ni dah banyak cubaan untuk menguatkuasakan undang-undang ketat ke atas perogol since terdapat laporan kajian kes rogol yag makin mencanak-canak naiknya.
Akan tetapi semuanya dipandang sepi , sampaikan ada pihak yg mencadangkan kat parlimen supaya   menyekat perempuan-perempuan ni keluar rumah dan berada di atas jalan malam-malam. 
Ade ke gitu?


Perogol is perogol.
Even perempuan dok dalam rumah, pintu kunci sekalipun, kalau dia mai nak rogol, dia rogol jugak. 
So, apa yang kita buleh buat supaya perogol ni takut nak rogol orang?
Suruh bakal-bakal mangsa ni duduk dalam rumah , tak buat pape? 
Kalau cemtu takyah le hukum pencuri.
Bila barang hilang, salahkan tuan punya barang sebab tak simpan elok-elok. 
Adil tak?


Dan kejadian rogol yang akhirnya meragut nyawa gadis tu sebenarnya memang sangat brutal.
She was severely injured sampaikan pembaca berita baca dalam news pun aku dah terasa sakit!
Pun begitu, mangsa tu sempat menceritakan kejadian yg berlaku kat dia beberapa hari sebelum dia meninggal.
BOLEH BACA SINI..



Lagi kisah tentang BAGAIMANA KEJADIAN TU TERJADI buleh baca kat SINI. 






Betapa teruknya kejadian tu


Sambil-sambil aku cari maklumat tu, ada juga aku terbaca komen-komen orang tentang kejadian yg menimpa mangsa ni.
Ada yg blame mangsa tu, sebab pakai seksi, ikut life western.. 
Ada gak yg menyalahkan dia keluar memalam dengan pakwe so on so forth. 
Ada gak yg menyalahkan wanita INdia yang terlalu moden 'dari segenap segi' menyebabkan perogol tumbuh bagai cendawan selepas hujan. 


Even Amitabh Batchan pun MARAH dan MENGUTUK kejadian rogol ni. Haaa...
Tak kisah la zaman apa pun, kita kisahkan zaman sekarang. The era that we are all living in, now. 
Ini tak sepatutnya berlaku. 
Betul perempuan sepatutnya menutup aurat , takleh pakai seksi-seksi....
Perempuan tak sepatutnya keluar sorang-sorang.
Semunya letak kat perempuan.
Jadi, pape ,perempuan le jugak.
So, sebagai lelaki, apa pulak tugasnya?
Adakah apabila melihat perempuan berjalan malam dijalanan, dan memakai pakaian seksi, adakah menjadi satu KEWAJIPAN anda untuk merogol orang tu?
Dan mencederakan mangsa rogol ? Sampai terkeluar rahimnya, dicampak ke jalan... Perlukah?





Di kala mereka di sana sedang memperjuangkan nasib wanita-wanita mereka, aku kat sini plak nak cakap..

JANGAN MENYALAHKAN ORANG ATAS TINDAKAN BURUK KITA KE ATAS ORANG LAIN.
KITA TU YANG LEMAH. 
SEPATUTNYA KITA FIKIRKAN CAMANA NAK BUANG KELEMAHAN TU. 
Bukan menyalahkan orang.





p/s - kita belum sampai ke peringkat rusuhan lagi. hopefully tak sampai ke tahap tu kot. kita still boleh jalan malam-malam, balik keje lewat..driving sengsorang di malam hari. 





Sumber lain boleh rujuk SINI.

Photobucket

28 Dec 2012

Mengembali Mode Postif



Masih lagi bizi . Semalam, down sikit.
Pagi ni, energized rasa tapi meh bila petang tu tetiba down.

Oh sungguh la nak kekal berpositif tu memang sukar. 


Pun begitu, aku cuba sedaya upaya juga untuk menjadi positif dan 'nampak positif' sebab kalau aku tak memberi dan menghasilkan aura kepositifan tu, semua urusan aku akan jadi tunggang-langgang dan lansung tak produktif. 



Cara-cara Makbed mengembalikan mode positif.



1 -  Bangun pagi cium Oni ngan Wawan. Cium anak-anak yang masam adalah best. Bau diorang memberi peringatan kat aku bahawa aku masih perlu mencari rezeki bagi memastikan mereka mendapat pendidikan sempurna. 



2 - Pakai baju yang warnanya terang lagi ceria. Skang ni musim color block , kan? Biasanya dalam lemari aku ada baju kaler hitam n warna gegelap jer. Tapi, ada la selai dua baju kalerpul. So , time aku rasa cam nak bergaduh ngan orang je, aku pakai color warna-warni sikit supaya aku tak perasan aku ni seorang Batman 'why so serious??!~" . Siyes warna juga mempengaruhi suasana ok. 


3 - Ceriakan suasaana perjalanan dengan lagu-lagu yang menceriakan. Atau mungkin ada orang suka dengar ceramah motivasi masa dalam kereta.Tu pun boleh. Watever makes you happy dan memberikan input positif. Koleksi persendirian lagu gi keje aku adalah mostly dari David Guetta. HAHAA... Korang leh gelak atau garu kepala. Mana-mana yang anda suka. 


4 - Senyum pada orang yang memandang anda. Dengan cara ini, aura negatif anda akan terkawal sebab anda TERPAKSA memberi senyuman kepada orang. 


5 - Tengok Running Man. HAHAHAHAHAHAHH! Anda bekemungkinan besar akan terlupa yg anda sedang bad mood. AKu dah try. BErjaya!


6 - MAkan makanan yang paling mahal yang pernah anda makan. Ikut kadar kemampuan. Selalunya, kalau aku bad mood, aku akan terus je pergi ke Secret Recipe untuk membeli Absolute Chocolate. Makan sengsorang tak best. JAdi, ajak la kawan. So, kalau 2 Absolute Chocolate kan ke dah jadi mahal? Tu belom masuk air minum lagi. HAHAHAH... Moralnya, ajak kawan gi bersembang di tempat yang paling cozy dan menenangkan la.. Belanja kawan makan. Bersedekah itu membersihkan hati . 


7 - Mandi bersih-bersih, wangi-wangi. Pastu pakai baju lawa-lawa, then tido. Best!



Lain orang lain cara, kan?




Tak elok le muncung-muncung.
Tenggiling lagi comel. 

Photobucket

Hang Agen Ke Customer?



Cam biasa, ari ni ada kes nak submit maka aku pun menghadirkan diri kat opis Prudential Alor Setar. 
Ada payment nak dibuat.

Seperti biasa, bila sampai opis, aku amik nombor.
Kat opis tu dah disediakan punat khas untuk Pelanggan dan Agent.
Memang jadi polisi kat situ, Pelanggan akan didahulukan. 


Disebabkan aku bukan PELANGGAN, maka aku tekanlah button AGENT. 
Kalau tengok kat number giliran, ada la selang 2 orang agen je lagi.
 Pelanggan sorang je pon. 


Ada sorang lelaki yang assume dia sebagai agen sebab dia pakai baju korporat tulis nama dia and ada gambo muka Prudential gitu. 
Dia sibuk betui kira kemenda ntah. Ketas atas riba dia.
Wah, kemain khusyuk lagi ni. 
Musti masyuk tuh.

Aku lak hanya mampu pandang borang aku satu set ngan kira duit yang semuanya definately bukan aku punya!

Lelaki itu usya - usya je aku. Sekejap-sekejap.


Ting!!!


Loceng nombor giliran bunyi. 
Aku toleh..
Dia tak toleh...



Pastu, akak kauter panggil lagi skali nombor tu.
Tetiba je mamat tu bangun.


Oh, nombor dia rupanya. 


So, aku pun tunggu la sebab lepas habih kerja di kat kaunter, nombor aku lak kang nak kena panggil. 
LAma juga urusan dia.


Ting!!


Loceng bunyi lagi.
Tapi bukan nombor aku.
Tapi nombor pelanggan. 
So, pelanggan tu gi kaunter sebelah...


Tinggal aku je agen kat situ.


Tetiba, ada suara tegur dari belakang.



"Eh, giliran awak tak sampai lagi ke?"


"Belom.. Sekejap lagi," jawab aku. Lelaki tadi menyapa aku rupanya.


"Minta tgk nombor giliran..." pintanya sopan.


Aku pon bagi le dia tengok. 
Apahal lak dia ni sibuk nak tengok nombor aku.. hehhe..


"Oh, awak salah picit button ni. Awak kena amik nombor giliran untuk Pelanggan...Meh sini saya amik kann..." kata lelaki yang tidak dikenali itu, dan pantas ke kaunter nombor giliran tanpa sempat aku cakap pape. 

Kendian dia datang balik dengan nombor yang baru. 
Nombor untuk Pelanggan.


"HAa... awak tekan nombr untuk Agen. Sebab tu la giliran lambat sampai bla bla bla.." mamat tu bebel.


"Err... ok.. Mekasih..." balas aku sambil tersenyum siput. 
Aku lak konpius. Skang ni aku Agen ke Pelanggan?


Mamat tu tunggu sampai giliran aku sampai which is tak lama je pun pastu. Ikut aku sampai kaunter.


"Ha, hang tolong Cik ni sampai selesai kerja dia.." Mamat tu cakap kat akak kaunter tu dengan machonya.
Aku nampak jelas sekali wajah akak yang blur tu.


"Weh, yang hang wat loghat ni pasai pa. Ni agen la. Agen Sitiawan hang tau! Pi bagi nombor Pelanggan wat apa?!"


"HAh??" lelaki berbaju korporat itu terpinga-pinga. 



Aih.. terus aku keluarkan bisnes kad kasi dia satu.
HAHAHAAHHAHA.....


Mamat tu takcakap pe.
Dia sengih, pastu dia blah.




Moral: Tak ramai lelaki gentleman kat dalam Malaysia ni. Tapi kat opis ni, ramai betui. Baguih...Baguih..



Photobucket

Jangan Bertangguh!



Hujung tahun yang sangat busy khasnya buat para perancang kewangan seperti saya.
Masing-masing sibuk membuat kira-kira kerana jika salah perhitungan , bonos tiada di tangan.


Pun begitu, hari ini masih ado tanggungjawab lain yg perlu aku selesaikan. 

Pesan aku, sesiapa yg berhajat nak berinsurans tak kira lah untuk diri sendiri, untuk pasangan atau untuk anak-anak, bersegeralah.
Jangan bertangguh.
Kerana awalnya kita berkira-kira dan bimbang tidak cukup.
Tetapi, sebenarnya bertangguh akan menyukarkan usaha anda nak membeli polisi. 
Pertama, sebab umur semakin meningkat, semakin mahal polisi.
Kedua, disebabkan umur makin bertambah, penyakit pun bila-bila boleh datang.
Ketiga, kemalangan nak berlaku , bila-bila pon buleh. Kita tak boleh jamin lansung yang kita tak akan kena apa-apa kemalangan kan?


Bayangkan, kalau sekarang kalian spend RM200 sebulan untuk membayar premium. 
Kalian rasa sangat terbeban adakala terasa cam tak cukup makan jer. 
Tu cuma RM200 sebulan je tu.
Tapi tiba-tiba selepas beberapa bulan membayar premium RM200 yang menyusahkan tu, tiba-tiba anda sakit dan doctor sahkan anda menghidap kanser usus. Nyawa anda boleh diselamatkan engan segera tapi semestinya memerlukan wang!


RM200 pun sudah menjadi beban anda , bulanan!
Kalau nak selamatkan nyawa anda, doktor minta RM25,000 , baru anda boleh terus hidup sihat. Macam mana plak tu?
Anda ada simpanan lain. 
BErjumlah RM30,000. Simpanan yg kalian simpan sejak bekerja sebaik saja abih SPM. Punye la lama berdikit-dikit menyimpan. 
TApi, habih punah simpanan bila anda SAKIT.
Berbaloi kah?




Tapi, dengan komitmen yang anda anggap beban , RM200 sebulan itu, it has something for you. 
Medical Card yang anda berkomitmen bayar, tak sampai 2 tahun pun, sudah tersedia RM50,000 dalamnya.
Ha, gunalah untuk bayaran perubatan anda tu.
LAnsung tak terusik pun simpanan dan tabungan anda. 


Anda mampu sediakan belanja perubatan kepada diri anda dan keluarga anda sebanyak RM50,00 setiap sorang dalam masa setahun?
Dua tahun?
Tiga tahun?


Kalau tak mampu, cecepat le buat decision untuk menginsuranskan mereka.
IAnya hanya sebagai alat berjaga-jaga kerana yg kita tahu, mati itu memang PASTI.
Cuma tarikh nye bila je kita taktau. 
Begitu juga sakit.
Kita tau SAKIT tu sakit lagi menyakitkan. 
Pakai banyak duit. 
Tapi, bila nak sakit kita taktau. 
Tapi, kita tau yg sakit tu kalau kena, memang sakit. KAN?


Disease does not really kills.
Ignorance is. 


JAdi, terimalah hakikat di zaman serba maju dan sibuk ni, tahap kesihatan kita tidak terjamin lansung. 


Semua orang perlukan insurans.
Pilihlah yang bersesuaian dengan diri kalian. 

Ingat, jangan bertangguh.



HAri ni saya dapat kes , rakan saya sudah pun sign borang permohonan insurans 7 bulan lepas. Tapi, saya masih tunggu wang premiumnya untuk memulakan polisi.
Beliau bertangguh-tangguh , kebetulan masa tu gaji sudah habih dek festive season yang berderet-deret. Dan masalah kewangan lain


LAst week, dia dah admit hospital.
Separuh badannya lumpuh tiba-tiba selepas jatuh masa siapkan juadah kenduri.
Kata doc, cedera sedikit di kepalanya.
Tapi, dia masih memerlukan pemeriksaan utk determine samada lumpuhnya tu bersifat sementara atau kekal.


Borang yang sudah dia isi dan tandatangani itu masih ada di dalam file saya........











"Sakit ni kalau nak mai dia tak kira dah hang ada duit ka tak da duit ka, dia mai jaaaa..."



Photobucket

27 Dec 2012

MAri bercerita bersama otomen



Malam-malam aku suka bercerita ngan Oni sebelum tido. 
Walaupun dedua otomen ni hari-hari tengok citer Pada Zaman Dahulu, tapi setiap kali aku bukak mulut berlakon jadi Sang Kancil je dema yang awalnya dok histeria atas tilam akan jadi diam.

Tapi, semalam, aku agak malas nak bercerita. 
Jadi, aku suruh ONi lak citer kat aku. 
Untuk memudahkan kisah, aku mulakan dulu citer tu untuk dia. 


"Pada zaman dahulu.........ada seekor Sang Kancil tinggal di dalam hutan."


Oni dan Wawan diam. MAsing-masin baring dengan botol susu memasing. 


"Sang Kancil lapar.... Dia nak mencari makanan," sambungku lagi. 


"Hmm.. Sang KAncil boleh minum susu kakak Oni.." sampuk ONi tetiba.


"Ye,, tapi Sang Kancil tak pandai minum susu botol.." balas aku. 
"Dan Sang KAncil pun jalan-jalan dalam hutan. Tiba-tiba....." aku berenti kat situ. 



"Tiba-tiba apa?" tanya ONi, eager nak tau. 


"Hmm... tiba-tiba Sang Kancil nampak kawan dia. Siapa kawan Sang KAncil tu?" tanya aku pulak.


"Errmmm... Gajah!!!" jawab Oni, excited.


"OO...pandai....." aku lak sorak, excited. 


"Hah, pastu kan, Sang KAncil ajak Gajah jalan-jalan. Kesian dia lapar tak makan lagi... Kan Ibu Kan?" tanya Oni lak. 


"Betui.." aku layankan je. Biar imaginasi dia lak la bercerita. 


"Sang Kancil tanya Gajah... HAaii , Gajah. Dah makan ke belum?" aku wat suara cam Sang KAncil. Gelak-gelak Wawan sambil minum susu. Hehe...


"Gajah pun jawab... AKU LAPAR LA KANCIL..." sambung aku lagi. KAli ni wat suara gajah pulak. HAHAHA... Terer tak?


"Kemudian, Sang KAncil dan Gajah pun jalan-jalan cari makan sama-sama. Tiba-tiba... Sang Kancil sampai kat satu tempat. Tempat tu ada baaaaaanyak makanan. Apa nama tempat tu...." Cerita aku berhenti dengan soalan. 


Oni terkebil-kebil kejap. Berfikir.....






"HAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!" pekik Oni tetiba. 




"Hah, apa dia?" 







"Ada TESCO!!!!" jawab Oni sambil angkat tangan tinggi-tinggi. 
 

Photobucket

26 Dec 2012

[MOVIE REVIEW[ CZ12



Hari ini meluangkan masa ngan suami kecintaanku , berpimpinan tangan tugeder-geder gi tengok wayang.
Sebelum tu, Oni ngan Wawan diserahkan kepada penjaga sementara bagi memastikan masa romantis kami tidak terganggu dengan jeritan histeria. 
Horhorhor!


Sementara nak nunggu movie start , sempat la meeting bersama dan merancang untuk memajukan perniagaan 'tak sengaja' kami di masa depan. 
Bukan senang nak leh meeting ni. 


Ha..citer meeting tu sambung kendian.

Meh nak wat movie review jap.




CG12.





Movie best wajib tengok since aku dah lama tak tengok Jackie Chan beraksi.
ALahai, tak makan tua orang tua ni ye. 
Kuat dan sehat lagi. Punyalah gigih dia berkarya.
Wajiblah korang tengok kerana filem kali ini sedikit pun tidak membosankan malah anda mungkin tak akan cuma kejip-kejip (kelip-kelip)kan mata kerana tak mau miss satu saat pun.
HAHAHaAHHA!


Memula aku ingat citer ni ala-ala cam CJ7 gak la.
AAAHHHAHAHA.. Dah mula pun C kat depan.
Rupanya sangkaan aku melecet meleset sama sekali....




Saya bagi 5 bintang FULL kerana saya memang easily impressed. 




Photobucket

25 Dec 2012

Hobi Mengumpul Telur Rebus


Hujung-hujung tawon ni memang penoh buku organizer ngan jadual pengkendurian dan dikendurikan.
EH???

Buat rakan-rakan yang jemput Makbed gi kenduri sekitar 30hb dan ke atas, Makbed nak minta maap sesangat sebab tak dapat gi. Terutamanya kat Cikinot, dia sedang mengira waktu menikah beliau tik tok tik tok... 
MAkbed minta mahap. Tak dpt nak gi. 
Ada kerja.
Terima kasih atas pemberian kad jemputan ye,Cikin. 



***
MInggu lepas Makbed gi kenduri Kak Mai. 
KAwan masa aku jadi pekerja berhemah kat TGV 1 Utama 9 tahun yang lepas kot. 
Memang dah kenal lama la jugakk...
Memang pangkat ahkak sebab dia lebih veteran kan. 


Meh tengok gambo perantin..


Camno Oni punye baju leh tersama ngan perantin ni?


Makbed berjaya membawa pulang berbeg-beg goodie beg berisi bunga telur dan sumi.
Sumi tu suma Oni punya sampai aku rasa cam nak amik sumi tu tanam dalam pasir. 
Asyik nak makan sumi jek!





HAri ni, ada kenduri lagi di depan rumah saye.
Jiran saya wat kenduri lagi.
3 bulan lepas dia buat kenduri, hari ini rumah dia juga yang buat buat kenduri.
Itu la...sonok kan anak ramai-ramai ni.
Lepas kenduri kawin, kenduri sambut cucu plak. 
Pastu kenduri kawin lagi. Pastu akikah plak..
HHAHAHA...
Meriah y'all....


Untonglah jiran-jemiran... Alhamdulillah. 
Tak payah masak.
Susun je jadual kenduri dan menunya pasti tidak mengecewakan. 




Rumah si pengkenduri.. 
*abaikan tatabahasa yang tak pernah wujud pon tu. 


GAmbo penulih takde plak sebab takde sapa nak tolong snap.



MAka, di hujung-hujung tahun ni adalah waktu yang sesuai untuk melaksanakan hobi yang paling rare sekali. Iaitunya...


Mengumpul telur rebus. 
Kebagusan perlaksanaan hobi sedemikian adalah apabila diri ini sudah jemu makan ayam dan daging serta acar timun, maka boleh telur rebus itu dijadikan santapan.
Telur rebus adalah paling efektif bila tetiba rumah kehabisan gas memasak dan tokey kedai gas pulak bercuti sempena Hari Natal. 
Leh wat sandwich, goreng wat sambal atau pun dibuat kurma.
Nak bagi Oni ngan Wawan makan wat jajan pun buleh.

Setakat lani dah setapawe telur rebus aku kumpul.
Bunga telurnya aku tanam tepi rumah kot-kot leh tumbuh jadi pohon berwarna-warni seindah bunga telur tu. *Pang!

HAri ni makan kurma kambing. 
Disebabkan kurma itu sungguh sedap dan daging kambingnya taste like kambing, aku menjadi lupa diri seketika. 
Makan dengan penoh berselera hingga terlupa niat awalnya nak rasa laksa yang terhidang di meja hidangan. 
BAlik dah muak-muak sebab asyik makan gulai bersantan je dua tiga hari ni. Maklumlah, dah tua kan kan...



Jadi, malam ni Makbed dengan rasa malasnya buat lauk ni jer...



Sup dengan pelakon utama nya daging lombu dan pelakon tambahannya adalah ubi kentang, keret dan suhun.

Layannnnnnnnnnn....

Alang pun tak kurang jugak jemputan kendurinya.
Dia pun berlumba-lumba lawan kumpul telur rebus ngan aku.
LAgi best, bila dia balik kenduri je dia bawak balik sekali dengan lauk kenduri. 
Rezeki jangan ditolak..kan?
Photobucket

24 Dec 2012

Rumah Abah Banjir. Makbed Bersukaria di sini.



Nengok kat FB Kimi tadi, gambor kediaman Abah dan Mak di Kuantan dinaiki air.
Wah, skema ayat ko Makbed. Weldan!




Maklumat yang Makbed terima, hujan masih lagi turun. Tak berenti-renti dari semalam.





Semoga tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. 


Ayah ngan Umie (mertua saye) plak sedang berada di Manir,Terengganu melawat kakak ipaq kat sana. 
Beliau juga melaporkan yang hujan masih turun tak brenti sejak semalam. 
TApi dia taktau la banjir ke dak..



Kimi melaporkan lagi yang dia baru je siap wat coklat moist cake untuk santapan keluarga di sana berikutan mereka semua takleh keluar rumah dek banjir. 
Untongla, banjir pun leh wat kek cokolot moih...~ *jeles.

28hb ni dia nak mai umah aku lak.
Silalah rajin-rajin wat cokolot moih kat umah aku lak yer...



GAmbo ibu dan anak teruna menjoyah sakan siang tadi. 
Tema pakaian hari ini adalah Barisan Nasional dan PAS BERGABONG.
Kalau digabungkan , cantik je kalernye ye.
Inilah pakaian rasmi aku ketika membuang undi nanti. 
Sapa nak ikut, moh moh moh.
Tudung adalah ditaja oleh makcik-baik-hati di Billion , Manjung.
Roti yang Wawan makan tu plak beli kat Kings Confectionary, Tesco Mergong. 







Hah!
Gambo ini jelas menunjukkan beginilah kami seharian di rumah.
Jap baik, jap gado.
Sehari ntah berapa kali kami saling merajuk antara satu sama lain. 
Time nak berbaik adalah time nak susu, nak tido dan nak suruh ibu cebokkan beraknye. 


Gambo yang jadi cenggini sebab aku dok sesibuk snap gambo ngan Wawan, dia pun nak join skali.
MArah aku tak ajak dia bergambo.
Aku cakap "nanti le dulu.. Bagi Wawan dulu posing..."


Dia balas pe tau...


"KEDUKUT LA IBU NI!!!!"



PAstu, demi nak kaco aku, tak bagi aku snap gambo Wawan banyak-banyak, dia merengek nak roti yang Wawan makan plak.

Aku cakap.."bagi le Wawan makan dulu. Ada lagi dalam plastik. Nanti dah habih bergambar, Ibu bagi. Jap ekk..."



Oni pun kata....

"KEDUKUT LA IBU NI!!!!"







Ye la......aku la yang kedekut kan? 



Tu yg gambo kuar jadi cenggitu tuuuuuuuuuuu.....
Muko tak pueh hati memasing. 
Harharhar~



Photobucket

ANDAI KU BERCINTA LAGI LAGI dan LAGI




PAda suatu hari ketika kali pertama gegendang telinga aku menangkap melodi lagu ni, terus tangkap cintun.
PAstu, tengok lak video klip .. 
Adoh! Pensan!!!!! 
Sedey gilerr..
Tiga pat kali aku ulang-tayang tengok sebabbb...
aku cam ternampak-nampak Edry KRU dalam tu. 


Eh..yeke ?
Eh.. ye la..
Eh..takkan lah Edry..
Ehhhhhhhhhh. YELA!!!!


HAHAHHA.. sampai gitu.


Papepun, nak cakap lagu ni memang berhantu.
Sebab ia mampu menarik hati aku yang dah lama tak dengar lagu melayu ni.
Ekceli.. Makbed ni peminat Search, Wings and May.
Olohh..sape je yg tak minat ye dak?
Semua suka kott....!




Rambut memainkan peranan penting dalam menentukan kegojesan seseorang.
Saya nak puji rambut Aweera yang cam megi tu.
BAGOS!!! 
Rupa anda agak berprestij sekarang berbanding masa anda masih 'kekanak' riang di One In A Million dulu. 




Walaupun anda pose dengan teddy bear sekalipun, anda tetap macho. 


Teringat time Paul Moss kutuk dia nye suara masa kat OIAM dulu.
Sobss...
Citer lama kan..


Semoga kamu sukses!!!!!











Rambut Kili pon seksi jugak.




Ini menandakan yang aku perlu tengok citer The Hobbit lagi nanti.
Hewhewhewhew..~




Photobucket


23 Dec 2012

Ibu Terkena Tembakan



PAda suatu petang yang hening....



"Ibu, Oni berak..." 


Aku hanya mampu menghela napas . BAru penat cuci berak si Wawan. Tengah memasak di dapur pun aku tutup api dulu. Nasib baik la masak nasik goreng jer. 
Seluar dah basah sekerat kaki. 
Tetengah menyucikan Wawan, dia plak sibuk main air. 


Aku baring sekejap atas katil. Menikmati rehat yang tak sampai 60 saat tu. 


"Ibu, cepatlah. Otomen nak start dah tu..." gesa ONi sambil terloncat-loncat. Citer otomen mebius tu sedang iklan. MAka, Oni bergegas-gegas la minta beraknya dicuci. 


"Yela..." Aku akur dan bangun malas-malas, sambil mengeliat. Malas betui la tu.
HOw I wished berak itu boleh terbersih sendiri, kan?
HAHAHAH..

Berdetup-detup bunyi sendi masa aku mengeliat. HAih, lama dah tak urut ni. 


"Sian Ibu tau. Meletup-letup belakang Ibu punyalah lenguhnya......" keluhku sambil wat muka seposen. 


Oni diam sejenak.
Dia pulak wat muka konpius. MAta hitamnya memandang siling. 



"Ibu... sapa tembak belakang Ibu??" 




??







Aisey, lupa la.


Meletup adalah hasil daripada bunyi letupan akibat tembakan atau bom. 
Anak aku ni kan otomen. 
Ngeeeeeeeeee~






Semalam , dia panggil Wawan dari jauh camni..

"Come on.. Come on. COme boy.. Come on boy.."


Aku hanya mampu gelak di belakang pintu. 
Kang gelak depan-depan Oni cekak pinggang!


Photobucket

Putih VS Keputihan


Semua orang suka menda yang fair...
NAk putih-putih.
Kulit putih.
Gigi putih.
Pakwe pun nak putih jugak. 

Putih bersih itu cantik. 
MAcam-macam produk kita makan demi mendapatkan kulit yang putih bersih berseri. Kann..



Keputihan Wawan. 







Ada ke putih yang tak bersih? 



"
"
"
"



KEPUTIHAN!!!!




Ya..


Ironinya bila wanita mendambakan semuanya putih, tapi 'putih' yang satu ini sangat tidak disukai wanita. 
Betui?
Ada sapa yg enjoy sokmo bila keputihan wujud?



Lelaki mungkin lansung tak memahami apakah keputihan tu.
Malah ada yang masih cuma mencari relevannya perkataan 'keputihan' dengan sesuatu yang membawa mudarat.
How come keputihan tu tak elok?
Kan ke PUTIH.
Bukan ke PUTIH itu cantek?


Ya.. hari ni Makbed akan explainkan perihal KEPUTIHAN ye murid-murid sekelian. 


Senang citer, KEPUTIHAN ni merupakan lelehan yang keluar dari faraj wanita. 
Biasanya terjadi pada wanita yg dah akil baligh. 
Lelehan yang keluar ini lebih kurang macam signal untuk orang perempuan tentang tahap kesihatan dan kebersihan 'aset kewanitaan' mereka. 
Meskipun dinamakan KEPUTIHAN, tapi ianya lebih merujuk kepada lelehan yang keluar, tak kira lelehan tu keluar warna apa sekalipun. Even keluar kaler brown, ianya tetap dipanggil KEPUTIHAN.
Pelik dok?
ISkk~


Dalam bahasa Kim KArdashian, ianya dipanggil VAGINAL DISCHARGE. 


Dalam kebanyakkan kes, masalah keputihan ini biasanya berpunca daripada jangkitan kulat.
Keputihan yang teruk biasanya akan menyebabkan rasa tidak selesa dan haruslah dirujuk doktor segera. 









MAri mengenal jenis-jenis WARNA keputihan.




Jernih.
Tidak perlu risau sekiranya lelehan itu keluar berwarna jernih. Sekejap lelehan, sekejap keputihan...apekah? Ianya normal.
Biasanya terhasil 2 minggu sebelum haid, atau apabila waktu subur menjelang. TApi, terkadang lelehan begini akan keluar jugak time stress...atau ketika badan tidak begitu sihat. 
Keputihan sebegini juga selalu terjadi kepada wanita hamil.


Putih
HAa.. ni kaler putih, berair dan berbau kurang enak. Kalau ada rasa gatal-gatal di alat sulit atau pun rasa sakit ketika kencing, tu tandanya anda mungkin kena jangkitan kulat. 



Putih pekat.
Lelehan keluar macam susu pekat dan berbau. Ini juga petanda jangkitan kulat. Dan berkemungkinan besar terdapat radang pada serviks dan vagina. Ini sangat tak selesa. Aku pernah kena sebaik sahaja lepas bersalin  Wawan. Rupanya, lepas check, memang vagina aku sedang 'meradang' ketika itu. Ngeee..~



Coklat (Brownish like discharge)
Brownish ek... Bukan Brownies. Brownies makan pun sodap. 
Lelehan yang berwarna coklat, berair, sangat banyak dan lembap merupakan petanda anda mengalami masalah gangguan pembuluh darah pada serviks atau endometriosis. 
Warna coklat tersebut timbul akibat perdarahan seperti keguguran, haid tidak teratur ataupun darah segar yang apabila kering bertukar warna menjadi coklat.



Merah Muda
Bagi yang mengalami lelehan seperti ini, sangat banyak dan tidak berbau, merupakan tanda yang terdapat jangkitan bakteria yg tidak khusus. Biasanya terjadi selepas melahirkan. 
Boleh jadi juga ia adalah haid, atau pendarahan dalam rahim. 
Pemeriksaan doktor adalah yg terbaik untuk tahu apakah yang berlaku di 'dalam' sana.


Warna-warna lain pun ada.


Kelabu
Kalau lelehan warna kelabu, ada garis darah, banyak pulak dan berbau, itu adalah petanda awal kanser. 


Kuning Kehijauan
Jika lelehan berwarna seperti ini, keluarnya berbuih, sangat banyak. gatal dan berbau busuk dan sakit di sekitar kemaluan dan sakit semasa membuang air kecil, merah-merah di kawasan vagina segeralah rujuk ke klinik kerana besar kemungkinan anda dijangkiti STD (sexual transmitted disease) yang didalangai oleh kuman bernama protozoa trichomonas vaginalis. Hem....


Kuning
Ianya disebabkan jangkitan penyakit kelamin atau lebih dikenali sebagai nisseria gonorrhoe. CIri-cirinya, kuning, kental, sangat banyak, panas dan gatal... Sila gi check kat doktor. BAhaya ni!


Biru
Lelehan seperti ini menunjukkan anda adalah seorang alien. 
HEHHEHEHEHEH... 



MAsa nak gi check ke doctor tu, adalah dinasihatkan tak payah basuh kemaluan dengan sabun . So, senang doktor nak determine kadar keterukan keputihan tu dan ubat yang bersesuaian akan diberikan. 
BAwak je spentot atau kalau pakai pad ketika kejadian keputihan tu, tunjuk kat doktor. 
Senang keje dia.





SUMBER





Ada banyak petua hilangkan keputihan. Boleh pilih cara tradisional atau moden.
Nak cara sedap, minumlah HKCC!!!
InsyaAllah...  


IA berkesan ke atas saya. 




Photobucket

Soalan Lazim Vs Soalan Zalim






Dalam dunia ni ada maaaaaaaacam-macam orang.
RUpa mungkin boleh serupa. Tapi perangai tak mungkin sama.


Ada orang yang suka bercakap , tapi terlebih cakap.
Sampai apa keluar dari mulut dia tak bertapis.
TApi, jangan pula anggap orang yang pendiam itu, reti  bercakap.
Ada gak yang tak reti bercakap. 
Bila waktu perlu bercakap, bila dia cuba bercakap, rosak. KAlau cakap sembarangan. 
Bila time tak perlu bercakap, dia bercakap, semuanya punah. 



Bercakap / berkata-kata ini memerlukan skill.
JIka tersalah sebutan akan menampakkan diri agak silly.
Jika tersalah intonasi, mesej akan jadi lain. 


JAdi, untuk kesemua skil berkomunikasi memerlukan kita belajar dan practice berulang-kali. 
Anda tahu kan orang yang berjaya mostly mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik.
Anda juga buleh mengenal pasti jika public figure tertentu yg ada masalah bercakap dengan betui. 


Adalah diiingatkan, bila kita utarakan Soalan Zalim pada orang, Jawapan Zalim yang akan kita terima.
JAdi, audit cara kita bertanya. 
Apa sahaja soalan yang ingin kita tanyakan, sebelum terluah di bibir, kaji dulu bentuk soalan dan ayat soalan yang akan kita ajukan. Kerana jika tersalah cara, jawapan yg bakal kita terima akan menyakitkan. 


KAlau tak caya, cuba jawab semua soalan di petak Soalan Zalim tu sendiri. 


Jika soalan yang bakal kita tanya tu agak sensetif, mulakan dulu dengan perkataan MAAF. 
Terkadang, ada orang yang mudah sensetif bila diaju soalan berbentuk peribadi.
Tapi, tak bermakna dia tidak MAHU berkongsi.


Mari belajar bercakap...

HEHHE..


Photobucket

Sobs~



Rasa macam dah lama sangat tak membaca majalah.
Rasa nya dah lama sangat aku tak membaca novel... biarpun Lulu asyik tag aku memacam judul novel yang best untuk dibaca. 
Oh, teringin nak baca Suami Aku Ustaz.
Bila lah berpeluang nak jejak masuk ke Popular??
Padahal Popular tu ade je kat Tesco Manjung. 
Hmm....


Takut nak start baca novel......... nanti ketagih!




LAst buku yang aku baca adalah Body Language: How To Read Others Thoughts By Their Gestures. 
Lupa sapa penulisnya. 


Encik Bos kerap-kali berpesan, jangan malas membaca.
Abah pun suka membaca.
Orang-orang berjaya memang suka membaca.
Seronok tengok orang yag habitnya membaca ni. 

Aku pun suka membaca.
TApi, skang ni aku membaca nombor-nombor, bacakan polisi pelanggan seperti membaca novel.
Mak aii... stress juga kadang tu.
Itu la.. membaca buku polisi insurans adalah sesuatu yang bukan semua orang suka buat.
Aku rasa 3% je kot pelanggan yang suka dan reti baca isi kandungan polisi insurans mereka. Tapi tak paham. 
YAng lain nya, lebih suka kalau ada agen sukarela bacakan untuk mereka.
KAn kan kannnnn....~


Dan ada masanya bila aku bacakan apa yg ada dalam polisi dema tu, dema buleh menguap dan tido di meja sambil menopang dagu.
Hah, dah mcm bed time story lak.
Baik balik gi baca buku citer Sang Kancil Dan Monyet di rumah. 
ISk~



Surat khabar pun baca tak habih skang ni. 

Ngeh ngeh ngeh~



MArilah membaca supaya otak cerdas. 



Just dapat news yang sorang kenalan saya yang nak sangat membeli insurans nyawa tiba-tiba admitted tadi kerana batuk berdarah. 

Dia dah sign. Tapi belum bagi bayaran mulanya. 
Katanya bulan depan baru nak start.
Saya pula hanya menurut arahan beliau 


Oh, libang-libunya rasa hati ni...


Mode: Emo sepoi-sepoi bahasa. Korang layan je la ek..

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram