Followers

31 Aug 2012

Oni Dapat Tablet PC

Sungguh aku berat hati...
HAmpir setiap hari Oni lenjan GNoty haku.
Setiap saat minta izin nak main game. 
Memang le korang leh cakap, salah aku. BEralah ngan anak bagi anak pegang henpon.
Tapi, aku sorang lak kan yg kejenye melayan.
AKu pun ado keje lain gak nak wat.
Oni ni plak bukan jenis tengok tv.
Dia ni budak ligat-buas. 


Kekadang kesian. 
TApi kalau bagi, betri asik habih je.
GNoty tu enpon kerja. 
KAlau buleh taknak la diusik-usik. 
Sebab nak membeli tu pun 'berchiinntttaa'.
Istilah kongsi-kongsii tidak buleh diaplikasikan kalau masuk bab tugasan ni. 
Aku baru nak berwasap je, Oni dah mintak izin nak main game. 
Tu kalau aku wujud depan idung dia.
KAlau aku gi berak, laju je dia capai GNoty haku, wat cam harta sendiri. 
Aku lak jenih pelupa nak simpan enpon di tempat tinggi!


Aku tengok ramai je anak-anak besor ONi ada TAb. 
Sekecik-kecik kiut tu, jari-jemari lincah menekan tab memasing. 
Aku la umur besar Oni tu satu-satunya menda yang aku reti main rasanya piano kayu kaler maroon yang Abah belikan. 
PEhtu, anak-anak kecik yang ado tab ni suma senyap je. 
Duduk setempat.
TAk bercakap ngan orang.
TAk sama lansung cam Oni yang mulutnya ngalahkan popcorn baru masak. 
Semua menda nak tanya.
Kalau bercakap tu buleh bawak bersembang. 
TAk macam budak-budak ber'tab' yang aku jumpa.
Sepatah ditanya, sepatah la jawab.
KAlau tak ditegur, maka tak perasan la kita kat sebelah. 


Dalam GNoty aku uploadkan beberapa game sesuai ngan ONi.
Salah-satunya SIng Sing Together, Free Version
ONi sangat suka lagu-lagu dalam tu. 
LAg-lagu budak, catchy. 
Ada tarian ringkas sesuai untuk kana-kanak seusianya. 
Even Wawan pun suka.
LAgu faveret dema... Eansy Weesy Spider. 
Dan ada beberapa lagu lain ..
Days of the Week.
Hello and Good Bye.


MAsuk hari ketiga, aku dah leh dengar ONi ngikut patah-patah lagu tu.
Oni ni bab lagu cepat.
LAgu Katy PEry pun dia leh nyanyi slamber je dalam pelat-pelat gitu. 
BUdak kan... PAntang dengar je. 
KEndian, aku donlodkan ABC Songs.
Sama gak... 
After 3 days, aku dah nampak dia tunjuk mana satu A, B dan C.
Dan aku ada gak donlod Jewels Star.
Budak kecik biasa tak gemor sangatla game match-match kan bentuk dan kaler ni.
TApi sebab kalerpul kot, Oni suka. 
KAlau waktu biasa aku ajar dia bentuk dan warna tu punya le payah.
Asik kena rasuah cekelet je.
KAli ni cam senang plak. 
Dah buleh kenal STar, Square and ROund. 
Dan beberapa kaler tertentu especially Pink. 


So, aku termenung sejenak.
KAlau dah interaktif game camtu yang buat dia tertarik nak belajar, isn't that good?
Because Oni ni ada trouble concentrating on things. 
Bila dia wat sesuatu dia cepat jemu. 
Cam haku je...
Tapi, kalau dah asyik men game, nyanyi-nyanyi lagukesukaan dia buleh buat dia kenal ABC , bagus le tu kannn..
TApi pulak...
takkan nak share GNOty ngan aku.
Dalam ni macam-macam segala ado.
GAme haku lagi.
Game Apak lagi.
Senak perut GNoty ni kang. 
HAHAHAHHA...


Aku nak beli satu Tab kat Oni..
Alang kata takmahal.... Dalam RM300 lebih.
Waa... sejak bila pulak 3 latut linggit jadi tak mahal neh?
Dunia semakin maju kah?
TApi, still on my budget la. 
Aku mintak Apak sikit.
APak pun cam stuju je nak belikan satu Tab kat Oni. 
AKu cover sikit pakai duit raya ONi. 
Oni kena kasi share la sebab Oni yg nak main kan?
HArharhar...


Aci kira ni hadiah besday present la. 


Cuma, satu je gundah gulana aku. 
Aku takut Oni jadi budak tak bercakap je sebab asyik dok belek natang TAb tu.
Walaupun dengan kehadiran TAb tu boleh membendung masalah peti suara aku pecah kerana asyik mengulang arahan yang sama setiap hari, tapi still aku bimbang kalau tidak terkawal Oni akan menjadi anti-sosial plak. 
PAstu, nak soh wat pe pun takleh asik sebut NAK MAIN GAME jer. 
Wahhhh!


BAgaimanapun, sebelah daripada hati aku yang besar lagi luas ni berkata, setiap apa yang berlaku baik atau buruk adalah dari diri kita sendiri.
KAlau kita kawal dari awal, takkan jadi yang teruk.
Setiap perkara yang baik, takde la semuanya datang dengan senang dan semuanya baik, kan?
PAstinya ada sedikit ujian dan ujian tu memerlukan kebijaksanaan aku untuk handle. 


JAdi....
Skang Oni dah ada Tab. 
Aku masih kena figure out camana nak mendisiplinkan Oni menggunakan itu TAB.
HAHAHAHAHA...


TAdi aku dah gitau dia..kalu nak main game kena buang puting kat mulut. 
Stakat skang ni, dah  4 jam dah dia tak menyeru nama Puting dia. 
HEHhee..

Tengok la caner nanti.
Hopefully segalanya baik buat Oni. 
Ibu sayang Oni.
NAk bagi segalanya kat Oni.
Tapi, takleh la semuanya dapat dengan senang kan? 


Oni tak lupa nyanyikan lagu untuk Wawan. 


Ada tak Quran Interaktif khas untuk budak kecik? 
KAlau bleh boh dalamTab kan bes..

Any ideas dari parents suma pasal games yg nak boh dalam Tab, please advice. 
MAkbed pun baru sangat dalam menda-menda gini. 


P/S  Respek kat ibu bapa yang boleh ajar anak-anak sendiri dengan tekun sampai pandai baca dan menulih. 




Thanks sebab baca.


Photobucket

Oh..nangeh ketiak ngan depa dua orang ni.



PAyah bnor la nak hapdet blog ciopotet pun....
ANak-anak aku skang ni, pantang aje aku duduk depan lektop, mulalah wat tarian kebangsaan. 
HAri ni lagi la..

Bersempena dengan HAri Kebangsaan ni, diorang punya mogok tu menjadi-jadi. 
YAng si ONi asik minta nak MAIN GAME. 
TAkde lain dah la kejenye.
NAmpak Note aku terbior je, dia lah yg godek. 
KAlau dia tak mintak main game, dia mita shekelet (coklat).
KAlau dia tak minta shekelet, dia minta nak makan ubat.


YAng si Wawan lak, makin beso makin kuat rajuknya.
Oni tak berapa sangat bab merajuk ni.
TAk penah lagi la aku tak bagi menda, Oni nangeh merajuk.
TApi yg jantan ni, wahhh.merajuk bukan kepalang.
Sampai si Gemok datang umah pun, dia sniri cakap Wawan kuat merajuk.

NAsibbaik comel....





Sejak dah dapat 'kaki' ni kemain lagi la.
Tongggang-langgang umah tu jangan cakap.
Oni ngan style dia.
Wawan tukang tambah bagi teruk lagi. 
JAdi berganda-ganda penatnye.


Aku nak wat tutorial bedak arab pun taknyempat.
BAnayk resepi nak upload, pun tak sempat. 





kepandaian baru.... 


Nengok gambo dulu la ye...


Ni la Wawan, si anak bujang saye.
Gi memana pun , asik kena cubit ngan cium je.
Ngalahkan Justin Bieber lak.
HAHAHHAA...



OK.. Out dulu. 

NAk pi open house.
Pehtunak pi jalan-jalan. 



Photobucket

Bila Oni Bercakap




Oni: Ibu.. Ni baju kurung Oni ke?
Ibu: HA'ahh,,,,
Oni: BUrrokkkk nye baju ni...
Ibu: BUruk apenye. TAk basuh lagi tu. Esok Ibu basuh.
Oni: TAk payah la. Beli baru je.....



Oni: Ibu, air ni boleh minum ke?
Ibu: Boleh je....
Oni: Tapi... Air ni dah 'malam'.
Ibu: BUkan air dah 'malam'. Air ni air semalam.
Oni: Oooooooooooooo.....



Oni: Ibu.. tengok kaki ONi ni. Kena Gumok.
Ibu: Mana? (Tengok kaki Oni)
Oni: Niee..... (garu-garu)
Ibu: BUkan kena Gumok. Kena gigit nyamuk.....
Oni: Ooooooooooooooooo......


Oni: Ini kasut Ibu ke?
Ibu: Iye...
Oni: Boleh pinjam?
Ibu: Tak leh.
Oni: Ibu ni kelutut la.
Ibu: BUkan kelutut la.... KEDEKUT!
Oni: Ooooooooooooo....


Oni: Ibu, nanti bila Oni besar Oni buleh pakai bekap kan?
Ibu: BUkan bekap... MEKAP.
Oni: Oooooooo... buleh la pinjam?
Ibu: Boleh... NAnti Ibu pun nak pinjam Oni punya mekap ye.
Oni: Eh... Ibu beli sniri la. Ibu dah besar dah.
Ibu: Aih..!


Oni: Ibu, shantek tak Oni pakai lektik?
Ibu: BUkan lektik.... Lipstick.
Oni: Ooooooooooooooooooo


Oni: Ibu, bukak la citer nyanyi-nyanyi kat kektop ibu tu..
Ibu: Bukan kektop la. Laptop....
Oni: Ooooooooooooooooooooooo......








SALAM KEMERDEKAAN DARI MAKBED SEKELUARGA...


Photobucket

30 Aug 2012

Anak Cucu Tok Siah's Next Big Project


Kesian Wawan... kena dera ngan Mak Long Ain





Ini dipanggil Sabotaj! APak aku lak yg wat kan.. ISk~ 



Udahh... Tak abeh lagi nangeh si Wawan nih!



Eh... Puan Presiden sedang tido dengan bahagianya


Wawan masih lagi nangeh. Entah hape la sedih sangat ngan MAkLong Ain beliau. 





Oni tarik rambut Adik







Gado. Dua orang ni bukan bleh dok dekat-dekat tanpa aktiviti sehat. Ini le sudahnye... HAiyoooo~






Kredits to tuan punya gambau yang tertera di bawah...




Aku curik gambo ni dan wat entri tanpa pengetahuan tuan punya..
HAHAHAHAHA....






Anak Cucu Tok Siah tengah wat plan untuk the next gathering. 
MAybe di MElaka kot.
LAma dah tak pi Melaka ni.





Dengan ini, Makbed ingin menyeru kazen-kazen semua update kan tarikh gathering tu dan masukkan dalam reminder, organizer, kalender peribadi memasing ye. 
It will be on this coming October , bebeh. 


Thanks Pidah kerana sanggup menjadi organizer lagi.
JAsamu sangat dihargai. 


LAst gathering ri tu aku tgh uwek-uwek ngandungkan Wawan.
Hope sehat sokmolah nanti ye 

Photobucket

28 Aug 2012

Oni difitnah!



Oh Wawan...
Dulunya ko sangat suwit.
Skang, kamu sungguh ligat.
Tak terkejar Ibu.
Kena mintak bantuan Apak. 
NAsib baik Alang ada. 
KAlau tak, jenuh la. 


Skang, Wawan suka memanjat semua menda.
TAk peduli pun segala bahaya. 
Grrrrrrrrrrr....


BEbaru ni MAksu call.
Dia cakap, henpon dia ado miskol.
Aku terkejut gak la. Bila la pulak aku nelepon dia.
Aku mengesyaki Oni telah menekan punat REDIAL telepon umah aku ni.
Dia kan suka main telepon...
Lepas tu, jadi lagi.
Lagi..dan lagi...


Rupanya....
BUkan kijo si ONi lah.
Wawan dah sampai pegang telepon umah yang diletakan di atas rak. 
Dia panjat sofa dan bertenggek atas rak tu.
Tak susah pun nak tekan punat Redial tu.


Wah.... sian Oni.
Kena pitnah. 








Wawan punggah tilam.
Wawan punggah baju.
Wawan main telepon.



Wawan panjat kusi dan wat aksi stunt.





Mementanglah skang dah boleh berdiri sambil lepas tangan. 
Penat la jugak melayan dua anak yang lebih kurang sama je kadar keaktifannya. 
BUleh mengah. 





Inhaler... Mana Inhaler...~?












Anakjantan aku ni skang dah pandai merajuk. 
Kalah si Oni. 
Photobucket

Legging adalah sejenis spender. JAdi sorokkan la di dalam. Melainkan anda adalah Superman.







Gamaknya kalau aku la pakai gini, korang nak jalan tak sebelah haku?
Ini bukan setakat VPL lagi kak!
Ini kalau Fashion Police nampak ni, mahu kena saman juta-juta beb. 









Leggings bukan sejenis fashion.
Even yang tak bertudung pun, nak gayakan leggings mesti kena ngan gaya.
Yang pasti, legging memang tak sesuai dengan yg bertudung. 

KAlau korang rasa kaki korang lemak nya bergumpal-gumpal, jangan pakai legging. 
Kalau kaki korang kurus melidi, jangan pakai legging.
KAlau takde kaki lagi la tak payah pakai legging. 


BAgi aku legging bukan sejenis seluar yang boleh digayakan dipublic. 
Anggap je legging ni macam spender. 
PAkai kat dalam aje.
TAk payah tunjuk kat orang.





Bebaru ni jumpa satu psangan suami isteri ni dok beli baju raya.
Suami pakai baju melayu, baru balik tarawih kot.
Si isteri, pakai blouse labuh sampai montot, tapi berlegging.
Udah le legging tu kaler biru turqoise.
Aku yang pompuan ni plak dok memandang peha dia je.
Memang tak seksi.
Peha beso.
NAmpak lemak goyang-goyang macam agar-agar tetiap kali melangkah.
Aku tak paham ngape laki dia buleh bior je bini dia cenggitu. 
Dan si bini pun, tak rasa lain macam kah?



Aku lak... Ada 1 legging sekerat betis.
TAk pakai pun even di umah.
Takleh pakai menda yg jenih melekat kat kulit ni. 
TAktau ngape. 
Rimas. 



Cubalah jadi lebih baik.
Betul. perubahan itu perlu berdikit-dikit.
Tapi kalao berubah dari tak pakai menutup aurat kepada memakai legging sbg cara menutup aurat, aku rasa baik korang gi menuntut balik subjek Pendidikan Islam kat sekolah.
Jangan sampai ada budak kecik tegur kita plak tentang cara menutup aurat yg betul.
Malu tak sudah kang. 



Photobucket

27 Aug 2012

Takziah buat sahabat jauhku Ily Zafira

  

Kehangatan Syawal masih terasa kan...


Bagaimana pula Syawal yang masih panas-panas ni dikhabarkan pulak dengan berita pemergian insan yang paling kita sayangi?

Tu lah yang cuba aku selami...


Takziah buat sahabatku Illy Zafira yang kehilangan suaminya pagi tadi akibat kemalangan jalan raya. 
Satu berita yang sungguh tak aku jangka.
Illy merupakan sahabat baik aku yang kerap jugak la masuk blog aku nih.


Illy Zafira nak bersalin



ANak mereka baru berusia setahun setengah lebih kurang. 
Dan usia perkahwinan pun baru je nak masuk 3 tahun , kalau tak silap perhitungan aku lah. 


Kata Ily, suaminya bertolak pulang ke Johor jam 3 pagi.
Suaminya seorang guru, bekerja di Johor.
Ily pulak kerja di Kuala Lumpur. 
Ily dapat panggilan dari polis suaminya kemalangan di Melaka, lebih kurang jam 6 pagi. 

Sebak tatkala aku menatap gambar raya diorang. 
Tapi, Ily memang sorang yang sangat tabah. 

BAnyaknya kawan aku yang tabah-tabah ni rupanya ye...
Semoga aku setabah mereka.


BUat Ily, bertenanglah.
Salam TAkziah dari MAkbed sekeluarga. 




-AlFAtihah-
Photobucket

[Produck Review] Makhluk Asing yang keluar lepas amik JSD. Ngeeeeeeee~



Just nak mempertegaskan, MAkbed bukan agen Jamu Susuk Dara (JSD).
Aku masih lagi stokis HAida Kamaruzaman Collagen Cappucino dan masih lagi mengamalkannya secara konsisten.
Dan, aku masih lagi agen insurans di bawah naungan Prudential BSN Takaful.

Tak bermakna aku promote JSD ngan kopi yg aku suka , buat aku dilabel jadi double agen plak. 
Seriously, sejak zaman aku berblog ni start aku memang sangat suka kongsi menda yg besh kat blog. 



BAgaimanapun, kalau korang nak info lebih lanjut pasal JSD ni, korang buleh rujuk Nora ZIma yang dikenali sebagai MAk SOleh. 
KAlau korang nak konsultasi ke hape ke, kome sembang ngan dia.
Dia terer beb!


HAri ni nak share sikit lagi pasal JSD. 


AKu strongly rekemen kepada semua rakan-rakan yang bermasalah rahim longgar , period tak teratur dan period pain yg teruk. 
YAng mana nak cuba dapat anak, boleh juga try.
Sebab, papepun, rahim kita perlu di'bersih'kan terlebih dahulu.
Ada antara kita yang sexually active, tapi tak mengandung.... Bila check ngan gynae, dia gtau yang hasil 'kerjasama' suami isteri yang masuk ke dalam rahim isteri tu, tak mendatangkan hasil.
Yet, berkumpul menjadi ketulan dan terjadilah blockage.
Ketulan tu kendiannya menghasilkan memacam dipanggil cyst, ketumbuhan, tumor or last skali cancer. 
Aku bukan doktor, tapi secara logiknya ia boleh diterima akal dan kita kena terima la ye.
LAgipun, aku ni kerja bab-bab claim insurans ni.
Daripada report claim yg aku kena tulih, perkara sebegini biasa terjadi.

Even, my closest friend sendiri dah mengalaminya.
LAmbat check, she lost one of her tube.
Aku tak pernah lupa, dan aku jadikan pengajaran buat diri aku sniri dan kalau buleh taknak la orang lain especially yg terdekat ngan aku mengalaminya sama. 



Pemakaian 'Pengantin Dara' tu adalah wajib untuk rawatan sesi pertama. 
So, cara pemakaiannya boleh rujuk kat SINI. 

Oh mai.... Memang sangat tak cool.
Tapi, kome selawat la banyak-banyak.
Anyway, it is not THAT bad. 


To my friends and cousins yang belum kawin dan ada masalah keputihan serious sampai ke peringkat basah teruk, berbau dan gatal-gatal, MAkbed rekemen sangat cubalah Feminine Wash
Sangat besh. 
PAda yang biasa amik jamu, boleh try JAmu Aku Dara ye....
Miahahaa....
KAlau anak dara yang makan panggilla AKU DARA.
KAlau aku yang makan , aku ni Mak Dara maka aku terpaksa panggil JAMU MENGAKU DARA. 
Kuang KUang Kuang....
Boleh mengatasi 'kadar kebecakan' yang ado.


Aku ada sorang teman pakai Aku Dara ni. 
Pepaham je la kalau lepas habih pantang dalam musim raya ni...
Orang baru habih pantang takleh makan pulut banyak. 
KAwan aku ni makan ngan rakusnya kot, sampai akhirnya dia sejuk-sejuk macam nak demam. 
Bentan rupanya. 
Kebetulan, makcik dia memang amik Jamu Aku Dara , simpan dalam henbeg.
Bagi sebijik kat kawan aku. 
Wah...kesannya segera. 
BAdan terus rasa panas, sedap je.
Korang penah rasa bentan x?
Aku penah.
Sangat sakit okeh. 
Moral of the stori, walaupun dah habih pantang, jangan la over sangat ek. 


Oh ya!
PAntang ame JSD ni kan..Korang wajib brenti amik minuman berais.
TAkleh minum air kelapa. Nanti mengurangkan kesan jamu.
KAlau ada yg amik jamu atau ubat herba lain, seeloknya stop dulu.
MAcam aku, aku aku Collagen Cappucino ni masa amik JSD. 
BAjet buleh la kan sebab minuman biasa jer...
TApi, badan aku tatahan meh.
Pening serta-merta.
TApi, ada pulak member aku sorang ni buleh je carry on amik JSD ngan kopi tu. 
So, khas buat pengguna Collagen Cappucico (HKCC) kalau badan tahan , continue je.
KAlau ada tanda-tanda cam pening nak pensan tu, renti ok.
Fokus pada JSD dulu.
Lepas perawatan 72 jam, leh sambung amik kopi balik. 
Tu just review based on my experience la ye. 








'MAkhluk asing' yang keluar lepas amik JSD

kalau geli tayah tengok ok. 

















HAHAHHAA.
Ini bukan menda yang kuar dari 'tuuut' selepas amek JSD la.

Ini ialah cekelet choclairs yang si Oni makan , tak abeh.
Pehtu dia pi calit kat meja kerja aku.
Rajin kan anak dara haku..?

KAlau calit taik idung tu aku leh trima lagi la....
Ni calit cekelet gini, waduuuhh.... nasib baik la tak bersemut. 





Photobucket

26 Aug 2012

[Produk Review] JAMU SUSUK DARA




Produk ni dah peymes sangat. 
TErpampang aje kat fesbuk tentang kemujarabannya. 
Ramai yg approach MAkbed suruh cuba. 
Tapi, aku la plak wat pandang takpandang.
Sehinggalah pada suatu hari member aku , Adira Cinderella suruh aku search pasal menda ni.
Dia memang selalu minta opinion kalu bab-bab kesihatan kewanitaan ni, tapi aku pun bukan lah pandai bebenor. 

TApi, dalam hati tu memang berminat nak tahu pasal jamu yang skang ni feymes disebut-sebut.


MAka aku pun menggunakan khidmat Google.
Tidak mengecewakan. 
Aku dapat apa yg aku nak.

TAk cukup dengan tu, ada beberapa agen yg approach aku soh beli. 
TApi aku lebih kepada bertanya soklan lebih je.
Yela..sebelum pakai produk apa pun, kena la tau serba-sedikit pasalnya kan.
PAling penting, kena tau KEPERLUAN DIRI KITA DULU.
TAkleh la main beli jek. 




JAMU SUSUK DARA.




Korang tentunya sudah biasa dengar. 
MAybe ada antara kita yang geli-geleman setiap kali terbaca terstimonial yang dipaparkan agen. 
TApi, itu hakikatnya yg harus kita terima. 
ANyway, gambor menda kotor tu aku rasa lebih real dan patut tengok daripada tengok iklan uba kuat yag lidah terjelir, atau iklan ubat membesarkan tetek yang ntah pape tu. 
KEsedaran takde, menyampah lagi ade lah. 
Dalam hati ni dok tertanya, betui ke apa yg kuar tu?
Boleh jadi seteruk itu kah?

Dan pengambilan Jamu SUsuk Dara (JSD) tu mang sinonim ngan perkatan 'korek'. 
KAlau tak korek, memang tak cukup syarat. 
HAAHHAHA~
To fulfill my unstoppable curiosity, aku cari lagi dan lagi.
MOst of the testimonials were about the same. 
And they were all posting their own sayings in a happy mode!
Hmm...


Sehinggalah pada suatu hari, teman jauh tapi rapat aku ni tetiba cakap yang dia adalah agen Jamu Susuk Dara. 
Wahhh...
KEmain la hepinya aku kan.
KAlau udah member sendiri jadi agen. 
LAgi la bertubi-tubi tanya soklan. 
Dan tak de la aku segan nak citer masalah aku. 
Orang yang pernah berpengalaman melahirkan ni semestinya paham keadaannya...
LEpas bersalin ni, kalau baik seperti sediakala..ALHAMDULILLAH.
Syukur lah.
KAlau tak pulih, memang banyak kerja nak kena buat.


Nora Zima explain kat aku apa yg aku perlukan. 
Dia bertegas aku perlu amik jamu yang perlu 'disumbat' dan 'dikorek' tu.
Aku mati-mati takmau. 
NAk korek?
MEmang tak reti.
TAkut sama. 
Sebab tu aku tak jadi nurse.
KOrek jerawat pandai la. 
Heee!


Aku nak beli produk lain...
Feminine Wash, Masker VAgina dan Jamu Aku Dara. 
Just 3 tu.
TApi, yang satu tu je aku takmo!
Jamu Susuk Pengantin Dara.
TAkmo... Takmo...!
LAst skali, disebabkan aku yang degil gamaknya, dia pun cakap ngan aku....

"Ok. Ko beli la apa yg ko nak. Tapi yang Pengantin Dara tu aku belanja ko. Ko WAJIB pakai!"
MAsa tu, aku pikir... I got nothing to lose. 
Dia nak blanje.
YEs.. jamu sumbat tu mahal la jugak.
RM65.
Pehtu, nak kena ada keberanian mengamik risiko... nak menyumbat 2 biji masuk ke dalam lubang anu sendiri dan masukkan sedalam yang boleh.
Pulak tu, kena plak parking kiri dan kanan.


MAsalah aku ialah, aku tak reti nak sumbat malah sistem anatomi bahagian tu pun aku belum penah explore sendiri. KAlau tengok gambarajah dalam buku sains tu pandai la.
Tapi, kalau dah kena pegang dan rasa sniri, aku rasa aku pitam je dalam jamban.
Sangat naif kan?
Anak dah dua ni!


Aku takleh cakap TAKNAK!
Dan aku takleh jugak TAK PAKAI bila jamu tu sampai sebab NOra dah hadiahkan aku jamu tu demi nak berkongsi pengalaman gumbira seperti mana dirinya setelah dia amik JSD. 
Maka..... pada hari itu tibalah Jamu Susuk Pengantin Dara ke tangan.
Aku tengok je ngan penuh kemoskelan.
Oh tidak!!!
Mengapakah aku perlu melalui saat-saat mengerikan seperti ini?
TAkde ke menda yang mudah dan senang?
Kenapa la kalau jadi perempuan, mesti nak kena associate ngan bab sumbat dan korek? Ok ...soklan ni agak bodoh dan tak payah jawab lah. LAwak aje OK. 






Selepas setengah jam bertungkus-lumus dengan segala macam perasaan berbaur, last-last boleh gak tau.
Huuu... tereris tak?
Kendian, malamnya folo up makan 4 biji baki jamu tu. 
Dan makan lagi 2 bijik untuk 2 hari seterusnya.
Apa jadi?
Sebaik saja ubat tu diinsert ke dalam udah terasa meremut-remut gitu. 
TAdi awalnya cam lobos je, boleh masuk jari.
PEhtu, udah takleh masuk lak. 
Hoh!
Sudah......!!!
HAri kedua , selepas 40 jam pemakaian , ada kesan-kesan hitam melekat kat panty liner. 
Ada la rasa berpasir-pasir sikit keluar masa nak kencing. 
Risau gak kot-kot keluar makhluk asing ke lepas pemakaian tu. 
TApi so far, alhamdulillah - takde. 
LEpas 72 jam, jamu tu perlu dikeluarkan.
So, aku pun korek la sedaya mampu. 
PAyah sikit. 
YAng tinggal cma serbuk-serbuk kecik, bergumpal. Mungkin kerana dalamnya lembab kot.
TApi, takde kuar makhluk ganjil seperti dalam testimonial yang aku baca sebelum ni.
Aku taktau nak bersyukur ke nak sedih..
HAHAHHAHA.. konflik kan?

CUma, ada lendir hitam je sikit kuar masa hari kedua. 


KEsan yang dirasai....
Aku ni kalau batuk ke bersin berlebihan, musti terkucil.
Al-maklumlah kan...
Susah sgt nak solat kalau time batuk-batuk.
LEpas amik JSD, masalah batu terkucil sudah takde. 
PERCAYALAHH!!!!!


Dan aku jugak amik Feminine Wash. 
Korang amik pakai la.


Aku rekemen sangat-sangat *loncat tergedik-gedik.
The best intimate product ever kot. 
NAk citer tak reti tapi try la. 
Rege mahal la untuk kategori feminine wash tapi, kesannya berbaloi sangat.


Produk lain-lain pun aku amik gak.
TApi tu citer kendian la.


Itu je 2 produk yang aku pakai dan aku teruja nak share ngan korang.

Skang tgh tunggu AKU DARA sampai ke rumah.
KAlau ok, boleh la continue. 
Alhamdulillah...


Terima kasih Nora sebab sanggup mengamik risiko dengan aku.
Akan kukenang sampai mati. 




Untuk Adira CInderella, boleh amik JSD lepas tamat tempoh healing anda. 
MEmandangkan anda baru lepas bersalin, czer lak tu, silalah bersabo ye. 
Aku dah wat survey utk ko. 
BAek punyo!!
AHAHAHAHHAA..



PAda yg nak tanya anything pasal JSD ni, leh la tanya Nora Zima yer..
best tak entri ni?
tade gambo tak senonoh kan? 





tesimoni sendiri ni.
jangan kopi pes ye.
babab kang!
Photobucket

Perutusan Rasmi Si Ayah Untuk Anak Daranya YAng NAk Cari Calon Suami







SYarat-syarat calon suami (korang penah tak kena camni?)


Kamu (perempuan) yang keje nya bagus sikit, Apak awal-awal dah pesan...
KAlau nak cari laki, cari yang keje gomen.



UDah jumpa yang keje gomen, cari yang bujang.
KAlau keje gomen tapi duda, Apak rijek!


PAstu ada plak lagi arahan kat belakang tu...
KAlau keje gomen, keje la papepun...
TAPI....




POLIS takmo ye. 










MORAL: LElaki sekelian, silalah keje gomen untuk mendapat tempat di hati bakal pak mentua anda..... (Keje polis tak mo ahhhh!) 








Photobucket

25 Aug 2012

HUJAN SATU HARI, AIR RASA SESEJUK AIS!



PENYAKIT MALAS DATANG BALIK



Ni semua gegara MAk datang umah le ni..
Salahkan Mak lak kan. 

MAk gi jalan umah anak-anak pun dia masih memasak di dapor. 
Aku gi umah dia pun dia masak.
Dia datang umah aku pun dia masak. 
Heee....


TAkleh idop kan kalau tak makan makanan MAk ni...?


MAk Abah dah balik Kuantan dah siang tadi.
Dah sunyi balik dah umah.
HAri ni seharian hujan lebat. 
Sejukkk....
Misi mengemas tu asik terbantut je. 
Wawan lak demam tetiba tadi.
Skang dah okeh dah , lepas bagi ubat demam. 

ISunya , skang aku nak kemas dapur. 
TApi, malas nya NAuzubillah....
Air sejuk gila.
Boleh tak taknak basuh pinggan sebab air sinki sejuk gila?
Hujan sejak pagi tadi dan tengah malam skang ni air ni cam ais. 
Rasa cam nak semput je hanya degan basahkan tangan dengan air.

Camana nak basuh pinggan?????





Alang dah terbongkang dah...


Heeeeeeeeeeeeeeiiii... APA PUN TAK BOLEH.


Photobucket

24 Aug 2012

Cucu-cucu yang sangat kucar-kacir





Bersama Puan Presiden, Tok Siah. 


Ini le wajah terkini Puan Presiden Tok Siah N Co.
Memperkenalkan, Nenek Kandung Makbed.... YAng kami panggil Tok Siah. 
Dah tua sangat dah Tok aku ni. Tapi, masih kuat semangat nak jalan-jalan. 
Terbaru, beliau datang kenduri bertongkat la pulak.
Aku usik-usik dia , tak pasal je dia tongkatkan aku.... Saje je...

Lupa nak snap gambo tongkat dia.
Ntah-ntah dia sengaja sorokkan tongkat tu sebab tak nak kasi aku kaco. 
LAwo la tongkat beliau. Berkenan aku. 


Ni aje Nenek kandung yang MAkbed ada skang.
NEnek sebelah Mak. 
Tokwan dah lama arwah. 
Tokwan dan Tok BeeBee (sebelah Abah) pun dah arwah masa Makbed kekecik lagi. 
Yang tinggal hanyalahTok Siah ajelah tempat bermanja. 

Tapi Tok sedara yang lelain tu masih ramai...









Ini baru suku je dari cucu-cucu Tok. 
Ada lagi yang tak sempat sampai ke lokasi penggambaran ketika picture ini diamik. 
MAsing-masing sibuk bersantap. 


MAkbed cucu Tok yang ke-4 kalau ngikut urutan kelahiran.
Kalau susun beratur ikut kelahiran tu, aku masih dalam top 5 la kan.
Tapi cucu Tok SIah sumpah ramai sampai kazen-kazen aku yang bawah-bawah, yang lepas dari nombor 10 tu aku dah tak ingat dah. Sampai nama pun tak tau beb!
NAk wat caner? 
Skang aku rasa dekat nak masuk 40 orang dah pe kazen-kazen aku neh.
Ado makcik yang masih lagi AKTIF , anak dia yang kecik tu udah sebaya ngan Wawan dah.
Ngeeeeeeeee~ 
Tu pun makcik aku tu tak plan nak stop gi. 
Sebab belum cukup 8 orang , katenye. 
Lagipun, dia cakap umur dia baru 36 tahun. 
Tu ayat tak mo brenti beranak lagi la tu kan. 
HHAHAHAH...



Aku?
Anak baru 2 je dah rasa nak pensan.
NAk rehat sampai 5 tahun lak tu! HAih~


Cucu Tok yang da kawin sudah 5 orang.
InsyaAllah, tahun depan sorang lagi cucu Tok bakal mengakhiri zaman daranya.
MAkin bertambah cicit Tok pasni. 
MAkin bertambah la jumlah cucu Tok yang tembam selepas ini.... eh?? 






Skang ni isunya, aku rasa terpinggir la tau.
Sebab, mementang la aku dah kawin, diorang yg tak kawin lagi suma jeles ngan aku...
NAk singkirkan aku dari carta Cucu Tok Siah Paling Hot di PAsaran. 
Dengki betui dema ni.
Walaupun anak aku dah dua orang, aku masih lagi kiut seperti dulu tau.
TAK KIRA!!
Setiap apa je pose korang, memang muka aku akan ado skali kat situ.
HAHAHAHA..~


PApepun, kesemua cucu-cucu Tok berkongsi minat yang sama

MEMASAK




pehtu

MAKAN!



mau nye tak gemok. 




-tengah cari gambo raya lama-lama la-
baru leh tengok betapa toyanya muka masing-masing suatu ketika dulu. 

Hikhikhikhik






Photobucket

ADEGAN BIASA DILIHAT KETIKA SESI PENGGAMBARAN KELUARGA TOK SIAH n CO

LANGKAH 1

Arahan SUSUN KERUSI dikeluarkan. 





LANGKAH 2

Memanggil lebih ramai anggota untuk tolong buat penyusunan kedudukan





LANGKAH 3

Apabila ahli semakin ramai, akan tercetus suasana panik. JAdi, kena ada sediakan mandur sorang untuk tenangkan keadaan.





LANGKAH 4

Ketua Jurugambar membuat semakan kedudukan dan menyelesaikan suasana panik.




LANGKAH 5

Ketua Jurugambar kasi final touch sebelum sesi penggambaran bermula
TARAAAA!!!!!





Sekian.
Daripada:
Sidang Redaksi Tok SIah n Co.

Photobucket

23 Aug 2012

Makbed Bertunang. Tahniah MAkbed.




BAju bertunang MAkbed dah tersedia. 
BAju Biru Turqoise kalernya. 
TAk sabar mengira hari tibanya.
NAk bertunang lagi skali katenya.....



BUKAN MAKBED TUNANG....



Sepupu saya yang bertunang..~





 PAda hari raya ke-3 kami sekeluarga dengan pantasnya ke umah Mak Ngah sebab Kilah nak bertunang. 
KAlau dulu dok Lumut, gi Ipoh tu kira kacang goreng je la kan.
Dekat.
Skang dah dok Kedah, nak pi ke Ipoh tu aku siap tapau stabak lagi kat Juru Autocity. 
Tu la ubat ngantuk berjalan jauh kang. 
Mujarab.
KOrang try la. Amik 2 shots espresso. 
Celik sampai ke destinasi. 


Sampai pun dah malam.
Boleh baca entri INI.


PAda pagi raya ke-4, kami pun bersiap siagalah.
TAk payah masak pape sebab Pak Ngah udah order catering. 
Just masak untuk makan sendiri-sendiri je. 
Sepupu-sepupu lain banyak yg dah sampai malam raya ketiga lagi. 
TApi, nak menunggu sepupu kehormat pulak yang janjinya nak sampai raya ke-3 malam , sama-sama ngan aku, tapi lastnya tak sampai-sampai. 
JANJI NAK MAIN BUNGA API SESAMA~!!!


Tetamu Kehormat kena tutup mata ngan tuan rumah. 


Wah, lemak si Ain ni.
BAru sampai je terus duduk makan. 


Makan lagi si Ain ni..!




Masih lagi aksi makan. Memang kuat makan betui pompuan ni tau. 


RUmah Mak Ngah kecoh betui dan maintain kecoh walaupun pihak rombongan lelaki sampai di laman umah.
Si pentunang masih lagi maitain gelak berdekah-dekah sampai MAk Andak @ Mak Andam bertugas suruh dia diam dan bersopan-santun. 
HEheheh... HAHAHAA.... Kuikuikui~


Dah lama takde majlis tunang-kahwin ni.
LAst ari tu kenduri si Arif, abang beliau. 
TApi, masa Arif takde sesi andam-mengandam sangat. 
TErakhir Mak Andak mengandam anak buah dia adalah masa hari pernikahan aku kot.... 
Memang keluarga kami sangat memerlukan majlis keraian seperti ini. 
KAlau tak, pakat payah nak jumpa. 




MAkbed snap dari jauh je sebab lambat sampai ke depan. 



Lepas selesai sesi perbincangan antara 2 keluarga, maka termeterai satu keputusan.
Keputusan itu tidak pula diketahui oleh MAkbed. 
HAHAHA..minta mahap la ye. 
TApi, Makbed suka la.. Family sebelah lelaki ramai yang datang.
 Insyaallah.... Bulan 3 ni kot kenduri, kata si Kilah. TApi, tarikh betuinye belom confirm lagi. 



Makbed dan si pentunang.... 



Kilah , adik kakaknya dan kazen-kazen beliau. 


Terlanjur majlis bertunang diadakan pada HAri Lebaran, maka sesi yang paling disukai ramai termasuklah ABah aku adalah sesi bergambo. 
Yang paling naya sekali, Puan Presiden le...
Tok Siah. 
Dia kena duduk atas kerusi paling lama tak bangun-bangun demi nak memenuhi permintaan anak cucunya nak bergambo. 


Keluarga Makbed. TApi Alang takda masa ni. DIa ada kerja. 



Cucu Perempuan Tok Siah yang memang pantang sungguh nampak camera. 





Seluruh Ahli Keluarga


Tahniah Makbed ucapkan pada Kilah.
Semoga dipercepatkan jodoh dan dipermudahkan segalanya. 
PAsni, ko dah kawin, mari kita lihat siapa lebih tembam.
HAHAAHHHAAAHHHAAAHHA *gelak Degawan. 



Nak tengok gambo bakal pengantin lelakinya?








Shomel kannn?

JAngan memain.
Inspektor Sahab tuu....









Pasni , sapa pulak nak tunang?

HAaa... mai pileh..!! Mai Pileehh!!!


Kalau ikut nombor giliran, pasni patutnya si baju Coklat depan skali tu. 
Takpun, Si tudung hijau tu ha... 
Cik Ain...JAngan tunggu lelama sangat ye. 



Ada entri lain lak menyusul nanti. 



Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram