Followers

31 Oct 2012

Marah la lagiiii... Huuuu!



Dulunya beliau sangat anti-insurans. pengalaman lalu dgn insurans membuatkan dia mencemuh apa saja insurans yg dioffer depan mata. (tapi sy yakin, dia tidak berjodoh dgn agen yg betul).
Masih ingat kata-katanya "insurans hanya nak amik duit kita tanpa sedar...

Pun begitu, dlm tak caya-tak caya tu, dia buat gak la insurans dgn aku. lembut plak hati dia. 
Skit pun aku tak paksa. tapi, aku pasrah je, sebab dia nak sign (atas perintah isterinya kot?)
Last month eksiden. patah kaki. Seminggu di wad. dan sehingga kini masih mc. ISterinya call aku malam tu gtau suaminya eksiden ketika pulang dari kerja.
LAnggar tiang letrik je. 
TApi, menda nak jadi. Nama pun keMALANGan kan?


Dipanjangkan nyawa dia.
TApi, aku tak dapat melawat sebab masa tu aku sibuk di sini.
JAdi, aku just berkirim salam je dan ucapkan semoga sembuh.
Masa tu aku dengar dia cakap..
"haih, ni la kawan awak yg beria suruh saya buat insurans dengan dia. MAin kirim salam je!" Jelas kedengaran di hujung talian.


Ikut hati tu nak je jawab.
Tapi, tak baik. Sebab orang tu sedang ditimpa malang. Ajak bergaduh ngan orang yang tak berdaya, bodoh la kita kan?
Terima kasih kepada leader aku yang banyak membimbing dan aku contohi sikapnya yang sangat profesional dan begitu penyabar. Aku belajar jadi penyabar dengan meniru beliau~


Dari jauh, aku hubungi isterinya.
TErima kasih banyak pada beliau yang sangat percayakan aku. KAlau tak kerana kepercayaan dia, takde la aku dapat jumpa suaminya yang keras kepala itu. 
HAHAHHAHA...


Aku kirimkan borang yang perlu diisi. Borang tu sudah aku isikan bahagian yang perlu. CUma perlu ditandatangani doktor sahaja. 
Memandangkan Encik ni dok wad lebih 3 hari, so medical report diperlukan. Dan ianya mengambil masa untuk disiapkan. 
HAnya minta tolong si isteri berikan kepada pejabat rekod sahaja untuk diuruskan. 
Selebihnya, aku update tentang perkembangan claim from time to time kat isterinya walaupun dia lansung tak tanya!


Lepas siap je report dari sepital, si isteri poskan semuanya pda aku.
Dan tugas aku kemudian adalah report tu kat syarikat. 
So, pastu tunggu laaa.....
Untung la si isteri tu sanggup bekerjasama...
DIa yg nak buat.
Selalunya aku yg buat semuanya. 
Tapi, tu lah, rezeki aku berjodoh dengan client yang semuaya cool-cool belaka. 


"LIza, kamu jangan amik hati ye dengan suami saya. Dia memang cenggituu.... " beritahunya satu hari ketika berbual di talipon. 


Serius, mmg tak amik hati pon. 
Sebab banyak menda nak kena ingat, jadi nak ingat hal yg satu tu adalah payah. Lagipun, sejak anak dua ni asek pelupa je. So, kena filter menda yg mana penting perlu diingat, dan yg mana tak perlu. 

Lepas sebulan setengah gitu....
Encik tu talipon. 
Suaranya takde garang-garang lagi. 
Kalau sebelum tu setiap cakapnya asyik nak 'tembak' je, tapi kali ni dia bersopan-santun ... 


"Saya dapat cek. Dari Prudential. Terima kasih ye...


Aku sengih-sengih je biarpun dia tak nampak. TApi aku sambut la jugak ucapan terima kasih tu. IAnya tak apa-apa. Dah tugas.


"Saya minta maap sebab marah-marah awak. Memperkecilkan pekerjaan awak selama ni. Lepas saya eksiden hari tu, isteri saya marah saya bila saya ungkit-ungkit pasal awak yg takde tanya kabar pape pasal saya... Dia cakap kat saya, kalau saya terus berperangai prejudis dan bersangka semua orang jahat dan kaki penipu di dunia ini, saya akan mati berseorangan, tanpa kawan sejati di sisi. 

"Sekarang, saya dah belajar. Yang saya sepatutnya lebih terbuka dan lebih bersedia mempercayai orang. Dan sentiasa bersangka baik. BArulah rezeki dipermudah....." begitulah ayatnya panjang lebar di talipon. 


Aku lak yang mendengar dari dok tersipu-sipu tu bertukar mode menjadi sebak tanpa sebab musabab yang kukuh. 
Entah apa la panjang lebar dia sembang ngan aku pastu. 
Aku pun udah lupa. TApi yang paling terkesan kat hati aku adalah yang itu lah.... 
Sebenarnya bukan aku tak tanya khabar.
Aku tanya je.
Tapi, dia ni mmg suka marah-marah dan perli tak memasal, so aku elakkan dari bercakap ngan dia.
BUkan pe.... just nak elakkan konflik. AKu ni pun mulutnya bukan gred A sangat. hAHAHAHAH~


Lepas sembang dengan Encik tu, tak sampai berapa menet lepas letak tepon tu , isteri dia lak tepon.


"Dia mintak maap kat ko dah?" tanyanya.


Laaa..tipon semata nak tanya tu je.



"Udaaaahhh.... HEHEHEHHEHE... PAsepa?"



"Dak aih.. Aku marah dia la. Asyik nak marah ja. Dah nak mati pon dok marah orang lagi. Aku suruh dia berubah la. TAk tahan dah aku nak sabaq. Geram... TAk sangka la dia telepon hang lepas tu... Tu pun lepas dapat cek claim. Masa tengok cek tu, tetiba muka dia berubah..." kata si isteri. 


"Ye kee.. Isk, takde menda la. Aku wat keje aku je la. MEnda biasa tu. Eh.... tapi, berapa dia dapat?" 
HAHAHA.. soalan kepochi mai dah. Sibuk gak nak tau. 


"Banyak gak.... Ada dalam RM3 ribu lebih. Banyak !" 


Huyohhh....! Aku pun tak sangka dia dpt banyak tu. Tapi padan la kan elaun wad dia saja pun RM200 sehari. PAstu, ada reimbursement sebab tulang betis kena skru. Cemana ntah. Pehtu, ada elaun mc lagi seminggu RM150. 
Walaupun dia masuk spital gomen (dirasiakan nama sepital) dan kos wad dan bil adalah FREE tapi gomen tak tanggung skru, besi, bolt and nat yang perlu dimasukkan ke dalam badan. Tu kena bayar sniri. Untung gak masuk gomen, sebab takde le mahai beno besi tu dia charge. 


Lepas si isteri tu ucap terima kasih, kami dah pun babai-babai,aku letak tepon dan termenung.
Memang aku terasa dengan kata-kata Encik tu sebelum ni tapi bila dah jadi macam ni, aku rasa BERBALOI menelan perasaan marah dan geram kat orang .
Sebab kerja yang aku buat adalah kerja yang baik. 
Dan aku tak memudaratkan sesiapa pun.
Mungkin, pada ketika awalnya diorang ni tak nampak apa-apa, ataupun mungkin nampak aku ni cam 'pisau cukur' je... Tapi, aku tak kisah.
I know where I stand on, and I know what my responsibilities are. 
Just do my part, and let the rest of it happens by itself. Sapalah kita nak kontrol semua kan...


Hopefully, bertahanlah aku dengan penuh sabar.
Semoga Allah kuatkan jiwa dan semangat aku untuk terus berkhidmat demi kalian.
Dan kengkawan, bantulah aku agar terus berada di dunia insurans bertakaful kerana masih ramai lagi yang perlu diberi pencerahan. 
PAda yang berminat nak tahu lebih detail berkenaan takaful, boleh lah roger aku. 
Tak perlu jumpa pun.
JIka selesa berbual thru email, atau fesbuk maka dipersilakanlah berbuat demikian. 
Tanya lah apa saja, insyaallah aku akan cuba berikan jawapan. 
Yang penting, semuanya mendapat ilmu.
Jangan jadikan 'TAK ADA MASA' untuk bertemu perancang kewangan / agen insurans sebagai alasan kerana bertangguh tu hanya menyukarkan keadaan dan yg nak menanggung kesan tu adalah kalian.
So, skang ni TAK ADA MASA nak jumpa pun masih boleh bertanya dan dapatkan consultation. 
Suka tak?
Boleh email ke makbedjournal@gmail.com
Terima kasih sebab sudi baca.
Dan minta maaf kalau entri kelihatan seperti 'bajet bes' je. TAkde niat nak wat cenggitu pun. 








P/S Kuasa isteri sangat kuat. Dalam kes ni, isteri dia memang memainkan peranan penting yg akhirnya menyebabkan suami dia beli jugak insurans untuk diri sendiri. HEHHEE.... GArang untuk kesejahteraan suami, apa salahnya?


Photobucket

wahai perokok sekelian alam!


Adil tak adilnya perokok-perokok sekelian...




Isteri beria berhabih duit nak cantik, wangi dan menawan khas untuk perhatian suaminya. 
Suami plak tak bersusah pun untuk kelihatan hensem, macho dan mantap depan isteri tapi sanggup berhabih duit maintain beli rokok jer. Bau asap rokok di badan pun tak kisah. 
Adil tak isteri wangi-wangi di katil dan suami plak busuk berbau rokok?



Isteri bersusah-susah diet tak makan, beli ubat kurus, berpantang selepas bersalin , kumpul duit semata-mata nak gi pusat perlansingan badan untuk menjadi kurus seperti anak dara
Tetapi suami plak berpantang takleh tinggal rokok dan menegaskan bahawa kalau dia berhenti merokok dia akan gemok kerana selera makan bertambah.
Adil tak?
Habih yang kami bersusah-susah nak kurus sampai habih beratus ni, menitik-nitik peluh suma. BAik takyah. BAk mai je rokok sebatang kalu gitu,kan?


ISteri dan ibu menjaga kesihatan diri sebolehnya elakkan demam demi kesejahteraan suami serta anak-anak.
Makan supplement untuk kuatkan badan. 
MAkan vitamin c. 
Ubat sakit urat pun makan. Ubat awet muda makan. Semua ubat la makan.
TApi, si suami, ubatnya cuma rokok. Dan di masa depan memang dijamin sakit. KAlau tak sakit batuk kering, sakit kanser. Paling ditakuti sakit jantung. 
Adil tak bila si isteri berhabisan untuk sihat di masa depan tetiba bila di masa depan dia sihat, si suami yg kaki merokok tu plak di waktu tuanya sakit dan perlu dijaga rapi sebab dah kena penyakit kritikal. 
Paling tak adil, si isteri pun kena tempias penyakit kritikal setelah sekian lama jadi penghisap rokok sekunder. 
Jadi, bermanfaat tak kalau waktu tua sakit semacam itu? 

Ini ke namanya cinta?




Sudahlah.
Berhenti la merokok.
Sebab rokok tu la menda paling utama sekali yg perlu diboikot berbanding ngan produk-produk lain.
Katanya dadah tu punca rosak masyarakat.
TApi bukan sebenarnya.
The punca sebenar is ROKOK.
Sebab dari rokok la datangnya keberanian nak cuba memacam.
Ini adalah experience ok...


Perokok adalah tak adil sebab mereka ini dapat pleasure yg diorang nak, tapi org lain terpaksa tanggung akibat bersama mereka. 
PAling teruk, orang yang terpaksa tangung tu adalah orang-orang yg dia sayang, dan yang sayangkan nya. 


So, di manakah cinta nya tu?

Siapakah sebenarnya yg awak cinta?

Rokok?

atau isteri dan anak-anak anda. 



NAiklah harga berapa sen sekalipun, tapi bila kita dah tak sayangkan diri sendiri, maka ianya tetap tak berfaedah.
Dan kerajaan sebenarnya dalam dok berkempen soh berhenti rokok dengan menaikkanharga rokok, sebenarnya ada untung jugak. MAybe cukai rokok yg naik tu adalah buat nak bayar bonos dan pencen rakyat-rakyat jelata. 



Jadi, untung la kan.

TEruskan merokok.....



-entri ini adalah ekspresi diri sendiri je. bukan berunsurkan politik. sila bawak sifat prejudis anda ke tempat lain. saya hanya prejudis ngan smokers je- 




ini cakap pasal suami yg merokok je.
pompuan pun ade gak merokok. cuma, kat tempat aku ni, pompuan merokok adalah jarang.
kalau ada pun, dia tak berani sgt nak isap sebab orang tengok dia macam tengok binatang hampir pupus kat zoo. hahahahaahh~!





Photobucket

KuCEnnGgGgGGG!!!!



Konflik love-hate-love-hate-hate antara aku dengan kucing masih berterusan. 
Especially bila time aku menaip ni, hujan lebat dan asteruk pulak tidak ada cenel. 
Kendian,di kala aku sedang expect bau hujan yg turun dari langit seharum syurga, bukan itu bau yg kuterima.


Bau taik kucing hokeee...

Bayangkan bau taik kucing di masa hujan.

Eww!



Ingi dijelaskan sekali lagi, aku bukan manusia berperilaku kejam, yg membenci haiwan. 
Tapi, inilah dia satu perkara yg memang aku cuba sabar.
Nak maki kucing adalah tak patut sebab lumrah dia berak tak basuh, ye dak?

Tapi, aku tak paham, kucing ni zaman dulu boleh je berak kambus pasir sendiri, tapi kucing yang bertanggungjawab berak di umah aku ni jenis tak reti kambus.
Dan lebih menyedihkan, dia tak berak atas pasir atau pun tanah.
SUka bebenor berak atas simen tempat aku parking belalang tempur. 
Pehtu bior je kat situ. 
Dan bila dia terasa nak berak lagi, dia longgokan lagi satu najis nya, right beside najis yang awal tu.


KAlau aku takde kat umah  2 hari, maka balik umah aku akan jumpa 4 longgok taik kucing di kawasan sama. 
JElas membuktikan bahawa kucing tu penghadamannya normal sebab dia berak sehari 2 kali. 
TAkde masalah sembelit. 


Aku yakin kucing ini bertuan.
Pulak tu aku tak sure kucin yg mana salu berak sebab ada 3 ekor kucing yg salu datang umah.
TAk penah pulak mana-mana satu kucing ni berak depan aku. 
Tak baik le main tuduh-tuduh je kan.
Pitnah tu dosa.

Tapi kalau ikut hati, memang nak je hangkut suma gi pasar borong!



Disebabkan kawasan pemberakan beliau bebetul kat depan master bedroom iaitu bilik haku, maka aku memang terkesan yg amat sangat.
Dengan ini, aku seriously declare perang saraf ngan kucen terbabit sehinggalah kucen tu datang bersemuka dan membuat permohonan maaf secara terbuka!
Emosi dan kesihatan aku terganggu dek kena bau bahan buangan dia almost setiap hari.


TApi, Inche Kitchi ada bertindak bebaru ni bagi mengatasi masalah bahan buangan kucen yg berleluasa sejak dulu lagi.

NAnti la kawe citer pulak. Penin pale dah ni.







Photobucket

Wordless Wednesday : APAKAHH?





Aku pun tak tau kenapa aku wat macam ni.

Dan lagi kelako, buleh plak ado orang snap.


Kejam toi~
Photobucket

Aku yang tak memahami~




Memang budak-budak beso Oni ni memang suka bukak peti ais ek?
Rimas tau. 
KAdang takde apa pun dalam peti ais  and she already knew it lepas dah bukak few times , tapi ntah ngape tangan tu sukaaa sangat bukak peti ais bila ke dapur. 


Pada suatu hari...




Memang aku malas nak check peti ais sebab kalu aku lak bukak peti ais , tetiba perut lapo. Mula la tangan tu nak mencapai je menda dalam tu.
MAka, Oni la yg rajin check peti ais.
Seingat aku, takde pun aku beli mempelam. Dah lamaaaaa sangat dah tak beli. 
Inche Kitchi lansung la tak beli sebab dia memang tak makan buah. 





Oni berkeras jugak cakap ada mango kat dalam tu. 
Nak tak nak aku pun bukak la jugak peti ais nak amikkan mango yg dia nak. 



"
"
"
"
"
'
'
'
"
'
"
"
"
"
"
"
"
"


"
"
"
"








[bunyi cengkerik]







Mango ke ni?
















Mango = anggur

Kata Oni. 



Photobucket

30 Oct 2012

[Family Gathering] Jingga Menyerang Episod 2






Ni Abah den ngan kazen-kazen Makbed.





AMARAN: Sapa yang elergic warna oren sila pakai spek mata itam untuk pembacaan yang lebih tenang. 




Lepas sesi fotografi gambar keluarga bertema OREN, maka kami pun start enjin kereta memasing untuk bergerak ke destinasi seterusnya.





ZOO MELAKA






TAk sangka ramai pulak pengunjung zoo.
Ingatkan hari raya orang sibuk la beraya kan... gi sembelih lembu korban ke..
Rupanya, ramai jugak yang mengambil kesempatan cuti ni bawak keluarga gi zoo.

Dan memulanya suma excited dan berjalan dengan gumbiranya dari parking lot yang penuh kereta ke pintu masuk zoo untuk beli tiket..



Sehinggalah tetiba teringat kat Puan Presiden yang berbaju kuning itu.
Alamak.... Tok mana larat nak jalan-jalan jauh!
Sangat tak concern betui la cucu-cucu sekelian. 









Serta merta perkarangan Zoo Melaka itu bertukar keoren-orenan dek kehadiran kami.
Dah macam satu kumpulan perusuh lak.
HAHAHAHAH..
Cuma 'perusuh' ini lebih comel dan kiut. 
KAn?




JAdi, kami tukar plan dari nak jalan-jalan dalam zoo kepada bergambar-gambar depan zoo je.
Panas terik!!
PENSAN!



Pastu tukar melepak di tasik disebabkan kami semua belum makan tengahari. So, kena cari port nak duduk makan beramai-ramai.
Apa nama tasik belakang zoo tu ntah. 
Lupa pulak nak amik namanya. 




Oni dapat buai je sudah mencukupi. Tayah makan nasik pon takpe. 





Dah ada port nak letak periuk nasik, segala lauk suma. Dan, tanpa berlengah lagi semua anak-cucu-cicit pun serbu macam semut dapat gula. 

Aku lak gi cari air teh o ais. Dahaga kemain. Tapi nak teh o ais je. Air lain tamau. NAsib baik ada kedai makan yang bukak kat situ. 

Ingatkan nak lepak kejap je kat taman tu. But then, tetiba nampak ada kayak lak. Ada banyak gak outdoor game yg boleh di'layan'. 
Maka, kazen-kazen haku semuanya buat aktiviti sendiri je. 
Aku lak dah terduduk je atas tikar sebab dah pening kepala. 
LAyan Oni ngan Wawan je la...



Naik boat. Jalan-jalan~


Berkayak sampai berpeluh ketiak



Sewa basikal plak sambil pusing-pusing keliling taman




Tengah siap nak naik boat yang kayuh tu. Bagus untuk mengecikkan kaki sendiri tapi sebab malas kan?




Panaasss!!!

Wawan buat aktiviti sendiri jer. 
GAmbo disnap selepas mengamuk dengan hebatnya akibat keengganan aku bagi air kotak perisa anggur kat dia. 
Last skali, Tokwan selamatkan dan layan bagi air anggur jugak, tapi dalam cup. 
Bukan ape, kalau air kotak dia suka picit-picit bagi memancut kuar. 
Pastu ketawa berdekah-dekah tak pasal. HAih!



Dalam jam 4 lebih gitu, aku dah nak bergerak dah.
Niat memang nak je tunggu lama dan gerak balik sekali ngan semua orang. MAlangnya, aku nengok diorang ni cam takde nak gerak cecepat pun. 

MAka terpaksa la aku bergerak pulang sendirian, membawa bersama Alang kerana:

Aku dapat meramalkan yang akan berlaku kesesakkan yang super dasyat kalau bergerak lewat atau pun bergerak pulang besoknya.
Alang pulak ada kelas hari Ahad. MAklumlah, kat Kedah , hari Ahad adalah hari bekerja.
Mak mertua aku gtau yang kakak ipar aku dari Terengganu nak balik Terengganu hari Ahad. So, kalau boleh balik le jumpa Kakak dulu. Dah le jauhhh Kakak mai. JArang sangat boleh jumpa. 
JAuh lagi nak balik weehh.. Melaka ke Kedah tu!!! ZzZZzZ...



So, lepas salam-salam, kami pun pulanglah.
Pun begitu, singgah jap di RnR Air Keroh kasi mandi Wawan dan Oni.
Boleh plak Oni time dekat-dekat nak balik tu, tergolek dog kat papan gelongsor dan luka tangannya. Masa tu dia pegang air kotak. HAbih baju dan badan melekit.
JAdi, kenalah bagi mandi dulu. 
Dan aku pun mandi sekali.
First time ok mandi kat RnR. BEsh lak. PAsni buleh buat lagi....





Dan sempat lagi tu singgah sini....



woi, cermin keta comot!
 

Nak beli Subway sebagai dinner.
HAri Sabtu ada Seafood and Crab, kan? 
Puas hati makan sampai belahak.Makan dalam keta jer. 

Kat Juru Autocity pun JEM!!!!
Ramai gila orang.
Mulanya ingat sebab diorang ni gi clubbing tapi bukan sebab tu je.

Ada sambutan HAlloween rupanya.



Breaking Dawn Premier Part 2 adalah 2 minggu lagi.
TApi aku tak gi kali ni.

Huwaaa~



Sampai umah jam 12.30 tengah malam........




Woww... penat gila!


Photobucket

Istilah BF dulu dan sekarang




Terkenang zaman remaja yang ditinggalkan. 
MAkbed sebut pasal life sendiri je la sebab aku tatau life korang camne zaman umur kome doplohan dulu.
Skang ni aku masih lagi doplohaann cuma tinggal tak berapa lama je nak bertukar jadi tigapuluhan neh.
Isskk~
MAkin dekat dengan kematian. 



Pada zaman dahulu.....

PAling malu skali nak declare Inche Kitchi pakwe atau dengan istilah yang tak lapuk dek zaman : BOYFRIEND.
Sebab, masa tu aku ada ramai kawan lelaki, dan boyfriend tu cam takde pape efek pun kat aku ngan Inche Kitchi ketika itu. 


BF adalah satu shortform untuk perkataan BoyFriend kan?



Example:

Bila korang nak memperkenalkan pakwe kecintaan korang kat kengkawan, korang cakap camne?

"Hai korang... Perkenalkan BF aku, Mamat bin Kundur."

"Mak.. ABah.. Ni BF Zabedah. Ala.. Yang BEdah salu citer tu..." 




Adakah benar begitu cara penggunaannya?



Dan biasanya huruh B dan F yang dijadikan kata singkatan ni amat pemes ketika SMS kan. Senang.....~



"U tak kuar ngan BF u ke??"




Dan kita pun paham BF yang dimaksudkan tu adalah 'teman istimewa' yang berjantina LELAKI. 







Itu penggunaan BF pada zaman aku remaja dulu. 





Sementelah aku ni dah kawin, BF tu masih digunakan, tapi untuk tujuan yang berbeza pulak. 
Dah takde lagi istilah BFdalam conversation. 
KAlau nak tegur-tegur pasal teman-teman lelaki kawan , adik-adik atau kazen, lebih selesa membahahasakan nya terus sebagai teman lelaki atau pun Boyfriend.


Dah tak malu segan lagi panggil Inche Kitchi boyfriend sebab dah kawin , kan?



Tapi, bila dah ada anak, istilah BF dah ditukar menjadi.......







totally lain maksudnya.














Nampak?




So, berhati-hatilah sebut perkataan BF kepada wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai cahaya mata khasnya yang masih menyusu badan. 

Salah faham boleh berlaku. 


BF - Breast Feed ( menyusu badan / menetek)





Recently 'disapa' oleh seseorang thru FB who probably tak perasan status bersuami dan beranak dua.
Akibat lewat membalas pmnya di inbox pada hari cuti, dia tanya macam gini...


"HAi.. Keluar jalan-jalan dengan BF ke..."


So pada mulanya aku ingat dia gurau-gurau.
Aku reply je 'TAK'.

Tapi kendian dia balas lagi.

"TAkkan hujung minggu tak de gi dating dengan BF?"




Aku hanya mampu gelak jer di sebalik lektop.
Malas la aku nak explain pada seseorang yg tak perlu.



Tapi, agak ganjil bila sebut BF refering to pakwe skang ni.
Sebab bila sebut BF je aku nampak baby......tengah nyusu nenen mak dia. 






Photobucket

[Family Gathering] Jingga Menyerang!!

http://makbedsjournal.blogspot.com/2012/10/family-gathering-acts-united-bergabung.html
http://makbedsjournal.blogspot.com/2012/10/family-gathering-hak-mandi-kolam-hak.html




****




Di hari kedua hari keluarga Tok Siah berkumpul which was hari terakhir, wajib lah sesi fotografi rasmi diadakan.
Lokasi penggambaran adalah di banglo penginapan kami. 
Waktu check out adalah padajam 12 tengahri maka kami pun bergegas-gegas la sebab umah nak kena kemas juga sebelum balik.
Gila banyak periuk belanga, pinggan mangkuk, sudu garfu dan stok makanan yg perlu dibawa pulang. 




Pun begitu, pagi tu ada bekfes disediakan.




Cik Pidah yg sediakan juadah sarapan pagi itu.
Beliaulah segalanya. Dari mula sampai ke habih, ada je dia ni. Sampaikan tak sempat nak cantik-cantik untuk bergambo. 
Pun begitu, Pidah tetap shomelll. Kaaaann?
BAngun awal siapkan makanan untuk santapan Tok dan semua orang.
Koteaw goreng sampai 6 kali masak !
Bayangkan masak dok melutut camtu jek. Tererrr~ Lama tu nak dok camtu. 


Separuh daripada kami dah masuk kolam dah....





Lepas dah siap kemas,maka kami pun bersiap sedia nak pose...










Cenggini la masa nak setting pose bergambo. Punya la payah nak kumpul suma orang. 
Tengok gambo selingan la plak..

Wawan dan Inche Kitchi yang maintain cool je. 
Tengah tunggu semua orang datang.




Kemudian, Wawan dilanda angin monsun timur laut kerana jam sudah menunjukkan masa dah TIME untuk Zzzzzzzz.....
Psstt, rambut ALang cam burung nuri lah! BAhahahahahahl!!!!!~




Ini model tak berbayar HKCC dengan sukacitanya pose bersama HKCC yg dia beli sniri.
Untung bawak sekaton dan habih. Sebab lepas tu, kotak beso tu digunakan sebagai standee kamera untuk sesi fotografi. 
Spectacular!
HKCC pepel pulak jadi tripod. 
~Huahuahhauhauhahua~






TAk abih-abih nyakat Wawan yang sangat cengeng itu. 
Budak cengeng memang orang suka usik.
Sebab dia bila nangeh sangat comel, kan?




Wajah keterpaksaan Wawan.... HEhehhehehe!





Lastnya,dekat aku ada gambo family aku je.
Korang, manakah gambo family di mana semua orang berada di dalamnya????

Angah dan family beliau tidak ada lah pulak. 
Tak cukup korum lagi skali. 



NAnti Makbed hapdet lagi.
2 more entries to go..

HAHAAHAHAHAH~

Photobucket

29 Oct 2012

[Family Gathering] Hak Mandi Kolam Hak Kami. Hak Makbed Hak Hak HAk HAkkk!!!



BAngun seawal yang mampu.
HAAHAHA..
(Alasan bangun lambat)

Tengok di meja makan Mak Ngah dah Mak sedang berbual-bual. 

"MAk, HKCC tu sekotak adalah disponsor. Silalah ambil jangan malu ye Mak.." kata aku sambil genyeh-genyeh mata. 


"HAih... apa lak nak malu. PEkata hang pi bancuh kat aku," balas MAk. 



Ciss.....



"Abah pun nak jugakk!!" Abah aku pun order skali.
"Mak Ngah pun nak... Hehehhe.."


"Kilah pun nak jugaaa!!" tetiba ntah mana datang suara sumbang itu.





HKCC moments.
Pagi tidak lengkap tanpa kopi.
Di hari gathering, Makbed bawak doploh kotak HKCC. Itu jelah baki yang tinggal dah telah dibook oleh kazen-kazen. 
Sekotak dibukak untuk minum sendiri-sendiri. 
MAna leh gi jalan-jalan tak bawak HKCC. 


Alhamdulillah..
Doploh kotak tu selesai semuanya. 
So, skang HKCC takdo.
Stok baru sampai next week. 
Sapa yg nak order, kena bersabar ye.




Pagi-pagi lagi kolam dah penuh orang.
Semua sedara-mara , so takpelah kan. 
Puas ati la mandi, tayah nak kontrol comel sangat. 




Wawan baru ada keberanian nak mandi kolam.
Mungkin sebab hari siang, dan dia nampak kaler biru tu cam bes je. So, dia mandi dengan seronoknya.
Semalam, masuk air terus nangeh!
HAri ni , masuk dalam air ketawa berdekah-dekah pulak. 









Model Mangga.







Alamak, kaki sapo tertinggal kat belakang tu?


PAyah jugak nak snap gambo aksi lompat-lompat pakai Gnoty ni. 

Kena belajar lebih gigih. 







Anak-anak ikan yang kelaparan...
PAdahal Pah tengah tunjuk hasil fotografi gambo lompat-lompat yang diambil tadi.
Berapa kali lompat baru dapat hasil memuaskan. 
Malangnya, gambo tu takde ngan aku.....





Dan, aku yang tak mandi ni plak, selain daripada sibuk-sibuk snap gambo orang mandi, aku jugak meninjau keadaan orang lain yg tak mandi.





Sedang menyiapkan t-shirt oren untuk sesi penggambaran. 
Model di atas tu belum mandi. Gosok gigi pun belum.
HAHAH~





BAju beli sendiri.
PAstu, cop sendiri jek kat bilik.
Pakcik Khairul copkan.
Senang gitu kan?
Tayah susah-susah print gambo baju, nak kira saiz sume. 
Just bagi baju sniri , saiz sniri dan cop~
Semudah ABC.


LAgi mudah bila bukan aku yg cop kan?
HEHEH~





Sambung next entry. 
Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram