Followers

30 Sep 2012

MAKBED'S JOURNAL 3RD GIVEAWAY: Guess The Mess.



ENTRI MELEKAT SEHINGGA 30 SEPTEMBER 2012.
SILA SCROLL UNTUK ENTRI TERBARU


Udah setahun lebih tak buat giveaway.
Niat tu dah ada cuma takde idea bernas nak wat giveaway on order to make it outstanding and interesting. 
TEtiba je tengah minum Haida KAmaruzaman COllagen Cappucino (HKCC) kat dapur terpandang setimbun 'sampah' yang memang aku simpan tanpa arah tujuan. 


Dan tetiba je muncul mentol di atas kepala!


MAka, pada hari ini Makbed melancarkan satu lagi Giveaway khas untuk rakan-rakan blogger dan follower yang mempunyai blog. 
BErtujuan untuk menambah follower dan mencari semula follower-follower lama dari Makbed[dot]com dulu serta menambah follower-follower baru.
 Sayang, ramai yang telah hilang jejak kerana masalah teknikal url blog terdahulu. 



Moh la kita lihat Banner Giveaway Makbed's Journal untuk kali ni.


Giveaway 'Guess The Mess'


Lebih kurang macam PEraduan Teka KAcang lah jugak.
Cuma korang kena teka SAMPAH yang ada dalam gambo ni dengan jayanya.
SIAPA YANG MENEKA DENGAN TEPAT atau HAMPIR TEPAT selepas dibundarkan kepada yang hampir, maka dikira pemenang. 

BUkan ikut nasib ek.

KOrang kena berusaha juga teka berapakah jumlah pek-pek Haida Kamaruzaman Collagen Cappucino yang telah Makbed minum seperti yang dipaparkan dalam gambo itu. 


Syarat penyertaan:
  1. Tertakluk kepada mereka yang mempunyai blog sahaja. Maaflah pada yang takde blog....
  2. Anda perlu copy gambo di atas dan letak kat sidebar blog anda lengkap berserta direct link ke entry ini. Camana nak buat? Kalau taktau cara, buleh tanya ye. 
  3. Follow lah blog Makbed sebab senang nanti nak wat announcement ke hape, korang akan terhapdet secara otometik. 
  4. Promotlah GA MAkbed ni ke serata mana yang boleh, sebab 'promoter' terbaik pun akan diberi hadiah jugak. 
  5. BUat entri simple tentang GA ni dan nyatakan jawapannya sekali. Jangan lupa letakkan banner blog dalam entry.
  6. KEndian, bila dah siap, PUBLISHkan. Copy link entry dan letakkan di ruangan komen Entri GA ini. 
  7. Stokis dan Agen jugak dibenarkan join.Ini hanya untuk suka-suka. Bukan nak fight gi masuk SukanKomenwel pon... 


Hadiah-hadiah menarik disediakan, semestinya.
Antaranya:



Sekotak penuh Haida Kamaruzaman Collagen Cappucino yang penuh khasiat dan sedap rasanya. 


maaf Puan Jojes, sy cilok gambo dari belog anda. 




Brooch beso tapak tangan kome. 




Dan beberapa barangan Pre-Loved dari koleksi MAkbed sendiri.



JAdi, bertindak lah sekarang!!!
GA berlansung hari ini sehingga 30 September 2012. 




BAgi clue sikit:

Jumlahnya tak lebih dari 150, tak kurang dari 50



TENKIUT...



Photobucket

Hakuto dan Minami di rumah aku



Dema dorang ni kalau dok dekat-dekat, memang jadi kerja.
Pening kepala melayan.
KAlau tak layan pun pening kepala.








Udah aku masukkan menan dalam kotak, ditunggang lagi keluar. 
Baru nak dok lepak-lepak.
Lantai dah lama tak mop.
TAkde mood.











NIh la dia HAkuto dan Minami dengan pose BERGABUNG mereka.








Kompem sangatlah aku yang jadi resakse , kan?


Photobucket

28 Sep 2012

CIter kucing dah habih dah kot.




Dah buat cleaning secara sederhana di ruang berak kucing tu.

Dah siap boh clorox lagi ko tau!

Kalau ko berak lagi, aku clorox kan buntut ko skali.
MIahahahahhah~


Kucen:  Ala...Makbed tu cakap jer. BUkan buat pown....





Dah habih cuci tu, kesian lak tengok Alang cam letih.
NAk ngamik hati dia sebab dia rajin ari ni.

"Mu nak cekodok ke nak cucur udang?" tanya aku. 


"Hohhhh???" Alang buat-buat heran. 
"MAna cepat?" tanya dia lagi.


"Dedua cepat je..." balasku bajet terer. 



Alang memilih cekodok.

Dah tau dah.



Ciri-ciri cekodok kegemaran beliau semestinya yang hangit, garing di luar dan penuh dengan rasa pisang yang melting di dalam mulut.

HAHAHA...


Dah siap masak.

Aku tak jamah pun.


KEjap je selesaaaiiiiiii~





Photobucket

AMmmMBBBoooIiii!!!!!




YAAAHUUUUUUUU!!!


Akhirnya berjaya jugak aku jual besi pagar buruk yang dah lama ber'hibernasi' kat tepi rumah haku ni. 
Mekasih la Encik Murthi Besi Buruk kerana 'menjempu' besi-besi ini di rumah. 
Aku dah sakit mate dah nengoknye. 
SUme longgok situ.
PAsir,batu...
Besi...
TAik kucing.


Nyampoh.



HAri ni hujan lebat lagi.

TAdi gi opis.
BAlik tu singgah mekdi gi beli Samurai beger.
Tak sodap pon.
Sedap lagi Big Mac.
Tapi tak leh lawan Prosperity la kan.
So... 
kengkawan takyah le teruja sangat beli Samurai tu macam aku tadi.
AHAHHAHAAA...


Ingat nak berkerjesama ngan Alang cuci taik kucing atas simen.
Makin banyak kucing yang datang berteduh skang ni.
Dari sekor , menjadi tiga.
Skang sudah menjadi 4.
Aku yakin benor kucin betina sekor ni dah 'selamat' dah kena ngaappp nga kucin jantan putih ni haaa.
Sebab semalam aku tengok si kucin betina itu dah mula kena morning sickness.

Ehh... kucin ngandung ado morning sickness ke?


TAu la musim-musim hujan ni kome takut kena air.
Mementang la pasir haku dok bawah bumbung. 
Slamber je kan korang.
Plak tu ado yang kurang asam tu, gi berak atas simen, sekaki je dari pasir tu.
Besok aku tuang air rebusan cili kering atas simen tu baru taw. 
KAsi pedih buntut tu.
Berapa kali nak kena potty training ni?
TAkde disiplin punye kucenn~!









Photobucket

Ibu, Oni Minta A'Ap....


Subhanallah...Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu.
TEngok le cemana rumitnya apa yg ada dalam badan kita.
Kendian, bila berbaby pulak, camne lak badan kita mengekjaskan diri.
Dengan kasih sayang Allah, 9 bulan yang kita lalui penuh pancaroba itu berlalu mudah sahaja.
Sedar-sedar je, dah kuar baby. 



Oni... anak Ibu.
Ibu minta maaf kalau kebelakangan ini Ibu asyik marah-marah pada kamu.
Ibu tau tak patut Ibu tinggikan suara.
Oni anak Ibu yang baik.
PAtutnya Ibu memahami kehendak kamu. KAmu hanya mahukan Ibu melayan kamu.
Ibu tak patut menafikan hak kamu, nak. 
InsyaAllah, Ibu berubah.
BEsok, Ibu akan jadi Ibu yang cool. 
Tapi, kalau kamu makan sikat Ibu lagi, Ibu nak wat caner?

Oh... betapa susahnya jadi parents ni.
NAk anak comel, Allah dah bagi 2 anak comel.
KEndian tetiba aku takut..
APa guna ada anak comel kalau aku GAGAL mendidik diorang jadi anak yg SOLEH DAN SOLEHAH? 
Apa bagusnya menjadi Ibu yang vogue , cantik bergaya tapi gagal mengajar anak-anak mengenal Allah?
Apa yang layak dibanggakan bila duit ada berkepuk tapi anak-anak membesar sudahnya menjadi kedekut?
Apa lagi yang ada pada aku bila sekarang aku besarkan mereka ended up mereka halau aku keluar dan tidak menyayangi aku lagi?


Ya Allah.... 
Begitu risaunya aku hilang kasih sayang anak-anak kepada ku.
Ibu marah bukan kerana Ibu benci.
Ibu marah kerana Ibu sayang.
Tapi, mungkin tak kena style nye.
Ibu kena banyak belajar lagi. 


Tetiap kali nak tido, sure gado ngan Oni. 
Apa taknya, asal nak tido je dia kaco Wawan.
Wawan plak dari lalok-lalok nak tido, terus jadi segar bugar melayan kakak. 
Aku nak segerakan proses menidokan diorang supaya aku leh wat kijo lain.
Tapi, silapnya aku di sini lah.

Sepatutnya.....
Time dema ni nak tidolah aku beri kasih sayang sepenuhnya. 
Tidaklah mereka bermimpi ngeri masa tido.
HAHAHAHHAHA...
Aku peluk dan cium mereka hanya selepas mereka tido.
MAsa diorang dok bergomol bergusti tu, aku mengaum lerr nak suruh tido kan!


TAdi, aku buat-buat merajuk ngan Oni.
Sedih... Oni takmahu dengar cakap Ibu, gitulah kataku.
PAdahal, aku pun sama.
TAk dengar apa yang dia cuba nak cakap.
TApi, Oni...anak yang baik.
Dia tak fikir apa yang dia nak.
Dia cuma tak mahu Ibunya merajuk dengannya.
Oni datang pada aku minta 'nak sayang'.
Takdapat pipi kiri, dia cuba yang kanan. 
TAk dapat yang kanan, dia cuba cium di dahi.
Yang dia mahu cuma "ibu, janganlah merajuk dan marahkan Oni..."


Dan dia tetiba cakap...


"Ibu.... Oni minta a'ap....."


Ibu.... Oni minta maaf.




Oni...Ibu pun minta a'ap juge....




Sob..SOb..SOb..



Photobucket

27 Sep 2012

Bella Swan Mempersoalkan Kejantanan Edward Cullen.








HAHAHAHAA..
Sengal tui!








JAcob gak macho. kankann..~




Photobucket



HAbih stuck otak. Meh wat menda tak berapa nak berpekdah tapi fun.




What is on your desktop wallpaper?
GAmbo lektop ASUS. TAk penah tukar since beli last 2 month

What is your favorite zoo animal?
Babi hutan. Sebab kalau kat luar takleh tengok dekat-dekat. HAHAHAHAHHA

What was your favorite toy as a child?
Senduk dan kuali

What food do you eat too much of?
Laksa. Selagi tak habih dalam periuk, selagi tu la hadap. 3 hari makan laksa pun takpe.

What kind of hairstyle do you have?
HAirstyle? APe tu.....? Kikikikiki~

What was your favorite activity in gym class?
Mengumpat orang yang sedang bersukan

What is on the shirt you're wearing right now?
T-shirt oren, LInda punya.

What is the picture nearest to you of?
Prudential Logo. Yang ado gambo muka orang tuh.

What kind of salad dressing do you like?
Onions, Olive, Salads, some tomatoes, mustard , thousand island and pepper..

Whats your least favorite food?
Mi Kari

What do you do on a Sunday night?
Tengo movie baru di HBO cenel

If you could only use one condiment on your food for the rest of your life, what would it be?
LAda hitam

What color are your sheets?
yellow

How big is your computer display?
14"

What pair of shoes do you wear most often?
kasut BATA kaler hitam.

What is your favorite game?
Burger Rush and BookWorm

What is your favorite Thanksgiving food?
rendang daging?

What is your favorite pizza topping?
Pepperoni and cheese.

What time do you plan on waking up tomorrow?
5 pagi. Tapi selalu je terbabas bangun kol 7. 

What is your favorite day of the year?
HAri Raya



Photobucket

Owhhh MAaiiii Stresssssss



Pesal lah hari ni I stress tanpa sebab. Dalam TO-DO List banyak menda nak buat. Hujung bulan cenggini lah merupakan waktu kritikal di mana aku akan menjadi begitu sibuk dalam masa yang sama kelihatan blur dan comot. 

NAsib baik kerja sniri di rumah sahaja, takde sapa nak tengok kecuali asben dan 2 orang askor kecik.


BAgaimanapun, suami saya sendiri takda dapat bezakan wajah tak mandi saya dengan yang sudah mandi. Sebab saya jojes jerr... * OH tidakkkkkkk!!! MEkasih la kat HKCC and SNE. Cuma gigi je la kalau tak gosot buleh bauuuu... 

Pelik ke haaa kalu rumah sepah selalu ? Aku kemas-kemas,kendian depa ni tonggang lagi semer menan dema ni. BUkannya dema ni main pon. Saje siok nak tonggang kotak simpanan menan. Bagi mereka, melihat IBu mereka mengaum seperti resakse ada sesuatu yang menyeronokkan dan tak lengkap idop dema kalu tak tengok Ibu mereka mengaum. 

Rasa nak biar je. TApi, ntah lah. OCD aku ni menjadi-jadi. PAtutnya bila dah sibuk ni, takde la terpikir nak kemas. Just fokus dulu la satu keje kan. NAk je biarr.. Tapi bila aku terpijak satu menda yg bukan sepatutnya aku pijak, mula la penyakit low blood pressure aku bertukar menjad high blood pressure!! Aihhh... nak tak kemas, mata sakit. NAk tak beli menan, kesian. KAlau dah beli plok, jadi punca kecederaan Ibu mereka. 

Meja keje pon dah bersepah. Huu.. 


Minggu depan nak panggil Cleaner-5 Jam cuci umah den. BAnyak kerja nak wat. Tolonggg laaaa legakan pandangan ku. 


HAri ini mendung sahaja. Syukur Ya Allah kerana bagi peluang pada baju-baju di ampaian itu kering. Sudah 2 hari ia berada di ampaian. KAlau masuk 3 hari, saya kena angkut dan hantar ke dobi. 


Update tanpa hala tuju. Saja je nak meluahkan perasaan.

MEkasih sbb bace 




Photobucket

26 Sep 2012

Sepandai-pandai melompat, akhirnya tersepit juge. Whahahahahah








Orang buas memang selalu le kena memacam kan...









NAmpak can takde pape je. 


""
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"








Penyudahnya...



"
"
"
"
"
"
"
"
"
'
'
"
"
"
"












Photobucket

[HKCC] Rihlah Sambil Beramal Ke Kemboja







Puan Besar dah pengumuman dan kini menjadi tugasan aku plak meng'elaborate' tentang hal yang disebutkan di atas. 



Program ini masih lagi didalam perancangan dan detail final nya akan dibentangkan kemudian. 


Untuk makluman, program ini adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturahim between Stokis dan Agen rangkaian HKCC sekaligus bertujuan memperkenal produk HKCC dan Iman Collection dan juga stokis dan agen gojesnya skali ke peringkat lebih jauh. 


Boleh la dikatakan juga seperti FAMILY DAY.


Program ini akan dilaksanakan di bawah Program Bakti Siswa MAsyarakat Islam Kemboja anjuran AFRR atau AF Relief Resources yang sememangnya dikenali menerusi beberapa trip ke Kemboja menerusi PROGRAM SUKARELWAN KEMASYARAKATAN MASAYARAKAT ISLAM KEMBOJA. 


Boleh baca detail tentang PROGRAM dan Syarikat itu di SINI



Syarat penyertaan:

Anda haruslah didaftarkan sebagai stokis dan agen berdaftar. YAng tak berdaftar,tak leh la join. 
Kenapa...?
Sebab tambang nak peginya kena bayar sendiri. 
Sebab namanya pun program SUKARELAWAN kan. 
JAdi, sapa yang SUKA tapi TAK RELA nak bayar tu, tak leh pegi juga,



MEngapa memilih Kemboja sebagai destinasi?


Kita nak tengok sendiri bagaimana keadaan umat Islam di Kemboja dan merasai sendiri hidup di dunia mereka yang serba susah dan mencabar tu. Sekaligus, dapat menerapkan rasa cintakan negara dan menghargai apa yang kita dapat setakat ni dan belajar untuk menjaganya dengan baik. 

Selain tu, kita nak jadikan rihlah kita ni bermanfaat.
Bukan setakat gi jenjalan, habih duit pehtu tak dapat pape.
Biar nak berjalan-jalan tu kita berbakti jugak pada orang lain. 
BAk kata orang, sambil menyelam sambil minum air. 


JAdi, ini adalah pemberitahuan awal tentang Program HKCC.
So, diminta semua stokis dan agen bersedia. 
TAmbang dan perbelanjaan lain akan diberitahu kemudian ya.
Tak pun, kome terjah je PAGE HKCC tu untuk tanya soklan.


Dan jangan lupa terjah LINK yang MAkbed bagi tadi tu.
Itu blog stokis HKCC jugop!!
Stokis Kota Kinabalu.
Boleh bah kalo ko.... hehehehee....





Photobucket

NGANDUNG!!!!!!!




Patut le lama senyap je.
Wat entri pun malu-malu.
Ari tu tergerak ati nak gi Taiping tapi sebab semua dah letih makan proceed je laju-laju balik KEDAH.

HAkikatnya, rindu nak jumpa dan dengar dia membebel-bebel.

KEKEKEKKEKEKE....


"
"
"
"
"
"
"
"
"






INI KHAS UNTUK CIK NINI D yang baru aje wat announcement .....











BAca SINI!




Aku suka weehhh.... overjoyed!
Macam aku pulak yang peknen. 
Weehheeee.....

Take care bebeh...



Photobucket

Pendedahan Khas: Pengambilan Produk Yang Menjadi Pilihan.



Hari ini hujan yey..yeyy..! 
Menjadikan semua orag terpisat-pisat bangun untuk ke tempat kerja. 
Ada jugak yang lansung tak bangun kan?


Rindunya situasi hujan di Pangkalan TLDM Lumut. Bila hujat lebat, suasananya mendamaikan. 
Pokok-pokok yang hijau menjadi bertambah hijau. MEndung-mendungnya itu membuatkan sapa yg ada dalam rumah tu menguap aje. 
PAsang la tv even asteruk Free Channel skalipun, kalau hujan, memang berdengkur sudahnya. 


HAri ni kurang bau taik kucing. TApi, kucing jantan yg demok itu telah berani membuang air besaunya di depan Oni. HAHAHAH.. 
ok siyes kelakar tgk muka Oni. 
TApi, tak klako tgk muka kucing tu. 
Rasa nak taji je ngan selipar. 
NAmun begitu, aku taklah sekejam itu. KEna tunjuk example yang baik depan anak-anak. 
Belakang takpe. HIhihiihihkk~


Oh, kucing... Kalau taik ko tu mengandung emas, atau uranium atau plutonium ke... aku kasi ko berak kat mana je kawasan yg ado kat tempat aku niih. 


NAk wat pe uronium? HAih!


Ok udah-udah kau bebel Makbed. Lets straight to the penceritaan. 
Today nak kongsi sedikit kegembiraan kerana pagi ni Makbed discover yang lingkaran hitam dibawah mata aku telah tiada. 
Or, maybe kurang sikit. BAgi aku kira dah takde dah la tu.

Some of you pun tau dark circle tu memang dah menjadi trademark dahhh sejak blog ini mula dilancarkan. Sampai aku pun dah imune dah ngan menda tuh. 


JIka ditanya tentang pemakanan sendiri, yes... memang aku jaga makan. TApi bukan untuk hilangkan dark circle. TApi, untuk mengurangkan kadar lemak tepu yg bermaharajalela ni dan kerana nak menjaga kesihatan. 

Lately , aku selalu sakit-sakit. Selsema begitu kerap menyerang. Dan badan sangat cepat exhausted. 
Aku sedar yg bdan aku dah mula kekurangan zat. 
YEla...faktor usia kan?
 TAkleh nak compare dulu dan sekarang. BAdan kita sudah semakin tua. 
MAka, kena la amek supplement untuk memastikan diri ini terjamin sedikit kesihatannya. 
Anak-anak pon kecik lagi. LAg-lagi la keduanya sangat kuat berlari. Dalam umah pun nak lari. MAka , aku kena berstamina tinggi untuk keep up ngan diorang ni. 


MAkbed selalu tak buleh tido bila malam. 
Selalu kalau terjaga bila kena buat susu anak, aku dah takleh tido. Membuatkan aku jadi stress di siang hari sebab siang banyak kerja nak buat. Dah exhausted sangat, aku tido plak lepas zohor.
 Bukan tak boleh tido lepas Zohor, tapi kalau dah tido sampai 3 jam, takke sampai ke Asar. 
Menganggu produktiviti. 
Tapi, nak wat camne, letih sangat. 


MAka, kerana jadual tido yg tak elok, MAkbed letih dan stress. 
Kulit jadi kusam. NAmpak sangat.
 MAta lah yang paling ketara.
 BAdan kurang sistem imunisasi. Lemau..Nak marah je kejenye. 
KUku dan rambut jadi tak cantik. Dan bila kena selsema........ sangat lambat nak baik.
 KAlau dah baik, boleh kena pulak senang-senang jer. 


TApi, selepas 2 bulan betul-betul menjalani terapi rawatan sendirian Alhamdulillah.. ada kesan. 
MAybe nampak cam biasa je bagi sesetengah orang tapi bagi aku , itu dah memadai untuk membuatkan aku tambah bersemangat nak maintain pengambilan supplement dan menjaga pemakanan menjadi lebih sihat. 
Terbaru... aku leh la tunjuk gambo sniri tanpa eyeliner... Siyes, dark circle faded away. 


Tuzki Bunny Emoticon




Ini memang non-mekap face la. 
Bedak arab pun takdo.
So, kalau mu teropong dekat-dekat akan nampak sedikit parut kiut di bibir akibat jerawat 'remaja' yg naik tempoh hari dan aku plak gi kopek-kopek ngan terujanya. YEehuu!
Dan juga beberapa titik itam di pipi yg saya pun tak sure apekah itu.
Dan juga taik lalat champion saye...
HAHAHAHAHHAHAHAHAHA


MAkbed rasa, lengkap sudah kot supplement yang MAkbed amik. 




Meh nak share..


Untuk penjagaan kesihatan diri, MAkbed amalkan produk SNE. 
Yeahhh... SNE.
Sapa yg pernah dengar pastinya tahu.
Bila sebut Adira AF je, tahu lah kan.
Gebu seperti ADIRA, itu bukan misi MAkbed.
Sebenarnya, aku takkenal sapekah si Adira AF tu tapi si kawan aku Adira Cinderella tu asik dok sebut jer. MAka, aku pun jadi kenal plak. 
SNE ni membantu memulihkan sel-sel yang terpeleot dalam badan, dari mula sampai selesai. 
SOunds too good to be true but it is awesomely TRUE guys.

Makbed bukan agen SNE.
SO, this entry is not for saelling purpose.
HAnya sharing.


Untuk makan SNE ni pun, MAkbed tak makan semberono. Kena ikut saranan pakar. So, aku dengar bebetul dan ikut apa je yg dia ajarkan.
Memula nak makan banyak mana... kendian nak continue selepas tu kena makan banyak mana pulak...


Dan one thing yang aku suka, SNE ni kalau kita makan untuk pertama kalinya, rasa itu boleh menentukan apakah masalah yg wujud dalam badan.
Dan bila aku gigit je kapsul SNE tu untuk kali pertama, aku rasa TAWAQ HEBIAQ dan memang pun aku patut rasa cemtu sebab aku memang ada masalah Imunisasi dan sistem saraf.
BAgaimananapun, teruk ke tak tu bergantung kepada keadaanya sebenar. Kena rujuk doktor la. 
AKu tau la badan aku camne.


PAkar itu suruh aku makan SNE tu sampai la bila aku gigit tu natang tu rasa MANIS.
KAlau dah manis , maknanya sel-sel badan aku sudah kembali aktif.
Kemudian, rawaan diteruskan dengan SEABUCK Activ lak.
DIsebabkan aku ni memang asyik selsema je, pakar tu kasi aku makan menda ni.
SNE pil masih terus makan. 
Dan makan Seabuck ni plak. 


Beautskin Makbed tak amik. 
Well.... pakar kata, tak yah amik la sebab aku dah jelita.
Dia tak kasi aku jadi jelita lebih daripada dia. 
Muahahhahaha...
Ok..tipu. 
Sebenarnya bajet takde la nak bercantik sampai gitu.
Aku sehatkanlah diri aku ni dulu.
KAng cantik sangat-sangat tapi hidung meleleh hingus plak, ape kejadahnyeee?????




SNE dan Seabuck Activ
Produk ini adalah HALAL.
Harganya...... aku pon tak hengat. 
****

Kemudian, untuk menambah kesegaran dan keremajaan, MAkbed juga ambil SHaklee Vitamin C.
Yang ni aku dipaksa amik oleh doctor kerana level vitamin C dalam badan aku yg macam hampeh. 
TApi, bagus lah untuk kulit. NAk cucuk vitamin C tak mampu. Lagipun saya takut jarummmmm. 


JAdi, ini adalah yang terbaik bagi orang-orang yang kemut dan pentakut seperti saya. 
Wahh... I dah belanjakan duit gaji saya untuk SNE tau. JAdi lah tuuuuuu...... 
Tak payah overrr sangat ok.






*****






Kendian, sebagai amalan harian, Makbed menukarkan tabiat minum teh, kopi , neskepe dan milo kepada HKCC.
Minuman ini banyak mengubah idup aku. 
Well, takkan nak idup sihat hanya kena makan ubat kan.
 PEmakanan dan peminuman pun kena jaga juga. 
HKCC ni membantu kita hidup sihat secara laid back atau santai. TAkde stress. Just minum je. Macam kita minum air lain la. 
Rasa nak minum teh, minum.
Rasa ari ni nak minum air tembikai , kita minum.
Sama la macam HKCC. 
TAkde pantang hape pun. 

Cuma, aku amalkan tak minum HKCC di malam hari aje kang aku takleh tido sebab terlebih tenaga. 
Haida Kamaruzaman Collagen Cappucino (HKCC) ini turut mengandungi kafein tapi kandungan kafeinnya amat rendah to balance it with other herbs yang ada dalam ni. 
Vitamin C pun ada gak cuma kandungannya tak mungkin lah sebanyak VITAMIN C yang 500mg. 
So, korang wat penilaian sniri lah.

YAng penting, MAkbed leh enjoy minum minuman kesukaan ni sebab ianya sedap dan takpayh nak berpantang bagai sampai nak makan mee bandung pon tak leh.




OK ..yang ni kalau nak leh gitau aku sebab aku memang stokis. HAAHAAHA....
Disebabkan ia memberi kesan kepada aku dengan jayanya, maka aku pun jadi stokis supaya kalau kopi aku habih, aku buleh amik terus dari stok aku. YAHAHAHAHAHAHAHHAAH..!!!!

******




Untuk kerukunan rumah tangga pulak memang rutin harian aku pakai:


JSD Feminine Wash
JSD Masker Vagina


seperti dalam gambo. 

Dua ni memang best. 
Untuk orang yang dah kawin dan beranak-pinak ni, memacam la masalah kesihatan yang ada di kawasan 'panas' tu kan. JAdi, kenalah ada perawatannya..

NAk jaga suami, bukan setakat jaga perutnya sahaja.... yang 'di bawah sedikit dari perut' pun perlu dijaga sama.


Tapi, awak pun kena jugak jaga diri sendiri dan aset keintiman untuk kerana seri muka juga berkait-rapat dengan kesihatan di situ dan di rahim kita. 
Ini tak tipussss ok. Wa cakap betui ni.

Dan of kos, 3 bulan sekali, kena amik JAMU SUSUK DARA. 
Ngeh ngeh ngehhhh....
Ala..yang sumbat tu. nGaaaaaaaaa~
Walaupun tak suka, tapi sebab ia membantu, maka pasrah sahajalah! 





BTW, Jamu Susuk Dara jenih insert ni perawatan cuma 3 hari je dalam masa 3 bulan. 
So, tak de susah pun.
Cuma kalau anda peminat ais batu mungkin tak berkesan kalau amik ni. 
Kena pantang. 
MAkbed sejeskan sangat pda orang yang dah setahun bersalin czer dan juga pada yang sexually active tapi tak pregnant untuk cuba JSD ni walaupun sekali. 


Sekali lagi, aku bukan agen untuk produk di atas. 



Aku jugak pengamal CLH atau Chocolate Love Habibi. 
Disebabkan CLH ini rasanya sedap , aku agak addictive.
TAk payah amik bebanyak. Kecik je. 
Kesannya?
Alah....malas lanak citer banyak-banyak.
TApi, ini optional je.
Bukan makanan kesihatan tapi bagus untuk buang-buang angin dan pening-pening kepala. 
NAk tau lebih,leh google la. 










AKu jugak amik MEdicated Deep HEat Lotion.
Wah.... banyak gak produk JSD aku pakai. 
AGak2 leh jadi duta produk tak? 
Errrkkk!!!!
HAh, menda ni kan aku nak kata sangat-sangat la kan....
SANGAT JIMAT DAN BERBALOI-BALOI!!!!
Pakai sikit je. Depa kata pakai besaq duit 50 sen.
Tu pun dah panas dah.
Aku boh beso seposen je sapu kat perut dan pinggang.
Lemak ni entah bila nak habih menari-nari kat sini ntah.
KAt peha pun sapu juga.
BErkesan. 

AKu baru je pakai 3 kali, dah ilang seinci setengah pinggang haku. 
KOme try la. 

CUma bau je la aku tatahan. Kuat sungguh halianya. 

Aku pakai 2 hari sekali je. Sebab aku pakainya malam masa nak tido. Wajib pakai time ko nak relax je. 
PAkai ni tak berpeluh dan tak melekit-lekit even ko dah pakai lama.
MAsa nak mandi pun takde berminyak-minyak walaupun ianya lotion. 
TAKDE!
Memang kagum.
Tapi yang herannya, lepas mandi besoknya tu, sapuan lotion semalam tu buleh terasa lagi BAHANGNYA walaupun dah lebih 12 jam. YAng tu yg aku tak paham cemana jadi cemtu. 
Tapi aku pakai jugak sebab berkesan. 
Disebabkan kebahangannye agak lama, aku tak pasti la bila MDHL ni nak habeh. 



Itulah dia produk-produk yang aku guna. 

*********
***



Sesungguhnya memang ada perubahan pada diri aku. 
Besar sangat..

LElaki di sebelah saya itu adalah adinda saya..... 
Tapi, adalah tidak adil dan tidak amanah kalau aku nyatakan bahawa perubahan positif ini hanya disebabkan oleh SATU produk yang aku makan. 
Yang aku nyatakan di atas ni adalah produk-produk yang aku amalkan dan maybe salah-satunya telah memberi kesan yang baik kepada aku. 
Atau MUNGKIN semua produk yang aku amik ni serasi dengan aku dan produk-produk ini match untuk bekerjasama menjadikan aku lebih sihat.
Semuanya dengan izin Allah.
Kita hanya mampu berikhtiar. 


Ini wajah MAkbed 4 bulan lepas. NAmpak tak pipi masih tembam dan wajah agak kepenatan.  Ke...salah pakai tudung? 




Ini pulak gambar yg saya snap ketika pegi pejabat pos tadi. 


Aku seru kengkawan semua, jangan berlokek menjaga kesihatan.
Jika tak mampu sangat pilih la yang berpadanan dengan poket anda.
Dan, bagi yang masih muda remaja, jangan culas menjaga kesihatan ye. KAlau tak, efek di umur-umur nak 30 ni, sangat ketara. 
Dengan semua supplement dan ubat yang kita makan, pun tidak akan menjamin kita sihat tanpa sakit. 
Kita berusaha menjaga diri. KErana bila kita sakit, kita jugak yg menanggung deritanya.
JAdi, sebagai persediaan untuk sakit dan persediaan di hari tua, silalah lengkapkan diri anda dengan sekurang-kurangnya satu polisi insurans.
Khasnya buat orang yg dah kawin dan ada tanggungan.
MAkbed, dah sign ngan PRUBSN.
Hehhehe...
sapa mau?



Untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang SNE dan mahu putih gebuz cam Adira AF, buleh contact Nora Zima. PM aje Inboxnye FACEBOOK beliau.  
Akak Nora jugak Agen JSD yang sah. 
Dia telah memberi konsultasi kepada aku dan memantau pengambilan produk sampai la rupa aku jadi comel. 
Sumpah tak bohong. 
HEehhee.e...


Sekian testimoni pukal dari saya. 



Ikhlas dariku.
Kerana diri anda juga berharga.


Photobucket

25 Sep 2012

Wawan Pun Dah Pandai Marah!




"Ammmmmbbbooi. Tetah!"


Acenggitu lah Wawan setiap hari sejak-sejak baru boleh berkata-kata ni.
Sama la jugok cam si Oni dulu, perkataan yang sama kuar. TApi ONi wat sekejap je.


Wawan pulak ber'ammmmboii tetah' tu sepanjang masa.



Apekah 'ammmbooooiii tetah tu'?








It actually stands for






AMBBBBOOIIIIII .... BIASA TU!


Cuma version Wawan 'TU' tu tak de. Dipendekkan kot ye Nak ye?




Wawan tujukan ayat tu dengan penuh perasaan kepada kucing-kucing yang selalu datang umah makan.
Tunduk aje kucing-kucing tu kena marah ngan Wawan.
Ada yang sekor tu dah gamaknya siok tengok Wawan bebel, dia siap leh baring sambil menguap. 
MIahahhahaa.


Mekasih la Wawan. Ko marahkan jap kucing-kucing ni. Sampai hati depa berak kat umah Ibu. 


Ape la ko kucing. 
Ko sign up nama ko masuk RAncangan MAkanan Tambahan (RMT) kat umah aku, pehtu leh wat tahana plak berak.
KAlau berak skali dua, aku leh la maafkan lagi.
Nih sampai tetiap kali rasa nak berak je, ko launch berak ko kat umah aku. 
Aiii..berak umah tuan ko sniri takleh keerrr???
Dah le skang musim hujan. Lagi la bau dasyat.
Aku nak bukak pintu umah pun tak lalu.
There goes my pleasant morning breeze.
Selalu aku bangun awal-awal and bukak pintu luas-luas.
La ni aku bukak tv je cenel 703, tengok makanan. 


Selepas membebel kepada Inche Kitchi secara berkala dengan bebelan berjudul "BERSIHKAN TAIK KUCING DI LAMAN" maka beliau dengan gagahnya pergi gak la bersihkan.
AKu memberi cadangan agar sebuah lubang digali dan masukkan aje la suma najis-najis itu ke dalam lubang dan kambus.
Kot rajin dia nak gali 7 kaki dalam, aku tak kesah. HAHAHAHA..
Dari biar meremput atas pasir tu, baik jadikan baja kan kan kannnnn....~


Mekasih suamiku...




Ate petang tadi, dia suruh aku abihkan makanan kucing tu.
OPss.. bukan soh aku makan makanan kucing tu sampai habih ye..*apekah??

Dia soh aku habihkan makanan tu suma bagi kucing-kucing tu makan.
Lepas tu  takyah beli lagi makanan.

"Aii, takmo bagi makan dah?" tanya ku, buat-buat heran. 


"Abehh..dah asik berak je........." balasnya sambil wat muka Squidward.


AKu sengehh.


Sebernya aku la yg beli makanan kucing. 
Dia tukang bagi makan.

Aku suka kucing.
TApi aku alah kepada kucing.
Caner tu?



JAdi, kucing-kucing sekelian, 
Projek RMT kalian terpaksa ditangguhkan until further notice.
MAybe lepas anda pandai membuang air besar secara berhemah, ataupun selepas pasir-pasir itu telah slamat dialih dari rumah saya ke rumah pak mentua saya pulak. 
Until then, sila buat muka kesian di tempat lain. 
Berak la lagi kat umah saya, saya angkut kamu suma daftar gi rumah anak yatim. 
Mau ? MAu?


Ada sekor kucing betina ni macam dok gatal-gatal je.
MInggu depan sure peknen tu.
Aihh... kang tak pasal aku lak nak kena mem'bidan'kan beliau dan jaga dia dalam pantang.
Ngaaaa~!!! Abesla camni. 


susah la kalo bajet hot sampai nak minum air kat warung pun kena meniarap!


Photobucket

24 Sep 2012

Orang Gaji Idaman



Tengah tengok IP MAN kat tv3. 
Citer yang paling menyentuh sanubari aku setakat ni. 
Sangat suka semua sekuelnya. 



Ntah ngape hari ni, aku asyik nak mengunyah je. NAsik takmo makan.
Takde seketui nasik pon masuk perut hari ni. TAkde napsu nak makan nasik.
 TApi makan jajan nak pulak. 

Pagi tadi aku ke pasar. Sebelum gi pasar , bekfes dulu makan roti canai.
First time dapat gi pasar besar di Billion tu ngan Inche Kitchi. MIL teringin udang besar. Alhamdulillah, dapat tunaikan. Lepas beli-beli, terus ke Pokok Senan hantar udang tu.

Memola berkobar gak nak wat pajeri nenas. Dah beli dah boh nenas tu. Bila sampai umah MIL, jamah sikit putu mayam yg dihidang. Pehtu, MIL bagi lauk bawak balik. PAjeri terung. BAwak balik plak lagi sebekas kuih siput. 

Hmm..MIL aku, datang umah dia pun dia bagi lauk. Dia datang umah aku pun, dia bawak lauk bagi aku. 

Awalnya tadi nak masak memacam, sampai-sampai umah dah tengahari. PErut dah kenyang. TErus tak jadi masak. Hujan lebat plak. Aku duduk je kat meja kerja dari lepas balik tu sampai ke petang. Inche Kitchi takde. Kuar gi boh kerusi lumba dia tu. 


Aku pesan pizza je tadi. Untung ada M2u kan?


Makan pe je?
Kuih siput.
Pizza...


PAstu gila nak makan menda manis. 
Coklet.... Gula-gula.
Kenapa ntah...?


KAdang kalau PMS datang, gini la . Ada masa gila nak makan menda masin. Datang musim nak makan menda masin, jambu cicah garam pun dah heaven sangat da. KAli ni, nak yang manis pulak. Oh no!!!

Lepas makan pizza tu, dah kenyang. Makan pun 2 slice je. Ayam seketui. Dah. 


TAkut Inche Kitchi lapar, aku pesan mi goreng kat ALang masa dia on the way nak balik umah. 


Aku? 


TAk rasa nak makan pun. 
TAdi jamah kuih siput yang aku rembat dari umah MIL tadi. Kena sound ngan laki aku... Asal datang umah mak dia je mesti merompak makanan. HAHAHAHAHHA..


Minum banyak air. NAk senang, isi air dalam botol mineral kecik. Senang nak bawak keliling umah. NAk minum, tunggang je masuk mulut. 


besnyee ado ni time nihh..



Aku tak pasti samada aku tak mo makan sebab tak lalu. 
Atau takmo makan sebab tak masak.
Aku tak mo makan ke atau tak mo masak?




Memperkenalkan....

Orang gaji idaman Makbed



..................................









TADAAAAA!!!!



Segak kan?

MEnutup aurat.
Sangat handal di dapur dan begitu handal memegang senjata. 
MAkbed suka. 



Nasik Goreng 1 Malaysia satoppp!!!








siap!




Photobucket

Entri Yang Penuh Keegoan



Tak suka tau bucket seat ni. 


Ini adalah contoh bucket seat.


KOrang ada asben yg suka modified keta x? 

Inche Kitchi ni bukan dalam kategori pemodified kereta yang tegar. Tapi, dia ni suka sangat menchoba jaya sesuatu. 

mAsa ngandung kan si Oni, Bambam Bee penah rosak. 
So, aku kena pinjam keta jiran. 
NAk jadikan citer, keter jiran haku masa tu pakai bucket seat.
Drebar dia bajet dia pelumba F1 kot. So, beli bucket seat menunjukkan identitinya sebagai peminat keta, dan speed lover la.
KUnun... Tapi kena saman polis, minta diskaun juge. 


Masa tu aku ngandung.
Ngan segalanya besar dan kembang. 
NAik keta yang berbucket seat adalah hanya menyebabkan ibu mengandung seperti saya menjadi bertambah emosi tetambah time nak naik dan turun dari kenderaan. 

Seksa.

Dengan itu, aku mengisytiharkan PERANG ke atas bucket seat.
Cakap kat Inche Kitchi, jangan mimpi nak tukar sear tu kepada bucket seat. Aku tak mo!


BAgi aku bucket seat ni hanya sesuai untuk racer, org bawak keta drift  dan...dan.. dan....

BABY!


Diulang..


Baby!






Adakah anda baby?
Kalau anda baby yang tak payah turun naik kereta untuk menyahut panggilan Illahi dan panggilan alam, maka anda SANGAT LAYAK pakai bucket seat. 


Stress haku. 






MAlangnya.. ....

Bebaru ini suaminya seperti tidak mengendahkan amaran saya lagi.

NAmpak lebih determine nak tukar seat keta. 
CIsbedebah sungguh beliau. 
Siap beli tanpa pengetahuan aku. 
Ye la..selama ni beli apa pun mana de aku amik tau. HAHHAHA...
Tengok-tengok dah selamat dibeli dan tersadai di ruang balkoni yang berbau taik kucing sentiasa itu. 
Cayang..sila uruskan najis-najis itu besok ye...~ 



HAri ini, dia gi bengkel. 
Balik tu, dia dah tukar dah seat.
YAng beshnye, aku buleh tak perasan jika dilihat dari luar.
Rabun kan?


Bila aku dah duduk baru perasan itu adalah bucket seat yg ditukar. 

"HAih... tukar dah?!" tanyaku dengan wajah seperti Hulk - hudoh tetapi sangat adorable. 

Inche Kitchi wat slamber aje. 
"Udaaaahhh...."



Aku pandang kiri kanan. 
Goyang-goyang buntut sikit atas seat tu.
Wah..ada space lagi lak.
Apasal hari tu cam ketat, sendat sampai nak gerak pun takleh?
Huahuhahuahuahhauha....


PAstu aku ke kanan sikit badan, then ke kiri.
BAnyak ruang lagi.



TAkde la sesak napas.
TAkde terasa cam bahu terkepit.
Buntut terkepit pun takde gak.




cenggini la rupa seat keta Bambam Bee

Aku diam je...


Sampai di rumah, aku tanya Inche Kitchi..


"Awak, seat ni panggil hape?" tanya ku mintak kepastian. 


"Bucket seat. Semi-bucket seat," jawabnya.



"OOooooooooooooooooooo..." haa..hamik ko panjang 'OOO'nnye. Entah hape yang semi nye aku pun tatau.


"Pesal?" tanya Inche Kitchi lak.


"Hmm................. takde la. Ari tu kan seat cam tu B duduk cam ketat sangat. B tak suka. TApi, yang ni pesal cam banyak je ruang. B dah kurus la ye? Kan kan kan??



Inche Kitchi hanya menjuih kan bibir.












TAknak ngaku le tu. 




EGO!



HUH!


Photobucket

23 Sep 2012

[CERPEN] Hamek Ko!

Sejak bersalin anak keEMPAT, tekanan jiwa MAwar makin menjadi. Suaminya Jepri, lansung takde menunjukkan diri nak berubah. TAk macam masa memula kawin dulu.
KAlau dulu, MAwar terjelepok sikit cepat-cepat Jepri balik kerja tengokkan dia. 
Sekarang, anak yang terjelepok jatuh, dimarahnya anak tu.
KAlau dia pulak yang terjelepok, lagi teruk la.
"Awak ni dah tua bangka pun jalan tak betul lagi ke? Itu la, kerja beranak je. Badan dah gemok sampai nak jalan pun tak buleh!" tempik Jepri. 
Makan hati ajelah MAwar.
Nama nak dengar ayat romantik-romantik, dah takde dah. Mawar hanya dengar menda tak sedap je dari mulut. Kalau ikut mulut dia yang boleh tahan jugak radioaktifnya nak juga menjawab. TApi , malas la gaduh depan anak-anak. So, Mawar telan ajelah.

Hasil perkahwinan Jepri dan Mawar membuahkan hasil dengan 4 orang anak. 
Sepasang, sepasang.

Mawar memang ada masalah berat badan yang susah nak turun. 
Lagi-lagi dengan stress yang tak hilang-hilang.
Bila geram kena marah ngan suami, dia makan.
MAkan tu jela yang buat hati dia lega. Meskipun seketika. 
Anak-anak pun suka masakannya.

Tapi MAwar cuma gemok sedikit. BUkan obesiti. 
Memandangkan Mawar sudah tak bekerja kerana disuruh berhenti sebab belanja baby sitter anak-anak makin mahal, jadi MAwar takde la bajet nak beli produk kurus sendiri.
Pulak tu, duduk di rumah je skang, memang nampak makanan ajelah. 
Kalau time kerja dulu, even lapar pun boleh buat-buat lupa kejap. 

MAwar minta 'dana' sikit dari suami nak beli produk kurus. 
TApi, Jepri kemut sungguh la nak bagi. KAdang duit susu anak pun buat-buat lupa. 
KAdang, balik kerja tu Mawar masak biasa-biasa saja pun Jepri tempik jugak. 
Memang jenis tak reti bersyukur betui,


"Kau duduk umah lama-lama takkan le boleh masak sambal ikan bilis ngan ikan masin je?" 
MEnyampah asyik kena marah aje, MAwar pun reply le balik..


"Abeh dah ada itu aje dalam peti ais. Itu je la yang saya buleh masak. KAlau nak menu lain, susu badan saya ni ada la, nak?"

JEpri terdiam. 
Terkejut pulak dia bininya sudah pandai menjawab. 

Tapi, dia mengalah je.
MAkan ajelah apa yg ada....


Dengan kengkawan, Jepri tak sudah-sudah mengutuk kegemukan isterinya. 
Even bila MAwar ada sebelah dia pun, Jepri lansung tak melepaskan peluang kutuk si isteri.
Sampai MAwar naik segan nak berjalan dengan suaminya di khalayak. 


"Itu la kau. KErja beranak aje. BAdan tak nak jaga. Cuba kau tengok SIti tu. BAdan bergetah aje. JAgalah makan sikit..." perli Jepri satu hari.


"Awak beli barang dapur pun tak. Apa je yg saya makan sampai gemok kan? Oh ye... saya makan laci kabinet dapur tu. Abang perasan tak, dah rompong?" perlahan aje MAwar membalas sambil menyelak baju nak susukan anak keciknya.


"Awak kurang bagi duit belanja pun saya tak pernah merungut. Saya gitau je.. Pun awak dah tempik. Saya gemok , lebih isi awak marah-marah. Anak ramai pun nak marah..." sambung MAwar. 


"Habih..dah betul. Ko gemok. Asyik beranak je... Suma nak makan. BAnyak perut nak kena isi.." balas Jepri. 


"Salah saya ke? KErja saya mengandung je. KAlau awak tak minta nak beromen hari-hari, takde la saya ni beranak kerap. Saya minta duit nak beli ubat, tak kasi. KAta saya ni high maintenance. BAndingkan saya ngan bini orang tu yg boleh je 'main' berapa kali, tak ngandung. Suruh temankan gi klinik perancangan keluarga, taknak. SOmbong...  Dah tu..caner?"


"UDah memang aku ni lelaki. Suka hati aku lah nak beromen berapa kali sehari pon. Ko sebok pesal? Ko bini aku AJE kan?" cemuh Jepri. 

Mawar diam jer... 


Dalam hati sakit tak sudah. 
Satu hari, MAwar demam teruk.
Anak-anak terbiar menangih sebab MAwar lansung takleh bangun. 
LEpas seminggu Mawar demam, baru Jepri bawak pi spital. MAwar terpaksa kena tahan wad sebab dehidrasi yg teruk. 
JEpri kena marah ngan doktor sebab lambat bertindak. 
MAwar diam je nengok Jepri kena marah.

Tapi, Jepri tak insap.
Dalam bilik wad tu, Jepri bengang-bengang , marah-marah Mawar sebab biarkan anak-anak kat dia suruh jaga.


"Itu lah awak. GEmok sangat! Demam sikit dah tak boleh kerja. Dah masuk wad. TAk ke menyusahkan aku nak kena jaga anak-anak ko neh!" tempik Jepri di dalam bilik wad tanpa menyedari suaranya didengari doktor dan jururawat di luar.

MAwar hanya mampu menangih.
NAk buat camana. Dah demam kan...


Rupanya MAwar kena demam denggi berdarah.
TEruk keadaanya.
KEsiankan anak-anak, Ibu MAwar menawarkan diri menjaga cucu-cucunya. 
Seronoklah Jepri kerana dapat membujang.
LAnsung tidak dijengoknya MAwar yang sakit tu.
Sedang MAwar bertarung nyawa, Jepri pulak bersedap-sedap dengan betina lain. 
Sehinggalah pada suatu hari, doktor yang merawat MAwar menelefon Jepri meminta Jepri datang ke hospital.

"Dah nak mampus agaknya pompuan gemok tu.."getusnya dalam hati.

Bila Jepri sampai, kelihatan isterinya elok saja menunggu di kerusi,
MAwar sudah kurus melidi. 
Wajahnya sangat tak bermaya, nampak begitu berusia.

HAmpir sebulan bertarung nyawa, Allah masih panjangkan usia MAwar. 
MAwar mendapatkan suaminya, menghulur tangan bersalam.
NAmun terperanjat, bila suami datang bersama seorang wanita lain. 
Jepri memperkenal wanita itu sebagai kekasihnya, tanpa segan silu. 
HAti MAwar yang memang sudah kecil itu, bertambah kecil. 
MEnangih dia di lobi hospital. 
NAmun dia tetap mengikut suaminya pulang.


Di rumah, MAwar dan suaminya bergaduh.
Suaminya tak sudah-suda menyalahkannya.
Segala yang buruk ke atas Jepri, atau yang berlaku keatas MAwar juga semua disalahkan pada Mawar.

"Saya dah kurus kan Abang. Abang tak nak saya lagi?"

JEpri memandang MAwar tanpa perasaan. 

"Kurus sangat ko ni. Aku tengok tak selera!!"


MAwar diceraikan hari itu.
PAda hari dia pulang ke rumah setelah lebih sebulan bertarung nyawa di hospital akibat denggi. 


...............


3 tahun selepas itu Jepri bertemu semula MAwar di hospital yang sama. 
TErkejut ungka si Jepri bila melihat MAwar yang comel , gebu dan sangat anggun. 
Setelah bercerai Jepri tak pernah sekalipun melawat MAwar dan anak-anak. 
Dia keluar rumah meninggalkan MAwar yang masih sakit .

Jepri pantas mengejar MAwar yang tenang berjalan.


"MAwar!" PAnggil Jepri.


MAwar toleh.
"Eh... Abang JEpri??? Wakpe kat sini?" Tanya MAwar dengan senyuman. LAnsung dia tak terkejut bertemu Jepri. 


"Errr... ABang ada hal. Orang rumah kena gi spital. Jumpa pakar sakit puan. " beritahu Jepri. 


"Iye..? Kenapa? BErsalin kah?"  tanya MAwar. 


Jepri diam.


PErbualan terhenti bila MAwar dirapati seorang lelaki.


"Hai Sayang.... LAma sampai?" tegur lelaki itu. 

Jepri hanya mampu melihat Mawar bersalam dan mencium tangan lelaki tersebut. Sesuatu yang selalu MAwar buat ketika bersamanya dulu. 


"BAru saja Bang. Eh.. Bang, kenalkan.. Ini bekas suami MAwar... Ingat tak??" beritahu MAwar pada lelaki itu.


LElaki tersebut tersenyum-senyum.


"Ehh..mana pulak Abang tak ingat sayang...... " senyum lelaki yang sudah beruban di tepi telinga sambil menghulurkan salam.


"Hi... saya Dr. Ashraff. Ingat tak, saya pernah merawat Mawar masa dia sakit denggi dulu...." 
Jepri terasa langit bagai mahu runtuh. 

Bila masa MAwar kahwin???

Punyalah dia lansung tak mengambil tahu perihal bekas isterinya, sampaikan Mawar berkahwin lain pun dia tak tahu.

Serta-merta cemburunya membuak. MAwar semakin cantik. Kulitnya terjaga. Tidak gemok lagi. Tubuhnya montok-montok, sedang elok.
Begitu ayu bertudung litup. 
Dan bertambah gundah Jepri bila melihat Doktor itu merangkul pinggang bekas isterinya.


"Encik JEpri buat apa di sini....?" tanya Dr. Ashraff.


"Errr... saya datang bawak isteri. Ada appointment. ISteri saya susah mengandung. DIa teringin sangat nak anak. JAdi, kami sekarang sedang mengusahakannya...." terang Jepri , sambil menunduk.


MAsa tu, semua kata-kata hamburan yang pernah diberikan pada MAwar dulu terflashback satu-persatu. 
"Kerja ko beranak je!!"

"Dah le gemok. TAk boleh berjalan betui. MAlu aku berjalan dengan kau!!!"

JEpri terasa wajahnya tebal sepert tembok besar cina.


MAwar hanya tersenyum......  


"TAkpe... nanti ada lah tu rezeki. Lambat cepat je..."



KEndian, mereka dirapati pulak seorang wanita yang agak tembam.


"Eh Abang. Saya tunggu lama dah kat sana. Apsal lembab sangat neh!!!! Penat tau!!"






...





HEHHEHEHHE... JADIKAN PENGAJARAN YEEERRR....



Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram