Followers

29 May 2012

BAYI-BAYI COMEL INI SYAHID DI SYRIA.


MAKBED TERBACA MASA BLOGWALKING PETANG NI.
DAN KENDIANNYA AKU WAT SIKIT RESEARCH BERKENAANNYA. 

Banyak juga blog yang buat entri pasal ni. Korang boleh try google.









Tragedi paling tragis sejak 15 bulan berlakunya kebangkitan rakyat di Syria ini berlaku di Kampung Taldou, Haulah. Kampung Taldou terletak kira-kira 2 km daripada Bandar Haulah yang terletak di wilayah Homs, yang merupakan di antara wilayah yang paling teruk dibom dan diserang oleh rejim Basyar.

Mangsa Korban:
+ Mengorbankan 114 orang awam.
+ Seramai 55 orang kanak-kanak gugur syahid.
+ Seramai 59 orang wanita yang gugur syahid.

Walaubagaimanapun, bilangan secara tepat mungkin bertambah daripada ini kerana masih ada yang belum dilaporkan dan ditemui.









Kronologi Kes Penyembelihan Haulah oleh Tentera Bashar


Kronolgi Ringkas:
  • Jumaat (25 Mei 2012), rakyat Syria di Kampung Taldou, Haulah keluar berkumpul menyatakan bantahan mereka terhadap kezaliman yang dilakukan oleh rejim.
  • Selepas solat Jumaat, masyarakat awam di Haulah keluar beramai-ramai sebagaimana juga di beberapa tempat di Syria seperti, Damsyiq, Aleppo dan kota-kota utama lainnya.
  • Kira-kira jam 1 petang selepas selesai solat Jumaat, sedang masyarakat awam berkumpul, mereka disuraikan secara kasar oleh tentera rejim dengan tembakan rambang kepada masyarakat dan kelihatan juga kereta kebal yang digunakan oleh tentera rejim.
  • Serangan bertubi-tubi tentera rejim kepada masyarakat awam yang tanpa senjata itu berterusan hampir 2 jam dan mengorbankan 3 nyawa ketika itu.
  • Masyarakat awam terpaksa bersurai kerana dibimbangi semakin ramai yang akan dibunuh oleh rejim yang semakin menggila.
  • Tidak cukup dengan serangan yang dilakukan, tentera rejim menghantar syabih (tali barut rejim yang berpakaian biasa) untuk menyerbu rumah-rumah di Kampung Taldou, Haulah. Mereka membunuh dan menyembelih setiap daripada masyarakat awam termasuk anak-anak kecil yang tidak berdosa.
  • Tragedi paling tragis itu berlaku bermula jam 4 petang (Jumaat, 25 Mei) sehingga jam 1 pagi (Sabtu, 26 Mei) tanpa henti yang mengorbankan 114 masyarakat awam (mungkin bertambah).
Pihak yang bertanggungjawab
  • Pihak tentera rejim Syria.’
  • Syabih (Tali barut Basyar).
Nota : Teruskan berdoa agar Allah menghancurkan rejim Basyar dan sekutunya di atas segala kezaliman yang telah mereka lakukan kepada rakyat Sunni di Syria.


Bac ni plak:
SIAPA BASHAR AL-ASSAD DAN KISAH SEBENAR KONFLIK SYRIA


Makbed berkata:

Tak kiralah apa matlamat, perang apa pun , Rasullah SAW MELARANG membunuh wanita dan kanak-kanak. Even orang tua yang takde kena mengena dalam usaha memerangi umat Islam pun tidak dibenarkan bunuh. 






Yang ni plak bukan stakat bunuh, siap rogol lagi. Caner? Boleh baca kat SINI.


Teringat kisah Firaun bunuh semua bayi lelaki sebab diramalkan akan ada lelaki yang akan merampas kuasanya. 
Yang ni plak, aku rasa saja dia bunuh semua anak-anak kecil diorang ni sebab tak nak bagi ada genarasi baru yang akan melawan diorang akan datang.



Photobucket

27 May 2012

Pegi la mana pun, keselamatan diri kena jaga sendiri.



Himpunan Jutaan Belia yang diadakan khas untuk belia-belia seperti aku (eceh?) tecemar dengan insiden yang tidak kita jangka. 

Tapi ada lak orang siap nak boikot himpunan tu ye.
Siap kuar poster ke..sepanduk ke pasal nak boikot himpunan tu. 
Well...kemalangan buleh jadi kat memana je. Bagi aku, kalau dah tau kita ni nak pergi tempat-tempat macam tu, kalau orang lain atau pihak penganjur tak menyediakan sistem keselamatan yang sesuai, kita kena lah ADA ILMU tentang bagaimana nak menjaga keselematan sendiri.

 Nak lagi senang, elakkan lah pegi tempat-tempat yang berisiko kemalangan seperti itu. 


Takkan la pasal kemalangan yang macam tu, kita sendiri pun tak duga , habih nama pemimpin pun tercemar dan dikutuk hina? 
Tak adil kot? 

Tapi, aku tak kata aku sokong perhimpunan cenggitu atau tak menyokong ye. 
Aku cuma kata, nak pegi ke mana-mana pun silalah jaga keselamatan sendiri dan orang yang kita bawak bersama. 

Perhimpunan YANG SATU tu je lah yang aku tak suka. 
Yang asalnya berniat MOLEK tapi kesudahannya penuh berdarah. 
Dan punca kejadian berdarah tu pulak bukannya sebab kemalangan. Dan merugikan orang lain dan negara pulak.
 HAih! 
Perhimpunan yang cenggitu lagi kena elakkan. 

Pihak penganjur , maybe next project kena lebih particular sikit bab safety ni. 
Kalau nak wat drag race kenalah sediakan barricade ke hape ke... 
So, pasni belajar dari kesilapan ye.
  
Pihak yang menonton plak, sekali lagi diingatkan, jangan buat-buat berani. 
Malang memang tak berbau. LEpas terjadinya malang, baru ada bau keluar. 

Pihak-pihak lain, tak usahlah la politikkan isu ni. Menyampah pulak aku. 
Muak! Wek! 





Projek yang 'dema' buat selama hari ni tu penuh dengan sistem keselamatan la ye?


TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA KEMALANGAN MALAM TADI.


Photobucket

Sekali lagi MAkbed mendera si Kimi. HAahahhahaha *gelak Boris the Animal








OH tidawwwk!!!

Dia ni, asal datang umah haku je memang tak sah kalau tak masuk dapo. 
Pastu godek-godek dapo tu macam terer je.

Tapi.. memang dia terer pun. 


KAlau datang umah, dia mesti akan siapkan setalam kek batik / biskut batik kat dalam peti es umah aku. Heee...
Bukan kat umah aku je dia buat. Kat umah sapa pun sedara-mara yang dia pi, dia akan buat upon request. Kalau Tok Siah ( Nenek Kitorang, moyang si Oni) datang umah kitorang pun, dia takkan balik selagi Kimi tak stuju wat setalam kek batik biskut merie tu kat dia. 
KAlau Kimi gi umah dia kat Taman Bakti, Ampang tu, dah tentu la kena wat kat dapo umah Tok kan?


Gitulah al-kisahnya kek batik, pengerat hubungan kekeluargaan kami. Sebut nama Kimi je, memang keluar kek batik biskut merie tu je. HAHAHHAH~ 


Resepi detail buleh baca kat entri ni - MAKBED TELAH MENDERA ADIKNYA SENDIRI.



Kacau bahan. 2 je bahan dia. Biskut meri ngan milo



Yg ni tak payah letak ok.





KAcau-kacau sebati.


Menggunakan formula, kalau tak cukup milo , tambah je milo sampai puas hati. HAHAHA.. Takde ratio yang tetap. Buleh dikatakan resepi dia ni lebih mengikut perasaan si pembuat je. KAlau pembuatnya kedekut, maka kedekut lah jugak rasa kek batik ni. 

Makan selalu-selalu, memang leh gemuk. INI BUKAN MAKANAN KESIHATAN ok!






Inspektor Jalil was in town yesterday. 

Tok Wan on the way nak balik Aloq Staq dari Kuantan.
Singgah Lumut nak tengok cucu. Huu...sanggup tu. 
Dapat la Abah makan kek batik Kimi. 




Tok Wan makan dulu



Tok Wan suap Wawan

 

Tokwan suap Oni lak



Seperkara tentang Abah yang perlu anda tahu..

Abah sangat suka pi market. 
Selama aku membesar ngan dia, yang salu pi market adalah ABAH.
Dia memang sangat terer kalu bab market ni. 

Aku ingat bila gi jalan di luar kawasan 'jajahan' beliau, dia tak reti la pi market kan.
HAHAHA..
Salah rupanya telahan aku.
Pagi ni, dia pi market sendiri je. Aku tayah teman. 
Siap bawak Oni ngan Wawan lagi. 
Rupanya, dia memang suka makan pulut dakap / pulut pisang kat pasar TLDM.
 Dan dia pun layan minum teh ais kegemaran aku kat situ. 

Nampak tak teh ais atas meja, depan Oni kat gambo tengah tu?

Minum je. Boh straw. Pakat sedut dalam jug tu. 
TAk payah gelas or cawan. HAHAHA~ 




Photobucket

Beza Pampes Baby dengan Pampes Mak Baby








Saja nak gtau...


Lampin pakai buang atau diapers adalah untuk bayi umur 3 tahun ke bawah , orang yang sakit dan warga emas yang mempunyai masalah tertentu.
Pad pakai buang atau sanitary napkins (juga disebut pad atau pampes) adalah untuk PEREMPUAN yang suda didatangi haid.

Lampin dan sanitary napkins (pad) adalah berlainan meskipun dedua nya berpelekat.





Diapers pelekatnya kat tepi, kiri dan kanan.
PAd pelekatnya di bawah , dan dilekatkan di seluar dalam. Saja nak gtau.... Bagi paham!


Buleh kencing dan berak dalam diapers kerana itu memang fungsinya. Boleh basah sehingga 8 kali basahan.
TApi, dilarang kencing atau berak dalam pad. Buruk padahnya!


Diapers ada saiz. Newborn, S, M, L dan XL.
Pad takde saiz hoke. Sila jangan memalukan diri sendiri bila bini anda suruh beli pad ended up anda bertanyakan kepada beliau saiz hape... Soklan SAIZ itu adalah sensetif as she would definately think that you are asking about her 'SIZE', physically.
By the way, soklan yg perlu ditanya tentang pad adalah "WINGS or NO WINGS" atau dalam bahasa melayunya "ADA SAYAP KA TAMAU SAYAP?"
Ingat ..... SAYAP ye. BUkan KEPAK.
P.A.H.A.M???


Dan pad yang aku dok citer skang ni bukan NOTE PAD, tau.


Kang ada gak org blur tanya soklan lagi kat aku.






Photobucket

26 May 2012

JOM TOLONG MAKBED MENGEMAS



Ah Choo...! Ah Choo..!!


Ginilah kekdahnya bila mengemas.
PINDAH adalah sesuatu yg mengujakan bila:

  • rumah yang bakal kita duduk tu rumah banglo kesukaan / idaman
  • orang lain tolong kemaskan barang pindah kita, dan kita pulak lepak je kat hotel. Dah siap, terus hantar gi umah baru.

Malangnya, tiada satu pun kejadian di atas berlaku ke atas Makbed. 


Idung dah mula berair. 
Mata dah sembab. 
Aku memang alah betui ngan habuk ni.Akan tetapi, tak pula rajin mengemas kan?
KAlau rajin mengemas, lap habuk sume tu, aku takkan mengalami masalah habuk kot kat umah ni? 


Kimi, Alang dan awek beliau, Shu (oh, Alang dah pun ada awek rupanya...) datang 2 hari lepas dengan misi - NAK TOLONG KAK LIZA KEMAS BARANG NAK PINDAH.

Bagus....~


Hari pertama datang, masa dihabihkan ngan plan apa nak makan, apa nak masak sambil makan-makan apa yg aku hidang atas meja. 

Abah mai pada hari seterusnya. Makan lagi!


Pengemasan dilakukan secara berperingkat dan terancang. 
Memula kemas baju-baju dulu. 

Baju-baju baby yang kecik-kecik tu aku boh dalam kotak. SEALED!
 Siap aku label lagi : NEWBORNS. CLOTHES. 

Kotak kedua tulih : BOOTS AND MITTENS.
 Diikuti dengan ayat tambahan: See You Guys In 3-Years.... 
Kehkehkehkeh~


Kotak seterusnya, diisi uniform Inche Kitchi.
 Nampaknya beliau sedikitpun tidak touching bila aku sumbat seua uniform beliau, termasuk nombor 1 ke dalam kotak. 
Aku masukkan baju pregnant aku dalam kotak pun aku sedih.
 Stendedla.. emosi bulan mengambang lak kan.
ia buleh rilek je tengok tv. Aku masukkan je la. 
Banyak gak uniform dia. 
Ada yang baru tak pakai lagi pun ada. 
Sapa nak? Aku jual je la. 2 singgit! 
Aku jual separuh. 
Separuh lagi aku simpan buat Inche Kitchi pakai gi kutip buah kelapa sawit sok. HAHHAHAHh~


Ada satu kotak khas isi teddy bear Oni jek. 

Satu kotak isi baju peknen. Tu pun aku tulih SEE YOU IN 3 YEARS, bebeh!


Alang bawak separuh bebarang yang aku kemas. 
Periuk nasik, cawan , mangkuk , pinggan yg tak pakai tu. 
Hmmm... umah ni tak banyak perabut. Cuma banyak menda kecik-kecik. Aku pun pening , nak mula kemas dari mana.

Skang umah aku dah bersepah. Penuh kotak. 
Mulalah nak stress! 
Oni plak tak de OFF DAY lansung bila masuk bab memunggah menan. 
Baju tak berlipat.

BESOK Ibu soh Tokwan bawak suma menan kamu gi umah baru.
 Padan muko. Huu~

Alang dah balik dah ngan awek beliau. 
Ok, Linda ada kat umah. Leh soh dia lipat kain. 
Kimi ada, dia leh tolong aku masak. 
Ada diorang, buleh la tolong layan Oni ngan Wawan. 
Oni, beyak ngan mandi soh Anjang uruskan ok. 

AHAHAHAHA... buleh ngelat.





Photobucket

22 May 2012

Oni Kantoi Dating. Kantoi lagi Naik Moto Takde Lesen!





Waaaaaa... kemaih!

Memandangkan si jejaka, vespanya tidak ada tempat duduk penunmpang, jadi beliau suruh si dara bawak vespa sendiri. 
Bagus....
Selagi belum kawin, takleh naik moto bersama-sama ye. 


Anak teruna sapa la cuba mengorat anak saya tu....................



Ayahanda si dara sedang memantau


Dah macam encik JPJ dah lagaknya Inche Kitchi. 
Go! Go! Go!


Tetengah panas kitorang beriadah. 

Sambil menunggu tika tiba waktunya sahabat kita ni berangkat untuk meninggalkan daratan Lumut menuju ke Pulau Pangkor. 

Sementera nak tunggu kapal taitenik sampai, kita snap gambo serba-sikit.


Aku suruh ready , dia sibuk bercakap.



Ok, ni cantik.

Nini D dapat bertemu Orkid Kristal secara live buat julung-julung kalinya. 
Actually Nini D datang bawak skali kerepek bayam yang dipesan pelanggan-pelanggan tetap sekitar Lumut ni.
Lihatlah wajah Orkid Kristal yang kepenatan meskipun beliau berjaya mengelat dari mengejar PATI pada hari itu.
Abaikan Wawan yang comot.
Aku paksa dia bangun tido semata-mata nak gi menyambut Nini D dan babai beliau kat jeti.
HAHAHAA~


Balik dari PAngkor Nini D nak jumpa aku. 
Dah janji dah. 
Tapi, aku lak tertido akibat pengaruh ubat yang teruk pada hari tu. 
Tak dapat la aku bagi payung Prudential kepada beliau. 

Payung itu masih berada di bonet kereta.



Photobucket

Counting Days to Leaving This Lovely Place



Mengekalkan disiplin kerja adalah amat susah. Tambah-tambah bila dah bekerja sendiri ni.
Kalau dulu, bangun seawal 6 pagi untuk bersiap ke tempat kerja. Tapi skang aku dah ada pilihan untuk bangun pukul berapa yang aku suka.


Itu kalau aku memilih untuk tidka berdisipilin.

Telah dibuktikan - ORANG YANG TAKDE DISIPLIN, MEMANG TAK BERJAYA.
TAk kiralah menatang apa pun yang dia buat.



Hari akan tetap kekal 7 jumlahnya.
Setiap sorang diberikan 24 jam. Takde sapa pun yang dapat 25 .
Cara kita MENGUASAI dan MENGGUNAKAN masa itu saja yang memberi perbezaan kepada masa yang Allah kurniakan kepada kita.

Jika masih ada lebih masa, yakni kelapangan, manfaatlah ia dengan mencari ilmu.
Jika separuh masa harian digunakan untuk mencari rezeki, separuh lagi gunakan lah untuk memberi kasih sayang kepada keluarga kamu.
Ingat, bekerja juga adalah satu ibadah.
Tapi, kalau ibadah paling utama iaitu SOLAT tak ditunaikan, habihlah jugak ibadah lain.
Kerana sesuatu bangunan itu jika tiada tiangnya, tidak boleh berdiri jugak kan bangunan tu?


As for me, masa aku di Lumut ni tinggal tak lama sangat dah.
Bulan depan dah sibuk mengemas. In fact skang ni pun sudah mula mengemas.

Esok 23haribulan aku ke KL. Inche Kitchi nak uruskan hal kerjanya. KAlau sempat buleh jumpa client kejap kat sana.

24 haribulan Kimi dan Alang akan datang untuk membantu urusan kemas-mengemas.
Hari ini sampai hujung bulan, jadual aku penuh.
HAri-hari occupied.
 
25hb onwards, aku wajib jumpa semua client-client di kawasan Lumut, Manjung dan Sitiawan untuk tujuan kutipan premium dan meluangkan masa berborak-borak buat kali terakhir.
BUlan seterusnya belum tentu dapat bersua muka dan bersukaria lagi.
Malamnya pulak ada Mum's NIte anjuran BAKAT. YAng tu tak confirm lagi leh pi ke tak. TApi nama dah boh. 

28hb aku ada training lagi di Ipoh.
1hb June pun dah terisi dengan training gak.

2hb June aku nak balik kampung.
Bercuti panjang....
NAk kemas umah di Alor Setar.
Rumah yang bakal aku duduk selepas ni.

Tiada lagi tilam hak milik kerajaan selepas itu.
Sob sob sob~


Sofa seperti ini memang tak boleh ada di rumah




peace Ibu!!



So, sesapa yang nak menjoyah sila gitau awal.













Photobucket

21 May 2012

Siapa Bashar Al-Assad dan Apakah Kisah Sebenar Di Syria






Boleh tengok kat wiki. 
Klik nama yang telah dibirukan itu.



Glemer ni... suma pakat sujud kat dia.


Hmm...



Ce baca bebetul. Al-Ikhlas pun dah tukar.





Ini pun tukar juga. Astaghfirullahalazim.




Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi, pembantu khas Dr Yusuf al-Qardhawi, telah diamanahkan Ketua Ikatan Ulama Islam Antarabangsa itu untuk memberitahu berita dan hal sebenar yang berlaku di Syria. Beliau yang baru sahaja melawat Indonesia diminta oleh Dr Yusuf al-Qardhawi untuk ke Malaysia. Seperti mana revolusi yang sedang berlaku di Yaman dan Syria, beliau juga mengharapkan agar di Malaysia juga berlaku perubahan yang lebih baik khususnya dalam kalangan umat Islam.



Menurut beliau, revolusi bermula di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti di Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria menentang pemerintahan kejam Basyar Al-Assad.

Tambahnya, golongan zalim tidak berhenti mengaburkan kebenaran, tapi mereka gagal, seperti kata Ali r.a. "Pemerintah yang batil (zalim) itu hanya sementara tetapi pemerintah yang benar kekal selamanya.”

Kata-kata Ali r.a. bertepatan dengan firman Allah Subhanahu Wa Taala di dalam surah al-Israk ayat 81:
“Dan katakanlah: ”Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap."

Dr Khalid melihat kerajaan Syria pimpinan Basyar Al-Assad dan orang yang sepertinya sekarang berpolitik ala Firaun seperti mana yang dilakukan oleh pemerintah Tunisia, Mesir, Yaman, dan Libya. Mereka mencuri harta-harta rakyat dan memakannya dengan cara yang haram, memenjarakan rakyat sendiri, membunuh para ulama, melakukan pembunuhan beramai-ramai, merogol dan mencabul kehormatan wanita-wanita, menghalang perempuan beriman daripada memakai hijab serta menindas orang yang lemah seperti orang tua dan kanak-kanak.

Dan mereka ini tidak akan kekal seperti dalam surah ar-Ra’d ayat 17:

“Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.”

Beliau menceritakan latar belakang sejarah Syria, yang merdeka daripada penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya, Basyar Al-Assad yang kini memerintah selama 11 tahun.

Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator. Syeikh Khalid menceritakan tentang konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari, mengorbankan hampir 46,000 ribu penduduk Hama yang merupakan penganut Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

Komposisi rakyat Syria: 6% darinya adalah Syiah Alawiyah, 10% beragama Kristian dan 84% Muslim ASWJ. Iran mempertahankan tindakan ganas rejim Hafez dan Basyar yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan yang menyokong tindakan Hafez yang merupakan Syiah Alawiyah. Beliau seterusnya menyebut sifat-sifat Syiah yang begitu membenci ASWJ, menghina Khulafa Ar-Rasyidin dan isteri-isteri Rasulullah s.a.w. Sehingga hari ini Iran dan Hizbullah di Lubnan yang berfahaman Syiah masih menyokong rejim Basyar di Syria.

“Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab kita untuk membela darah pemuda, pemudi dan huffaz. Kita kena sokong revolusi di Syria, kena tunjukkan keberanian kita menentang rejim zalim ini.

“Mereka membenci ASWJ, dan Hizbullah di Lubnan juga menyokong mereka. Jadi kita perlu menyokong saudara kita di Syria. Sekiranya Hizbullah berani menyokong Basyar ini, kenapa kita tidak berani menyokong golongan yang mempelopori revolusi ini?” tegasnya.

Fakta kekejaman rejim Basyar terhadap revolusi di Syria sekarang menunjukkan kematian 8,500 orang penyokong revolusi, 39,000 orang cedera, sementara 19 doktor serta 40 orang pesakit sebuah hospital di Doma dibunuh dan 180,000 tahanan dalam penjara diseksa yang mana 413 orang darinya mati dalam tahanan.

Dalam tempoh lapan bulan, telah berlaku revolusi siang dan malam, rakyat menghadapi senjata berat dan kereta kebal hingga rumah dan masjid dirobohkankan, wanita dibawa ke tempat yang tidak diketahui, malah ada wanita yang diperkosa di hadapan suami mereka sambil diikat.

Menurut Syeikh Khalid lagi, seorang remaja perempuan di Homs, bernama Zainab Al-Husni, 23 tahun, ditangkap dan ingin diperkosa tetapi beliau melawan. Akhirnya beliau dipotong empat dan dihantar kepada keluarganya. Ratusan kanak-kanak turut dibunuh hingga ada yang dipotong-potong.

Beliau menegaskan, ”Apakah kita perlu berdiam diri? Bagaimana kita harus bersabar di atas taghut yang kejam ini!“
Rejim Basyar juga telah memaksa kakitangan kerajaan untuk keluar berdemonstrasi menyokong kerajaan untuk mengaburkan fakta dan memberitahu dunia bahawa rakyat masih menyokong mereka. Kakitangan yang tidak menyokong kerajaan akan hilang pekerjaan mereka.

Katanya, pejuang yang terlibat dalam revolusi akan bersiap, berwuduk dan mandi dengan wangian kerana mereka bersedia untuk mati syahid. Beliau menganggarkan 95% rakyat Syria menentang rejim itu walaupun mereka ditakut-takutkan dan diugut sekiranya turun menyertai revolusi.

Jelasnya, ada maklumat yang silap difahami oleh bukan negara Arab yang menyangka kononnya rejim Basyar sedang menyerang Israel sedangkan mereka tidak pernah menyentuh Israel, tetapi mereka membunuh rakyat mereka sendiri. Malah kapal terbang Israel boleh berada di atas istana Presiden tanpa diambil sebarang tindakan.

“Selama 43 tahun Bukit Golan diduduki oleh Israel tetapi regim Hafez Al-Assad dan ayahnya tidak pernah membunuh walau seorang pun Yahudi, tetapi mereka telah membunuh ribuan penduduk Hama yang terletak hanya enam kilometer dari Bukit Golan.”

“Maka di mana buktinya bahawa rejim yang kejam ini menunjukkan permusuhan ke atas Israel?” tanya beliau.
Beliau seterusnya menegaskan bahawa terdapat perjanjian rahsia antara Syria dan Israel. Basyar merupakan al-Assad (singa) kepada rakyat mereka tetapi penakut dengan Israel.

Kekejaman rejim Basyar terserlah sehingga jika ada tentera rejim yang tidak mahu menembak ASWJ, mereka akan dipenjarakan dan dibunuh. Keadaan ini menyebabkan lebih 30,000 tentera Syria berpaling tadah meninggalkan rejim.
Beliau seterusnya menyatakan fatwa Rabitah Ulama Syria oleh Dr Ali As-Sobuni bahawa sekiranya tentera menyerang rumah penduduk, mereka hendaklah melawan walau dengan sebilah pisau, dan mereka dihukumkan syahid sekiranya terbunuh berdalilkan hadis berikut:

“Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid ”(HR Abu Daud, An-Nasaie dan Tirmizi, disahihkan oleh Al-Albani dan Ahmad dengan sanad yang Sahih).

Sebanyak 18 negara Liga Arab telah bersetuju untuk mengenakan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria sehingga rejim Syria menghentikan kekejaman ke atas rakyatnya. Begitu juga, negara-negara Persidangan Negara-negara Islam (OIC) turut memulau Syria.

Revolusi di Syria bersangkut-paut dengan tiga sebab utama iaitu penindasan rakyat lebih 40 tahun, kebangkitan rakyat di negara-negara Arab lain dan kemuncaknya adalah insiden 20 remaja menconteng dinding dengan menulis “RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN”. Remaja-remaja itu ditangkap, diseksa, dicabut kuku, tangan dan kaki, hingga seorang daripadanya meninggal dunia.
iti
Apabila ibu bapa kanak kanak itu datang untuk membebaskan anak-anak mereka dari penjara, ketua polis penjara mengatakan kepada mereka:

"Kamu balik sahajalah, lupakan anak anak-anak itu dan anggaplah mereka telah tiada..., jika kamu hendak anak-anak lagi berikan kami isteri-isteri kamu (agar kami rogol), hasil daripada itulah anak-anak kamu.”

Dari situlah bermulanya demonstrasi yang semakin hari bertambah momentumnya dari hanya ratusan ribu hingga pada hari ini 3 juta demonstran telah mengadakan tunjuk perasaan di 157 bandar seluruh Syria mendesak Basyar berundur.

Syeikh Khalid turut menjelaskan tentang pendirian Dr Sa’id Ramadhan al-Buti dalam politik Syria. Menurutnya, Dr Sa’id adalah antara lima orang ulama yang menyokong rejim berbanding 95% ulama yang menentang. Beliau menyifatkan Dr Sa’id sebagai ulama yang 'berilmu' tetapi kurang tajam dalam perspektif politik.

“Tidak hairanlah para pemuda di sana membakar buku-buku karangan beliau. Ramai lagi ulama lain yang menulis buku sirah yang amilin. Jadikanlah ulama-ulama amilin sebagai rujukan,” katanya.

Akhirnya, beliau menyeru umat Islam membantu rakyat Syria, menyeru peranan mufakkir, duat, asatizah untuk mengetengahkan dan sentiasa prihatin tentang isu di Syria, menceritakan kepada masyarakat tentang kezaliman dan apa yang berlaku di Syria.

Beliau turut menyarankan kepada para wanita yang solehah, untuk menceritakan kekejaman yang berlaku kepada saudara perempuan mereka di Syria dan berdoa untuk mereka.

“Hendaklah kamu berdoa untuk saudara-saudara kamu di Syria dengan ikhlas, siang dan malam supaya Allah membantu mereka dan membebaskan mereka daripada kezaliman pemerintah mereka.”




Sumber lain:

Military Watcher
Islam Itu Indah - GILIRAN BASHAR AL-ASSAD SEMAKIN HAMPIR
Facebook - MARI AKU TUNJUKKAN SIAPA BASHAR AL-ASSAD. Ce baca komen-komen. 



Makbed berkata:
Entri ini mungkin agak ketinggalan. Maybe ada orang lain yang lebih dahulu mengetahui.
Sapa yang rajin membaca, dig in stories, cari dan cari semestinya dah tau pasal ni. 
Entri ni bertujuan untuk menyedarkan rakan-rakan ku sekelian. 
Tak guna bertikam lidah over something yang sangat 'ciput'. Kita orang Melayu, tak da fahaman seperti ini. Syiah dan Sunni. So, kita tak kan jadi macam ni. Kita jugak bukan jenis yg sangat assabiyah atau bersifat berpuak-puak macam orang Arab. Jadi, kita sepatutnya jadi lebih baik. 
Jangan sampai anak-anak kita terkorban sebab masing-masing tak mau bersatu dan terlampau degil. Semoga kita dilindungi. 
Skang baru tau , betapa rumit dan seriusnya masalah di Syria. 
Terlalu banyak hidden issues pada hemat aku. 

 




Photobucket

20 May 2012

Ok. POSITIF ............... ?


Semalam memang kejadian yang agak sukar difahami. 

Aku pening kepala yang teruk, sampaikan masa tido pun aku rasa dunia aku terbuai-buai. 
Aku rasa cam terbang. 

Aku pasti , diri ini tidak berbadan dua, tiga apatah lagi empat. 

Risau.
Aku terus ajak Inche Kitchi gi Klinik Saadiah. 




Keputusannya: POSITIVE!!!!

~Low Blood Pressure~







Dinasihatkan oleh doktor untuk makan makanan berzat. 
Kalau darah tinggi, kena makan ubat, kan?
Ini darah rendah... Penyakit yang ubatnya hanyalah MAKAN!
Takde ubat khas untuk low blood pressure. 


BAru teringat, aku dah lama tak makan daging.
Asik makan ayam je. 
Well, Inche Kitci takde membuatkan aku malas nak masak.
Skang dia dah ada dah kat umah. 
Tenaga 'rajin masak' tu kena jana semula. 
Turbin baru nak berpusing. 
HUhuhuhuhuhu~
Ok la.. pasni kena bagi rajin. 












Menengok si Oni punya kerja, maybe boleh 'naikkan' darah aku ke pangkal jalan kot , kan?




Aku dah bagi buku soh tulih, dia tetap nak tulih kat anggota badan dia jugak.
Korang tak tengok kaki dia lagi.
Siap ada matahari bagai...
Tak kuasa aku nak amik gambo.
Menengoknya pun buat aku rasa nak pitam.





Photobucket

[RESEPI dan gurindam jiwa] Cucur Kodok Pisang


Nama betul: Cucur kodok
Panggilan orang utara: cucoq kodok
Panggilan lebih sopan : Jemput-jemput pisang
Panggilan manja :cekodok








 Hai si cucoq kodok
Biarpun rupa mu gelap, tak hensem dan berwarna-warni seperti pavlova
namun rasamu menawan kalbu.
Kaulah pencetus segala kenangan zaman silamku
terkenang kasih ibu ku menyediakan kau yang tak hensem ni dengan tangannya yang gebu tu
alamak, masa dulu-dulu tangan mak kurus je kot?

Hai cucoq kodok yang tak hensem,
hadirmu membawa cahaya
Kewujudanmu membuktikan kasih ibu kekal hasil air tangannya
Walaupun ia cuma hidangan biasa-biasa
Hanya menggunakan pisang, tepung dan gula.
Kalau Mak plak dia ada tambah sikit bikarbonat soda
Namun penangannya, perrrrghhhhhhhh!!!
Sangat berbisa..
Merantaulah kau jauh di mana
takkan sama cucoq kodok Mak punya
hebak camana pun kau, balik kampung mintak Mak masak jugak.
HAHAHAHAHAHAH

Akan tetapi Mak dah jauh
lambat sangat nak suruh Mak masak...
Nak suruh masak rasa tak patut pulak
Jadi nak taknak kena buat sendiri  la kak...
Aku meset la.."camana ni Mak?"
Mak pun tak kedekut ilmu terus kongsi resepi sambil bergelak anak-beranak..
Rupanya bukan aku sorang kebulur cekodok Mak.
HAHAHAHA.. *gelak lagi






 Haaa....
terer tak bergurindam ?
HAHAHHA...
Meh kita tengok resepi pulak.


Bahan-bahan:

10 biji pisang emas
tepung gandum
gula sesuka hati (ikut manis yg anda suka)
secubit garam
minyak untuk menggoreng


Cara-caranya:

Memula, penyekkan pisang tu semua sampai puas hati korang. 
Aku pakai bontot cawan je nak penyekkan. Penyek sampai lembik , lunyai tu. 
Pastu, campurkan tepung. Sukatan tepung tu aku tak sure sebab aku masukkan sikit-sikit. 
Masukkan gula dan sedikit garam. 
Masukkan sikit je bikarbonat soda. 
Campuran tu aku gaul-gaul sampai adunan tu dah tak melekat sangat kat tangan.Kiranya kalau nak jemput-jemput tu takde la berlendir, berair dah pisang tu.
Agak-agak la. 
Panaskan minyak. 
Kemudian, jemputkan comel-comel adunan tu dan masukkan dalam minyak tu.
Goreng....
Aku suka cekodok yang hitam. 
Lagi hitam lagi sedap. 
KAlau masa menggoreng tu didapai cekodok anda 'makan minyak' , sila lah tambah tepung lagi. 


Sedap di makan bersama kopi o panas. 
Pergghh....~










Photobucket

17 May 2012

Sapa suka keluaq umah tak habaq tu bela hantu raya hokeehh!!






Petua Melayu Lama Untuk Mempastikan
Seseorang Itu Membela Hantu Raya

1. Dia takut bertentang mata bila bercakap.
2. Dia gementar dan keluh kesah bila berjumpa orang alim.
3. Hatinya sentiasa tidak tenang dan badan sentiasa berpeluh bila berada dalam majlis ilmu.
4. Dia gemar makan bubur kacang merah dan suka jamu orang makan pada malam Jumaat.
5. Walaupun usia lanjut tetapi memiliki tenaga luarbiasa apabila melakukan kerja-kerja berat.
6. Bila dia keluar rumah, dia tidak akan beritahu kepada ahli keluarga terutama isterinya.
7. Dia kerap membawa berpuluh-puluh telur rebus ke dalam hutan.
8. Bila ada mesyuarat, orang ramai akan patuh dan tunduk pada keputusannya.
9. Dia mempunyai tenaga seks luar biasa bila bejimak dengan isteri.
10. Dia mudah memperolehi apa sahaja hajat dengan bantuan makhluk itu




Sumber: Fesbuk



Hehheehheeehheee....

Photobucket

Makbed baru tau... Ayah Lulu dah tiada.







Breakfast tadi asik teringatkan Lulu
Rindu nak wat entri retro... Kisah lama-lama kami berdua. HUuuu~


Tapi, ari ni MAkbed bizi di opis. 

Maafkan Makbed ye Lulu. 

TAk sangka nak dapat berita buruk. 


Takziah buat Lulu sekeluarga. 
Makbed baru saja tau dari fesbuk lepas di tag Nini D. 
Deeply condolence .. 

Sama-sama kita doakan, dengan limpah rahmah dan kasih sayang Allah, arwah ayahanda Lulu berada si samping orang-orang mukmin dan para solihin. 




Al-Fatihah.




Kan besh kalau aku ada dekat-dekat ngan Lulu. 
Leh temankan.




Jasa Ayah dan Ibu dikenang selagi bernyawa dan setelah tiada.




~Abah..... ceq nak balik~





Photobucket

Antara jenis manusia yang aku jumpa hampir setiap hari



Antara orang-orang yang Makbed perlu berhadapan setiap hari...


Orang yang Macam Good-Good tak Habuk pun Tarak
Orang cam gini, kalau ko tengok kat status fesbuk dia, apa yang dia tulih tu memang mampu buat kita kagum. Dia akan citer pasal life dia, pasal diri dia yang hebak, pasal karier dia, pasal kehidupan dia yang memang marveles.... Tapi, bila kita jumpa dia secara live, berborak-borak bagai , setengah jam ko dah tau apa yang dia tulis kat fesbuk tu tak sama ngan life dia. Kalau keje cam haku, tanya soklan serba-sikit je, aku dah tau pendapatan bulanan family cukup ke tak. Takyah suruh dia mengaku. Kirim salam je la.


Orang yang Bajet Cun / Hensem
Bila berjalan , asik nak cari cermin.
Status fesbuk berkisar akan kecantikan dia je lah. Orang lain tak cantik pown. 
Tapi, bila aku jumpa dia nak tanya pasal persediaan masa depan, dia cakap "ala kak, duit tak cukup lah. Saya tengah menyimpan nak beli beg LV ni............ Tak cukup bajet kang. 
Yang tak paham tu, gi keje naik moto. Beg LV rege ribu-ribu tu nak boh dalam bakul moto je kot. Tak hagak-hagak ko neh...


Orang yang mementingkan kata-kata orang di sekeliling dia
Baguih orang cenggini. Apa yang dia rasa tak penting. Apa yang orang lain kata, itu penting. Sudahnya, terlampau ikut apa yang orang kata, nasib dia berakhir dengan dia ikut apa je orang tu SURUH. Diri sendiri tahu kemampuannya. Tapi, dengar input-input orang lain, ditambah pulak dengan kurangnya pakar menapis sesuatu input tu samada positif atau negatif, maka potensi diri tu terkubur je lah sampai tua tak keluar-keluar. 


Orang yang baginya pendapat dia sahaja betul.
 Orang lain punya pendapat, BELUM TENTU!
Yang ni lagi baguih. Pendapat dia je yang betui. 
Kalau orang yang bagi pendapat tu ada PHD, ada kelulusan tertentu dalam bidangnya sekali pun, belum tentu betul ok.. 
Contoh: Doktor sakit puan dah wat diagnosis kata awak tu mungkin ada masalah dalam rahim. Tapi doktor tu lelaki, walaupun dia ialah pakar sakit puan. 
Awak ni plak, tak nak terima hakikat awak tu sebenarnya ada penyakit, sebaliknya menyalahkan diagnosis doktor tersebut. Bila doktor tu bertegas tentang penyakit awak, awak pulak tetiba kata...."TAK PAYAH LA DOKTOR. DOKTOR LELAKI. APA YANG DOKTOR TAHU PASAL PEREMPUAN. LAGIPUN SAYA TAK BULEH BERURUSAN DENGAN DOKTOR , HARAM! SAYA TAK YAKIN DENGAN DOKTOR. "


Orang yang tak reti buat keputusan
Deal ngan orang macam ni memang tensen. Lambat bertindak. Selalunya dia suka amik jalan selamat, dengan menyuruh orang lain buat keputusan untuk dia. JAdi, katalah jadi masalah selepas keputusan diambil, senanglah sikit dia nak salah orang yang buat keputusan tu. Dalam perbincangan pun, dia selalu dok diam je. Bajet cam bagus, diam cam berpikir, tapi sebenarnya tak pikir pun. Ended up, dia suruh kita wat keputusan ikut suka kita jugak. Salu jadi bila aku explain pasal insurans kat pasangan suami isteri. Sangat payah nak dapat SUAMI yang mendengar. Salunya, isteri je yang KENA DENGAR...


Orang yang bila aku tengok dia je nampak macam tunggul.
Yang ni memang takleh wat pe la. Bukan aku yang saja-saja nak nampak dia macam tunggul 
Tapi , tu lah. 
Dah cuba untuk membuatkan dia nampak macam manusia, tapi aku tetap nampak dia macam tunggul. Siyes hepless orang camni. 
Sebab, walaupun dia nampak macam tunggul, tapi dia ada perasaan. 
Dia tau pulak terasa hati, sedih, lapar, nak berak, ngantuk...
 Kalau tunggul sebenar mana ada leh wat semua tu kan?
 Kalau tunggul senang sikit, kita boleh amik letak barang atas dia, atau buleh wat tukun. 
Tapi, kalau orang menyerupai tunggul ni, kita still nak kena jaga dia, nak kena cakap elok-elok...walaupun orang tu tak bagi respon pun kat apa yg kita cakap.
 It's not dia tak reti to have fun and to respond on things... bukan. 
Dia cuma MALAS je. Malas segalanya. 
Bagiinya, kalau dia tunjuk komitmen pun, tak berbaloi apa-apa. HAaa.. kat opih aku ada sorang cenggini. Jadi bahan je la. 


Orang yang Mudah Percaya
Yang ni senang. Aku explain sikit je, dia terus caya apa aku kata. Kalau kena ngan orang lain, mungkin boleh kena tipu. Tapi sebab yang explain tu aku iaitu MAKBED, jadi susahla sikit korang nak kenatipu ngan aku. Sebab aku selalu mewujudkan komunikasi 2 hala. So, kalau tak suka, leh terus marah je. HAHAHAA~ Timakasih banyakla kat orang yang percaya kat aku ni. Berat tugas aku bila orang dah percaya ni.


Orang yang terlampau suka minta pendapat
Yang ni jenih suka MENDENGAR. Pastu, suka minta pendapat orang lain. Konon cam nak dengar. Tapi sebenarnya, tak pun. Dia memang suka camni. Penat aku bagi pendapat bagai, balik-balik menda yg sama jugak jadi. 
Pasni, nak pendapat aku, BAYAR!


Orang yang helpless.
Terlalu bergantung pada orang lain. Senang bagi excuse. Macam-macam excuse dia. 
Nak buat keputusan tak boleh sebab suami dia tak balik lagi. 
Takleh pegi mana pun sebab tali kasut hilang.
Aku dulu pun masuk kategori ni gak. Tapi skang, dah baik dah. Gangguan tu ada..manusia ni kekadang helpless jugak. Tapi, kena sentiasa buat yang terbaik dan berusaha. Kena pastikan apa yang tak kena, dan tangani masalah tu secepat mungkin.



Attention seeker
Humm................. kita semua buleh dikatakan attention seeker kot. HAHHAHAh~ Kena kaji balik la pasni, kenapa kita memerlukan ATTENTION. 



Meriah kan life aku?





Photobucket

16 May 2012

[RESEPI] CILI BERKETAM ..... ?



Murah rezeki umah aku dan umah Illa bila Ida kasi kat kitorang ketam sorang setalam. 

Yang paling mengelirukan, kenapa kaki ketam lagi banyak dari jumlah ketam yang ado? 




Tak sabar punya pasal, aku terus basuh itu ketam dan plan nak masak apa. 
Bosan lak asik masak lemak je. 
2 hari lepas punya masak lemak udang pun tak abih agi. 

Jadi, aku decide nak wat resepi pedas lagi menyihatkan ...


'KANTAM' BERCILI!!!!

(Oni sebut ketam , KANTAM)


Bahan-bahan yang diperlukan:

Kantam (ketam) 5 ekor (bersihkan)
15 keping cili kering (gunting dan rendam)
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
1/2 sudu sos ikan
garam dan gula



Cara-cara:

  1. Lumur ketam dengan serbuk kari dan sedikit garam. Goreng selama 1 minit dalam minyak panas. Jangan lama-lama nanti isi kecut.Angkat dan toskan.
  2. Cili kering blend bersama bawang besar dan bawang putih. Kemudian, tumis ke dalam minyak gorengan ketam. Biarkan sampai naik minyak. 
  3. Tambah sedikit air. KAlau suka kuah banyak, boh le lebih. 
  4. Masukkan sos cili, sos ikan dan sos tomato. Gaul. 
  5. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  6. Last skali masukkan ketam yang dah digoreng tadi. 


'Kantam' yg siap digoreng. Kalau nak ratah time ni dah buleh sangat dah!




Ketam Bercili siap


 Inche Kitchi tak makan ketam.
Jadi, hasil masakan Makbed hari ni dikongsi bersama jiran depan umah, Illa yang suaminya jugak tak makan ketam. 

Their loss... HAHAHHHAHAH~



Photobucket


Pregnancy Test 'Fasha Sandha'


Owh... tajuk gila glam hokeeyy!


Hari yang penuh tensen. 

Poor my good neighbour and my bestfriend. She has to deal with UNCERTAINTY for another 2 weeks. Pregnant or not, the result is yet to be confirmed. 

She did her UPT test early this morning and the result came out negative plak. Last night, positive with 2 lines, but line pertama was not so clear. 

Aku berdoa sangat agar keputusannya baik. 
Dan andainya keputusan itu kurang baik, aku doakan sahabatku dikurniakan ketahanan fizikal dan mental untuk menghadapinya. Pregnancy is not something we can simply choose or pick. Tu semua rezeki Allah. 

But, I still hope, she will get the best news. Dah lama sangat dah dia tunggu tu...................


Well... 

Kisahnya petang tadi aku nak kuar pi Tesco. 
Sahabat bertuah aku yg sorang ni pesan...

Hang nak pi Tesco kan? Kirim UPT lagi 2 bijik. Ang jampi-jampi cam semalam tau. Aku nak simpan. Lagi 2 minggu aku nak test. Saja nak manja-manja ngan ang...


Aku pulak reply:
Yela..... Nak aku beli yang Fasha Sandha punya ke?


Dia jawab...
Takyah la.... Beli yang Nora Danish dah la...


Aku jawab..
HOKE



Semenjak keluarnya kisah Fasha Sandha pregnant 2 minggu buleh detact, memang macam-macam spekulasi keluar. 
But, bagi yang taktau, pregnant buleh dikesan awal sebenarnya.
Apatah lagi kalau dia pakai pregnancy test yang macam ni


Pregnancy Test 'Fasha Sandha'



Yang ni kalau ko ngandung seminggu pun buleh detact dah.
 Dia hanya buleh detact sampai 3 minggu je.
 Lebih pada tu , scree tu akan tulih 3+. Maksudnya, ko dah ngandung 4 minggu ke 10 minggu ke, 38 minggu ke... Cemtuh la. 

Tak susah pakai ni. 
Buleh test bebila masa je. Result accurate. 
Tapi natang ni mahal. Ada la RM15 kot. Ke lebih? Dah lupa dah.

So, papepun, lepas kencing kat UPT tu, teruih la refer pi klinik yang berkenaan. 




Kalau yang Nora Danish plak, yang jenih cam ni (kot)

Pregnancy Test 'Nora Danish'



Yang ni murah je noks.
RM 5 pun leh beli kat farmasi. 
Syaratnya, ko kena kencing pepagi sebab dia nak air kencing pertama selepas bangun tido. 
Kalau petang, resultnya mungkin berlainan. 
Kalau ada pencemaran 'bahan bukti' result dia lagi tak boleh dipercayai. 
So, kena berhati-hati masa pegang UPT jenih ni.
Bersin pun tak buleh. 


Dedua UPT Tester di atas adalah aku punya. 
Masa ni aku test untuk Wawan. 
Memula, pakai UPT Nora Danish dulu. 
PAstu, teruja, besok tu gi beli UPT Fasha Sandha lak. HAHAHAHAH..


Rupanya, akuk dah peknen 5 minggu dah masa tu.





Entry hiburan sahaja. 
Sila jangan saman saya....


Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram