Followers

30 Nov 2012

Nasib Tokwan yang Bercucukan Seorang Otomen



Dek kerana terlampau menjiwai watak otomen, serba-serbi tindakan semua nak kena sebut kata-kata keramat otomen tu. 


BEbaru ni je, Abah aku kena penangan otomen si cucu. 


Ntah hape la si Linda buat hari itu, Abah aku naik angin. Linda kena bebel ngan Abah. 
Aku plak dok je kat meja komputer, siapkan proposal prospek.
Tapi sesambil tu aku pasang telinga jugak la dengar apa yg Abah bebelkan tu. 


Oni pandang je Mak Njang nye kena bebel ngan Tokwan.
Walaupun Oni kecik tapi dia tau yang Mak Njang dia tengah sedih sebab kena marah.
Oni plak memang sangat kamceng ngan Mak Njang.
KAlau Mak Njang nya datang, Ibu memang rilek je la. Semuanya nak MAk Njang buat. 


MElihatkan MAk Njang kesayangannya kena marah, Oni tetiba emosional. 
Kembang kempis idungnya memandang Tokwan. 
Tapi, Tokwan tak pasan pun.
Aku je la nengok dari jauh.
Tu pun aku panggil-panggil Oni supaya jangan kaco Tokwan yang sedang berkhutbah itu. 


Oni wat tatau je.
Misi dia adalah nak menyelamatkan Mak Njang dari terus kena marah. 


"TOKWAN, jangan marah Mak Njang...~!" tegas Oni, sambil bercekap pinggang. 

Tokwan pun brenti bebel kejap. 
Tengok cucu.


Pastu, sambung balik bebel.


Oni tensen. 


Tetiba ....







Oni jadi otomen laaa......




Dia wat aksi fire-fire tu, siap terbang-terbang bagai, bersilat-silat tangannya , kononnya tengah transform jadi otomen la tu kan...


Bila dia rasa dia dah bertukar jadi otomen, dia pun cakap..

"TOKWAN, JANGAN MARAH MAK NJANG LAGI!" 

Waa... siap tangan bersilang laa.. Fire Tokwan laa...!!!



MAk aku dah bantai gelak dah. 


Tak cukup ngan aksi otomen tu, Oni amik bantai tutup muka Tokwan. Tak bagi Tokwan pandang MAk Njang dia.



"Dah..Dahh.. Jangan marah Mak Njang..."



HAHAHAHadehhh...





Ni la sebabnya Oni kena duduk ngan ibu. 
Nilah sebabnya Ibu tak kasi Oni dok ngan Atok-Atoknye..
KAng, Oni buli Atok dan Tokwan. 



Mesti Tokwan ngan Atok tengah rindu Oni.
Diorang asyik gelak je sepanjang dok umah aku. 
Ngadap Oni memang buleh wat pipi jadi tegang. 



Oni panggil Atoknya, Mak. 
Kadang-kadang dia panggil Tokwannya, Abah.
Abah ngan Mak pun layannn jer... Terasa cam muda balik lak kan. 


Photobucket

HKCC dan Kismis Al-Mukjizah adalah Produk Keluaran Herbal Culture. Dan Makbed pulak bukan sejenis produk.



Antara habit tak leh tanggal aku setiap kali gi Manjung adalah singagah kat kedai tudung di Billion Manjung. 
TApi, syaratnya, beli mesti takleh kurang dari 3 helai. 
Terbaru pergi ke situ, tuan kedainya takde. Takleh le plak nak sembang-sembang lama lagi. 
Sembang ngan pekerja adalah bosan. 
*Kekwat lak kan. 




PAshmina di atas adalah bermaterial sama. Design pun sama. CUma letak warnanya sahaja yang lain.
Ok, bulan depan akan pegi lagi skali kedai tu, dan aku sure beli lagi patern ni dengan letak warnanya yg berbeza plak. 


Lepas ni , insyaAllah nak memperbanyakkan tudung InspirasiHAna pulak. 

****


Mak Abah dah pun balik selepas hampir seminggu teman aku di rumah. 
Sebek terus muka Wawan bila Mak Njang dia dah siap beg nak balik.



Budak sedih.
KAlau Linda ada, asyik nak nangeh je, minta dukung.
Ce kalau Linda takde, nangeh minta dukung sampai ke sudah aku wat derk je. Tu yang tido atas simen salu tu. 
Ngeeeeeeeee~




Tengah kira untung juai HKCC nampak?
HAHAHHAA...
Ni cari pasal pulak, berebut duit ngan Alang. 
Tokwan dah kasi dia duit merah, tapi dia tetap nak duit biru yang besar tu.
Duit singgit pun dia takmau. PAdahal sama je kaler nye ngan duit biru besar tuh. 
HAih!




Ahli keluarga mengiktiraf Haida Kamaruzaman Collagen Cappucino (HKCC) sebagai minuman keluarga.
Bukan family Makbed je, sepupu-sepupu Makbed sniri pun gemarkan HKCC. 
Jadi, memang tak menyesal la jadi stokis HKCC. Sebab kalu kome tak mau beli, siyes aku minum sorang.
HAHAHA..


Terbaru, aku gi sua 2 peket HKCC yang memang salu ada dalam henbeg kat makcik nasik lemak kat simpang umah aku tu. 
Saja je soh dia try memula tu.
Aku sertakan sekali bisnes kad aku. 

"Kalau kopi ni sedap, makcik naklagi, makcik tepon saya.." tu je aku cakap. 


Pagi tadi, dia dah tipon.
Nak beli sekotak. 
Aku benornya nak soh dia jual kat kedai makan dia tu.HEHHEEE..~
Tapi, dia kata ni bukan utk jual. Dia nak minum sendiri. Dia kata, aku bagi 2 peket tu tak cukup. 
Dia tak puas minum. 






Ni anak-anak kecik Stokis HKCC Kedah. 
HAHA.. anak aku la tu.
Walaupun dema takleh minum HKCC, Herbal Culture ada mengeluarkan produk lain untuk kanak-kanak khasnya iaitu Kismis Al-Mukjizah. 





Secara umum kita memang tahu kebaikan mengamalkan kismis ni. 
So, tayah le citer berlebih-lebih sangat sebab korang pun pandai.
Oni dan Wawan memang mengamalkan kismis.
Sebelum ni aku try bagi kismis Lego tu, takmo. Suma wat muka ketat, kening bersambung sume.
Dema just makan kismis Mekah je. 
Kendian , Haida bagi aku sekaton kismis. HAmek ko!!
Soh aku try.


Oni dan Wawan tidak mengamalkan makan 7 biji kismis, tapi dia makan segenggam sekali makan.
Amik, boh dalam mangkuk, dan makan seperti makan kacang. 
Sebab tu la anak aku suma pandai. HAHAAHAHA... Pandai berdrama di rumah. 
Personally, kismis ni sedap. Berwarna hitam pekat dan tak berbiji. Besar-besar plak tu kismisnya. 

Begitu sukanya Oni ngan kismis tu, sampai aku terpaksa sorokkkan itu botol kismis. 
KAlau tak, memang habih la. Sehari sebotol kot?!!!!
Sebotol ada 200gm ..


Jadi, kalau sesapa yang nak cuba, boleh la beli.
Sebotol hanya RM12 aje... 
Berapa lama tahan sebotol tu aku tak tau. Ikut suka hangpa la nak makan cenggena. 
Kalau aku, sebotol cuma tahan 2 hari.
AAHHAHAHA..~ Aku pun makan sekali.


Boh kismis tu dalam puding roti pon sedap.


Semua produk adalah keluaran Herbal Culture.
2 produk tu je la.


Makbed bukan sejenis produk ye. 
Jangan plak ko telepon cakap nak order Makbed sekotak. Yakdish kang..~


Sapa nak sample, sila roger.
Kismis takde sample. 
HKCC je. 
NAk, roger kat fb or ruangan komen. 


Photobucket

BERJOGGING DI PADANG BESAR



Mengumumkan khabar gembira bahawasanya tuan punya belog Mommy's Diary Of Life, Puan Shehan telah pun selamat melahirkan anak kedua beliau pada 28 Nov 2012, beberapa minit selepas jam 7 malam. 
Adik kepada Hannah Damia.
Tahniah Hannah. Hannah dapat adik lelaki...


Dengan rasa terharu, Makbed ucapkan tahniah buat Shehan dan suami atas kelahiran bayi kedua mereka. Semoga hubungan kasih sayang kalian akan terus mekar bersama dampingan anak-anak kurniaan Yang Maha Esa. 

Shehan blom wat announcement kat belog dia.
Hanya berfb sahaja.
JAdi, stakat skang dia still takleh hapdet blog.
HEHEHHE...

Status terbaru fb beliau, katenye dia dah sampai KEdah dah.
Berpantang di kampung halaman.
Insyaallah, jika tiada aral, Makbed akan gi melawat dia tak lama lagi...

Sudi-sudikanlah gi blog dia untuk ucapkan tahniah ye...

Mommy's Diary of Life




****



Di kesempatan malam yang indah ni, MAkbed yang caspian (kesepian) tanpa asben di sisi sesaja la nak hapdet blog.
Terpaksa hapdet time sume orang tido. Isk..iskk..


Tadi dengan tak semena-menanya aku gi Padang Besar korang tau.
Ni plan Abah la ni.
Tetiba je.
Asalnya pagi tu aku nak gi keje jap.
Nak wat postage sume, nak wat payment. NAk jumpa prospek.
ALih-alih, plan aku terganggu sebab Mak cakap nak jalan-jalan gi Padang Besar.

Huh!!...
Tempting betui.

Apa lagi...
PAs aku wat pos-pos suma, aku gi la jugak folo dema gi PAdang Besar.
Nah.... nasib baik ada GNoty. Buleh gak wat keje online sambil Abah aku drive. Sampai kering kontang betri henpon aku menjawab email, fesbuk, wasap..sms. 
Sakit mata!


Welcome.... to Big Field. Ehhh??

FACT:  Last gi Padang Besar adalah tahun 2011 di mana ketika itu aku sedang sarat mengandungkan Wawan. Pegi ngan MIL dan FIL. Time tu bawak Oni. Wah, gila takleh berjalan ngan Oni yang masa tu kena dukung jer. LAst skali, balik gitu je. Oni meragam sebab demam. Aku lak meragam sebab rimas. Sila bayangkan aku semasa ngandung Wawan. BAyangkan aku yang montel semontel-montelnya itu.
HAAAA... buleh imagine??


FACT: HAri ni gi Padang Besar dalam keadaan yang betul-betul bersedia untuk BerPAdang Besar. Masa kekecik dulu ada gak pi tapi masa tu bodoh lagi. Apa pun tatau. Ikut je MAk Abah gi mana. MAsa tu jugak aku tak paham apesal la dema ni suka sangat gi tempat-tempat besar dan sesak penuh barang ni. 
Yelah... masa tu mana le kita paham erti membeli-belah kan???


So, kali ni gi Padang Besar kena betul-betul bersedia.
Oni dan Wawan dihantar ke pengasuh. 
Takleh bawak lansung. 
Memang niat tu nak gi cari cardigan.
Wooo... susah nak cari cardigan yang bebetul aku nak. 
PAstu, nak cari baju Oni dan Wawan. 
Banyak yg dah kecik. 


Mak Abah lak nak gi beli barang sekolah Adik. 
Nak cari seluar sukan, beg sekolah ...Baju-baju .
Alang pulak takleh pegi sebab kena siapkan tesis. 
HAHAHAHHAH...
Sedih betui beliau. 






Kereta adalah banyak di Padang Besar.
Meskipun begitu, orang takde la ramai sangat. TAkde la sampai berhimpit-himpit. Seingat aku, masa aku gi ngan MIL tu, ramai bebeno orang! TApi hari ni takde sangat. Maybe sebab aku gi hari Khamis. 
Kami jalan-jalan dalam arked je. 
MAsuk dalam tu pun buleh menangih pipi aku. Berpeluh saja! Cayaq mekap aiii.....~
Tapi, biarpun wajah berminyak umpama penebar roti canai, aku tetap bersemangat tatkala melihat kedai-kedai yang menjual pakaian wanita.
Dan bertambah bersemangat bila ada pulak yang jual cardigan yang aku sangat inginkan. 


Cardigan tu ada je kat Tesco. 
Tapi, jual dengan harga RM49.90.

KAt PAdang BEsar, kalau ko pandai mengorat tuan kedai , cardigan tu tetiba je jadi RM25 sehelai. HAHAHAHAA. Jauh beza kan??

Kendian beli baju tido bebudak. Sepasang seploh hengget....! Membeli dengan perasaan terharu tanpa sebab. Adui...emo.Pasni, say gudbye to Tesco lah ye...!

Kendian, sampai le ke satu kedai... Ekceli ni persinggahan terakhir sebelum gi kat keta. TEtiba ternampak kemeja yang ala-ala blouse. Bunga-bunga cam ala-ala vantage gitu. 
Awalnya, aku hanya memberi pandangan sinis je kat baju tu sebab aku dah lama dah tak leh pakai kemeja. Puncanya, aku salu takleh button kemeja tu. Ada la masalah teknikaliti di situ.kan..kan.... 
Tapi, aku gatai tangan jugak la pi sentuh-sentuh kemeja tu. Santekkk....
Kemudian, berangan-angan cam aku leh je pakai kemeja tu. 

Sekali... akak kedai tu sergah..

"Adik, nak beli ke? Kalau kemeja yang tu Adik buleh pakai.... Cukup muat...." 


I was like... hek eleh.... Akak ni nak jual barang je. MEnda tak muat pun cakap muat. Tapi, aku tanya gak la poyo-poyo, "yeke kak muat ni?"


Akak tu cakap lagi..."muaaaaaattttttttt..... Tak caya try..." Suruh Akak Kedai tu.


So, aku pun pas la henbeg , beg pastik sume kat Linda soh pegang. Aku pun try. TAkyah londeh-londeh baju ape pun. Aku cuma nak make sure yang KEMEJA YG AKU NAK TEST NI BOLEH BUTTON KE TAK BLEY...






Eh... boleh plak??!!!!!




Aku bersorak keriangan. Terus aku minta maap kat Akak Kedai kerana meragui kepakaran beliau. Hukhukhuk..
TApi, Akak tu just rekemenkan kemeja dan blouse di bahagian sebelah kiri kedai je. Katanya, sebelah kiri ni hanya untuk orang Besar-Besar. HAHAHA... Tengok?!!! Tak pasal je aku dikatanya Orang BEsar-Besar.... VIP hokeee~


Bahagian sebelah kanan adalah untuk orang Kecil-Kecil... 


Sehelai kemeja is RM23. 
Ok... terharu lagi. 
TESCO semakin lama semakin hilang dari ingatan. 


Beli la 2 helai. Sebab bukan senang kot nak jumpa kemeja-buleh-butang ni. Selalu, pakai kemeja, lansung tak leh butang. HAHAHAHAH~ Kalau buleh pun,kena pinkan jugak. Untuk keselamatan. 




Ko tengok makcik ni.
Aku tak kenal makcik ni. Tapi kebetulan masa aku nak snap pemandangan kedai beg ni, tetiba makcik ni lalu. HAhaha... muka dia brutal gila ko!
Belakang dia adalah Mak dan Linda yang sedang gigih memilih henbeg. Mak aku pun grab satu henbeg. Disebabkan aku tak minat henbeg, aku pun tak join mereka.
Walaupun aku tak minat henbeg, tapi aku juga peminat beg.
Cuma bukan henbeg. 
Aku suka beg galas.
Ala...cam beg skolah tu. 
HA... skang, beg skolah ada macam-macam kaler kan. JEles aku. Apesal la time aku sekolah dulu, takde beg gitu? 





Pilih!


Linda sedang berkira-kira nak beli sunglasses , tapi Mak menjeling beliau.
"Hang nak wat apa spek mata itam? Hang nak pi skolah pondok..."

HAHAHA...
Kesimpulannya, kalau sekolah pondok tak buleh pakai spek mata hitam. Paham?



LAstnya tak dapat le Lin bergaya dengan spek mata itam tuh....
Kuikuikui~
Nak tiru kakak dia la kan. KAkak dia kan vogue. Pi Padang Besaq je pun nak dressing cam gi Paris. Chait!




Ni le Kakak yang bertuah tu!

Penat woh...
NAmpak muka berminyak macam penebar roti canai di kedai mamak?
Tapi puas la. Dapat bawak Mak shopping walaupun semua barang shopping tu Mak yang bayar sendiri. 


Abah pula lepas jemu nunggu kami shopping, dia gi kedai makan.
Order bihun tomyam satu.
MAkaaannn.......

Aku pun tumpang sekaki.
Eh...sedap la bihun tomyam tu.
Siyes..
Terlupa la yang aku ni dok kat sempadan Thai.



Bidan Tersohor merangkap CEO Haida Kamaruzaman Collagen Cappucino pesan kelambu mudah alih.
Beli kat Padang BEsar murah.
Kalau juai online-online tu , kena la RM45.
Kat Padang BEsar, jika mengorat dengan teknik yang betul, buleh dapat RM26 satu. 
Atau  lebih rendah lagi dari tu.
Humm...




So, pasni, kalau update almari baju, aku just gi PAdang BEsar je.
Segala baju ada.
Yang tutup aurat, yang tak berapa nak tutup pun ada.



Photobucket

28 Nov 2012

Tikus la pulakk



Tikus bukan sejenis haiwan ternakan.


LAtely kerap pulak dengar menda berjalan atas bumbung. Aku saspek musang or tikus mondok le. 
Kewujudan musang kat kawasan umah aku ni memang well-known sejak aku kecik-kecik lagi. 
TApi, semalam aku buleh dgr menatang tu dok menggigit atau menggerit sesuatu di bumbung. 
HAih!!!!

Jangan jatuh ateh muko den udah lerr!!




Dan kewujudan kak ti /cik ti / tikus rumah ni memang menjadi-jadilah skang.
Skang, kakti itu semakin berani me'reveal' kan dirinya.
YAng buat aku yakin itu adalah tikus bila aku balik dari Sik 3 hari lepas. Mungkin tong sampah suma clear, takde makanan. 
Aku balik tu, terbalik-terbalik barang dapo sume.
Bekas letak kerisik yang aku letak dalam tipuware lutsinar itu telah ditebuk. 
Bukan pecah..
TApi berlubang.
MAcam kena gigit.
TAkde lansung kesan pecah kat tipuware tu...

Sayang kerisik aku....
Huhuhu..banyak gi.
Tapi kena buang semua. 


Pagi ni, Mak pulak kena.
MAk siap bancuh tepung untuk dibuat cucur udang.
Tapi tetiba Abah lak ajak gi makan nasik lemak kat simpang. SO , sume berduyonnnnn lah ikut.
MAk tutup bekas bancuhan tepung tu. 
Tapi, bila Mak balik, Mak nampak kesan selepet-selepet kat tepi bekas dan juga kat atas kabinet, dekat-dekat je dengan bekas bancuhan tu. 
Hati Mak rasa tak sedap.
MAk terus buang je bancuhan tu. 
MAka..kami tak makan le cucur udang hari itu.
Uwaaa~



Abah bebel-bebel.
Pehtu...gi beli perangkap tikus lerr...


HHAHAA..
Kita tengok le besok tikus tu sudi tak nak masuk dalam perangkap Abah..
HArap-harap masuk le.

Pehtu, aku kena buat makeover sikit kat umah ni.
Kasi 'tutup aurat' sikit. 
Semoga tikus tak selera nak masuk. KAn?



Tulih sini la.
MAk kata takleh kutuk-kutuk tikus kuat-kuat. Tikus tu buleh dengar dan paham.
JAdi, tulih sini ajelah.... 
Tikus tak bace blog kot kann??




Photobucket

Babai Inche Kitchi ku Cayang....


Inche Kitchi udah selamat naik bas tengahmalam tadi.
BErlepas ke KL. Lapor diri dulu kemudian baru lah dia memulakan tugasnya sebagai pisang emas dibawa belayar. HEHEHE...


Inche Kitchi naik kapal semula. 



Cuma bukan sebagai navy je. 


Maka, bermulalah semula hubungan jarak jauh kami. 
Mungkin kedengarannya sangat menyedihkan. Maybe, ada yang terbayang kesukaran. 
Pun begitu, ramai je orang yang berPJJ dengan suami.
Malahan , ada jugak suami yg berPJJ dengan isterinya.
Semuanya kerana tugas.
Susah atau senang, kalau kita dah pilih, maka kenalah deal dengan perkara tu.


KAlau cam aku, kome tanya siok ke tak PJJ, aku jawab SERONOK. 
Tapi penat.
SIyes....

Bab jaga diri ni, tada masalah sebab aku memang terer bab jaga diri bila kena tinggal.
Masalah aku ialah, bila suma orang ada, nak-nak lagi la laki aku ada kat sebelah, tetiba je jadi tak reti pape. Semua menda nak suruh dia buat.
Pastu, bila dia tak buat, aku mulalah nak sentap. 
Tengok dia main game semedang pun rasa cam nak HULK SMASH je!
Abeh, dah dia tak layan aku kan?


Papepun, asalkan pekerjaan yang suami pilih tu adalah sesuatu yang dia enjoy dan suka, dan mendatangkan pendapatan mencukupi untuk menampung keperluan gergasi isteri dan anak-anak, aku tak kisah berjauhan pun. 
Biarlah dia berjihad mencari rezeki dengan tenang tanpa risaukan kami.
Dan biar aku lak berjihad di sini menjaga dan mendidik anak-anak kami. 


Dan juga buleh la aku berjihad menguruskan selera makan aku yang menyebabkan aku semakin debab.
Ni mak lak ada seminggu kat umah, haaaa..... lagi la kan. 
HKCC asyik lupa minom je tau. 
HAri-hari kuar gi makan, asek order teh ais. Padahal tau dah teh ais kat sini tak sedap. Pelik betui la ko ni Makbed. 


Oni hantar Apak dia di stesen bas tadi.
Terkebil-kebil dia nengok Apak naik bas.
Wajahnya sedih, tapi sikit pun tak tunjuk. Gaya cam ego-ego gitu, Ibarat dia tu kuat la. 
PAdahal, muka tu asyik sembam kat bahu aku, pastu sesekali pandang bas Apak yg belum bergerak. 


Tapi kejap jerr....
Pastu sambung balik loncat-loncat.


Bila nak tido, baru dia sedar yang Apak dia dah takde. 
Kerusi kerajaan Apak , tempat Apak duduk main game tu dah kosong. 
Lama juga dia tenung tempat APak dia  tu.
MAsa nak tido , saja la aku tanya mana Apak dia .
Oni jawab.."Ayah gi nek bas. Work.."

Maknanya, dia paham le apa Apak dok cakap kat dia tu.....


Huumm... Wawan jela besok tatau caner.
DIa awal-awal lagi dah tido. 


Photobucket

27 Nov 2012

Pekan Rabu - tak payah tunggu hari rabu untuk membeli belah di sini.


MAk Abah nak dok sini sampai Jumaat.
MAka, seminggu nilah merupakan Minggu Tanpa Diet bagi seluruh isi rumah Makbed.
Asyik masak... Makan. Kalau tak masak, kuar makan di luar.
Even dah masak pun, kalau rasa nak makan di luar, slamber je pecut gi. 
Perut ni sampai tak sempat nak LAPAR, asik masuk makanan jer. 


Semalam, walaupun semua pakat sakit gigi lepas kena servis, gulai udang beso tapak tangan yang Mak masak pagi tu tetap sedap dinikmati. 
Walaupun kesan pedih-pedih masih ada, pening-pening dek ubat bius masih bersisa, sempat jugak lagi berjimba kat Pekan Rabu dalam hujan nan lebat. 
Sempat jugak gi teman Mak wat kredit kad baru untuk dia. 
Sempat jugak gi bukak akaun Tabung Haji untuk Oni dan Wawan. ALang-alang teman Mak gi tukar alamat surat-menyurat nya.
Oni ngan Wawan dapat tabung free...sorang satu.
So, aku dah ada 2 replika bangunan Tabung Haji dalam umah.



Pekan Rabu... tayah tunggu Wordless Wednesday untuk gi tempat ni. 

Kat sini nak beli tudung, baju melayu, baju kurung, jubah, baju nikah, nak upah jahit baju nikah, baju tunang... suma ada la. 
Baju mandi yang Kim KArdashians pakai tu je tak jual. 
Minyak angin segala buleh beli kat sini.
AKu salu beli minyak kayu putih untuk Wawan di sini. Sebab kat sini je senang jumpa.
Selain baju-baju, leh jugak beli jajan-jajan , kuih-kuih yang zaman nenek-nenek, zaman P-Ramlee tu, ada la. 
Segala kuih la. Sebut je. Yang tak tersebut (sebab tatau nama) pun ada.
TApi, aku kalau gi sini salu beli bahulu, kuih siput, dodol (sedap weh!) ... Aih..memacam ahh.
Pekasam pun ada. Memacam jenih. Pilih je mana suka.



Kendian, bawak Mak gi Pejabat Zakat, di mana kat situ aku terjumpa rakan kelas masa skolah menengah. 
HEheee...
Keje kat situ rupanya Encik Dandrawi.
Tak sempat borak panjang tapi aku dah tinggalkan biz kad kot-kot le beliau rajin nak nelepon penolong ketua tingkatan beliau. 



Pagi ni, bawak Abah gi market besar.
JAlan-jalan cari ikan untuk digulaikan. 
Tapi,ari ni takde plak rezeki udang besar. Ingat nak beli sikit bagi kat ibu mertua. 
BArang di pasar pun tak banyak, jadi kami beli apa yg nak dimasak je. 

Belum bekfes lagi....
Keluar ramai-ramai gi makan roti jala kat Stadium Darulaman. 







Haha..

Hari pertama selepas ketiadaan gigi 'kejayaan' berlansung meriah.
Tiada lagi kesakitan.
Tiada lagi sakit kepala sebab gusi berdenyut.
MAsalah selesai sekelip mata.

Ok ..bulan depan kita gi cuci gigi plak sebab dentist tu sungguh best. 



Oni dan Wawan semenjak Atok dan MakTok berada di sini, kekerekan mereka semakin menjadi-jadi.
Ibu ni hanyalah tempat mereka menumpang ketiak ketika mengantuk sahaja.
Wah..Wah..Wahhhh~
Inilah bahananya bila Atok mai.
Tukang dukung pun ramai. 
Wawan sampai tak jejak tanah la. Asik kembangkan tangan mintak didukung Anjang Lin.
Kalau letak ke tanah je, nangeh sampai cium lantai. 
Ngeh! Nyampah~


Nanti sambung lagi ye. 



Photobucket

26 Nov 2012

SELAMAT TINGGAL GIGI KESAYANGAN KUUUUUUU



Akhirnya, gigi kejayaan akibat melahirkan Oni 4 tahun lepas sudah berjaya diterminate!

BErapa kali dok bertangguh nk pi klenek. 
Lepas habih pantang Oni, berazam nak gi tampal, tapi pastu lupa.
Tetiba, ngandung Wawan. 
PAs bersalin, asyik lupa je. Ingat balik bila time sakit gigi. 
Pastu pindah , kekonon nak wat gigi kat Kedah la.
Huuh HAGHAAMM!...


Mak lak ajak teman dia gi check gigi.
Memang Mak punya klinik giginya terletak di jalan Teluk Wan Jah. Dia selesa kat sana.
Bila Mak cakap nak cabut gigi, aku pun nak jugak la check gigi kan.
HAAHA... dah tua pun gi check gigi kena teman.
Bila Mak cakap nak gi klinik gigi, Alang pun tetiba nak check juga.
PAstu, Abah pun angkat tangan nak check gigi.


Suma kena tunggu Mak rupanya.....



So, di pagi Isnin , aku hatar ONi dan Wawan gi umah pengasuh. 
Aku , Mak, Abah, Linda dan Alang gi klinik gigi.
Alang nak gi klinik kesihatan je. 
Sebab dia just nak check gigi.
YAng beshnya, next appointmentnya adalah pada 2 Januari tahun depan.

MAlas le kitorang nak nunggu.
LAmbat kot.
Aku , Mak, Abah dan LIn gi Klinik Gigi kat JalanTeluk Wan JAh.
Situ memang banyak klinik gigi. Pilih je.
KAt atas klinik gigi, kat bawah kedai tikam ekoq! hihhi..


Memula Mak masuk. 
Setengah jam pastu, MAk kuar mulut senget.
Ada kapas kat mulut.
HAHAHA..
dah siap hoh!
Cepat giler.
Rilek je. Tak nangeh pun Mak. 


Lepas MAk, giliran aku plak la.
Gentar ni nak jumpa doktor gigi.
LAst jumpa sebelum aku menikah kot.
PAstu, tak jumpa-jumpa dah. 
HUhahahahaha...


Gigi aku memang dah tinggal serpih je. BErlubang lak tu.
Ada masanya sakit tu datang, memang le takleh makan apa pun. 
TApi, bila sakit tu ilang, lupa diri lak. 

Bila doc gigi keramat tu, dia cakap ada 2 cara je untuk aku..

Pertama:
Disebabkan gigi ni rosak atas je dan akarnya masih elok, maka disarankan buat rawatan akar dan crowning.
Secara berperingkat. 
MAka jadilah sebijik gigi dan aku tak akan rompong. 
Kos: RM 700 untuk rawatan akar.
RM 700 untuk crowning (sebatang gigi)

Yang rosak sebatang jerr...


Kedua:
Cabut gigi tu terus.
Dan set gigi aku tak cukup da pastu.
Kos: RM50.



Nasib baik la nak cabut tu tak kena operate. Boleh je cabut pakai playar. So, takde la sampai beratuihh!


Dan semestinya aku suka kerja yang cepat dan pantas.
So, aku soh doc cabut je gigi tu. Dah 4 tahun menanggung derita gigi berlubang. 
KAng buat rawatan berperingkat kang, tetiba termengandung lak, sudaaaahhh...........
Iskk... tamo tamo.
LAgipun, gigi belakang je pon. 
Cuma kalau aku senyum lebar sangat tu, nampak le gigi rompong tuh. 
HEHEHEHEHEH...

Ok, so pas cabut ni, aku kena senyum cam Nurul Ain Abdul Salam sahaja. TihtIhtIh~


Memula, doc sapu sesuatu yang rupa dan rasanya seperti strepsil, kaler merah.
Menda tu pun memang kaler merah. 
Sapu-sapu kat kawasan gusi dan gigi yang nak dicabut tu. 
Pastu, dia biar jap...
Then doc suruh aku kumur-kumur. 


PAstu, tibalah masa yang mengerikan...
MAsa untuk cucuk bius. 
Waa... check kena 3 kali cucuk. 
Memula tu sakit .. tapi leh tahan la.
Sebab dia dah sapu gegula strepsil. 
Tapi, lepas bius tu dah 'menyerap, tetiba rasa pipi aku tegang dan keras. 
Ooo.. gamaknya gitu la rasa pakai botox kot kan. 
Pipi kiri aku gigil-gigil tahan ngilu, pipi kanan keras lak. TAk gigil-gigil.

Pastu doc biarkan selama beberapa minit, sampai dia sure yang aku tak sakit bila ketuk-ketuk gusi aku.
Siyes, tak sakit. Even dia korek-korek lubang gigi tu, aku tak rasa pape. 
Itulah dia sihir ubat bius yang sungguh osem. 


Kendiaaan....
Doc datang balik dengan membawa sebilah playar.
Eh,pakai tu je?
Ingat nak pakai pisau bedah ke apa....

Doc tu grip gigi yang rosak tu kuat-kuat, dengan 6 kali lafaz goyang je, aku leh rasa seperti bebas dari cengkaman kesakitan yang membelenggu. 
Eh, gigi aku dah tanggal weh!!!
Selama 4 tahun gigi buruk tu attached ngan aku, finally gigi tu dah takde.
Oh, emosional nyerrr tetiberrr...



"Doktor, buleh tak saya nak bawak balik gigi tu?" tetiba terberani lak nak mintak balik gigi kesayangan aku tu. 

Doktor tu pandang aku dengan wajah yg sungguh heran. 
TApi, dia cakap "OK" je. Siap soh bungkus boh dalam plastik cantik-cantik. 

HAHAHHA..


Tetiba teruja tengok gigi sendiri dalam tangan!!!!!!



Gud bye gigi....


Ni habih dekat leh zoom.
Tak gamak nak zoom dekat kang kome pinsan lak. 
Tapi, aku pun tak sangka yg akar gigi tu sebenarnya panjang jugak.
Iskk.. kuat betui gigi terpasak di gusi.
CIptaan Allah Maha Besar.... Semuanya bersebab. 
Panjang gigi ni dari akar ke puncaknya adalah 1.5cm.
Panjang taaawww!!


PAs kuar bilik doc, aku terus ciwi, tayang gigi haku kat Mak.
Mak jeles sebab dia tak dapat gigi dia balik.
HAHAHAHA.. buleh tak bangga?




Sumpah rasa kelakar dengan diri sendiri lepas kena bius.
Rupa paras tak berubah sangat, andai aku tak cuba untuk senyum.
Air liur asik meleleh sebab otot bibir dan pipi kematu, takleh rasa yang air liur dah penuh.
Tetiba je meleleh.
HAHAHAHAHAH!
Mulut senget. Pipi kanan keras.
Tapi, alhamdulillah... 3 jam lepas tu, aku tak de rasa sakit biarpun ubat bius dah habih. 
Depa bagi aku panadol je sebab aku elergik voltaren. 
TApi, takyah makan panadol pun sebab tak sakit. 
Untunglah darah pun cepat brenti. 


Kesimpulan, cabut gigi kat klinik swasta tu adalah tak sakit.
So, the worst thing was over.



PAstu, giliran Abah lak check gigi beliau.
Hamek, kena dok dalam bilik tu dekat sejam sebab Abah kena cuci gigi dan tampal 2 batang gigi dia.
HAHAHAA..
BErayaq mata dia.
KEluar bilik doktor, dia pun ciwi citer pasal scaling gigi dia. Maklumlah, tak penah tampal gigi kot sebelum ni.
Sama je Abah ngan anak sulung beliau. 


KOs paling mahal adalah gigi ABah la. 
Kena Rm200 lebih. 
MAk pun kena RM80 je. 



BAlik umah, aku tunjuk la gigi aku kat INche Kitchi. 
BEsok dia dah nak ke KL.
Transit... sebelum gi Labuan.
Pasni , PJJ lah aku selama 3 bulan (at least).

Aku soh dia bawak gigi aku ni, buat tangkal.
KAlau orang asli, gigi babiss dibuatnya tangkal azimat untuk TUAH..
So, aku soh Inche Kitchi buat gigi aku ni Loket. Wat la rantai.
GAntung kat leher.
Buleh bawak Tuah perrr...
. HALALAN TOYIBAN lagi.




MAk aku kata...

"Elok la bawak buat tangkal. Bila rindu kat hang kat tengah laut, laki hang buleh gigit gigi tu...."


Eh.. mak niiii....
Lagi kreatip dari aku lak dia.
Sapo la ajor niii.......


Baca kisah awal gigi tu kat sini:
Kisah Gigi Geraham Kejayaan


Photobucket

25 Nov 2012

MAkan Kenduri means bye bye diet



Ate terbizi la pulak minggu ni dan minggu depan. 
Teringin nak menghapdet blog sebab takut lupa..
NAmpaknya cam banyak je nak lupa. 


MAk Abah di Sik sejak Jumaat. 
Ada kenduri... 
Boleh diconsiderkan lah sebagai kenduri ahli keluarga terdekat sebab masa aku dan Angah kawin dulu, mereka juga banyak membantu dari mula majlis sampai selesai. 
MAk Abah je la tolong.
Aku tolong makan je. 
Ngeh ngeh ngeh..~


Stended kenduri di kampung, lauknya semua dimasak sendiri oleh orang kampung.
Tak main la katering-katering nihh!
LAuk kebangsaan harus ada - GULAI BATANG PISANG.
Nyummm~
Oleh kerana dah lama sangat aku tak menjamah gulai tu, maka aku haruslah buat-buat rajin membantu supaya dapat makan lebih. 


MAlam sebelum majlis, ada bacaan tahlil.
Kenduri di Sik adalah kenduri sambut menantu dari pihak lelaki. 
JAdi, majlisnya sederhana sahaja. 
Pada malam tika tahlil dibacakan, aku dan Mak beserta geng-geng kamceng lain (kawan ngan makcik-makcik la aku ni...) dok dapur. 
AKu tak buat ape sangat sebab ramai orang kat dapo, dan aku kena mengawasi dua otomen yang dibawa bersama. 
Wawan pulak dah start meragam sebab sudah melewati waktu beradu. 


Aku tak snap gambo sebab masa tu Gnoty dah nak abeh betri. 
Lupa cas!
Sayang sangat sebab ada banyak menda buleh tunjuk kat korang.
Antaranya aku nampak kerang beso penumbuk, tersedia untuk dijadikan lauk kenduri. 
Korang bayangkan kerang, pastu korang tengok penumbuk korang lak. 
Haa.. saiznya gitu.
Siyes aku tak penah jumpa kerang sebesar tu. Buleh pulak kerang membesar camtu ek.. 
Aku panggil nye kerang resakse. 


Kompem! AKU TAK MAKAN KERANG, apatah lagi la kerang resakse itew. 


Gulai batang pisang dimasak dalam kawah.
Berpeluang lah makan. Alhamdulillah..
Pastu, Li (anak kawan Abah) sibuk masak di dapor.. juadahnya sendiri. 
Gulai siput sedut.
Miahahahaha..


Dipendekkan citer, hilang sudah segan nak makan sebab diet, sebab gulai siput sedut yg beliau masak adalah sedap!
So, 2 kali tambah nasik untuk makan gulai batang pisang.
PAstu, meratah siput sedut pulak sampai mengah.


Balik umah terus tido!




PAda hari kenduri berlansung, aku gi lambat.
Niat nak gi makan kenduri je, pehtu terus balik Alor Setar.
Mak je yang pegi awal pagi untuk tolong tuan rumah kenduri.
Abah pun gi tolong semelih lembu. 
Begitu juga dengan adinda-adinda perwira ku yang 4 orang tu. Semua bawak pisau potong daging memasing untuk memotong daging. 
Rajin dema... 


Beshnya kenduri di Sik, walaupun takde joget lambak dan karoke, even lagu-lagu orang kawin pun takde, tapi kemeriahannya terasa. 
MEriah dengan suara-suara riuh para hadirin. 
KOmpang, pakai player jerrr... HAHHAA.. 

Tapi, pengantin datang disambut dengan dentuman mercun lebih kurang macam sambutan raya cina.
Pastu....

Ada bunyi tembakan plak tau!
Pakai shotgun. 

Sebab...
Yang kawin tu adalah geng masuk hutan. Hobinya menembak. So they took the liberty to tembak ke udara sebagai meraikan si pengantin. 

Dumm! Dumm! Dumm!!! Dum!!


Dok kat kampung bleh laa main senapang.
Aku rasa setiap orang ada senapang hape.. paling koman pun senapang gajah. 
Kalau dok dalam taman aku ni, aku rasa baru keluarkan senapang pun orang dah cakap ko tereris. KEkekkekek~


Aku tak kira berada das tembakan mengiringi pengantin.
Sebab memula je terkejut beruk, pastu telinga aku dah konpius sama da tu bunyi senapang atau bunyi mercun atau bunyi meriam buluh. 



Note: Alang memang takleh dengar bunyi letupan apa pun. Melatah!







Lepas habih kenduri tu, kami pun balik.



Dan... spoiler kecintaan yang Inche Kitchi pasang di Bambam Bee telah patah seribu.
MAklumlah, masuk kampung kan. 





Photobucket

22 Nov 2012

Program Pengambilan Anak Angkat Syuhada Palestin






Ramai jugak yg inbox selepas mengetahui tentang program pengambilan anak angkat Palestin ni.
Actually, aku dapat maklumat ni dari wall mak menakan (mak saudara) aku, Ummi Azzahra yang lebih mesra dipanggil Mak Teh. 

MAklumat yang aku sampaikan ni adalah dalam bentuk tak official. Lebih kepada memberi informasi mengikut apa yang aku fahami.
Maklumat yang selbihnya akan diupdate kemudian bila Makteh dah provide semuanya.



Papepun, kita sama-sama mengucap syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin Allah,  genjatan senjata Israel-Palestin telah pun berkuatkuasa. 
Semoga wujud sinar lebih baik kepada negara ini dan semoga penyatuan kerajaan-kerajaan besar Islam ini menjadi titik tolak perpaduan kita pula di sini. 
Asik gado je...
MAkan beger dengan tak makan beger pun nak bergadoh sampai putus kawan. Pekah???


Akibat serangan yang sangat dikutuk dari pihak Israel yang berlansung selama 8 hari itu telah membuatkan rakyat Palestin hilang suami, hilang isteri, hilang ibu dan ayah tercinta, hilang saudara dan hilang rakan-rakan.
Mereka syahid mempertahankan agama dan tanah air mereka. 
Anak-anak kecik tinggal yatim piatu.
Dengan keadaan negara yang perlu dibangunkan semula, nasib anak-anak ini perlu dipastikan terbela kerana merekalah generasi yang akan restore kembali kegemilangan negara mereka.




Melihatkan gambo ni semalam, hati aku ni berteriak kesiankan anak ni, dan anak-anak lain di sana.
Rasa cam nak gi peluk depa ketat-ketat. 
Tengok gambo pun sebak. KAlau aku kat sana, aduii.. Tatau nak bayang la!


Pun begitu, doa tak putus-putus dipanjatkan untuk kesejahteraan rakyat di sana.
Aku yakin, kalian juga bertindak sama. 


Alhamdulillah, tadi Makteh haplod berita menarik selain dari berita genjatan sejata yang osem tu. 




Info tentang Program Pengambilan Anak Angkat Syuhada boleh di baca di SINI.



BAgi yang bermastautin di Kedah, boleh la terus menghubungi Puan Hjh. Fatimah binti Ahmed Khalil (Setiausaha SALIMAH Negeri Kedah) di nombor telefon 0194479352
Beliau akan beri penerangan lebih lanjut tentang program ni.



Sekian dulu info.
Akan diberitakan lagi kemudian.







Photobucket

Berrkk!!!


Inche Kitchi takde.
JLo nak mai Malaysia. Saya suka JLo. Hari ini dengar Mix, dan lagu-lagu lama beliau ke udara. 

Inche Kitchi takde.
Masa untuk order pizza.
HAHAHHA!


Inche Kitchi takde.
Twilight Breaking Dawn start ari ni.
Suruh Alang tengok tiket di Big C Alor Setar, tapi katanya show tu takde hari ni.
Tatau la takde sebab hari ni Khamis atau pun memang takde tayangan di situ. 
Di Kedah, wayang tutup pada malam Jumaat. 


HAri ni buntu,
Semua buat takjadi.
YAng jadi cuma plan nak distribute free sample HKCC jer.
Dah siap bungkus sume dah.
Tinggal nak pos.
Tapi, malas nak kuar plak dah. 






Photobucket

Alhamdulillah.... RM14,000 dalam tangan.



Kisah ni jadi kat Public Bank Manjung bebaru ni.
Aku singgah nak cucuk duit sebab nak gi shopping tudung kat Billion Manjung.
MAsa masuk dalam bank tu, takde sapa. Just aku dan mesin-mesin jer.


Tetiba...tengah dok melayan perasaan cucuk duit tu, ada orang tegur aku dari tepi.


"Kat mana nak masukkan duit ye?" sorang lelaki bertanya. Di bahu tersandang beg recycle kaler oren. 


Aku pun tunjuk la mesin Cash Deposit Machine kat belakang.
Muka mamat tu pun cam blur-blur je.
NAmpak cam melayu, tap pakai rantai silver di leher. 


Dia tak berganjak walau aku dah gtau kat mana CDM tu. 
Pantas je aku assume yg mamat ni tak reti guna machine CDM. 


"NAk saya tolong ke?" tanya aku sambil tunggu duit keluar kot mesin. 
Kuda-kuda dah pasang siap dah ni... takut mamat ni rompak aku ke hape. PAdahal duit yg nak kuar dari mesin tu cuma seratus hengget je pon. Tapi, duit la kan..
KAlau mamat ni rompak je takpe..Kang dia pukul aku dalam tu, caner?


TApi, maintain cool. 



"Iya... minta tolong boleh. Saya tak pandai guna mesin.." balasnya.


"Banyak ke nak bank in?"tanya aku lagi, dengan nada yg ramah. 


"Banyak!" balasnya pulak kendian diam.


Aku pun diam. Duit dah kuar.... Aku pegang duit terus masuk dalam wallet. Cam cemas je. 


"14 ribu..." sambungnya lagi.



"14 ribu!!!!???" hati aku menjerit. Terus dah tak susah hati pasal orang tu nak rompak aku. HAHAHAHAHHA....



Giler ko RM14,000 masuk kan dalam CDM.
Ko leh bayangkan tak betapa besarnya sifat sabar yg perlu ada dalam diri aku untuk menyelesaikan misi tu?


Memula aku ajar dia cecara nak guna CDM tu tapi nampaknya orang tu cam benak hati jer.
Heran pulak aku meniaga apa la dia ni sampai bawak RM14 ribu ke hulu ke hilir , dalam beg shopping yg recycle tu? 
Ntah-ntah duit hasil rompakan?
Ntah-ntah mamat ni ah long pe...
MAri berspekulasi.. HAHAHAHHA!


Masa nak bank in duit tu, ada la nampak nama tuan kepada nombor akaun ni.
Cina...


Memula, aku bank in la sesikit. 
Dia bagi aku duit sikit demi sikit.
AKu pon takut nak pegang duit banyak tu.
Tak muat nak genggam hokey!

Tapi, lepas beberapa ketika, rimas lak aku nak mintak-mintak duit tu, jadi aku mita SEMUA duit ribu-ribu tu, aku nak pegang.
Senang aku mau masukkan dalam mesin.


MAmat tu pasrah je bagi duit tu kat aku. SEMUA!

Ok.... rasa cam aku lak yg rompak dia. 
HEHEHEHHE~



Setengah jam berdiri kat CDM tu!
Dengan duit taknak masuk..Duit rejek...
Sekali masuk hanya boleh 99 keping je.
NAk cukupkan 14 ribu tu , gamaknya berapa kali nak kena tekan nombor akaun kan?


Rupanya, mamat ni adalah tokey kedai nasik ayam dan berniaga di TESCO.
MEmana TESCO yg ada nasik ayam tu, dialah yg punya. 
Even TESCO MERGONG tu, katenye dialah yg punya jugak.

Owhh.. aku sedang membantu tokey nasik ayam yang sedang masyuk, membubuh wang mengguakan CDM.
Apesal la tak gi berator kat konter je?



Dipendekkan cerita, lepas aku berpenat -lelah berdiri kat depan CDM tu untuk memasukkan wangnya yg berjumlah RInggit Malaysia Empat Belas Ribu plus plus tu, aku dapat upah RM10.
RM10 atas kerajinan aku tadi!

Ko ade?





Kalau aku 'amik' duit RM50 sekeping pun, dia tak pasan, kan?


RM14,000 berbalas RM10.









Tolong biar ikhlass.....







Saya beli tudung la!
Dapat la sehelai tudung ekstra. BAjet nak beli 3 helai pashmina, tapi sy beli 4. 
Mekasih kepada Abang Tauke NAsik Ayam TESCO tersebut....




Gambar blur dengan tragisnya kerana ketika snap gambo tu, anak-anak saya sedang melompat-lompat atas katil. 
Saya pun ada atas katil tu.
Selepas gambar di snap, saya terus berubah menjadi resakse dan mereka pun lari menyelamatkan diri. 

Photobucket

Twilight Saga Fever is Back!




Sapa yg dah gi tengok Breaking Dawn : Part 2?

Heehe..

MAlam ni Premier Breaking Dawn: Part 2 di PAvillion.
TAk seperti Premier sebelumm-sebelumnya, Makbed hadir.  YAng FINALE ni tak dapat nak join.
Sedih la jugak sebab tak dapat nak berkongsi keciwian itu bersama The Yibbas yang lain. 
Komitmen di sini lebih penting. 
LAgipun baby sitter takdo nak menjaga ONi dan Wawan sampai ke malam.
KAlau dulu, baby sitter senang je kawtim. 

Dan aku pun baru je balik travel.
Besok, Inche Kitchi lak travel ke KL.
2 hari di sana.
Mak dan ABah nak balik ni... 
Ada kenduri di Sik. JAdi, nak kena wat prep sikit la. Pepaham je la umah bersepah kaaann!~




Gambo yg dilukih tanpa arah tujuan. 
Kekununnya nak wat ayaq mata bergenang la tu... tapi dah macam belon pulak aku nengoknye.
HHEHEHEHHEH!
Sedey sebab tak dapat tengok Breaking DAwn ke?
Sedih gakk,,
Tapi, agi sedey tengok gambo-gambo perang di Gaza. 
Tengok budak-budaknye yang yatim piatu...
Tengok jumlah kematian yg makin hari makin tak sikit.
ISkk... 
Kita kat sini masih buleh tengok tv lagi.
MAsih buleh bergado sesama sniri , kan?
GAdo over perkara yg remeh..
*malas nak sebut banyak sangat mende remeh yg orang suka pikir sampai sedetail kuman, tapi perkara besar yg kronik tapi memang ada depan-depan, taknak pikir. 

Minta maaf Makbed will be very busy start esok sampai ke Ahad.
PArents nak mai. 
Then ada kenduri di Sik.
Pastu, maybe ada la lagi beberapa aktiviti menarik. 
NAmun begitu, aku akan cuba haplod entri baru OK.




p/s - sedang berkira-kira nak terjah jugak wayang di celah kesibukan utk tgk Breaking Dawn besok Tapi... Inche Kitchi takdo! HUk..~




Photobucket

21 Nov 2012

Ngeh Ngeh Ngeh~



Hai anda!!


2 hari tak hapdet pape even pesbuk pun tak bukak sangat sebab outstesen..
Gi Manjung.
Ada training.



BAru je sampai umah jam 12.30 malam.






Bebudak dalam keta tadi tido... bawak sampai ke bilik pon tido lagi.
Oni sampai ngigau.
NAngeh teresak-esak sebab sedih terpaksa berpisah ngan Mama As dan Kakak Nurul beliau.
Bawak ke tido lak tu.
Haiya!



Paint Tool SAI saya dah expired, katenye.
Kena donlod semula ke?
Ke kena beli?


Tolonnnnn!


Photobucket

18 Nov 2012

Keputusan Anugerah Industri Muzik (AIM) 2012.




LAyan Anugerah Industri Muzik 19 sambil-sambil jer sebab tv yg dipasang Asteruk tu bila hujan je terus kena serangan low blood pressure. 
HUH!

Tu pun layan sebab ada Adibah Nor.
Kalau bukan Cik Diba, jangan harap nak layan sangat. Walaupun lawak hashbrown hashtag Pak Nil dan Kak Diba tu cam poyos je , tapi dengor Kak Diba gelak mengekek tu cukup buat aku senang. 
PApe je la Kak..I lebiu. As always. ~!


Yang penting MOJO ada gak menang. 
Saya suka! Saya suka!



BErikut adalah keputusan AIM 19

1. Lagu Nasyid Terbaik – Doa (Nora)
2. Lagu Pop Etnik Terbaik – Kuasa Cinta (Noraniza Idris & Black)
3. Lagu Hip Hop Terbaik – Aku Maafkan Kamu (Jamal Abdillah & Malique)
4. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik – Counting Days (Jacyln Victor)
5. Artis Baru Terbaik – MOJO
6. Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu – Seperti Dulu (Forteen)
7. Video Muzik Terbaik – Sparkle (Yuna)
8. Lagu Pop Terbaik – Patah Seribu (Shila Amzah)
9. Lagu Rock Terbaik – Idola (Azlan & The Typewriter)
10. Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara – Sudah Cukup Sudah (Nirwana Band)
11. Anugerah Kembara – Mizz Nina
12. Anugerah Sri Wirama- Kumpulan Alleycat

13. Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu- Aubrey Suwito (Counting Days – Jaclyn Victor)
14. Rakaman Album Terbaik- Rahmad Ayob – Nora (Hikmah)
15. Kulit Album Terbaik- Even Odds Sdn. Bhd. – MizzNina (Take Over)
16.Calon Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) – Jamal Abdillah (Bahagia Sementara)
17. Calon Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) - Jaclyn Victor (Jagalah Diri)
18. Calon Album Terbaik - SalamMusik (Salam – SalamMusik)
19. Calon Lagu Terbaik- Patah Seribu – Shila Amzah




KEsimpulannya...

YAng kaler merah tu aku memang super like la. 
HEHHEHEHE...



Tahniah Shila Amzah. 
Tunang anda hensem. 
~bunyi cengkerik~







Kesan mengantuk teramat dan Ibu plak delay waktu tido sebab tengah prospecting sambil pasang telinga besar-besar dengar AIM. 
Memang suka betui tido atas simen.
Tapi malam ni pandai pulak lapik ngan beg.
Adoyaii.. kesian anak aku.







Mendoodle sebagai hobi di kala bosan.
Berjaya memperoleh beberapa teknik baru dalam menghasilkan karya yang bersih lagi kiut.
Well, ekceli doodle ni just nak tambahkan ekspresi je. 
KOrang pun leh layan kisah Oni dan Wawan dengan penuh jiwa sebab dah ada ilustrasi... Walaupun katon aku sume takde jari dan bertangan seperti senduk. 
HEwhewheewww...~



Tengah tunggu Inche Kitchi balik dari berjimba.
MAcam lambat balik je. 
BAru nak pesan beger...



Sedihnyeeeeeee~
LApaaa.
Tapi xnak makan nasik. 



Photobucket

17 Nov 2012

Pray For Gaza







Terasa sangat lemah bila diri ini tidak mampu nak angkat senjata, atau pun bertukar menjadi otomen untuk menyelamatkan setiap orang di Gaza,
Marilah sama-sama kita berdoa agar mereka di sana dilindungi Allah.
BEruntung menjadi hamba Allah yang sentiasa taat kepada perintahnya, zuhud dan tawadduk. MEreka ini sedar mati akan datang bila-bila.
Orang tersayang akan 'pergi' sekelip mata. 
MAkan minum hari ni entah ada ke takde.
Pampes?
Susu ?
Tido malam berselimut ?

Namun mereka lansung tak gentar.
Biarpun hak mereka sebagai manusia dicabul mereka yg juga bernama manusia, tetapi mereka tahu... Sakit mereka ini hanya di dunia.
Di akhirat lah yang kekal.
Mereka bertuah...
Berpeluang syahid, berjuang di jalan Allah.
Mempertahankan agama, bangsa dan tanah tumpah darah mereka. 




Bodoh la rejim Zionist.
TAk guna kamu mengucar-kacirkan rakyat di bumi Palestin.
Biarpun kamu bunuh setiap jiwa yang ada di bumi itu, kamu tetap golongan yang TERTEWAS!
Kerana, akhirat itu yg kekal.
Kamu membunuh orang-orang yang tidak gentarkan KEMATIAN.
They have nothing to lose!
MAlah mereka memang mahu nyawa mereka terkorban dan masing-masing mahukan syahid. 
That's what you are lacking, wahai ZIonist.


Jom doa ramai-ramai....





Selamat Tinggal Mekdonel~

Photobucket

16 Nov 2012

Pengaruh Ultraman Kepada Oni







Dah masuk generasi kedua dah peminat otomen ni.
Zaman aku kekecik, Abah tak kasi tengok otomen, aku nangeh.
Sedih...
Terus berazam nak tukar Abah. 
Berangan nak ber'ABAH'kan otromen.


KahkHAkHAkKahKah!


Zaman kecik yg kuat berimaginasi.



Pun begitu, otomen ni juga memberi kesan nyata pada Oni...


Antaranya:





Oni buleh menjiwai pelbagai watak.
Watak mangsa kekejaman resakse.
Dan juga watak Otomen. 


Cuma, yg tak best tu, bahasa-bahasa yang digunakan dalam alih-bahasa otomen tu la kan. 




Kesan kepada Ibu Oni plak:

Ibunya dituduh Ibu kepada otromen. 
Ibu takleh tengok movie lain melainkan otomen ajer.
Ibu kena jadi resakse bila Oni nak jadi Otomen. 
Ibu kena pujuk pulak Oni bila citer Otomen abeh...






TAdi, Oni memberi satu fakta baru kepada Apak.

Fakta itu berbunyi begini:




"Ayah, tau tak otomen tu pakai spende?"



Ayah pun berkata dengan heran "HOH?? Yeke..."



"Yela...." balas Oni. "Sebab tu la Oni pakai spender..."



Sumanya gara-gara nak pujuk ONi jangan pakai pampes dan pakai la spender sebab Otomen tak pakai pampes, kan? 

Kalau tak cakap cemtu, memang dia takmo pakai spender tau!





Huk aloh.
Besok beso ko baca balik entri ni ONi. 
Punya la klako nak mengajar dirimu erti kehidupan.
Hikhikhik~



Photobucket

DAPAT MAKAN DURIAN CREPE , AKHIRNYA!!!!



Akhirnya Makbed berjaya jugak menikmati durian crepe setelah sekian lama tertanya-tanya apakah rasa durian crepe iteww...


Alhamdulillah.


Al-kisah detik perkenalan aku dengan durian crepe ni sebenarnya sejak aku pindah ke Alor Setar. 
Ate tetiba plak durian creepe ni feymes kat MAnjung. 
HAmboih...dan dan tu la nak femesss.... 
Time aku dok situ lelama tak de moncol pun durian crepe segala!
HAngen hokey~


NAsib tak menyebelahi aku sebab durian crepe tak leh dipos.
Rata-rata baker yang aku kenal sumanya berlokasi di Manjung. yela..sebab aku dok MAnjung dulu kan?
MAna le nak tau mana-mana baker yg wujud kat Alor Setar ni?


Tetiba...

Terjumpa jugak baker Alor Setar.
Weehuuu~
Thanks to fesbuk.
Tanpa melengahkan masa saya terus Like Page dan terus message beliau nih. 
Dan terus order !


Pada hari ini, aku menunggu dengan penuh keghairahan...~



Dan



Akhirnya sampai juga hasil orderan beta.

YAHAHAHAHAHAHAHHH!!!!!



Durian Crepe


Hah!
Durian crepe dalam tangan.
Aku gi amik sniri hokeeyy.
Dapat jumpa si pembuatnya sekali. 
Bila bawak masuk keta je, terus berbau durian.
TErus bukak bekas, dan terus amik boh mulut. 
Baca Bismillah dulu.....
TApi masa tu sejuk gedik lagi menda alah tu. 
HAHAHAHA..
Tu la.. gelojoh sangat kan?



Akak Mona, hasil air tangan anda sungguh buat saya gembira!



Japanese Crispy Cream Puff


YAng ini pon order jugak.
Oh my...
Sedap gila.
Crispy kulit luar dan inti custard di dalamnya sedang elok.
Tak manis sangat dan tak pulak tawar.
Elok-elok selesai je kunyah, terus sumbat sebijik lagi. 
TAk sempat sampai umah, dah habih 6 bijik!


TAngan yg menggapai tu sumanya milik Wawan. 



Assorted Flavour Of Crepe

Yang kaler wana-wani ni adalah crepe juge. 
Kak Mona sedang mempromosi flavour lain selain durian. 
I just took the liberty to buy and taste all the flavours while the promo is still on. 
Saya suka anggur!



PAda sesapa yg dok sekitar Alor Setar dan nak order Durian Crepe buleh la contact Kak Mona.
Sila Like page beliau

MONARICH DELIBAKE


Beliau juga ada membuat penghantaran ke Sungai Petani..
So, kalau nak, leh roger dia awal-awal. 

Opss.. ada banyak lagi produk lain yang beliau buat.
NYum!!

PAsni cam nak try blueberry cistat lak lah.





Oni suka durian crepe. Creme Puff dia takmo try. Ntah ngape..
Wawan plak bedal Cream Puff sampai 2 bijik , sorang-sorang!


Ngeee....


Itulah kisah diet yang terbengkalai pada hari ini...





Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram