Followers

30 Apr 2012

Bila BERSIH diBERSIHkan, wujudlah KEBERSIHAN!




Dengan tak semena-menanya hari ni bizi sokmo.

Hari-hari bizi aku ni.
Kalau hari tak bizi, lansung tak hapdet blog pulak.

Kepelikan terjadi bila sejak tiga pat hari ni aku kerap-kali mengantuk dan cepat letih.
Apakah itu tanda-tanda awal kehamilan?

Aku juga kerap-kali berasa seperti terbang, ketika duduk, berdiri ataupun baring.
Apakah itu tanda-tanda awal kehamilan?

Selera makan biasa-biasa saja, tapi aku menyedari diri ini kerap minum air manis lebih dari air masak.
Owwh... not gud.
Akan cuba berubah secepat mungkin.

Saya menjadi amnesia di masa-masa tertentu...
Maybe efek melahirkan kot.
Tapi dah 10 bulan dah pun. TAk abih lagi ke efek?


silalah BERSIHkan



Life menjadi semakin tak organized.
Tambah tak organized bila tengok kain berbakul tak lipat dan rumah yang mula 'bersalji' kelabu.

Lagi bertambah serabut bila ada client yang tak reti bekerjasama dan suka membazirkan masa aku tanpa menyedari masa yang aku ada skang adalah untuk membantu orang lain yg jauh lebih memerlukan.
Bukan nak berlagak...
TApi, aku dah provide sgala yg anda perlukan untuk kebaikan anda juga.
JAdi, tak bolehkah anda bekerjasama dengan memudahkan saya, untuk kepentingan anda juga?

Alamak, bunyi macam emo dah ni.
Apakah ini tanda-tanda awal kehamilan?



Bagi mengatasi masalah keserabutan yang dialami, hari ni aku upah pasukan BERSIH 0_0 untuk merusuh kat umah aku. HAHAHAHA!

Gila lah.
Rumah lama tak kemas.
 Aku lak tak tahan habuk.
Silalah tolong kemas umah aku wahai Cik Puan Cleaner. Suami Saya sanggup bayar.

Dan............

Cik Puan Cleaner lah penyelamat jiwa dan semangat aku pada hari ini.
Kipas umah aku kembali bersinar.
Lantai umah bersih tanpa sebarang kesan bedak dan lekitan sumi.
Bawah meja komputer Inche Kitchi dah tak ber'salji' lagi.
Menan Oni pun terkemas elok dan skang aku dah tak jumpa kat mana dah kotak menan Oni. HAHAHAHHA.. padan muko Oni~

Aku hepi..
Cik Puan Cleaner pun hepi...

Next week bolehlah kita bekerjasama lagi ye.


Kerana dia jugak aku jumpa client dan prospek lain dgn gumbira!

Dan kendian dapat tgk Avengers bersama Inche Kitchi tanpa rasa gelisah umah bersepah apabila pulang.......


Today is the best day!




Photobucket

[REVIEW] THE AVENGERS


oHSEMM!!


Ok... this is action-thriller-fiction-comedy type of movie. It is representing your favourite superhero in a way that you can Never imagine. 


Superheroes sometimes do silly things though. Well... adatla kan.
Nobody's perfect. 





Movie ni memang ditunggu-tunggu sejak sekian lama.
Lepas semua watak superhero kecintaan digarap secara detail dan dipertontonkan sejak tahun lepas, maka lahirlah the Avengers nih.
Wa kuciwa sikit sebab Agen Coulson kecundang di tengah jalan.
But, cara kekecundangan beliau pun begitu style , sehingga beliau mati pun orang sempat gelak sekejap. 

Tapi, tengok wayang pun tengok gak.

Gelak, gelak jugak. I did learn something from it.

  1. Walau cemana hebatnya pangkat, kuasa, dan tahap kebrutalan masing-masing, teamwork perlulah ada bila nak mencapai kejayaan dalam sesuatu misi. 
  2. Bila semua yg ada power pakat-pakat nak tunjuk POWER dan besar kepala masing-masing, ended up no body is doing the MAJOR PART of winning, that is LISTENING. So, kena dengar dulu baru wat decision. Seek to understand, then to be understood. Habit number 6.
  3. Everybody matters. Takde sapa yg tak penting. Suma penting walau sekecik-kecik orang skali pun. Walaupun Thor hanya ada mertun ajaib dan Captain Amerika tak reti memandu sebarang kenderaan, tapi mereka juga penting dalam menjayakan misi menyelamat dunia. Hikhikhik~
  4. Nick Fury walaupun matanya takde sebelah, ia tetap bukan penghalang untuk menjadi ketua yg bagus. Even kekadang tu terpaksa bohong sunat untuk memastikan para superpower ini menjalankan tugas. 
  5. Hulk walaupun dia bebal bila dia jadi Hulk, tapi dia sangat kiut. Eh,, ini bukan pengajaran! Well.....  sifat baran dan bengis adalah sangat berguna kepada kita ......... BILA KITA BERHADAPAN DENGAN RESAKSA YANG BENTUKNYA SEPERTI LIPAN dan demi-god bongok cam Loki.. Selain daripada resaksa ganas dan Loki, sifat bengis tidak dibenarkan guna. Mekasih~

Favourite scene Makbed:

Banyak gila! Korang kena tengok sniri.

Tapi yg paling best adalah scene Loki kena hempas ngan Hulk macam Makcik Senah kat kampung aku cuci kain kat tepi sungai. Ntah mana lah Hulk belajar bertempur seperti itu.
Walaupun ia kedengaran ganas, tindakan tersebut tidak lah nampak ganas pun. Siyes ~


Bintang yang patut diberi kepada movie ini adalah, sebanyak bintang yang bertaburan di langit. 




Nak pi tengok lagi  la pasni.



WAR IS NOT WON BY SENTIMENT
IT IS WON BY SOLDIERS




Photobucket

28 Apr 2012

BAmbam Bee rosak lagi



Bambam Bee- rosak!!!

Kesian kitorang. Dah le wat hal kat tengah jalan. Kitorang baru je lepas drop Inche Kithci kat Komuter Batu Gajah sebab dia nak balik Kuala Kubu. Next week dia exam. Tren dia jam 3 petang. Tapi aku tinggal dia kat situ jam 1.30 tengahari. On the way balik, tinggal aku, Oni ngan Wawan. Keta dah start semput. Takleh tekan pedal kuat-kuat , nanti enjin mati.

Tekanan la aku !


Dah tu jalan banyak lori. Kalau keta bawak slow-slow, pehtu tmime nak over take, takkan nak slow pulak. Hukhukk~ Hangin betui la bawak keta slow-slow ni. Ternyata, aku tidak mempunyai kesabaran yg begitu jitu lagi.

Oni ngan Wawan lagi kesian. Ekon takleh pasang. Berpanas la depa dalam keta. Dah le tengiahari. Oni lagi la. Kalau panas je, muka dia akan jadi merah. HAHAHA.. sama cam haku. Wawan lak, walaupun dia putih melepak, kepanasan tidak memberi kesan kepada kulit beliau. Cuma Wawan berpeluh je la.

Pelan-pelan bawak pun, akhirnya sampai jugak umah dalam jam 2.40 cemtu.


Tetiba dapat message....

"I changed my mind. Nanti saya balik rumah. Settekan hal kereta dulu..."

Wahh!! Ada hikmahnya tren dia jam 3. So, dia ada masa nak wat decision samada nak terus ke KKB atau balik. Maybe hati dia tak sedap kot. Aku pun... memula niat nak tgu je sampai jam 3. Tapi anak-anak ni takleh tunggu lama-lama. Susah...


Ce bayangkan kalau Inche Kitchi dah naik tren, aku ngan anak-anak balik umah... On the way keta rosak. Dan Inche Kitchi masa tu dah ada atas tren?

Huuuuuuu


Skang Inche Kitchi ada kat bawah. Tgh repair Bambam Bee.

Sempat ke nak tgk Avengers ni?



Photobucket

27 Apr 2012

Regional Annual Award Presentation Night (Northern Region)



Activity: Mengglamorouskan diri.
Lokasi : Hotel Equatorial, Penang
Tarikh: 25 April 2012



Terhegeh-hegeh ok cari baju dinner. MAk Aii...~ Eventho aku jadi wife pegavai navy, siyes aku tak port cari baju nak pakai dinner sebelum nih. HAHAHAh~ TApi, bila kena pegi official dinner ngan Prudential, tetiba aku jadi mati kutu lak.

Seb bek la ado Kak Ju, Kak Nor ngan Zura jadi penunjuk arah. Kalau tak pakai baju tido je lah aku gi dinner ok.

Honestly, julung-julung kalinya sejak join Prudential tahun lepas, aku berpeluang gi dinner cam gini. Haruslah kena sampai certain pangkat baru buleh gi dinner besar-besar. Kalau kena gi dinner camni, pakat-pakat le suma sewa evening gown ke, beli ke, tempah ke.... Pepandai la ko. Cam haku, beli kedai je lah. Sebab tetiba je nama naik kena pegi. Blur jap~


Kak Nor dan the super picture-holic.



Juliana Jamni, Rashidin, Pojikun, Syafik dan Datin Makbed..ahaks!



Ni team KUAT MAKAN. Memang settle suma lauk kalau dok ngan diorang ni.







Sebab gambo kaler merah:


  • Warna tema Prudential kan kaler merah.
  • Lampu dalam ballroom kaler merah
  • Time pose adalah time lampu kaler merah. Masa lampu kaler hijau, kami tak sempat pose.

Zura Tukiran  dan Juliana Jamni

Azura Tukiran adalah agen Johor. Sapo dok Johor yang tanya pasal PruBSN, nak sign, nak minta tolong baca 'buku' ,kalau Makbed takleh datang, Zura lah yg akan datang.
Tadahal punyo.


"saya janji saya akan dapat staklab tetiap tahun."

Gambo haku takde dalam sesi angkat sumpah STARCLUB ni sebab aku tak sampai peringkat STARCLUB lagi. 
Ni antara wajah-wajah ke San Francisco nanti. 

Sila bawak oleh-oleh ye~

So, korang doakan aku supaya panjang umur, murah rezeki, buleh servis korang lagi. Amin~

Tahun ni Starclub gi Munich.



Photobucket

Makbed's Journal Bertemu Akak Nora Berkisah



Tahniah kepada diriku sendiri. 

Baru 10 bulan bersalin, aku dah ada baby baru!



Tarikh kejadian: 26 April 2012
Lokasi : Kampung Melayu Subang



TARAAA!!!!




Baby baru Makbed


Comel tak?







Gini gaya pro pegang baby ye.

Tu Iffat le. 
Aku ni cuma mak angkat aje. HAHAHAHAH~




Ni hah mak betul Iffat.....


Pose itu penting.

Terima Akak Nora Berkisah kerana sudi menerima kunjungan Makbed dan Inche Kitchi. 
Dalam berpantang pun sanggup kuar umah jadi JAGA kat tepi jalan sebab aku cari umah dia tak jumpa.

Syukur tak terhingga sebab dapat jugak jumpa makcik ni setelah beberapa percubaan untuk bertemunya gagal sebelum ni. Inche Kitchi pun join tau. 
Haa..bukan senang~ 
Insan terpilih je leh jumpa Inche Kitchi ni. HAHAHA~


 Dah lama sangat nak tengok Soleh. 


Tapi, eksaited nak tengok Soleh punye pasal, aku lupa terus snap gambo beliau. 
Ade gambo Izzat je tengah sibuk main game pakai Galaxy Tab apak dia.





Soleh nampaknya sihat. 
Pada mata aku, perkembangan beliau skang ni memang sangat baik la. 
Kalau ikut expectation sebelum ni, tak sama lansung. 
Besh dapat tengok Soleh senyum. 
Dan bulu mata Soleh memang panjang.
 KAlah bulu mata Oni oke. 


Baby baru plak, Si Iffat ada kuning. 
Harap-harap segera sembuh ye kuning kamu. KEsian mak kamu. 
Nora lak secara fizikalnya sihat dan kuat. 
Tapi, paham-paham je la kalau ibu berpantang ni, di luar nampak ok, di dalam Allah ajelah yang tau. Dia cakap dia gemok, tapi aku tengok ok je. 
Perut je boncit tapi sebab dia baru je sminggu bersalin, mmg le cenggitu. 
Kesimpulan, aku lagi gemok dari beliau la. Pertandingan sapa lebih gemuk ke hapa ni?


Kejadian ini berlaku semalam. 
Kebetulan, Inche Kitchi nak gi Jabatan Laut, Klang. 
Aku pun ngikut skali dan misi utama memang nak gi jumpa Nora. 
Tak kira!! 
Berkat keazaman nan jitu tersebut, akhirnya aku bukan saja jumpa Nora dan anak-anak beliau, aku siap jumpa asben dia, mak dia, ngan mak mentua dia skali. 
HAHAAa... So, suma dah kenal sapa Makbed skang. 


Selesai segala urusan, aku gi jumpa Fatin plak.
 Anak dia admitted kat Pusrawi Jalan Tun Razak. 
Alang-alang dah ada kat KL, aku ngan Inche Kitchi meredah jem ke sana pulak. 
Lagipun , Fatin dok sorang-sorang kat wad. Hanin Nayli pulak kena dok inkubator. 
Khalis the asben takde. Kena outstation gi Vietnam.
 Jenuh bermain emosi kawan aku sorang ni. ISk...

Yang Fatin lak kurus gila.
 LAgi kurus dari sebelum dia ngandung dulu. 
Aku tak dapat tgk Hanin dekat-dekat sebab nurse Pusrawi tu cam jeles je ngan aku. MAybe sebab aku hensem sangat gamaknya, masuk hospital pakai baju keje. 
HHAHAHAHAH~Nak wat camne... 
Saya hanya menjalankan tugas.







Photobucket

24 Apr 2012

Oni dan Nombor 2





Cik Oni kita skang sedang belajar mengira satu dua tiga menggunakan jari. 

Stakat skang ni, dia baru pas buat nombor 1 dan nombor 4. 

Owh, I think her favourite number is 'EMPAT'. 
Sebab bila dia sebut 4 je, dia cam bangga semacam. HAHAHAHA...
Ibu nye faveret number is 2 dan 8. 

Oni tau what 'dua' is. 
Sebab setiap kali diberi barang dia akan cakap "dua". 
"Dua" to her means, satu untuk dia dan satu untuk Adik. 

So, today Oni is learning how to show "DUA" using her fingers. 



Susah jugak nak tunjuk number "dua"  ni tau....





She tried to fold her little fingers so hard, until aku pun rasa nak tolong je.....



The suddenly the fingers came out like this...


Ibu, betui ke ni?


Hmmm.... kira betui la tu kan??



Ok Oni....Clever girl.
Tepuk! tepuk! Tepuk!!!


Photobucket

Emas Vs Insurans


Sedikit maklumat EMAS dan INSURANS untuk pengetahuan aku dan kawan-kawan sekelian. 




Firstly disini ia melibatkan antara Pelaburan vs Simpanan. Perlu diketahui yg sbnrnya pelaburan bknlah satu simpanan dan simpanan bknlah satu pelaburan.

Antara emas dan insuran sbnrnya kedua2nya penting dn tak perlu dibuat pilihan yg mana satu krn anda perlu memilih keduanya, dan ianya perlu dinilai dari konteks perbezaan iaitu emas adalah satu bentuk Pelaburan, manakala insuran adalah satu bentuk Simpanan dan pd masa yg sama ianya menawarkan manfaat Perlindungan.
1. Pelaburan adalah aktiviti yg bermotifkan keuntungan dimana matlamat asalanya adalah utk menggandakan modal atau ekuiti asal dan ianya akan diukur dari segi untung dan rugi dlm bentuk RM. lebihan jumlah RM berbanding modal asalnya menunjukkan pelaburan itu menguntungkan dan sekiranya berkurangan ianya bermaksud kerugian. Disebabkan ianya bermotifkan keuntungan, secara automatik ianya mewujudkan risiko kerugian, dimana strategi pelaburan seseorg itu yg akan menentukan samaada pelaburannya akan menguntungkan atau sebaliknya.


2. Simpanan pula adalah aktiviti yg tidak bermotifkan keuntungan. Matlamat simpanan adalah utk jaminan, utk kegunaan ketika diperlukan, kecemasan atau utk digunakan bg sesuatu tujuan dimasa hadapan. Berbanding pelaburan yg tujuannya utk penggandaan jumlah modal, simpanan pula hanya utk pertambahan jumlah bilangan. Disebabkn ianya tidak bermotif untung, maka ianya tiada risiko kerugian. Sbg cth org yg membuat simpanan emas tidak akan terpengaruh dgn naik dn turun harganya krn sbrg kenaikan harga emas tidak akan membuatkan jumlah bilangan simpanan emasnya bertambah dan begitu juga jika harganya turun, krn sbg penyimpan yg menjadi tumpuan adalah jumlah bilangan dn bknnya nilai simpanan. Begitu juga dgn insurans yg berbentuk simpanan cuma kelebihannya disini ia menawarkan privilege perlindungan.

Kesimpulannya, kedua2nya baik, setiap org perlu ada krn keduanya mempunyai peranan yg berbeza.

Sekian,
Faizan PelaburJutawan




Makbed berkata:

Kaalau nak beli kereta, pergilah tanya orang yang menjual kereta.
Kalau nak beli Bugati Veron, pergilah kat dealernya. 
Jangan pergi kat dealer Proton. 

Kalau nak survey peti ais terbaik, tanyalah pakar peti ais iaitu di kedai yg jual peti ais.
Jangan pegi survey kat jiran-jiran sebelah rumah anda. 

Kalau nak tahu pasal emas, tanyalah orang yang pakar dalam emas. 

Kalau nak tahu pasal insurans , tanyalah orang yang pakar dalam insurans. 

Dan bila bertanya tu, please empty your cup. It's hard to fill a cup that is already FULL. 

Kalau bertanya dengan orang yang salah, salah le jawapannya. 


Masyarakat kita particularly, agak skeptikal bila menyebut tentang insurans , apatah lagi menyimpan emas. Yang orang tau, emas tu gelang mas, rantai mas, gigi emas, pajak gadai.
 BAgi bangsa lain, kedua-dua ni dah agak lama diketahui kepentingannya. 
To be honest, masa citer Italian Job dulu, aku still tak berapa nak paham how emas works in our daily life. Heehee.. 

Bila diajak untuk berkongsi maklumat, rejection selalu berlaku. 
Macam aku yang bekerja dalam bidang life insurance ni, lebih dirasai. Paling menyedihkan, masyarakat kita rata-ratanya tak kaya., hidup bergantung penuh pada subsidi, which is sangat vulnerable bila berlakunya inflasi. 
Bila inflasi, brg naik, subsidi ditarik atau dikurang. 
Dan masa tu ramai yg akan wat statement komplen kat tv.
 Kita sudahlah tak bergaji besar, 
Tanggungan pun besar. 
Kesihatan tak reti jaga. 
Duit tak banyak, leh isap rokok.
 Keje teruk-teruk, tak pegi bersenam.
 Makan banyak hari-hari.
 Bizi sangat keje, terus tak makan. 
Teruk keje, hyper tension. 
So, bagi aku kesihatan dan kewangan ni memang saling  berkait. 
Ada duit, pun sakit. 
Takde duit lagi la sakit. 

Jadi, please la kawan-kawan ku. 
Jika ada duit lebih, berjumpalah dengan yg pakar. 
Secure kewangan anda. 
Kalau kita kaya , we can contribute to our own society.
 Kita akan jadi kukuh.
 Kalau kita kaya tapi sakit plak, kita kena guna kekayaan tu untuk ubat sakit kita je. TAkleh contribute to the society. 

So, bear in mind. 
Change your mindset.
 Dulu, aku pun camtu gak. 
Skang, saya sudah berubah. 


Credits: Thanks a lot Adira Cinderella dan suami yang sudi berkongsi info. It helps me, a lot!







Photobucket

23 Apr 2012

Kalau rokok tu ada marine collagen kat dalamnya, memang aku pun nak isap!



Isk.. besh kan isap rokok kan?
Walaupun dah keluar fatwa cakap rokok tu haram tapi slamber je dok isap lagi.
Kalau cakap babi tu haram, tau plak geli.
Agak-agakla kan, kalau ditulih kat kotak rokok tu kandungan rokok tu ada bulu babi ke, usus besar babi ke, cuping telinga babi ke, nak tak smoking lagi? 

I bet they still would! 

Ternyata, usaha Serael nak menjahanamkan umat Islam secara halus memang berjaya.
Berjaya dalam pelbagai segi. 
Antaranya, berjaya memudaratkan kesihatan umat Islam secara perlahan baik bagi si perokok, mahupun ahli keluarga dan kawan-kawan si perokok. 
Maka, berkuranglah umat yang sanggup mati berjihad di jalan Allah sebab suma sakit jantung, paru-paru berair, tibi, batuk kering, hati bengkak bla bla bla..
Skang ni, ramai yang bercakap riak.
Mengkafirkan orang macam makan cendol je.
Tapi yang bercakap tu dok insap natang yang direkacipta oleh sapa ntah? Kan..KAn... Kann... 
Camana nak pi perang menegakkan agama kalau dalam poket bawak bekal rokok Dunhill?
Ce habaq mai sat?


Meskipun dah ramai ulama cakap menda ni haram, tapi ramai yang menidakkan.
Cuma, tak ramai yang BERANI menidakkan terang-terangan, melawan fakta dan menafikan bahawa ROKOK ITU TIDAK HARAM dan MEMUDARATKAN KESIHATAN.
Sebaliknya, diorang lebih suka pada alasan basi seperti "kalau tak isap rokok otak tak berjalan" dan "kalau berhenti rokok, aku gemok sebab brenti rokok akan membuatkan kita lapar senantiasa.." 

Kenapa begitu susah? 
Tahu tak alasan macam ni sangat mencerminkan diri kita yang tidak reti bersyukur akan nikmat Allah bagi?

Dulu-dulu, masa ko kecik, takde rokok , tapi otak ko elok je buleh hapal ABC? 
Buleh je ingat sifir 12. 
Buleh je ingat Al-Fatihah? 
BUleh je baca doa tido sebelum tido.
Kenapa dah tua-tua ni musti perlukan rokok untuk membuatkan otak ko berfungsi? 
Aku rasa tak mungkin kot
Ada yang merokok tu dah terlupa solat.
 BUkan sebab ilang ingatan, tapi MALAS.
Ada yang mendahului ROKOK dulu sebelum solat Maghrib.
Tak caye, tengok lepas berbuka. 
Yang lebih besh, semua yang isap rokok tu TAK TAHU baca Bismillah.

Ada tak yang baca Bismillah sebelum isap rokok dan sebut Alhamdulillah selepas merokok?
Ada? Ada?
Sapa buat cemtu, sila ngaku jap.
Terang-terang setan dah bermaharajagopal dalam hati, peparu dan jantung. 

Kenapa perlu takut gemok lepas brenti rokok? 
Bersyukurlah Allah bagi nikmat makan. Kalau takde makanan cam kat Somalia tu caner?
Ha tu..diorang tak de isap rokok , tak gemok jugak. 
Ko nak jadi cemtu? 
Allah maybe tak tarik rezeki makanan, tapi mungkin dia tarik selera makan ko plak. 
JAdi, jangan cakap sesuatu yang bodo ok.
Tengok keliling kiri dan kanan sebelum bercakap. 
Tengok langit sama. 

Toksah deny keburukan rokok tu. 
Embrace it. 
Admit it.
Berhenti. 

Tapi, berenti la 3 hari pehtu, sambung balik isap rokok lepas berbuka. 
Tolong bagitau aku, vitamin apa yang ada dalam rokok tu sampai susah sangat nak tinggal? 
NAk kata buleh bagi hilang ngantuk, aku tengok orang smoking tido lagi dasyat dari aku kot. 
Sampai mesin rmput bunyi kemain deras kat luar pun buleh tak dengar!

PAtut aku ni kena isap rokok kalau dah katenya rokok buleh bagi kita tak mengantuk.
Sebab, aku kena bangun 3 jam sekali bagi anak nyusu.
Tersengguk-sengguk tau nyusukan anak.
Atau, maybe rokok tu buleh menegangkan kulit perut aku dan memulihkan parut pembedahan beranak aku ni? 


Aku tak sure korang yang merokok ni tau ke tak pasal ni. 
Tahu tak ASAP adalah makanan jin.
 Api ada kesukaan syaitan.
Jadi, memang logikla para perokok ni degil-degil dan bongkak belaka bila ditegur sebab diorang dah didorong dirasuk makhluk haluih. 


Usah biarkan dirimu diselubungi ..... misteri................................................. [tetibe!]


Antara pekerjaan paling sesuai untuk perokok adalah.................


pengumpul madu lebah.



habih dah bebel.

22 Apr 2012

Mee Hailam Cik Ton



[resepi sarapan sampai ke lunch hari ni]



Mee Hailam yang dimasak Mak adalah menu kegemaran kami seisi keluarga. Kalau anak-anak Mak balik , berkumpul ramai-ramai, pastinya kitorang demand nak makan mee hailam yang Mak masak.

Semalam, aku teringin sangat nak makan mee hailam tersebut. Maka, aku pun sms le MAk , minta resepi. Tadi aku dah masak dah. Senang je.


Bahan-bahan:

1 peket mee kuning yang kecik (tak ingat berapa gram)
4 ulas bawang putih (tumbuk)
2 sudu lada hitam (tumbuk)
sedikit sawi
sedikit isi ayam / bahagian ayam yang dipotong kecik-kecik
2 batang jagung muda (jagung kecik-kecik tu)
5 potong fish cake
5 biji fish ball
3 sudu sos tiram - lebih pun takpa.
4 sudu besar kicap manis
2 sudu tepung jagung yang kemudiannya dibancuh dengan sedikit air.



Cara-caranya...

  1. Lepas tuumbuk lada hitam dan bawang putih, panaskan minyak dan tumis. 
  2. Kendian, masukkan dalam 4 cawan air. Lebih pun tak pa. Nak buat kuah kan.
  3. Masukkan ayam. Biar mendidih airnya sedikit.
  4. Lepas tu, masukkan sos tiram dan kicap manis. Biar seketika. 
  5. Boh plak sayur-sayur. Kalau boh sawi, sawi tu taruk last skali la ye sebab sawi ni cepat layu.
  6. Taruk fish ball dan fishcake.
  7. Lepas kuahnya mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung.
  8. Perasakan dengan garam.
  9. Bila nak makan baru letak mee. Jangan letak awal-awal sebab kang kembang. Tak sedap. Mee ni elok makan panas-panas.

Tadi, aku takda sayur. Jadi aku just masukkan ayam jek. 
Sedap tau.
 Boleh try.
BAhan penting cuma lada hitam, bawang putih, dan kicap-kicap. 
Untuk lagi sedap, masa nak makan tu potong le cili api, then boh kicap dalam tu.
 Dap! Dap!


Medical Card juga perlu kepada mereka yang sudah ada medical card tajaan


[entri lama]


Nak share pengalaman aku yang tak seberapa ni...


Seringkali bila aku tanya kawan-kawan sebaya atau tak berapa nak baya aku, dah ada insurans dan medical card ke belum, diorang memandang aku ngan sinis.

"Ni takde mende lain la ni, nak promot insurans dia je la.."


Kadang, aku approach kat fesbuk chat, reaksi yang sama jugak aku terima.


Takpe.... Aku tak kisah.

Sebenarnya, bukan semua friendlist yang ada dalam fesbuk aku tu, aku tanya. Hakikatnya, yang mana kena tanya ngan aku tu, semuanya atas dasar prihatin. Tu tanda aku sayang kat korang le.

Jawab jela...

Kalau dah ada, cakap la ada.

Aku cuma nak share pengetahuan yang aku ada.


Lagi besh bila aku tanya orang-orang yang bekerja di company besar.. Taknak la kasi contoh. Kebanyakkannya sudah disediakan medical card oleh pihak syarikat.

Sapa yang dah ada medical card dari company sendiri, sememangnya bertuah. Aku sendiri pun dulu bila tau company ada bagi medical card kat aku, yang mana bila aku masuk sepital segala bilnya adalah free, perasaannya sangat besh! Gi amik mc pun free jugak. TAk kena bayo. Siok!

TApi, usia makin lama makin mematangkan kita. Makin tua, makin banyak le pengalaman kan.


Tak terpikir pun aku bila aku brenti keje besok-besok dari company tu, semua insurans cover dan medical card tajaan akan ditarik balik.


Senario 1:
Medical card company biasanya ada 'rank' nya. Mengikut gred dan pangkat pekerja itu sendiri. Biasanya, yang pangkat rendah cam tea lady, tukang senyum (receptionist) cleaner, kerani semua tu yearly limitnya terhad. Paling biasa ialah RM20,000. Rasa-rasa, kalau tahun tu tetiba kena by pass jantung, cukup tak RM20,000 tu nak tanggung bil? Contoh laaaa... Yang rank tinggi-tinggi plak cover medicalnya tinggi. Tak adil kan? Yang geng-geng CEO tu dah banyak duit dah, apsal lak nak medical card sponsor sampai unlimited? Dah banyak duit kot. Bagi la kat anak-anak buah yang sentiasa terdedah kepada bahaya ni. Ketidakadilan berlaku di situ. Nampak?


Senario 2:
Ada plak company yang bila staff dia udah claim medical card, dan claim tu terlebih limit lak, company tu bertindak potong gaji diorang. Hmm... udah le ko sakit. Cuti mc segala sebab sakit, pehtu kena potong gaji plak. Yang unpaid leave lama-lama tu tak kira lagi. Agak-agak berapa je nak tinggal?


Senario 3:
Sorang staff ni ditakdirkan sakit kencing manis hingga menyebabkan kakinya terpaksa di amputate atau dipotong. Bila kaki dah kena potong, dia dah dikira disabled atau OKU la kan. Kalau kena potong sikit je takpe, lehjalan agi. Tapi, camana plak kalau kena potong seluruh kaki? Atau dedua kaki dia takde? Camana dia nak pi keja? Kalau dia tak pi keja , mana nak datang gaji? Kalau takde gaji, camana nak bayar kos perubatan susulan untuk kencing manis tu? Apa ingat lepas potong kaki tu terus baik ke? Ce pikir....

Company juga takkan hire pekerja yang asyik mc je even selalu sakit. Even pekerja kerajaan skalipun. 3 bulan tak kerja, mereka akan dinasihatkan berhenti. Kalau gomen plak, dinasihatkan brenti berpencen. Dapat la setengah bulan gaji gitu... Tapi, cukup ke setengah bulan gaji nak wat belanja? Awak gaji penuh tetiap bulan pun menggagau tak cukup, inikan pulak setengah bulan. Dah le tengah sakit lagi. KAlau keje swasta, memang takde pencen rasanya.


Senario 4:
Mostly berlaku di kalangan pekerja kerajaan, apatah lagi dalam persekitaran aku ni banyak askar dan navy. Telah berlaku banyak kes, eksiden. Even orang tu pegawai skalipun, masuk wad, operate suma memang free. Tapi, kalau kena boh besi, titanium ke, skru, engsel atau pape je sparepart kat dalam badan, kos barang-barang tu ditanggung sendiri pesakit. Jadi, kalau satu spare part tu regenya RM2000 even ia sebesar skru je, kita ni ada ke sen? Tu 1 skru... Kalau 5?


Senario 5;
Kalau betui la orang-orang yang bekerja di sektor kerajaan ni dijamin dan ditanggung berehhh rawatan perubatan tak kira la apa sakit dan keadaan skalipun, kenapa masih ada petikan surat khabar yang memohon bantuan dan mereka itu terdiri daripada golongon pesara guru, pesara tentera, cikgu, anak cikgu dan ada lagi la macam-macam pekerjaan dema. Tak caya, cuba belek paper hari-hari. Semakin hari semakin ramai yang memohon bantuan perubatan dan ihsan kita tapi terpikirkah kita kenapa? Dan agak-agak kalau kita minta derma begitu, berapa lamakah masa yang perlu diambil untuk mencukupkan nilai kos perubatan kita?


Senario 6:
Anda merupakan si pencari nafkah buat keluarga. Setiap bulan anda peruntukkan paling sikit RM50 pada seorang anak, sebagai simpanan mereka di masa depan. Akan tetapi, sekiranya berlaku kesemua senario seperti yang dinyatakan kat atas tu kepada anda, anda pulak tidak bekerja , pendapatan pun tinggal separuh je, SIAPALAH PULAK YANG NAK SAMBUNG MENABUNG UNTUK PENGAJIAN ANAK-ANAK ?


Dan, ketika berlakunya kesemua senario di atas, anda sudah pun diberhentikan bekerja kerana sakit, ataupun akibat keruntuhan ekonomi negara, ataupun sudah pencen dari syarikat. Tiada lagi manfaat kad perubatan / medical card dari syarikat. Malangnya, bila anda nak apply medical card dari syarikat insurans ketika tu, dah tak layak dah. Sebab pertama, anda dah sakit. Sebab kedua, premium dah jadi mahal dah sebab masa tu dah tua sikittt....

Uuntungnya bagi mereka yg sudah awal-awal mengambil medical card dengan PruBSN Takaful, no problemo. Kamu disabled? Takleh keje? Jangan risau. Premiun bulanan insurans ada jadi FREE. Sapa tak suka free kan? Kaki dah takde, kita dah sedih. Dok pikir mana nak cari duit nak wat rawatan semua. TAK PAYAH PIKIR daahhh. Masa tu medical card dan insurans menjalankan tugas. Bila kita tak mampu, Prudential plak uruskan. Udah  tetiap tahun dok claim medical card je, takpe ke? Jangan risauuu.... Tetiap tahun limit minimanya RM50,000. Tahun ni dah guna? TAkpe, tahun depan buleh guna lagi, RM50,000 jugak limitnya. TAkkan kurang punya limit tahunannya. Limit seumur hidup RM500,000. Cukup tak agak-agak? Dah le tayah bayar premium bulanan, medical card masih lagi buleh digunakan. Tak besh lagi ke?

Lebih melegakan mungkin, jika anda si pencari nafkah telah membuat insurans untuk anak-anak, dan anda pulak tetiba telah jadi disabled akibat dipotong kaki , dan sudah tidak boleh bekerja due to the sickness. Premium anak-anak juga jadi FREE. Tau?  Jadi, anda boleh fokus pada aktiviti memulihkan kesihatan badan anda sniri dan tidak perlu risau lagi akan duit insurans, medical expenses diorang dan juga saving untuk sambung belajar sebab semuanya dah FREE sampai dema beso. Apa susah? Perlu ke lagi keluarkan duit saving dan bergadai-bergolok untuk biayai medical cost kita? KAlau takde insurans, silap-silap dut saving mengaji anak pun kita terpaksa sapu semua. Pehtu niat dalam hati..."nanti abah ganti balik ye sayang..."

Camana nak ganti balik, kalau mu tak kijo dah pehtu?


Berbaloi tak bayo insurans ? Sapa cakap rugi.... Kena pilih yang betui le. Pilih yang salah, tak dapat le cenggini punyo. Hehehe..~


KEnapa perlu guna wang simpanan yang disimpan bertahun-tahun lamanya untuk pembiayaan sakit kita sedangkan kita menyimpan tu buat nak gi haji dan untuk kesejahteraan masa depan sesudah penat bekerja kelak. Ni tak, habih-habih pencen, duit pencen habih kat sepital. Ni betui ni..Makbed sniri dah ada experience dah. So, tu lah gunanya medical card. Supaya kita tak payah usik duit simpanan kita, gadai emas , jual rumah sniri bila kita ditimpa ujian kesihatan daripada Allah.

Jangan dibangkitkan soal "kalau tak sakit, camana?"

Tanyalah diri.."kalau tetiba aku sakit kanser hari ni, ada ka RM35,000 nak berubat?"


Just nak info, medical card PruBSN Takaful juga bleh digunakan untuk rawatan di pusat perubatan Islam  berdaftar di Malaysia. Ni ada kawan Makbed tanya hari tu. Medical card lain, aku tak tau. Gi check dengan agen masing-masing. Dan pada sesiapa yang nak tanya soklan berkaitan ni, boleh email kat makbedjournal@gmail.com.

Setakat skang ni, semua soklan dilayan. Che waahh~


Ok tak entri ni? Paham ke?

Oh..lagi satu. Medical card opis takleh claim elaun wad. Kalau medical card PruBSN, minimum satu hari claim elaun wad adalah RM100. KAlu dok wad seminggu, mc ... tak ke dah RM700 da..? 

RM5 sehari je. Mahal ke?

More knowledge and info about medical card, please picit tang sini... [PICIT]




Photobucket

20 Apr 2012

Ayamas Scottish Butter Shortbread










Ayamas Scottish Butter Shortbread adalah SANGAT SEDAP.
Silalah beli.



Photobucket

Aktiviti menunjukkan BAKAT




Tarikh kejadian: 18 April 2012
Lokasi : StadiumTertutup TLDM, Lumut


Pada hari tersebut, dengan tidak semena-menanya kena gi training kat Ipoh. 
Maka sudah clash dengan jadual booth aku di Pantai Puteri , Ipoh. 
NAk tak nak, kena gi jugak la training sebab kalu tak cukup CPD hours, kena terminate lak.
 Camno nak servis orang kan?

Kelas start jam 9 pagi, habih jam 5petang. Balik terus laju-laju , then singgah jap kat Petronas Sri Iskandar. 
Makan! 
Sanggup neh tahan perut tak makan masa training sebab nak makan kat Pteronas tu. Wakakakak~


Sampai umah jam 7.30pm. Oh, aku pegi pakai keta Ida Kurau. Bambam Bee takleh jalan jauh sebab belum servis.
 Masa aku ketuk pintu umah beliau nak serah kunci keta, dia rupanya tengah siap-siap nak pi BAKAT.
 Ada training bola jaring ngan geng-geng Markas Armada.

"Amboi, comey benor mu nak main bola?" tegur aku dalam kekaguman.

Ida sengih cam ketam. Dia ajak aku join skali.
Ntah ngapo ritu getik lak aku nak ngikut. HEHEE... Aku kan tak pernah gi Bakat pun. 
Tak penah kena suruh.
Dan aku lak memang bekerja.
 Nasib aku kira baik la sebab tak kena detail. *Ok, pasni musti kena detail lepas ado orang baco entri ni. Ngehngengeh..

FYI, lagi 2 bulan je lagi aku nak jadi isteri Navy. 
BUlan Jun ni, Inche Kitchi sudah tamat perkhidmatan. Udah macam line telepon lak kan tamat perkhidmatan. 
Jadi, rasanya kalau kena detail pegi Bakat pun, aku memang suka nak pegi la dan even tak kena detail pun, kalau ado orang mengajak dan aku free, memang aku gi aje.
 APADAHAL?




Inilah yang berlaku bila orang-orang terlebih BAKAT berkumpul.........




Makbed pakai baju keje je. Pegi tayang comel. HEhehe..

Yang bersukan bebetulnye si tudung petak ngan tudung hitam tu je.Yang lain tu menontot di tepi.


Menunjukkan kepakaran lain - Babysitting
Kalau pakai proper attire , leh la aku join main netball skali. 
Lagipun, dah lama sangat tak bersukan neh... 
Gamaknya kalau tetiba kena suruh lari keliling court, memang fitam berterusan. 
Tengok orang lain lincah berlari-lari jadi jeles plak.


Kepakaran sedia ada - Memberi ceramah kesedaran
Udah tu.. nak dijadikan citer, orang yg dok kat sebelah tu tanya...

"Ini Kak Liza yang jual insurans tu ke? Makbed jenel??"

Dan saya pun menjawab....
"Ye..yee... sayee lah tuh."

"Hah, hari tu sy dah tanya dah pasal insurans kat fesbuk. 
Pe kata akak explain lebih lanjut sementara kita skang tgh takde menda nak wat....
 Sori la ari tu tak sempat balas email sebab bizi keja. "

Maka... Makbedjenel pun mengeluarkan sehelai ketas dan memulakan ceramah. 

Cenggitu je kejenye.






Bukti beliau bersukan pada hari itu


Inilah jiran-makbidan-sahabat yang banyak berbakti kepada saya. 
Tinggal kurang dua bulan je lagi nak bersama. 
Pehni aku dah nak pindah. Sob ..Sob... Sedey~

Maka, di masa yang berbaki tak berapa nak banyak ni, aku akan meluangkan masa menjoyahkan diri dengan mak jemah-mak jemah terhangat seantero pangkalan TLDM ni. 




Photobucket

19 Apr 2012

[GEMPAR] Suami Lemas Dalam Dakapan ?






Korang jangan wat menda cenggini kot ye pun ek...~




Photobucket

Zarina Anjoulie dan Lufya Declare War.






Kemenda la lagi kan Cik Zarina kite ni? HEeee...





Terkini, Zarina Anjoulie yang terkenal bermulut lancang lantang telah mengisytiharkan perang ke atas Cik Lufya berikutan keluarnya komen Lufya yang dia selalu disamakan wajahnya dengan Zarina Anjoulie. 







Selepas keluarnya artikel penceritaan Cik Lufya mengenai 'tragedi berdarah' itu, maka Cik Zarina pulak membuat serangan balas. 











Berita detail boleh baca disini: Pelancaran Perang Zarina Anjoulie dengan Lufya



Makbed berkata:

Antara kesmpulan yang kita buleh wat kat sini:


  1. Lufya kena raba, telah diraba dan pernah diraba. 
  2. Lufya menyalahkan wajahnya yang cam Zarina Anjoulie tu sbg punca dia diraba. 
  3. Orang lain tak berani nak raba Zarina Anjoulie lalu telah mengambil keputusan raba Lufya je. 
  4. Zarina Anjoulie tak pernah diraba, telah diraba atau teraba.
  5. Zarina Anjoulie mengesyaki bf Lufya yang meraba Lufya. HAHAHAHAHA!
  6. Zarina Anjoulie plak dipanggil orang 'ketiak lecak' sebab disalah anggap sebagai Lufya yang memang berketiak lecak. 
  7. Zarina Anjoulie sangat mementingkan kebersihan kerana dia lap ketiak dia hari-hari dan menyeru Lufya suruh lap ketiak jugak supaya tak lecak.  



Moral of the story:

 Kalau kena raba sekali pun, perlu ke citer kat orang especially kat Press?
 KAlau nak citer kat Press atau orang ramai pasal kena raba, perlu ke mention nama orang lain?
 Jadi, kamu rasa orang yang raba kamu tu sebab kamu muka cam Angelina Jolie Anjoulie atau sebab kamu tu berpakaian yang sangat sedap untuk diraba orang? 
Normal la kalau kita disamakan wajah dan tidak ganjil jugak jugak kalau ada pelanduk dua serupa bukan?
 Pembawakan diri kita yang membezakan antara satu dengan yang lain.
 Skang? 
Dedua nampak cam ntah hape-hape. 
Yang Zarina tu memang telah diketahui lah tahap kebijaksanaan beliau dalam bab kata-kata ni.

Lufya pun dah lama tak dengar citer. 
TAk nampak muncul lama dah.
 Maybe sesaja wat cenggini sebab nak gosip panas secara percuma. HEHEHEE... 

Tak pasal-pasal isu ketiak naik. Doyaii!






Photobucket

FATIN RAHIM SUDAH SELAMAT MELAHIRKAN ANAK SULUNG




Lagi berita kelahiran!!!


Ramai kengkawan karib aku bersalin bulan ni ye. Heeee... Berturut-turut lak. 


Tapi, orang ni patut kena war-warkan dulu sebab dia bersalin awal 2 hari dari Nora. 


 Fatin - Patenko - Alphaten telah pun selamat melahirkan anak sulung beliau menerusi pembedahan 16 April 2012. Maklumat lanjut belum diperolehi tapi Makbed tau dia bersalin kat Pusrawi. Pusrawi mana tak sure. KL kot.

MAkbed masih lagi belum berhubung ngan Ibu Baru ni. Cam biasa, tak nak ganggu orang lepas bersalin awal-awal gini. Mesti letih dan serba-serbi kalut. Kan? 

Tahniah buat Fatin dan Khalis. Nanti Auntie Bedbed datang untuk memberi khidmat seperti yang diminta oleh Bonda kamu. 

Buat Fatin, jaga diri. Dah jadi mak dah ko ye. HUAHUAHUAUHAUHA. Masa aku ngandungkan Oni dulu, dia cakap " aku tatau la aku leh handle ke tak diri sendiri bila ngandung dan ada anak ni? TAkleh nak bayang....." 


Well... masa tu aku jawab.. "Ko kawin la dulu. Bila ko da kawin, semua perasaan yang penuh tanda tanya tu akan terjawab sendiri..."

And see............. Kau dah pun jadi Ibu.




Memperkenalkann!!!!





HANIN NAYLI BINTI KHALIS HAZWAN




sudah menjadi IBU BAPA


Rupanya, Khalis ni kawan satu sekolah Nora Zima. Heee...
Kecik je donia ini.



p/s: Gambo cilok dari FB Fatin / Khalis. MInta maap boss....


Photobucket

18 Apr 2012

NORA ZIMA SUDAH SELAMAT BERSALIN




Dengan rasa syukur dan sukacitanya Makbed meraikan kehadiran imam muda baru Nora Zima @ Akak Nora Berkisah yang baru je bersalin hari ni jam 3 petang tadi.


Makbed tak call dia lagi pun. Ni pun tau dari fesbuk beliau. Nak amik gambo anak dia pun takleh. Sebab tak minta permission lagi.

Tunggu Nora sihat sikit, biarlah dia rehat dulu. Pastu baru aku call dia tanya khabar.

Alhamdulillah, dia bersalin normal. Seronoklah Soleh dan si abang Izzat dengan kehadiran adik baru mereka.

Semoga kehadiran cahaya mata baru ini memberi sinar kebahagian yang lebih bermakna buat Nora sekeluarga, insyaAllah.




Photobucket

17 Apr 2012

[RESEPI] Singgang Ikan Hari Ini KuBujang Lagi




Selamat petang, tuan-tuan , puan-puan , sedara sedari cikebum cikebum sekelian...



Hari ni Makbed nak ngajo masak satu resepi yang super senang. Dan resepi ni memang diamalkan oleh ibu-ibu selepas melahirkan. 



Maafkan la gambo yg tak berseni tu. Heheeehee...

Resepi ni direka khas untuk orang yang 'bujang kehidupannya' seperti aku. Ratio untuk sorang makan, 4 kali tambah. HAHAAHAH... Ada ke orang wat ratio camtu?

Bahan-bahan:

2 ekor ikan kembong 
1 labu bawang besar / 4 ulas bawang merah (tumbuk)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
4 biji cili api (kalau yg berpantang tu gantikan dgn beberapa sudu lada hitam)
3 tangkai daun kesum
4 keping asam gelugor
1/2 inci kunyit idup atau 1 sudu kecik serbuk kunyit
sedikit halia (ketuk)
sebatang serai (optional)
1 inci karot (potong bulat)
air
garam 
gula sedikit saje
1/4 kiub pati ikan bilis megi


Cara-caranya:

  1. Tumbuk bawang dgn cili api. Masukkan dalam periuk Masukkan lebih kurang 4 cawan air. Biarkan mendidih.
  2. Kendian masukkan asam keping, daun kesum dan carot. Boleh jugak boh sayur lain contoh jagung kecik, cauliflower atau bendi jika suka. 
  3. Masukkan ikan. Biar sekejap. 
  4. Masukkan garam dan kiub ikan bilis diikuti dengan sedikit saja gula. 
  5. LAst skali baru boh serai. 

Dah siap. Sesuai sangat makan dengan nasi panas-panas. 
Lauk yang paling match ngan singgang ni ialah ikan goreng, ikan masin atau pekasam. Cun! Tapi aku suka masam lebih dan selalunya hirup je kuahnya sampai abih. 







Photobucket

GAMBARAN HARI KIAMAT



 Masa sekolah dulu, ada ustaz cakap kat aku, bila kita cuba bayangkan Hari Kiamat , bagaimana teruk seteruk-teruk yang kita mampu bayangkan, tapi hakikat realnya hari itu JAUH LEBIH TERUK dari apa yang kita boleh bayangkan. So, nak expect the worst pun tak boleh sebab kita takleh nak expect tera mana tahap worst tu. 

Dan apabila kita cuba membayangkan pula keindahan Syurga seindah-indah, secantik yang mana kita boleh bayangkan, hakikat SYURGA itu JAUH LEBIH INDAH dari apa yang kita boleh bayangkan. So, kalau kita bayangkan Syurga tu cantik , hakikatnya kita sendiri pun takleh nak bajet camna cantiknya syurga tu sebab kita punya imaginasi tak sampai ke tahap tu. 

So, bacalah entri yang aku copy paste dari facebook. Ini pun dah cukup buat jantung berdebar. Betapa kecilnya kita pada hari itu nanti. MAcam semut yang banyak, bila sekor datang kat kaki kita, kita tepis atau pijak je tanpa ada perasaan. Cam tu la kita nanti.


!!! Gambaran Hari Kiamat!!!

Mengalir air mata Ku tanpa Ku sedari ketika membaca kisah ini... Astaghfirullah!!!

- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Sumber: Amar Sufi




Photobucket

2 PRODUK SENDAYU TINGGI DIRAMPAS KERANA MENGANDUNGI SIBUTRAMINE



Terkujat gak aku bila laporan berita mengatakan 2 produk yang ada kena mengena ngan kurus lagi menguruskan telah dirampas dalam satu operasi semalam.

Ntah kali berapa dah keluar laporan produk Sendayu Tinggi ni ada masalah. 
Bab kena tarik balik dan rampas tu, ni kali kedua rasanya aku dengar. 


Kalau tengok dari SUMBER INI, produk yang menjadi 'pilihan' kementerian keseihatan untuk dirampas tu sudah setahun di pasaran.
 Aku pun tak rajin amik tau sangat pasal produk kurus selepas menerima keadaan diri yg tembam ni seadanya. 
Produk tu dirampas kerana telah disahkan mengandungi sibutramine yang mana pengambilan secara tak berapa betui akan menyebabkan penyakit gila dan stress berlebihan.
 Boleh check wikipedia ok. 

Sibutramine ni merupakan dadah kawalan dan telah pun ditarik penjualannya (maksudnya takleh jual le menatang ni) di beberapa negara terpilih.


Komen?


Ada yang cakap , Sendayu Tinggi ni selalu jadi mangsa 'kedengkian' sesetengah pihak.
 Ada yang memberi komen mengatakan rampasan seumpama ni kalau nak buat, buat jelah tak payah la nak war-warkan dalam media bagai... siap mention nama company lagi. 
Tak ke menjahanamkan perniagaan 'orang Melayu' kita?


Well....


Camana plak kalo produk yang korang makan tu bagus, tapi tetiba disahkan berbahaya oleh Kementerian Kesihatan dan produk tu plak dibuat oleh orang bukan Melayu?
 Haa.. caner..? 
Korang nak komen menda yg sama ke?


Melayu atau tidak, jika sesuatu itu terbukti berbahaya, sebagai orang Islam yang berilmu kita perlu alertkan orang lain. 
Dan alert tu bukan hanya untuk orang Islam saja, untuk semua la. 
Itu tanggungjawab masyarakat. 
Abeh, kalau produk tertentu tu dihasilkan oleh orang Melayu, diniagakan oleh orang Melayu tapi ado merkuri ke, jarum jahit ke, taik burung kasawari ke korang nak diam-diam je sebab produk tu orang Melayu yang buat?

Cenggitu ke pemikiran kita di zaman serba berteknologi tinggi ni?


Sebaran adalah PENTING bagi menghentikan pembelian produk tersebut. 
Dan juga membantutkan niat orang yang BARU JE NAK BELI produk tersebut. 
So, bila dah ada alert ni, pikir balik nak beli ke tak ubat kurus cap ni atau pun timbangkan balik WhY DO YOU NEED TO TAKE UBAT KURUS at the first place. 

Sendayu Tinggi memang well-known ngan produk kurusnya. 
Aku sniri pun guna AMMY 60 Days tu. 
Walaupun produk yg aku dah guna tu tak kena rampas, tapi skang aku lak rasa cam takut. 
Kang gila tak pasal. HAHAHAHAHA.. 

Weh, pengguna Sendayu Tinggi memang ramai wooo.. 
RIbu-ribu.
 Ce bayangkan kalau suma amik produk yang ada dadah berbahaya ni, pakat-pakat degil nak mempertahankan company kesayangan , pehtu pakat-pakat sakit semua. 
Gilo... !!


Pehtu jadi zombie...................... macam citer Walking Dead tu. 


WAAAA~

Tu la dia secebis imaginasi dari aku. 



Untuk mengetahui lebih sah tentang berita rampasan dan mengenali produk rampasan tersebut, silalah gi blog ondscene.my






Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram