Followers

29 Jun 2012

Nak pindah Jumaat ke Sabtu?


Pinggan mangkuk kaca telah pun siap dibalut surat khabar dan disusun dalam kotak. Mug dan cawan pun dah siap dah.

Meja kerja aku pun dah clear. Semua hal kerja, buku rekod , polisi-polisi dan alat tulih aku masukkan dalam kotak khas. Yang berbaki atas meja hanyalah lektop dan printer. Printer besok Inche Kitchi lak uruskan.

Baju-baju suma dah pack masuk beg.
Ada yang masuk kotak.
Yang tak pack lagi cuma baju Wawan dan Oni.
Dan baju yg tak lipat lagi. Dok dalam bakul.
Di penyidai ada lagi baju yang baru dibasuh.
Di dalam mesin pun dok ada lagi baju yg sedang dibasuh.

Aku rasa semua baju tu besok akan disumbat dalam beg plastik sampah je. Hangkut la suma skali masuk truck. Malas dah haku nak lipat. Kalau abang-abang navy tu rajin nak lipat kain baju aku sepanjang perjalanan dari Lumut ke Alor Setar besok, aku lagi la suka. Leh bagi upah lebih. Siyes tak tipu.


Patutnya Sabtu pagi kami bergerak. Pembantu-pembantu akan datang mengemas segala barang masuk truck pada Jumaat petang , esok.

Tapi, tetiba Inche Kitchi tanya plak..................

"Kalau kita gerak lepas kemas barang , ok tak?"


Hmmmmmmmmmmmmmmm....

Besok ado Friday Meeting. Kalau nak gerak petang tu jugak, memang kena kemas laju-laju lah. Tapi, cam letih la plak jalan malam. Kalau jalan balik raya takpe la besss... Ni jalan ngan satu lori gedabak penuh segala barang umah. hUuuuuuuuuuuuuuuHuuu.... Aku pun tatau apa nak expect.

nganntuk. Besok le sambung nulih.







Photobucket

28 Jun 2012

Kalau Ibu Auni Mati.... dengan gambo lebih real.





Gambo bukti aksi ala-ala Tom Cruise dalam Mission Impossible 4. 


HAAHHAHAHHAHHAA


Sila baca kisah ini dahulu sebelum skroll ke bawah...




















Just imagine aku keluar dari tingkap yang terbukak sikit tu... kendian jalan pelan-pelan gi panjat besi balkoni. 
Pehtu, aku terpaksa menjatuhkan diri yang berat ini atas lantai gegara kaki tak sampai. 

Dan aku wat semua tu ketika memakai baju tidor. Tapi nasib baik la time tu teringat pulak aku nak sarung suar panjang. 




Tetiba plak Inche Kitchi ajak gerak besok petang. 
So maknanya, malam ni last la kot aku nak tido kat Lumut ni. 

 Oni takmo pindah hokeh! Dia nangeh masa aku masukkan suma baju aku dalam kotak.



Photobucket

27 Jun 2012

Kalau Ibu Auni Mati ......?



PADA PEMBACA YANG LAMA MENGENALI MAKBED, INGATKAH  KALIAN DENGAN ENTRI INI? 

Entri di dipublish pada 3 Ogos 2010, ketika Oni baru je nak cukup setahun.
 Inilah kenangan hidup yang tak dapat aku lupakan sepanjang aku tinggal kat dalam Pangkalan TLDM Lumut, Block C14 nih. 

Korang baca, pehtu korang imagine.






Sesuatu telah berlaku mengakibatkan badan aku akhirnya sakit-sakit dan tangan kanan aku takleh gerak. WHOOSSSHHh!~


Pagi Ahad yang hening. Auni bangun jam 8am dan dia dah tepok2 aku suruh mandikan beliau. Ahh.. beyak rupanya. Banyak. Sampai terkeluar carta pampers. Haiyaaa..... Aku pun dengan pantas angkat beliau gi tandas, londeh2kan semua pakaian dan kendian mandikan beliau. Angin kuat hari ni. Nak hujan kot.

Tengah2 mandikan Auni, tetiba....

 DUMMMM!!!


Pintu tengah yang menyambungkan ruang tamu dan ruang bilik-bilik tertutup. Aisehhh... pintu ni dh nak rosak. Dah ketat dah engselnya. Dah terhentam kuat cam tu, harap-harap tak rosak la terus.

Lepas dah habih main air, aku lap-lapkan Auni dan letakkan di atas tilam. Biar dia golek-golek bogel gitu sementara aku masuk ke bilik nak ambilkan baju beliau. Tengah-tengah sibuk-sibuk pilih baju tetiba.....


DUMMMMMM!!!!


Sekali lagi.

Pintu tu terhempas. Haihh...~ Kuat betul angih hari ni. 

Aku terus berjalan ke ruang depan. Tapi, pintu tutup. JAdi, aku pun bukak lah. Tapi....


PINTU TAKLEH BUKAK.

Tuzki Bunny Emoticon 
Tersekat.
Dah banyak kali aku cuba,  
GAGAL.

Ahhh.. sudah...
Camne la..... Oni ada kat luar tu.Depan tv. Tak pakai baju lagi. Takde sapa kat luar. Aku lak stuck kat dalam bilik. Hubby lak takde. Kerja, tak balik lagi. Henpon lak kat luar, dengan Oni.

Camana nak masuk mendapatkan Oni?

Tuzki Bunny Emoticon


Aku masuk bilik tengah. Nasib baik tingkap umah bukan jenis nako. 
Tingkap tu luas la kalu aku nak keluar pun. Ohh... rumah aku kat tingkat 2. Agak-agak kalu jatuh ke tanah, mati tak?

Takkan nak tunggu Inche Kitchi balik? Kalau dia balik lambat camne? Oni kat belah sana, ntah pape la yg dia buat . Buatnya dia panjat kusi ke... Haaa... Takleh.

 Aku kena panjat gak tingkap tu, dan pergi ke balkoni. Nasib baik ada tenpat letak kaki, kat tepi dinding tu. Boleh le jalan ke balkoni. Ohh.. Makbed. Pastikan ko tak mati ye. Kalau ko mati, Oni tinggal sorang2 kat ruang tamu tu sampai la ayah dia balik.

 Aku rasa kalau la aku pregnant time tu, aku dah lama gugur. Takyah tunggu jatuh ke tanah, masa panjat galang bakoni tu pun aku dah selamat tumpah darah. Tinggi gak galang tu. Hahaa.... Yang penting, aku kena gi tempat Oni jugak.Yang lain-lain tu, nanti le kita citer.



 Bila panjat galang yang tinggi tu, disebabkan kaki tak sampai aku terpaksa la menjatuhkan diri ke simen balkoni. Sakitnya? Haaa.. Rasa sendiri la. Despite the pain and sore, I managed to get myself inside, and I found Oni siting on the floor with her baby KOKO... tgh main duit syiling beb!!!



To be honest, we both in the bridge of death that morning. 
Sikit lagi. 
Then, semalam, aku dah demam. Jatuh kuat sangat kot. 
Maklumlah, gemok. 
Hari ni still demam jugak. 
Uhuhuuhu~ Cakit!


eksyen la tu.. dah pandai panjat kerusi. dah pandai turun. dah buleh tido atas kerusi





Makbed : Masa nak mati tu teringat yang aku belum senaraikan calon bini baru untuk Inche Kitchi. Sapa nak jaga Oni kalau aku mati nanti?





Esok aku snap gambo tempat aku panjat tu... Bagi real sikit..



Blogger Templates

26 Jun 2012

MAkbed di Sime Darby MEdical Centre, Subang Jaya



Berita tergempar...

Ate tetiba dok kat depan SIme Darby Medical Centre, Subang Jaya. HAHAHA... Tetengah sibuk dok siap nak pindah, camana pulak buleh ada kat Subang Jaya??


Well....

Ni suma gara-gara sorang teman baik ku yg sangat kusayang tu ngadu yang jiwa dia kaco. Ni hal claim elaun wad anak dia yang dituntut, sudah 6 bulan tak juga siap-siap. Dia dok ngadu lama dah tapi disebabkan dia bukan client aku, so agak payah la sikit aku nak handle. Lagipun agen beliau memang beria cakap nak tolong buatkan.

Tapi.... tunggu punya tunggu, takde kabor lansung pasai itu claim. Teman aku ni kebetulannya gi wat folo up check untuk anak beliau yang sakit itu, dan dikaborkan oleh doktor bahawa borang claim baru je ada kat tangan dia (si doktor) dan dah lunyai pun borang tu tak diisi-isi.

Dia jugak dimaklumkan bahawa doktor tu kalau buleh nak jumpa agen insurans tu sendiri tentang medical report sebab agak rumit jugak la nak wat medical report ni. LAgipun kes anak kawan aku ni bukan kes bisul ke ketumbit ke. Kes besarrrrr. KAnser Otak. JAdi, sebagai seorang agen yang profesional, kalau client tu sakit kritikal cenggitu kenalah bagi perhatian yang tak berbelah bahagi kepada tuntutannya, dari mula sampailah tuntutan itu selesai..... Setuju?


YAng si doktor pulak cakap kat kawan aku..." Medical repot anak you ni tebal macam buku teks matematik tambahan. LAgi tebal dari tu lagi. JAdi, saya taktau report yg mana satu yang agen you nak. DIa patutnya follow up la..."

HA... ni kes agen tak follow up medicl report yg sudah dihantar ke hospital. Dia expect yang orang spital yg nak telepon dia kot.. KAlau dia hot cam LAdy GAga mungkin la orang spital tu nak call dia balik. MAlangnya, bukan.... JAdi, sila lah wat keje dengan berwibawa.

Aku pun tak de le terer bebenor. TApi, walaupun aku tak terer, aku ada jiwa dan hati yang ikhlas. Dan aku tau, setakat nak claim elaun wad takkan lah sebegitu lama sampai setengah tahun. Tapi, untuk berlaku adil kepada keduanya, apatah lagi kawan aku minta aku tolong sesangat selesaikan claim tu sebab anak dia nak kena buat rawatan lain pulak pasni (nak pakai duit la) jadi, esok aku akan mula menyiasat apakah yang berlaku sebenarnya ke atas tuntutan tersebut. Di manakan silap dan khilafnya. Jika boleh diselesaikan, kita selesaikan segera. KAlau tak leh, kita ekjas pulak nak wat apa pastu.

Bulan depan aku dah takleh nak buat keje apa dah sebab pepaham je lah orang baru pindah ni mestila otaknya pun sesemak rumah barunya jugakkkk....

So, itu adalah permulaannya. KAlau yang mula tu boleh mengakhirkan terus, maka bagus la. Ending cepat la kisah claim-yang-tak-dapat kawan aku ni. KAn?

BAnyak ke claim tu???

Well... meh kita wat kira-kira....

1 hari dok wad dapat RM200.
KAlau dia dok wad selama 30 hari?
PAstu dia kena lagi masuk wad lagi 30 hari?


Dah berapa?



KAlau berjaya la claim ni, mungkin kawan aku kena bagi aku 25 sen. KAlau makcik urut tersohor minta 25 sen wat putus ubat.  HHEEHEH... Lebih kurang la tu... OK, aku gurau je.


Aku taip lelaju. Skang check in kat hotel murah-murah je. JAnji besok aku leh terpacak depan bilik doktor tu tepat-tepat jam 10 pagi. TAkmo lambat. Aku nak pi makan. Pehtu nak pi beli ubat gigi. Tak expect pun nak kena tido sini malam ni. Seb bek ado baju spare

Inche Kitchi ado. Tolong drive. Mekasih sayangku sebab anda sungguh bersabar teman saya bertugas. Dan Oni dan Wawan kena tido umah pengasuh malam ni. TAk boleh bawak. Sebab ibu sedang kerja....

MAlangnya, 'vitamin' penghalang Oni dan Wawan daripada mendapat adik baru terlupa nak bawak. So, Inche Kitchi kena tido katil lain. KEKEKKEKKE~



Photobucket

25 Jun 2012

Periksa Dulu Sebelum Keluar




Dah lama beb tak gi opih. Hari ni jenuh pujuk Oni soh gi umah pengasuh. Nasib baik la dia OKE je walaupun memula takmo. Tadi kena bawak Oni gi jumpa Dr. Ling lagi sebab demam dia datang menyerang bila malam tiba. Aku risau nih.

Dr. Ling kata, Rabu ni kalu dok demam lagi, dia soh pi lagi refer kat beliau. Sobsss...


Sebelum kuar gi opih, aku telepon suma client dalam kawasan jajahan. Sebab hari ni 25hb dan banyak yg dah gaji. So, aku nak kutip duit perlindungan la kan... *HAHAHAHA.

Lepas call diorang, aku call la partner in crime - Kak Ju dan Kak Nor. Diorang kata diorang pun dah buntu dok umah, so decide nak kuar gak - pi makan sesama. Aku nak opih dulu. Diorang kata nak jumpa kat opih je..

So, aku pun dok la opih siapkan keje tertunggak sejak 2 minggu lepas. Ye la.. anak-anak sakit, camana la nak pi opih yedak. Dah siap suma, aku pun call Kak Ju. Rupanya depa dah siap parking kat MAnjung Kopitiam, siap order makan lagi. Tak tunggu aku. Cissssssssssss......


Memula aku soh carry on je. Makan je la tanpa aku. Konon merajuk la kan. Tapi sebenarnya, niat tu nak habihkan keje kat opis. Tapi tetiba rasa hati ni tak sedap. Udah la aku ni tak brapa hari je lagi nak dok kat Manjung ni. Ni lah masa nak lepak ngan kawan-kawan kan. So, apa lah salahnya makan sesama ngan Kak Ju ngan Kak Nor....

Jadi, aku pun start keta, dan terus gerak gi Manjung Kopitiam.

Sesampainya aku, rupanya makanan depa pun tak sampai-sampai lagi. HAAHHAHA...

Nak dijadikan citer, borak-borak punya la lama... sampai la time nak bayar. Kak Ju bukak purse. Dia cakap nak belanja. Sebab gaji dia banyak dari aku. *Dia tak cakap cemtu , tapi aku yang saja mereka citer.

"Takpe... Kak Ju blanje je lah..."katanya.

Tapi, aku pun dah bukak purse. Asik dia je blanje aku. Bagi la aku blanja....

"Eh.............mana pulak duit Rm50 aku ni? Tadi keluar ada lagi sekeping??" kata Kak Ju cemas. Dia keluarkan duit singgit-singgit ye. Tu pun ada 2 keping je.

HAHAHAHAHHA.. Aku dah gelak.

"Aii.. buleh tak keluar umah bawak 2 hengget je...? Iskkk.......... NASIB BAIK KO ADA LIZA.. Kalau tak ntah sapa la nak selamatkan kami niii.." kata Kak Ju , masih terkebil-kebil , tak paham apa yang telah berlaku kepada dia.

So, akhirnya aku berjaya jugak belanja 2 orang akak yang selalu je belanja aku makan tak kira mana pun kitoang pegi....

Nasib baik aku datang tadi. Kalau aku bantai dok opih je, ntah kena basuh pinggan hape akak aku 2 orang ni. Ngaaaaa~!

Moral: LAIN KALI NAK KUAR UMAH, CHECK DULU DALAM PURSE ADA DUIT KE TAK. Jadi pape kang, naya je. Muka kompiden , cun-cun nak blanja orang, skali takde duit.Kalau kengkawan takpe la. Kalau client? Hohohoho~








Photobucket

24 Jun 2012

Perlu Ke Lidah Tu Keluar?










Perlu ke iklan cenggini? 

Kalau aku memang malu nak letak number telepon kat dalam ni... Huuuwaaa!!!!




Photobucket

23 Jun 2012

BAJET COOL vs SUPER COOL



Hari ni bagai takde idea nak menulih. Tadi gi tolong jiran rumah atas prepare bahan untuk masak besok sebab dia nak wat doa selamat. Sungguh rajin kan beta ini?


Alih-alih, umah sniri takde lauk nak mkan. Nasib baik ada Encik Ronel Mekdonel tolong masakkan. Siap gak sepinggan chicken mcdeluxe sama dabelcisbeger. 


Well....


Makbed terpanggil nak menulis tentang gambar yang bila tengok sekali nampak cam sentap, tapi tengok banyak kali rasa macam KESIAN SANGAT kat para 'model' yang beraksi dalam ni. 


7 BUDAK PEREMPUAN YANG BAJET COOL 
vs
7 BUDAK SEKOLAH YANG SUPER COOL

7 budak yang ntah pape



Mungkin cara aku membebel ni dah sama taraf macam makcik. HAHAHA..Yela, aku pun dah ada anak saudara ramai dah. Aku sendiri pun dah ada anak. Apasal ek gambo jadi cenggini? Berapa tahun sangat kah beza adik-adik aku ni ngan zaman aku sekolah besar-besar ni? 

Ala..itu cuma aksi jari jerr. Kalau kita berfikiran positif, takkan jadi isu gambar gini kan?

Memang boleh nak berfikiran positif. Tapi, kan lebih baik kalau aksi jari cenggini tak dilakukan lansung sebab signal cenggini secara globalnya mengetahui apakah maksudnya. Kan? 

Kalau lelaki buat pun nampak hilang kejantanan- KAlau aku sniri pun leh hilang selera menengoknya. Inikan pula gadis-gadis cilik ini yang buat. Tengok muka comey-comey belako. Tapi, terus jadi tak comel bila ada plak aksi tak sepatutnya di situ. 

Ingat lah adik-adik ku...dan sesiapa je... Gambar sekolah khasnya, tetambah pada tahun akhir adalah gambar yang kekal sampai bila-bila. Kalau tak suka, buuleh buang, buleh bakar dan sebagainya. Tapi, kalau kamu mahu membiarkannya kekal , biarlah yang terabadi di atas gambar tu sesuatu yang boleh membuatkan kita tersenyum dan banggakan. 

Abeh kalu udah cenggini la aksinya, besok-besok kome dapat anak banyak cakap cam si Oni, dia tanya plak ..."Ibu, apasal jari camtu??" sambil dia pun buat sama. Hah, apekah? Jenuh gagap nak menjawab nanti.


Bila 1 Jari Lebih Senang Ditunjuk Berbanding 2 Jari


Tapi Makbed kagumlah... Zaman aku bergambar dulu, seteruk mana gila bergambar aku dan kawan-kawan aku neh, kitorang pandai bajet diri comel-comel dulu sebelum gambar disnap. 

Sebab kamera dulu pakai filem Kodak. Kalau 1 snap salah, takleh delete ok. Bazir! Masa cuci pun takleh pilih-pilih. Keluar semua gambo termasuk yang hodoh-hodoh. Yaiks!

Skang zaman dah lain. Buleh snap apa saja gambo berapa juta snap pun. Senyum tutup mata, dilit! Mulut ternganga luas sangat, dilit! GAmbo tak berapa nak santun, dilit! Mudah kan??? 


GAMAK TAKDE IDEA SANGAT CAMANA NAK BERGAMBAR COMEL , MEH SINI AKU TUNJUK GAMBO CONTOH:-





7 Budak yang super cool

 
All these were captured around 12 years back. 
Gambar sekolah.
 Ye la.. aku bukan skulah mat saleh, kot nak ada prom night ke hape. Kat skulah haku takde. 
Ada qiyamullail je lah banyak tetambah dekat time SPM lak tu.
 Takkan nak amek gambo time air liur basi kat pipi lak?
 Takde nafsu nak amek bergambo kot time tu.
 Dulu nak gi qiyamullail pun kena paksa. 
Skang da insaf dah. Takyah suruh pun leh buat sniri. 

OK, terkeluar landasan suda.

Hari sukan sekolah ada hari di mana kami yang sedia gila ni menjadi-jadi gilanya.
 Korang tengok gambo-gambo kanak-kanak di atas, pehtu korang bandingkan dengan gambo atas sekali. 

Mungkin bezanya terletak pada tahap comelnya adik-adik dalam gambo atas skali tu.
 Banding ngan kami , kami tak comel mana pun....
 Kami cuma sekumpulan budak yang gemar membuat bising di sekolah saja.

Makbed cuma nak kempen......
 Contohilah gambo-gambo kami. 
Hindarilah bergambar seperti yang di atas sekali tu. 
Merisaukan ajelah...


Papepon, ianya cuma sekeping gambar duhai anak-anak gadis. 
Yet, this ONE picture can destroy you somehow, someday.
Teruk~ 
So, belajar dan jadikan teladan yer. 

Layan pulak aksi 2 beranak ni. Ngaaaa~




Tengah ngemas few stuffs lantas terjumpa beberapa keping gambo lama. Terus buat diri ini rasa begitu tua. Sob~Sob~





Photobucket

22 Jun 2012

Saya tak bersedia lagi Oni





Berani betui anak-anak zaman skang ni ye.
Umur baru setahun jagung. TApi dah pandai minta memacam dah!


Anak aku lagi besh. 

Belum sekolah lagi nih!
Daaah minta menda pelik. 





KAWIN PUN BELUM DAH MINTAK CUCU. 




Sori ekkkk.. Ibu belum ready nak jadi moyang lagi.






"Ibu........... Oni nak cucu...... Cepat la buat..."



Photobucket

Ciri-ciri Tambahan Seorang Ibu yang perlu ada



Semua orang tau ciri-ciri ibu yang baik kan?


Nih plak ciri-ciri tambahan yang perlu ada dalam diri seorang Ibu. Ia bukanlah ciri yang baik sangat tapi perlu gak ada ketika situasi tertentu. Antaranya ialah...



Kuasa Jegilan Maut
Jegilan maut ni penting sebab ni sbg signal kat anak yang kita tak suka menda yang dia buat tu. Tapi, nak marah kaw-kaw tak buleh. Jegilan maut ni bukan nak ajak gado, tapi nak kasi warning bahawasanya "IBU SEDANG MEMERHATIKAN AWAK!"



Garang
Kuasa kegarangan ni perlu ada dalam 10% je dalam diri seorang Ibu dan tak boleh guna sepanjang masa. Disebabkan ia adalah sejenih kuasa sakti, maka kuasa garang ni kena guna kekadang je. Kalau guna selalu dah tak suprise dah. Contoh: Bila anak tetiba cakap benda yang tak sepatutnya cakap dan kuasa jelingan maut tadi tu tak berkesan. Biasanya ia turut serta dengan beberapa sesi hukuman setimpal dengan kesalahan yg dilakukan si anak. COntoh hukuman feymes: Jangan Tengok TV!


Tak berhati perut
Ada antara anak kita yang tak suka makan ubat bila dah sakit. Ada antara anak kita yang tak suka makan sayur. KENA PAKSA! Sebab kalau tak diajar dari sekarang, sampai ke tua lah diorang tak makan macam-macam dan membesar menjadi mengada-ngada. Tapi, yang bab sakit tu, nak taknak , even tak suka pun kena jugak paksa anak makan ubat kan? So, korang wat camne? Meskipun anak tu nangeh teruk mcm kena pukul, tapi kita tetap kepit jugak anak kita ketat-ketat sampai takleh gerak, nak paksa dia telan gak ubat tu. Kejam kan?



Kuasa Ketap Gigi
Ini kuasa bapak aku sebenarnya. Tapi ni lebih kepada menyimpan kemarahan dalam diri sebab si anak tu wat menda tak senonoh depan orang tapi kita takleh wat pape kat dia . yelah...dah depan orang kan? HEHEHHE... Takkan nak wachaaa dia kat situ lak. Tak masal je ko gi balai sebab dera anak sendiri padahal anak ko tu tengah baek je tarik rambut anak orang kat pasaraya. Kalau bukan anak ko buat, anak orang buat kat anak ko. AHHH....stress tuuuu~



Papepun jom kita tengok ciri-ciri seorang Ibu yang baik yang Makbed copy paste dari blog Permata Hatiku.



1. Kasih sayangnya menyerlah

Ibu yang sejati di dalam Islam akan memberi kasih sayang bukan saja dalam bentuk belaian dan kemanjaan tapi juga didikan. Di samping keperluan fizikal anaknya dipenuhi, keperluan rohani turut diisi. Kerana tingginya kasih sayang ibu ini, dia mengharapkan kejayaan yang berkekalan buat anaknya.

Justeru anak itu dididik dan dibentuk peribadinya mengikut kehendak Allah supaya terjamin masa depannya di dunia dan di akhirat. Anak itu milik Allah, amanah yang dipinjamkan kepada kita maka sewajarnya kita membentuk peribadi mereka sepertimana yang dikehendaki oleh Allah.

2. Prihatin dan ambil berat

Kadang-kadang anak sudah besar panjang pun, ibu masih prihatin, ambil berat dan ambil tahu tentang diri anaknya. “Ibu saya sampai sekarang, bila jumpa dia akan tanya, kamu dah solat ke belum?”

Sebab itu walaupun anak telah berkahwin, ibu bapa masih lagi perlu prihatin dengan kehidupan mereka seperti yang dilakukan oleh para nabi dan orang soleh dahulu.

3. Halus perasaan

Ibu yang sejati dapat membaca pergolakan jiwa anaknya hanya dengan melihat air muka dan tingkah laku si anak. Perasaannya terhadap anaknya begitu halus. Sedari kecil anak itu di bawah pengawasannya, dia sudah arif benar ‘bahasa badan’ anaknya. Ibu dapat baca dari riak wajah walaupun anak-anak tidak beritahu.

4. Suka beri nasihat

Sifat seorang ibu sejati, dia suka dan sentiasa memberi nasihat kepada anaknya. Oleh itu dia selalu menjadi kaunselor dan tempat rujuk anak-anaknya. Dalam kitab ada dinukilkan pesanan seorang ibu terhadap anak perempuannya yang akan melangsungkan perkahwinan.

 Sifat suka memberi nasihat ini didorong oleh keinginan untuk melihat anaknya mendapat yang terbaik dalam hidupnya.

5. Sangat sabar dan berlapang dada

Dari wajahnya sudah dapat dibaca sifat sabar dan lapang dadanya. Bukan dia tidak pernah marah tapi dia pandai dan mampu mengawal perasaan. “Mak saya bila anak-anaknya datang, dia layan semuanya dengan wajah dan senyum yang manis,” cerita seorang teman mengenai ibunya yang berusia akhir 70-an.

“Tak pernah dia tunjuk rasa tak senang atau marah. Walhal bukan tidak ada antara kami yang pernah mengecilkan hatinya. Bagi saya, itulah ibu sejati.”


6. Lembut tapi tegas

Wataknya ‘adjustable’. Di mana perlu berlembut, dia akan berlembut. Di mana perlu tegas dan tidak boleh beri muka, dia akan tunjukkan ketegasan. Namun waktu tegas, sifat kelembutannya masih terjaga. Dia tegas bila melibatkan soal disiplin, peraturan atau perintah Allah, tapi wataknya yang lembut tidak pula bertukar keras dan kasar.

7. Suka meraikan

Walaupun anak-anak sudah besar dan masing-masing telah berkeluarga, seorang ibu yang tinggi sifat keibuannya masih suka meraikan dan melayan keinginan anaknya. Bila anak balik bercuti misalnya, dia akan turun ke dapur menyediakan makanan kegemaran si anak. Jika anak-anak ramai, dia akan meraikan dan beri perhatian pada setiap anak.

Dia mahu anak-anaknya selesa dan terpenuhi keperluannya. Hingga kerap kali dia mendahulukan keperluan dan keinginan anak-anak dari keperluan dan keinginannya sendiri. Malah ke tahap dia mengorbankan keinginannya semata-mata untuk memberi yang terbaik kepada anak-anak.

8. Tidak pilih kasih

Tidak ada di kalangan anak-anak yang berasa dirinya kurang disayangi. Selain terhadap anak-anak sendiri, sifat menyamaratakan kasih sayang ini dapat dilihat pada layanannya terhadap anak orang lain. “Anak orang lain macam anak dia juga,” ungkap seorang kawan ketika bercerita tentang seorang mak cik yang pernah ditemuinya.

Dengan kekuatan sifat keibuannya, seorang ibu dapat membentuk dan mencorak anak-anak di rumah, mencorak anak-anak didiknya di sekolah jika dia seorang guru, atau membentuk ‘anak-anak’ di pejabat jika dia seorang ketua pejabat.

Ciri-ciri Ibu yang Hebat

1. Sentiasa berusaha gigih untuk mendapatkan hasil yang terbaik dalam mendidik dan member kasih syaang kepada anak-anak.

2. Jangan lupa banyakkan berdoa, kerana doa adalah senjata orang-orang mukmin dan Allah suka umatNya berdoa dan memohon kepadaNya yang disertai dengan usaha sekuat mungkin.

3. Pamer kasih sayang tanpa ragu-ragu kepada anak-anak. Kerana kasih sayang adalah penghubung tali kekeluargaan yang amat hebat nilainya.

4. Sentiasa yakin dalam apa jua tindakan demi kebaikan bersama.

5. Kuat berusaha untuk membahagiakan satu sama lain. Ibu kepada anak dan anak kepada ibu-bapa.

6. Kita adalah contoh paling hampir di mata anak-anak. Oleh itu sentiasalah mempamerkan dan lakukan tindakan yang rasional kepada anak-anak.

7. Disiplin dan berprinsip teguh dalam melakukan tanggungjawab umat dalam batas syariat.

8. Sentiasa memberikan teladan yang baik, dan berakhlak luhur.

9. Banyakkan bersyukur dengan nikmat dan dugaan Allah swt

10. Sabar dan redhalah di atas jalan dan takdir yang ditentukan Allah swt.




Photobucket

Dah makin sihat nampaknya...



Alhamdulillah... Setelah sekian lama hujan turun mcm nak tak nak je di bumi Lumut ni, tapi semalam cuaca redup dan sejuk dek hujan lebat pagi-pagi.

Wawan dan Oni pun dah beransur sihat. Tinggal batuk-batuk dan selsema. Temperature dah ok. Aku kena beli termometer baru sbb yg lama tu macam tak accurate dah.

Tapi Wawan masih merengek bila mau tido especially di malam hari? Apsal ye? Mungkinkah sebab idung beliau tersumbat dan tekak beliau sakit setiap kali batuk?


Sejak Ahad diorang ni tak sihat. Sejak Ahad jugalah tido ku tak nyenyak. Setiap malam ubat kena pantau. Nak tido? Dengar Wawan batuk pun aku dah cuak. Kesian sangat. Aku leh bayangkan lah kalau aku yg batuk camtu. Mau terkencing-kencing sebab urat bladder dah longgar. Huhuuu..


Bagaimanapun aku bersyukur sebab diorang da beransur sihat. Buleh le aku bagi tumpuan kat Apak diorang lak. Belum dating lagi nih.








Photobucket

21 Jun 2012

Winners Night again... Quarter 1, 2012. Perak Region.






 TAHNIAH AL-AZHAR ASSOCIATES di atas kejayaan yang kita capai setakat ini. 





Proud to be One of them. 



kena cari satu pose yang agak fotogenik la jugak kan pasni. Sebab cam skema je haku dalam gambo di atas. KEKEKEKEK~ *penting keeerrrrr?

Sejujurnya, terima kasih di atas kepercayaan dan sokongan kalian. Tanpa korang, aku tak leh nak berjaya pun. Jadi, teruskanlah sokongan itu. Kalau ada orang yang perlukan khidmat nasihat berkenaan takaful , apa saja yang berkaitan, jangan segan-segan bertanya ye. NAk tolong rekemen pun boleh. Kerana lebih ramai client berurusan dengan saya, lebih lamalah saya berada dalam industri ni dan lebih lama lagi saya memberi servis saya pada kalian. 

Dengan orang lain mungkin korang malu atau takut dikatakan tak berilmu, so korang pun tak nak tanya pasal insurans ni. Bayar sesaja je tanpa tahu apa yang anda dapat. Tapi, dengan aku , toksah sesegan. Tanya jer. InsyaAllah, kalau leh jawab aku jawab. Kalau tak leh jawab, aku cuba cari jawapan untuk korang. 
  
  
   Kerana perniagaan ini bermulanya dengan integriti dan hati yang ikhlas.


Photobucket

Nak Layanan Sama Rata?







[Entry berat sebelah]


Setuju tak kalau aku kata, kita sendiri yang meletakkan diri kita kelihatan seolah-olah ditindas?
Perlukah hak sama-rata antara lelaki dan wanita?
Bagi aku tak perlu pun. 

Hak bekerjaya - aku rasa dah cukup ok. 
KAlau minta hak samarata , kang pompuan beranak hari ni, besok kena start keje terus, caner?

Cuma........
Mungkin perumpaan 'wanita adalah kaum yg lemah' tu kena tukar atau dimansuhkan. 
Hakikatnya walau wanita ni memang secara fizikalnya nampak cam lemah, tapi sebenarnya tak lemah. Buktinya, wanita hidup lebih lama dari lelaki. Lemah ke camtu? 

Ni contoh ketidaksamaan wanita dan lelaki yg aku wat versi aku sniri la. 
Serabut sikit sebab kepala otak aku pun serabut gak skang. 
Bizi ngan memacam menda nak kena pikir.



Misi: Nak masak.

Contoh multitasking: 
masak air
sementara tunggu air masak, kemas dapur. Sambil tu pikir nak masak apa, dan check inventori dapur. Apa yg ada , apa yg takde. 
Dah ready nak masak. 
Potong bawang dan bahan-bahan lain. 
Anak nangih.
Tanya anak nak apa. KAlau nak susu, gi buat susu dulu. 
KAlau taknak susu, cari la apa makanan ada nak sumbat kat mulut anak tu kasi diam. 
Sambung masak. 
Tetengah masak tu, cuci dapur. Basuh pinggan apa yg ado. Kasi clear sinki.
Tetiba anak datang kat ibu gitau.."ibu berakkk..."
Kalau tengah goreng ikan, kasi goreng bagi habih. Kalau lauk yg buleh postpone, postpone dulu. Kalau anak tu boleh tunggu sampai ibu habih masak, lagi bagus. 
Sementara nak pujuk anak mintak belas kasihan suruh 'tangguh dulu basuh berak' kita rasuah le dia ngan pape jap. Langkah makin cepat sebab nak siapkan masakan segera.
Kalau anak takmau tunggu, kena jugak brenti untuk basuh berak anak dulu. 
Lepas selesai bab anak tu, masuk balik dapo... Sambung masak. 
Tetengah masak tu datang lagi si anak , kaco.
 Lambat pandang, anak dah makan sampah. 
Ibu yg tengah masak, kena selamatkan anak supaya tak makan sampah, mulut membebel. 
Lepas membebel sambil basuh pinggan, sambil kaki tahan anak supaya tak makan sampah , mulut pun dok HAIP HAIP!!! HAIPPP!!! kat anak tu supaya tak buat menda-menda pelik , akhirnya siap la beberapa lauk untuk hidangan tengahari keluarga. 



Misi: Nak gi jenjalan

Contoh multitasking:
Bagi mandi anak. 
Pakaikan baju. Sambil nak pakaikan baju tu ada la segala drama swasta, aksi kejar-mengejar dan aksi jeirt-menjerit. Kalau anak ramai, lagi la meriah. 
Siapkan beg susu anak-anak. Beg susu tu bukan hanya mengandungi susu, tapi ada segala baju spare, pampes, vicks, beg duit ibu, henpon ibu, biskut utk anak... memacam lah!
Dah siap beg susu anak, giliran ibu lak siap. 
Ibu nak mandi.
Sambil Ibu mandi, anak dok jerit-jerit sambil ketuk pintu suruh bukak. Ibu pun menjerit lagi dari dalam toilet..."Sadapp uuuu!!" *lakonan semata-mata.  
Si ibu mandi dalam keadaan tak tenang sebab anak dok nangeh akibat kena belasah dan gado sesama sniri. 
Ibu nak mekap. TApi, anak lak sambil-sambil tu dok menyondol betis ibu. Nak jugak pakai mekap. Ibu membebel ...mintak anak blah daripada tempat kejadian sebab ibu nak bersiap lawa-lawa tak bleh. 
Dah siap, Ibu keluar bilik dan ambil beg susu yg telah disiapkan tadi. 
Check plak lagi, botol susu, puting suma dah ada ke. Baru keluar rumah.
Ayahnya sudah tunggu dalam kereta, sambil tengok jam. 
Ibu baru je duduk atas kerusi, Ayahnya sound..." Lambatnya bersiap..."
Ibu terkocoh-kocoh nak duduk pun tak berapa betul. Anak yang diriba pun tak duduk elok lagi. Baru siap lawa-lawa, pakai eye shadow, maskara suma... Maskara dah cair sebab peluh. AHHAHAHAHAHAH.. pehtu kena kutuk lak ngan asben.."apekah buruk sangat mata awak tu..?"
Stress tak? 


Misi: Nak tido

Contoh multitasking:
Ibu tak penah tido dulu sebelum anak-anak dia selamat tido. 
Ibu siapkan susu segala dulu. Salin pampes anak-anak. 
Ibu bawak masuk bilik. Tutup lampu. 
Anak-anak tak ready nak tido tapi ibu paksa tido ikut jadual.
Dalam bilik anak melompat-melompat , terlebih gula. Ibu dah ngantuk. Tapi tak berani nak tido selagi anak tak lelap. 
Berlaku la scene 'peperangan' dalam bilik. Antara dialog biasa.."TIDO LAHHH!!!!" sambil ibu tepuk-tepuk bontot anak tu mengikut kadar kegeramannya. Kalau geram teruk, bunyi tepukan bontot tu buleh dengar sampai luar. 
Pulak tu, kalau anak 3, semuanya nak kena tepuk bontot. Ada yg request lagu la macam dalam PIliHAN BERSAMA Radio Muzik. Ibu kenalah nyanyi sampai diorang tido. 
Kalau tak nak tido jugak, Ibu akan bagi ceramah. Berleter sambil tangan masih lagi menepuk bontot anak-anak. 
Bila anak-anak dah tido, si ayah pun masuk dan terus tido mcm takde pape yg berlaku. 
Takpe..penat mencari rezeki untuk keluarga...... 



Lelaki multitasking di rumah...

Misi: Berak. 
Contohmultitasking; Baca majalah atau suratkhabar. 


Misi: Driving
contoh Multitasking: Smoking sambil berborak-borak tanya keadaan isteri. "Awak sihat ke?"
 Sambil tanya, sambil hembus asap rokok ke luar tingkap. Bajet asap tu pandai la bawak diri keluar tingkap seperti yg diarahkan. 


Misi: Jaga Anak
Contoh Multitasking: Tengok anak tu wat aktiviti bebas sambil tengok tv. Kalau anak meragam, tido terus. Otak jem katanya. 


Misi: Kemas rumah.
COntoh multitasking: Kemas rumah tu pun dah banyak multitasking. Any inteference dari luar akan membuatkan tugas tu terbantut. KAlau tak siap, tak capai target kemas rumah seperti yg dikehendaki, otak jem. Terus tido. 



Hak kesamarataan Jantina?


Kita memang tak sama. 
Sepatutnya kita sebagai wanita kena berbangga dengan apa yg kita boleh buat.
Dan berbanggalah sebab orang meraikan kita sebagai wanita.
Ada Hari Wanita.
Ada Hari Ibu.
Dan ada pulak LAdies Night kalau gi tengok wayang. Harga murah cket. 
Perempuan hamil buleh potong barisan kalau kat kaunter. 
Perempuan hamil diberikan lebih layanan , dan selalu dapat diskaun kalau shopping.
Diberikan keutamaan untuk duduk bila dalam LRT... 

So, perlu ke hak kesamarataan bila kita ni sebenarnya dah diberi layanan macam puteri raja dah. Orang lelaki pun tak dapat macam yg kita dapat skang ni. 
Kang kalu diberi hak samarata tu kang, tak dapat duduk kat LRT, kena berdiri jek..korang kata 'TAK BERTIMBANG RASA PULAK."

Camana nak mintak bagi sama kalau dah memang tak sama? 


Secupak takkan sama macam 18 cupak!


 Gambo ni jelas menunjukkan, tak layak lansung mintak hak kesamarataan. 

Boleh ke kata "Laki tunjuk perut boleh, apsal perempuan tak boleh? Buncit sama je kannn??"





Entri suka-suka je.



Photobucket

HAPPY BIRTHDAY NAJWAN, dan beliau masih demam



Temperature Wawan naik tetiba jam 4 pagi tadi. 
Merengek tak sudah.
 Yesterday morning, dah bawak Oni dan Wawan gi jumpa Dr. Ling. 

Cam biasa, Oni walaupun demam , Doc tau Oni leh baik sniri.
 Cuma batuk-batuk Oni tu agak merisaukan aku. 
Tapi Doc kata batuk Oni ok. 

aku risau la sebab dia taknak makan... susu pun selalu tak habih.
 Pehtu, bila malam batuknya macam orang semput. Kahak banyak. 


Yang si Wawan plak , setiap saat nak merengek, berdukung dan berteman. 
Monyok je.
 Mata tu kuyu.
 Payah nak nampak senyuman dia. 
Alahai..siannya...

Tapi, malam semalam aku kena gak gi Ipoh - ada Winner Night Prudential. 
So, Wawan tinggal ngan Apak. 
Oni lak tinggal ngan pengasuh. 

Memula pengasuh nak soh Oni tido je kat umah dia, tapi tetiba badan Oni panas. 
Tak berani lak dia. 
Dan aku selalunya akan jaga sendiri Oni dan Wawan kalau diorang demam. 
Lagi pun aku tak bekalkan ubat demam Oni pun. 
Ingatkan dah baik. Siang tu tak de pun panas. 


Menjaga Wawan demam memang kena sabooorrr. 
Ikut mood dia la nak makan ubat ke tak nak. 
Nampaknya, Apak pun tak boleh melegakan jiwanya walaupun dia sebenornya kamceng ngan Apak. Hmmm.. Ibu lah jugak. 
Kasih ibu sampai ke syurga nak oii... 

Sepanjang malam dia tido tak nyenyak. Meracau dalam tido. 
Dah ada patah-patah kata yg disebutnya. 
Aku pun turut sama la tak tido kann...................

Jam 4 pagi aku leh rasa badan dia sangat panas. 
Mata Wawan tertutup, tapi mulutnya berbunyi.
 Merintih... sedih lak. Kesian.
Takmo mengganggu Apak dan Oni yg tengah tido, aku bawak Wawan keluar gi ruang tamu.
 Biar dia dok situ dendiam. 
Tapi tak pun diam - cuma tak bergerak je.
 Mulut bunyi gak. 

Bila dok luar, baik lak.
 Aku suapkan air suam, sebab dia takmo susu.
 Air pun tamo tapi sebab aku boh dalam syringe, tembak je masuk mulut. HAHAAHA.. 
Bengang dia.
 Kna paksa la. 
Kalau tak lansung tak minum air. 
Lepas dah puas hati aku tembak air dalam mulut dia, aku bukak pampes. 
Sambil-sambil tu layan la borak-borak sikit ... Nak amek hati. 

Kendian, aku bawak masuk bilik air kasi mandi. 
KO bayangkan la pukul 5 gi mandi.
 Sejuk !
 Meraung budak tu dalam bilik air.
Kira ok la Ibu siram jam 5 pagi. 
Jenuh tunggu sejam dari pukul 4 tadi.
Dah tak turun gak temperature lepas sponging, so, kena la mandikan. 

Baru berkesan. 
Pastu, aku masukkan ubat bontot. 
Walaupun tak reti sangat.
Lagipun aku tak suka ubat bontot ni. 
Macam mencabuli hak asasi kemanusiaan jerr... Apekah?

Semalam dah try boh ubat bontot, ubat tu terkeluar balik. 
Konpius jap.
Tapi hari ni dah boleh dah. Takde terkeluar balik.
Maybe sebab Wawan dah letih meraung, jadi dia tak de masa nak tahan kemasukan ubat tu ke dalam bontot beliau. HEHEHEHEH.............
Slamat!


Hari ni adalah Hari Lahir Wawan. 
Sudah cukup setahun aku melahirkan beliau ke dunia ini. Alhamdulillah. 
TApi, Ibu yang belum kurus-kurus. Deng!
Sayang Ibu terpaksa sambut besday dalam keadaan demam. 
TAkpe...ujian Allah tu sayang. 
Biasalah....





Demam nak buleh memanjat kerusi agaknya





Demam- tak payah pakai baju




 Mekasih kat Orkid Kristal sebab memfeymeskan blog saya kat Jabatan Imigresen Manjung.







Nak tido jap la. Ngantuk gilohh........



Photobucket

20 Jun 2012

Oi... stuck oii!!



Tatau la apa masalahnye bila dah sebulan aku nunggu repot doktor client aku ni siap.... Jawapannya belum jugak siap-siap. 

Pulak tu, kalau kita nelepon tu, dapat lak kat penjawab telepon yang kena senggugut , jawapnya tu cam nak mintak kita cilikan molottt dia je tawwww.
 Nyampah I...~


Kome bayangkan, aku submit borang untuk medical report tu dari 21hb May, katanya 2 minggu je dah leh siap. Lepas 2 minggu, aku call balik. Dia soh aku call Isnin depan. 

Bila 'Isnin depan' dah sampai, aku call. Sekali lagi dia soh aku check balik dengan telepon diorang pada..................... Isnin depan. 


Minggu lepas aku check lagi .... sama gak. Dia kata tak siap lagi. "Sila call Isnin depan..." 


HAri ni hari Rabu, aku call lagi nak check repot tu dah siap ke belum.... DIA SOH AKU CALL BALIK ISNIN DEPAN!!!!


Apa masalah diorang dengan HARI ISNIN ni?? Memang depa kena train sebut camtu kah?

Ok, skang aku konpius aku cakap ngan orang tulen atau mesin menjawab telepon tadi.
 Asik IsNiN DePaN jer kuarnya. 



Kalau hospital swasta , senang jek aku wat. 
Pakai email je dah leh dapat. 
Ni spital gomen. Adohh..takleh ke membantu sikit. 
Ni rakyat jelata punya claim nih. 



Nih la antara tugas pengendali insurans, perancang kewangan dan agen takaful anda. 
Kome ingat senang ke? 


susah camne pun, kena bagi siap jugak!
 


 OHHH... aku sungguh STUCK skang~




Photobucket

Wordless Wednesday - Penari Tiang Yang Seksi







Dasatnye lentik!!!!!

Tarian tiang atau poll dance ni sebenarnya salah satu cara eksesais jugak. Cuma, kena gi training dulu la sebelum berani meliuk-lentok pakai tiang nih. Kang tak pasal tangan ko tersimpul kat tiang tu. HEHEHEH~










Rumah saya tak de tiang kurus untuk poll dance.
So, pakai kipas berdiri jerrr....




Photobucket

19 Jun 2012

Batu Belah Batu Bertangkup



Di suatu petang yang hening....












sebak....









 Akhirnya.....







-TAMAT-


Photobucket

Kisah Seorang Ibu Yang Tangkas-Lah-Sangat




Shushahhh nyeee menjaga budak demam secara berkumpulan ni. 
HUuuwaa~ Merengek tak sudah. 
Yang besar dengan cara besar. Yang tecik ngan style tecik.


Selalunya depa ni demam ikut turn. 
Memula Wawan demam dulu. 
Then baru Oni plak. 
Tapi, demam kali ni , serentak. 
Aku dah rasa dedar-dedar badan diorang dua hari sebelum tu. 
Semalam , baru start demam bebetul bila Oni tetiba muntah.

Memang menguji ketangkasan betui. 
Tetengah Wawan merengek sebab batuk tak puas, Oni pun merengek sama. 
Tapi kejap je merengek si Oni. Lepas dapat susu, dia diam. 
Masa dia diam menyusu, aku uruskan Wawan yang merengek. Udah elok si Wawan abeh merengek, Oni plak batuk-batuk. 
Tetiba terus bruuakkkkkkkkkkkk!!! 

Abeh suma susu tadi kuar. 
Sian dia. Abih kuar air hidung. 
Mata pun berair.
 Kebingungan tatau apa yg berlaku. 

Sepantas kilat aku angkat Oni gi bilik air. 
Aku biarkan dia kat situ. 
Wawan bangun. Terpacak kat tilam. 
Tak jadi tido. 
Aku on lampu. 
Muntah Oni bersepah. Habih cadar. 
Aku tolak Wawan soh gi atas lantai haha..ni kejam sket pehtu aku tanggalkan cadar. 
Kena selamatkan muntah tu dulu sebab kang Wawan main tepuk-tepuk muntah Oni lak. Habih satu bilik dia bawak berjalan. 
Oni masih dok dalam bilik air. Tercegat , taktau nak wat apa. 
Tapi dia masih lagi menunjukkan tanda-tanda nak muntah lagi. 

Ternyata aku betul. 
Ada la dalam 4 kali kot dia muntah. Sampai dah tak keluar apa dah. 
Kesian sungguh. 
Menggigil badan dia. 

"Ibu... Oni sakit perut...." katanya.

"Sakit perut? Nak beyak ke?" tanyaku mahu kepastian. 

"Bukaaann. Sakit perut ni. Nak muntah..." 

Senang jaga budak 3 tahun demam sebab dia dah pandai bagitau apa masalah dia. 
Kalau budak tecik cam Wawan, tak bleh cakap lagi.
 So, keje dia merengek je la. 
Cuma, Wawan ni jenih tak merengek teruk. Paling hebat sangat , tak leh tido, dia tonggeng je atas tilam tu. Tu kira signal tak leh tido lah tu. Korang kena paham la ye. AHAHHAAHHAH~

Paling mengharukan bila dua-dua merengek nak tido atas riba. Haa.. time ni lah aku kena menyaksikan pergaduhan merebut kawasan - peha Ibu.
 Rupanya, peha aku yang gedabak beso ni masih tidak cukup besar untuk menampung mereka. Tamak! 

Kalau aku menangkan Oni, Wawan sentap. Which is sangat best bila tengok dia sentap. 
Cumel! Rasa nak buat lagi banyak-banyak kali. Sori Wawan. 
Kalau aku menangkan Wawan plak, Oni akan menangih tak renti-renti sampai basah bantal busuk dia. Nyampah pulak dengarnye. 
Tapi... lepas explain sepatah dua kata, Oni beralah je. Nasib baik la dia reti bahasa. 
Dia lagi rela menangih daripada tengok Ibu dia nangeh sebab sakit belakang. 


Malam dengan anak yang demam memang takdelah istilah tido nyenyak. Anak sorang demam pun dah tak keruan. Apatah lagi kalau dua-dua demam sekaligus. 
Aku tido di tengah. 
Sekejap kanan, sekejap kiri aku berpusing nak check temperature anak-anak aku. 
Kat tangan stenbai lampin yang aku basahkan, buat nak jerlum badan dema. 
Kalau time demam, semua tak payah pakai baju. Pakai pampes je. 
Tidak termasuk aku lah ye... Jangan pikir bebukan lak. 
So senang sikit nak jerlum. 
Air asam jawa pun aku siapkan semangkuk. Sapu kat dahi sampai ke rambut. 
Agak dah letih nak sapu , aku tempek la cool fever...... 

Malam ni, dari jam 8 malam sammpai 2.20 pagi, aku dah 3 kali mandikan Wawan. 
Temperature Wawan membimbangkan. 
Sekejap ok, sekejap tak. 
Aku dah boh ubat bontot.
 Tu pun aku tak sure betui ke cara bubuh tu sebab ni first time aku boh sendiri. 
Huuwaaa... please help kalau ada cara bubuhan yg betui. Sebab aku bubuh tadi cam tak masuk bebetui je. 
Apsal ada sisa-sisa ubat yg masih keluar? 
Ke salah buh? 
Yang pastinya tak salah lubang la ye... Sebab aku boh kat Wawan. 






Harap anak-anak Ibu semakin baik kadar kesihatannya di hari esok. 
Sebab Rabu Ibu nak kena out-stesen ke Ipoh sampai malam. Ngeeeeee~ 


Cuaca skang begitu membimbangkan. 
Maafkan Ibu ye Oni. Tak leh bawak kamu jenjalan sangat. 
Gi Tesco buleh la kot.




Photobucket

18 Jun 2012

Amanat Terakhir







Korang nengok lah...

Berkat kepintaran Oni... 
Dia akhirnya mengetahui bahawasanya pen bukan sahaja digunakan untuk menulih.
 Pen jugak boleh digunakan untuk melobangkan benda-benda. 


Lori pindah dah confirm. 30hb Jun 2012. 
Maknanya, sampai hujung bulan ni je lah kehidupan kami dalam pangkalan tentera Lumut neh. 
Inche Kitchi pun dah tak jadi abang Navy dah.
 Sebagai seorang Makbed, aku cam hepi je nak hidup di luar kawasan ketenteraan nih.AHAHA... 
Tak de la pulak aku kata hidup sebagai isteri navy ni tak besh ye. 
Kehidupan aku sebagai apa pun besh. 
Pekerjaan suami tidak memberi effect kepada cara aku mencari kegembiraan.
 Pekerjaan suami juga tidak boleh dijadikan punca diri aku stress. 
So, aku sejes korang pun buat la cemtu. 
Wakpe nak stress kan? 


Selama beberapa tahun menjadi isteri navy ni, aku ada life sendiri.
 Life yg lansung takde kena mengena ngan navy pun. 
Pun begitu, aku ada kawan-kawan yang ohsem.
 Diharapnya kekal sampai mati gituuuu.... Kan kan? 


Nasihat kepada rakan-rakan yang menjadi pasangan hidup tentera laut atau darat:


Chill aje okeh. 

Jangan sering mengeluh ditinggalkan. Sebab masa kita tergedik-gedik terima pinangan pakwe kita especially yg pegawai tu konon dpt kawin bawah pedang , kita jugak mesti terima hakikat bahawa suami kita bukan entirely dibawah kawalan kita. Kalau kita nak kawal suami kita, maka tak makan lah kita bulan-bulan. Tak gitu ? 

Ditinggalkan adalah pasti. Tapi, legakan lah hati tu. Suami kita pergi berjuang. Ada yang pergi kerana ilmu. Secara literalnya, diorang pergi berjuang untuk negara. Tapi kalau tanya suami-suami tu sendiri, depa ni sbenornya berjuang nak bagi anak bini depa makan. Jadi, sebagai isteri, wajiblah kita ni meringankan bebanan otak mereka daripada pikir rengeken kita jekk...  OKla tu ditinggalkan sebab tugas. Eventually, kita ni suma bakal ditinggalkan juga. So, belajar la kena tinggal dari awal besok-besok takde la menggelepar. Nothing is permanent in this world. 

Relationship sesama kita perlu dijaga. Tak payah nak mengutuk-ngutuk sesama sendiri sebab kita ni nak mudanya tak lama. BEsok-besok kita akan bermenantu juga. Silap haribulan orang yg ko ngata tu, jadi besan ko. Hamek ko!

Bersedia. Udah tau kerja suami kamu sentiasa diburu bahaya, kamu sentiasa kena bersedia outcomenya. Nak tahu cara, buleh halo-halo... *sempat lagi tu. 


Pandai jek kan bagi nasihat? 





Malasnya nak  ngemas. 
Tetiba rasa cam tak tau nak kemas apa. Kang kalu kemas beria kang, cari menda nak pakai dalam masa 2 minggu ni tak jumpa plak. Korang ada tips tak? Ada 2 minggu  je lagi pun. 
Apak pun dah pesan, Ahad depan kena kosongkan peti ais..Bagus, tak payah masak.





Oni ngan Wawan demam. 
Cuaca di sini panas dan berjerebu. 
Aku sendiri pun dah rasa nak migren.


Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram