Followers

30 Mar 2012

Kek Batik dan Berger Kenit untuk Oni-chan




Motif panjat lemari ni? Taktau la..


Aku terpaksa la ubah sofa kat area rak ni sebab Oni dah memanjat-manjat dan punggah barang atas tu. Natijahnya, 1 frame gambo saya telah selamat dipecahkan. SOb sob..~ 

Skang ni amende pun tak slamat dah. Semuanya dia boleh capai. Oh, sungguh cepat kamu membesar!


Bosan-bosan, aku buatkan sedikit jajan untuk Oni kunyah bila tengok tv. Sesekali membasahkan mulut dengan makanan yang mewah , besh jugak. AHHAHAH...



KEk batik

Tak susah. Takyah pakai api. Aku buat pun dalam loyang paling kecik existed di dapo. Sebab kami ada 2 orang je pun. Loyang 8 inci je kot. Tu pun leh bagi sikit kat jiran. 


Bahan-bahannya:

Biskut merie. Hancur-hancurkan. Banyak pun takpe sebab nak buat adunan ni padat. 
Milo peket kecik skali. Boh semua.
Sedikit susu pekat manis. 

Caranya...
Pecah-pecahkan beskut.
Bancuh milo pekat-pekat. Air sikit je. Jangan cair sangat, kang tak jadi. 
Masukkan biskut diikuti milo, berselang-seli. Sambil-sambil tu penyekkan sampai kejap campuran biskut dan milo tadi di dalam loyang. 
Bila dah puas hati, dah habih suma biskut dan milo , masukkan adunan tu dalam peti es.
Besok dah buleh makan daa.... Nyumm!!!


Syarat utama kesedapan kek batik ialah

  • GUNA MILO
  • JANGAN KEDEKUT MILO DAN BISKUT MERIE




MAlam pulak, tetengah dok ngadap American Idol, tetiba perut lapar. Oni pun asek dok minta beskut je. Kebetulan tadi terjumpak resepi Mini Burger kat blog Kak Ana. Terus rasa nak try. Daging burger dah ada dah..


Mini Burger untuk Oni-chan


Suka sungguh Oni makan. Licin pinggan. Simple je nak buat. Cuma aku wat setingkat je la. Kak Ana buat banyak tingkat jugak. HEee.. Yang penting, dalam tu ada sayur dan tomato slice. Saja nak test tengok Oni nak makan ke tak semua tu. Aku letak jugak sikit mayonis. Oni tak brapa suka mayonis sbenornye...

Tak sangka lak habih. Tau tak apa yg dia makan dulu? 

Dia makan salad dulu. Salad tu yg menarik perhatian dia. Lepas tu baru dia makan tomato. Tomato tu kecik-kecik je potong, agak-agak muat nak masuk mulut dia. Kalau boh besar-besar kang dia kais keluar je. Tapi, tak sangka la dia nak makan semua tanpa meninggalkan sebutir apa pun, kecuali pencungkil gigi tu!

Ok , pasni Ibu buat lagi. Memang tak susah. Just pakai sekeping daging burger dan sekeping roti gardenia je. Buleh wat 3 set berger kenit dah. 

Kalu nak tengok cara-cara pembuatan, leh klik kat link blog Kak Ana tu...


Photobucket

29 Mar 2012

Renungan....





Semalam...



"Teman saya ni, navy..PEGAWAI. (Terpaksa dirahsiakan namanya atas sebab-sebab keselamatan) Beliau mengadu, sakit dada. Mulanya, sakit sikit.. Lama-kelamaan makin teruk pula semputnya. Kita yg menengok ni plak rasa sendat. Skang di CCU," cerita seorang pemuda ini di telepon.

"Dia sudah admit di hospital Manjung pagi tadi. TApi, doc di sana takleh buat apa-apa. KAtanya 10% saja chances to live. KAlau tak silap, kawan saya ini ada membeli insurans, tapi saya tak pasti masih valid lagi atau tidak... Boleh awak tolong periksa?"

"Boleh...." agen imi mengangguk.

Dah check... MEmang ada insurans...


Ahli keluarga tidak tahu pesakit ni ada membeli insurans. Ketika orang lain datang menziarah membawa buah tangan dan ucapan "semoga cepat sembuh", tapi agen ini pula datang membawa berita lain.

"Saya PEGAWAI INSURANS untuk TUAN XXXX... Maafkan saya jika mengganggu....BAgaimana keadaan Tuan di sini?"


ISteri beliau menjawab dalam tangis.

"CUma ada 10% saja. 2 saluran di jantung tu sudah tersumbat. Macam takde harapan..."

"JAdi, doctor buat apa?"

"Mereka hanya monitor. Tengok keadaan camana... Skang masih terlalu awal untuk beri jawapan.." balas isteri.

Kemudia agen itu pun berlalu.



Setengah jam kemudian....


"Saya sudah arrange ambulans dari KPJ Ipoh untuk menjemput Tuan di sini. Tuan akan dibawa terus ke sana untuk rawatan," jelas agen tersebut.


"TApi.... suami saya dalam keadaan kritikal. Hospital tak mahu mengambil risiko. JAdi apa-apa on the way ke sana nanti, bagaimana?" pintas isteri segera, penuh kerisauan.


"TAkpe... sebab tu KPJ hantar ambulansnya. Dalam tu dah ada siap medical assistant so jadi apa-apa boleh monitor dari situ. JAngan risau Puan..."


MAka..... bernen0-neno lah pesakit itu terus ke KPJ.






HAri ini.....



Tuan itu sudah boleh duduk, dan tersenyum ketika menyambut ketibaan agen tersebut.

"Terima kasih..." kata- kata pertama si pesakit kepada agen tersebut.


"Terima kasih sangat-sangat... KAlau takde awak, ntah apa jadi pada suami saya....." ucap si isteri pulak, nangeh lagi.


"Saya hanyalah menjalankan tugas..." balas si agen. Senyum-senyum saja.


KAta doctor pakar, jka lewat dibawa ke hospital, memang tiada harapan pun. TApi, camana pulak kalau di bawak ke hospital, tapi takde tindakan? Hanya mampu monitor je...

TApi, kita sebagai manusia harus berikhtiar. TApi, kena jugak ingat, kalau takde kewangan yang cukup, ikhtiar itu akan menjadi SANGAT SUKAR. Betulkan lah jika saya salah....


Dalam kes orang ni, keluarga tak tahu pun si pesakit ni ada insurans. NAsib baik kawan dia tau.

Moral of the story:

  • Please let your family know , you have insurance and which company you bought it from. 
  • Please keep your medical card visible so bila emegensi orang nampak.
  • Please keep get yourself and family dilindungi dengan LENGKAP. JAngan main beli, bayar tapi kendian tak cover. 
  • Please keep in touch with your insurance agent. Buat agent tu cam kawan baik.. JAdi pape senang nak call.

Diperjelaskan di sini, bukanlah saya ini mahu memburukkan hospital kerajaan. Tidak berniat pun. But, menda macam ni berlaku jugak. KAt spital mana pun boleh jadi. Kita cuma bersiap-sedia saja....




Photobucket

27 Mar 2012

Kegunaan tambahan troli tesco







Berterima kasihlah kepada troli Tesco yang cukup lebar .
 Muat jugak la baby carrier si Wawan. Kalau tak, camno aku nak bershopping? 


Disadvantage nya , aku takleh shopping banyak-banyak sebab kang terkambus pulak si Wawan dengan bebarang shopping tu. Sian kan? Dari sudut positifnya, membawa anak-anak bershopping seperti ini me'maksa' ibunya berjimat cermat. HAHAHHAAH~

Nasib baik ONi bukan jenis nak menda-menda. Belum pernah capai rekod guling-guling atas lantai sebab nakkan sesuatu. KAlau Ibu dia beli, dia amik. Kalau tak beli, tak pela. Pasrah je.... 

Oni tak minat menan. Dia cuma minat cekelet nagn eskerim je. Tu pun, eskerim tu mestilah connetto. Bebaru ni je introduce paddle pop yg kaler pelangi tu. Suka plak dia. Bagus..bagus.. Jimat duit Ibu. 

Wawan plak, tak payah susah hati. Ada 'candu' ngan bantal busuk, botol susu dah kira ok da. Kalau nak selamat, bagi je pape menda yang boleh dia gentel-gentel. Senyap la... TApi salunya, ramai je tukang acah kat supomaket tu. Aku dah takyah susah-susah nak tenangkan Wawan. 

Tapi, masa bershopping terhad. Sejam je. Kalau lebih, pepaham la ye. Selalunya kalau keadaan memaksa aku gi Tesco tanpa pembantu ni , aku kuar pepagi lagi. Elok-elok Tesco tu baru je bukak... Bila agak-agak ekon dah sejuk dalam Tesco tu, aku masuk la! HAHAHAH.. Gila awal tak? Orang pun takde. AKu leh paking depan-depan pintu masuk - sapa pun tak marah. 


Gitulah secebis kisah kami bertiga bila Apak takde. We have to get used to it. Because there's no way Apak akan berada selalu-selalu di rumah. Pas ni lagi lama Apak pegi........................
 6 bulan skali baru balik kot? 


Go Go Makbed!






Photobucket

TIPS MENUNJUKKAN RIAK KEBOSANAN TANPA MEMBURUKKAN RUPA PARAS ANDA






Bila boring kat opih , korang wakpe? 

Makan?
Tido kat surau?
Tido bawah meja? .... !!
Karoke kat meja?
Kaco orang ?



Korang buleh amalkan tips menghilangkan boring seperti berikut:



Gigit kuku.
Selain boleh membuatkan kuku anda nampak "berkilat" korang jugak nampak comel ketika bertindak sedemikian. Kadang-kadang buleh nampak macam orang bijak terngah berpikir - padahal sebenarnya dalam kepala tu KOSONG je... 
Gaya tu penting, kan?



 Tongkat pipi.
Tongkat dagu dah biasa sangat da. Tapi , aktiviti menongkat pipi ni bagus untuk menegangkan pipi dan mengurangkan kedut-kedut di muka. Pastikan buat kedua-dua belah sebab kalau buat sebelah je, rupa paras pipi tu tak seimbang pulak. Kita takmo begitu ye murid-murid...
Sebelah pipi tahan selama 35 saat. 
Kalau buat lebih nanti bos lalu, bos kata awak berangan plak.




Picit hidung.
Jejeng... Nilah dia rahsia idung mancung seladang seludang. 
Dok saja-saja, tarik la batang idung. 
Selalu baby-baby kecik org tua-tua sibuk-sibuk tarik idung konon nak kasi mancung kan? Teknik itu juga boleh diaplikasi ke atas orang dewasa. 
Bagus juga untuk orang yang dihinggapi selsema kerana dapat membetulkan saluran lubang idung yang tersumbat. 
AMARAN: Jangan tarik terlampau OVER , kang nampak cam menatang 'yang tidak mahu disebut namanya' tu. Terus buruk rupa paras korang. 


Cara terakhir...

 

 Senyum seindah doremon.... bak kata adinda Nurul kepada saya suatu ketika dulu. 
Senang je nak buat ni.
Bukak mata luas-luas. 
Tarik je mulut sampai pipi rasa tegang.
 Tak payah pakai tangan pun.
Bagus untuk otot muka. Even dahi pun terasa tegang. 
Kebaikkannya... org yg nampak kita buat macam ni pun, akan turut sama senyum seindah doremon untuk kita.
 Suasana akan lebih ceria.
 Dunia kita akan lebih bahagia. 
Tapi kalau takde org kat depan untuk anda hadiahkan senyuman begini, cukuplah hanya senyum memandang cermin. 
Senyumlah pada diri sendiri dulu. 
Tak salah pon. 
Makbed selalu je wat camtu.


Sudah senyumkah kalian pada hari ini? 
Bagaimanakah rupa senyuman anda?





Photobucket

24 Mar 2012

Bila Oni berkata-kata






Scene 1:


Ibu: Oni! Taknak tido ye? Ibu boh adik la dalam buai ni. 
Oni: TAkleh! Ni buai 'aku'!
Ibu: ~angkat kening~ Haaa??? Aku?? Sapa AKU?
Oni: Aku tu ONi la.
Ibu: ~cubit pipi~
Oni: Eh, pesal cubit pipi Oni?? ~sebek~
Ibu: Ni buai sapa?
Oni: Buai AKU....... uwaaaaa!
Ibu: ~cubit pipi lagi..~Buai sapa ni?
Oni: UWaaaaa..... Erm..buai Oni.
Ibu: Pandaii..... Ni buai sapa?
Oni: Buai Oni....
Ibu: Pandai anak ibu. 
Oni: Aku?
Ibu: TAkleh sebut AKU. Kalau nak sebut AKU, ONi kena pandai makan cili dulu.
Oni: Laaa.. pedas la makan cili!
Ibu: Ye la.. kalau nak cakap aku, kena makan cili. BAru bleh cakap AKU. 
Oni: Ooooo... tu Ibu cakap AKu? 
Ibu: Ibu makan cili... 
Oni: OKEEE




Scene 2:

Oni: Ibu nangeh?
Ibu: Ye la... Ibu sedih. Oni punggah menan tak kemas. Huu...huu...huuwaaa...
Oni: Alaa.... Shh..sshhh.. Dah dah. JAngan nangeh. Meh sini meh... Oni lap. ~amik lampin adik lap muka Ibu. 
Ibu: Oni kemas la menan... sob sob sob..
Oni: Yela..yela... Kang Oni kemas. Ibu jangan nangeh aaaa..... Dah dah. DIam..



Scene 3:

Tengok TV. 

Oni: Ibu, awat orang tu nangeh?
Ibu: Dia sakit. Dah nak mati dah. Dia nangeh la...
Oni: Ooo.. shiann nya dia. Err.. lamanya dia nangeh. Tak penat ke Ibu?
Ibu: ~pikir jawapan~ Hmm.. tak tau la. Dia nangeh je. Ibu pun kesian.
Oni: Isskk... Oni takmo la nangeh. Penat!
Ibu: Yeke?
Oni; ~Isap susu botol sambil buat bodo je kat Ibu~



Scene 4:

Ibu: Oni sayang Ibu tak?
Oni: Sayaaaaanng............... ~sambil peluk Ibu~
Ibu: Sayang Ayah tak?
Oni: Ayah work. Dia takda. Tak payah la sayang. 
Ibu: HAaaiih.. mana buleh. KEna sayang. Ayah work cari duit nak beli eskrim. 
Oni: Yeke? Ok..takpe. Ibu tepon Ayah la nanti Oni sayang. 
Ibu: OkEEEE.................~



Auni is 2yrs and 7 months now.

Photobucket

3 Beranak ke Tesco



Bekalan barangan rumah sudah hampir habih. PAmpes nak kena beli. Susu nak beli jugak. DUit cash kat tangan takde. Kena pi cucuk.

HAri ni hari Sabtu. Pengasuh cuti. Balik kampung. Paling besh, Inche Kitchi pun tak balik. JAdi, sapa nak tolong teman gi TEsco beli barang dapo ni? NAk pegi pasar ngan Oni ngan Wawan memang tak leh la. Jenuh mendukungnya.

Pengasuh A janjinya nak gi jumpa, nak kolek duit premium last minit kansel lak. Stended la kan. Kalu tak leh tumpangkan ONi ngan Wawan jap. Pengasuh B memang takde. Balik kampung juge. 


NAk taknak gi la bawak bebudak ni ke TEsco. Bawak dak Oni yg mulutnya tak brenti bercakap..sebab aku soh dia tinggal puting dalam kereta kan? Macam bertih jagung mulut tu bertanya itu dan ini. Sampai CikGad TEsco pun dia nak berkenalan. Pe kah la.. Sebelum gi Tesco tu aku heret dedua skali turun gi cucuk duit kat Maybank Lumut.

"Ibu... nak duit sikit..." mintak Oni.

"Gi mintak kat mesin.." suruh aku lak.

Dia pon pi...

"MEcin... nak duit. NAk beli yemm kat ibu.." katenyee...

Aku sengih je sengsorang. NAsib baik kat bank tu tak ramai orang. Tapi ada la orang. Yang ada tu pakat cubit pipi Wawan sorang sikit. Wawan dah ngantuk dah masa tu. Maklumlah, bangun tido subuh-subuh. Ajak gi TEsco pukul 8.30 pagi. Mana tak ngantuknya...


KAt TEso aku beli semua apa nak beli. Oni request nak tobeyi (stroberi). Biskut meri wajib beli sebab Wawan suka. Oni pun suka. Dia kan ratu beskut. Then buat julung-julung kalinya aku beli Milo. Sebab, Oni skang mengamalkan breakfast minum milo. Kalu aku ngan Inche Kitchi je, Milo memang tak minum. JAdi tak penah beli - kecuali hari tu Kimi datang dan kami suruh dia buat kek batik.. HAHHAA!

MEmandangkan Oni dah beso, jadi kenalah ajar dia makan secara sihat. So, Milo la kan. Susu tu memang dah rutin. Sesekali minum teh. Tapi budak ni semua dia bantai je. Tak mo cerewet-cerewet. Nanti time darurat payah nak idop! KAhkahkahkah. Ngan aku takde la semuanya diharamkan makan. Bagi la jugak buat rasa-rasa. KAng jakun lak. Cuma kawal la pemberian jajan. Selamatnya, bagi je makan kopok ikan yg goreng sniri tu. Aku pun suka cicah sos ngan mayonis. Cokelet memang wajib ado dalam peti es. Cadbury okeh. Coki-coki pun ado, buat upah rajin buat kerja rumah dan berhati mulia. Every good deed , bagi reward. So next time, dia akan buat dan buat, jadi kebiasaan dan tetiba je dia buat tapi tak teringat pasal upah dah.


Dah abih shopping, nak balik le. Hari Sabtu kan Hari TAnpa Beg Plastik. JAdi aku bawak beg Transformer Tesco. Beli sikit je so 1 beg je dah cukup. Pampes lagi. Dah load suma masuk keta. Oni ngan Wawan pun masuk keta. Pecut balik umah. Singgah jumpa Aina amik kad kawin beliau. On the way nak balik tu, cari botol susu Wawan - takde. Rasanya tertinggal dalam trolo Tesco tadi.

Patah balik plak. Seperti diduga, takde pun dah botol tu . HApe lagi.... gi kedai la beli botol susu baru. Waaaaa!!!! Ada la botol MAM kaler turqoise blue. Comeyy.

Penat woo shopping bawak baby 2 orang. Alhamdulillah semua OK. Lepas ni, jangan harap la nak buat camni da. Hehehe..~ 

Photobucket

23 Mar 2012

Luahan hati seorang MAkbed




Susah juga keje cam ni. 

Bila kita approach dan try nak educate saudara terdekat sendiri, tapi lepas tu diorang bagai menjauhkan diri. Kononnya, kita bercakap ni hanya sebab nak menjual insurans sahaja. Kononnya, saya berbaik dengan mereka kerana mahu mereka menjadi pelanggan saya. 

Oh..ingin saya jelaskan. 

Ketika saya bercerita tentang insurans 
dan kepentingannya, saya hanya menjalankan tanggungjawab sosial. 
GAji saya tidak dibayar pun. Air liur je yang keluar. 

Tapi, bila anda bersetuju memberi komitmen, dan setelah anda sign dan mula membuat pembayaran premium pertama anda, ketika itulah saya bekerja. Dan saya bekerja untuk ANDA. 
Ketika itulah gaji saya dibayar. 
TAk banyak pon dapatnya.
 Dan bukan selama-lamanya pun.
 Anda bayar sehingga umur 70 tahun, komitmen saya dengan anda 70 tahun. 
TApi gaji saya memberi servis kepada anda hanya selama 6 tahun saja. 

JAdi, kenapa bangkitkan soal "saya berbaik dengan orang kerana saya mahu menjual insurans?"

NAmun, tidak semua begitu la. 
Tu cuma secebis kisah je nak kongsi. Just nak gitau apakah perasaan saya bila.....


Orang itu tidak membalas sms saya. 
Saya rekemenkan PruMYCHILD kepada isterinya yang sedang hamil. 
PAling cikai pun, baby lahir tak cukup bulan akan masuk dalam inkubator. Sekurang-kurangnya, kalau masuk ICU seminggu ibu bapanya bolehlah dapat elaun harian, dan tidaklah berkeluh-kesah. Dan juga boleh menampung perbelanjaan lain dengan elaun tu. 

Dan paling penting, baby lahir-lahir saja  sudah bermedical card. 
TAk perlulah menunggu 2 minggu selepas kelahiran untuk membeli insurans lagi.
 Dia sudah diinsuranskan sejak di dalam rahim ibu.
 Andai dia lahir ada sedikit komplikasi, rawatan pemulihan boleh dipercepatkan terus. 
Pilihlah mana-mana hopsital pun, tidak kisah. Yang penting, kewangannya untuk membuat rawatan sudah ada. 

TApi, saya mungkin tidak cukup tegas pada beliau.
 Dan beliau pun seperti tidak mengalu-alukan saya untuk bercerita lebih lanjut. 
Yang keluar dari mulutnya hanya "tengoklah...nantilah... bajet belum cukup..." 


LAhirnya anak beliau beberapa hari selepas itu saya dimaklumkan anaknya sukar berak.
 Perutnya keras.
Disusukan dengan susu Ibu, namun kuningnya tidak surut. 
Beberapa kali admitted semula ke hospital sebab kuning mencapai 200. 
Ibu dan bapa cuba cara kampung juga. Ahli keluarga masing-masing bagi petua. 
Petua termudah, bagi baby minum cecair lebih. Air pun takpa asalkan dia minum. Tujuannya, nak bagi baby tu kencing dan berak. JAdi, bila proses perkumuhan lancar, kuning dia akan berkurangan. JAundis atau kuning kan berkaitan dengan hati. HAti adalah organ perkumuhan. Kena banyak membaca jugaklah kalau dah jadi parents ni. 

PErut baby didapati keras...mungkin ada kena mengena dengan hati TApi saya taktau apa yang berlaku sebenarnya. Daripada apa yang saya dengar, kesemuanya saya dapat rumuskan yang bayi dia ada masalah dan kena pergi dapat nasihat doktor pakar. 

NAk tak nak, dia pi doktor pakar. Dia sniri mengakui layanan hospital pakar memang memuaskan. Doktor spital kerajaan kata baby takde masalah apa-apa. Tapi spital swasta plak kata, saluran usus besar baby kecil dan mungkin tersumbat. Jadi, relevan la kalau takleh berak kan? 

Bagaimanapun, hospital swasta suruh refer balik ke hospital kerajaan, atas faktor-faktor kewangan. Bila refer semula ke hospital kerajaan, beliau kena tunggu bulan 4 untuk PEMERIKSAAN SUSULAN. Sedangkan di hospital swasta tersebut telah mengesahkan baby ada masalah dan perlukan pemeriksaan lanjut segera. 

Aku hanya leh dengar je. Sebenarnya, kalau dia buat dari awal polisi untuk anak dia, rawatan dah buleh terus buat. Duit? TAkda masalah. Attention? LAgi takde masalah sebab kalau ada duit, semua leh jadi. Ketahuilah, orang yg ada insurans ngan takde insurans ni layanan di hospital nya berbeza. Normal la tu. KErja kerajaan yang dibangga-bangga tu, katanya bila masuk wad dapat dok 1st class.. Tak semua wahai sahabat-sahabat ku. Kita tak suka diri dibeza-beza melalui pangkat dan gred, tapi bila masuk hospital, kita yang rasa diri berpangkat ni akan otometik request for 1st class. Normal... Saya pun begitu. Tapi, kalau katil 1st class penuh, kena redha jugak la dok kelas berapa yg ado kan? 


Buat insurans ni bukan sebab nak dok bilik kelas yang elok-elok. BUkan...Itu hanya benefit yang kita dapat bila kita berkomitmen. 

Tapi, kita pandang benefit yang besar contohnya macam isu orang ni. 

KAlau tunggu bulan 4 baru nak wat pemeriksaan, penyakit baby tu maybe akan lebih teruk. 
Kalau ada duit lebih, terus la ke hospital yang boleh membuat rawatan segera. Ini masa depan baby. Kenapa perlu tunggu?
 Kita pun buleh berpikir kan? 

Kemudian, kita menyalahkan hospital kerajaan yang tidak memberi layanan spatutnya, melayan kita seperti mahu cepat-cepat, terasa diri seperti dihalau-halau agar segera berambus dari situ.
 Siapa yang bole menduga akan dapat layanan macam tu?
 Ada orang ok, ada roang tak ok. 

Saya dah terlalu masak dengan isu hospital ni. 
TApi, kita takleh salahkan hospital saja. 
Kita kena betanggungjawab juga. Hidup kita yang sudah dipasak dengan mental subsidi ni membuatkan diri jadi lemak dan lepas tangan.
Isu kesihatan sendiri pun diletak pada hospital. 
Sedangkan, kita sendiri boleh membuat persediaan dari awal. 
Ini tidak.. bila saya sapa saja.. akan terima jawapan seperti ini..

"Oh..kalau sakit, boleh pegi saja hospital kerajaan. Free...!"

Sebenarnya tidak semuanya free wahai kawan-kawan. 
Saya tak boleh nak ceritakan semua kerana terlalu banyak contohnya. 
Tapi, saya boleh berpesan.
 Jika anda mampu, apasalahnya memberi komitmen sedikit membayar insurans. 
Kalau tak sakit, tak apa. Tapi kalau sakit, kita sudah ada solusinya.
 Di tempat saya, nelayan pun sanggup membayar ratusan ringgit untuk insurans diri dan anak-anaknya. 
Kerana dia tau, dia membayar untuk apa.
Dia ada KESEDARAN itu. 

Pekerja-pekerja kerajaan sekelian, jangan terlalu bergantung harap pada subsidi free kerajaan tu. Sebab bila terjadi sesuatu diluar jangkaan, kita akan kecewa dan menyalahkan pihak lain. BErubahlah. 
Kita perlu BERTANGGUNGJAWAB pada diri kita sendiri dari mengharapkan bantuan orang lain yang belum pasti akan ada atau tak. 
MEmang betui rakyat Malaysia ni pemurah, tapi jangan le pulak mengambil kesempatan. Bersedialah sebelum terkena. 

TAk rugi pun membeli.
 TApi, akan rugi kalau anda membeli polisi yang salah.
 Berjumpalah dengan agen dan pilihlah plan yang sesuai dengan keperluan anda. 
LAin orang, lain keperluannya. 


Dan personally, saya terkilan kerana tidak dapat 'masuk campur' memberi bantuan yang saya sememangnya BOLEH BERI kepada saudara saya ini. 
Dia tidak percayakan kebolehan dan kemampuan saya
 Saya gagal membuatkan dia yakin. 
Saya tidak mampu bagi bantuan dari segi kewangan. Saya bukan orang kaya. KAlau kaya aku dah beli ferrari dah! TApi, saya ada ilmu dan effort. 
Saya juga ada lesen untuk memberi khidmat. KAlau nak ikut, selama 14 hari anak dia dok wad sebab kuning tu, dia dah ada RM1400 dah. 


Bila dah kuar statement "KALAULAH AKU ADA INSURANS...mesti tak jadi camni.." ketika dia sudah terlantar di hospital, itu tandanya sudah agak terlewat la tu. 


Anda boleh reject saya. Saya takda apa-apa efek. Saya sudah memberi komitmen saya. Ketidakmahuan anda, tidak memberi efek pada diri saya....sehinggalah sesuatu yang buruk terjadi kepada anda. MAsa tu, Allah je yang tau perasaan saya sebagai seorang consultant...  :-(


Buat client-client aku yang sedia ada, aku sayang korang. 
Korang sayang aku tak...?



p/s: ini luahan peribadi ye. buka untuk tujuan komersial.



Photobucket

21 Mar 2012

TENSEN TENSEN TENSEN



Berikut adalah kejadian yang menimpa hari ini..

  • Pengasuh demam. Tak sihat. Jadi, Oni dan Wawan tak gi umah Mama mereka. Betapa hepinye mereka itu. Dapat punggah-punggah rumah sesuka hati. 
  • Kerana terlalu jenuh mengemas rumah hasil punggahan mereka dan aku lak got carried away takleh nampak habuk-habuk tersembunyi, akhirnya aku selsema. Bersin-bersin. 
  • Kordinasi gerak langkah kaki dan tangan Oni semakin baik. Oni sudah jadi lebih proaktif. Untuk mencapai buku-buku dan barang berharga Ibu yang diletakkan lebih tinggi, Oni skang sudah pandai panjat kepala sofa. Dan skang, takde apa menda pun boleh disembunyikan dari Oni. Tempat tinggi? HAHAHAHAHAHA... dia sampai jugak ler. Hadeh~
  • Oni telah berjaya menemui indoor game SAIDINA versi murahan punya, dan telah mengoyak beberapa ringgit di dalamnya. SEDEY dan bengang jugak sebab kena kutip sampah tu sume. 
  • Wawan nangeh dan cengeng tak suda. Nak pi berak pun tak buleh. 
  • Oni terlampau excited dengan buai, enjut-enjut sampai buai tu terbalik, timpa kepala aku. So, aku telah hilang akal selama 18 saat. PAstu, kami main aci ligan / kejar-kejar sebanyak 3 pusingan sebab Oni lari masa aku nak cubit dia. Berani kau~
  • Hari ni aku berinisiatif nak buat ayam bakar. Aku bagi Oni rasa dulu. Slamber je dia cakap... "tak sedap lah Ibu..." kat haku. Cisss... begitu berterus-terang. Memang le tak sedap dah dia makan bahagian yang hangit! HAHAHAHHA
  • Niat di hati nak lipat kain, tapi dengan adanya Oni dan Wawan, aku rasa lagi penat plak. PEnat telinga, penat hidung sebab banyak bersin, penat bahu, penat kaki...penat otak. Gi kerja pun tak rasa penat camni kot. Iskk... surirumah patut diberikan gaji tau. LAgi penat seyy~!
  • NAk tidokan Oni dan Wawan pun satu hal. Berebut buai. LAst skali, Wawan beralah. Ok.. Sebelah kiri ayun buai untuk Oni, sebelah kanan pulak tepuk bontot Wawan sampai tido. Pastu? AKu pun tido skali. Penat woi. 
  • Upacara kemuncaknya, tetiba henpon yg MAk bagi pinjam tu skrinnya terpadam. Terus emosional breakdown. Ni musti kerja Wawan neh. Berkat air liur dia lah henpon tu jadi cemtu. Baru berkira-kira nak beli kalkulator beso gajah kat Giant. Skang,kena gi beli enpon 3310 lak stenbai. Haduiyaii..~




Photobucket

7 TABIAT ORANG BERJAYA


Hari ni ada lagi sedikit sharing. 
Just a piece of knowledge that I got from the class I attended last week.
 It changed me after that. 
The whole 3 days and 2 nights training change my view in everything. 

For those who have attended 7 Habits of Highly Effective People, I bet you must gain a lot. 
You can practice it in your life. 
Mula dari bangun tido sampai ke nak tido semula. 
Hakikatnya, baru aku sedar yang diri orang berjaya memerlukan beberapa habit yang sangat simple tapi nak diamalkan tu agak payah la juga kalau tak dimulakan dari kecik. 

Rasa bertuah sangat because I got chosen untuk pergi training ni.
 MAsa kat Malakoff dulu takde peluang la sebab aku ni gred rendah je tak layak nak gi course mahal cenggini. *Sedih kan? 
Tetiba je lepas balik dari kelas tu, aku rasa berbaloi-baloi resign jadi 'pemukul lalat'. 


7 Habits ni feymes tau. Korang google je 7 Habits ni, korang akan tau segala menda pasalnya. Tapi, kalau aku nak explain menggunakan versi aku sniri (aku tau dah kome malas nak google) nilah dia...


The Seven Habits of Highly Effective People, first published in 1989, is a self-help book written by Stephen R. Covey. It has sold more than 25 million copies in 38 languages since first publication, which was marked by the release of a 15th anniversary edition in 2004. Covey presents an approach to being effective in attaining goals by aligning oneself to what he calls "true north" principles of a character ethic that he presents as universal and timeless.In August 2011, Time listed Seven Habits as one of "The 25 Most Influential Business Management Books"


HAHHA.. paste je lah. 

 Berikut adalah 7 Tabiat Orang-Orang yang Efektif. Aku share je.
 Tak baik kedekut ilmu sebab tak semua orang dapat / suka / gila / teruja nak pi training lama-lama , kan?


HABIT 1
Be proactive.
Proaktif bahasa orang terpelajar. KAlau bahasa kampungnya, CERDAS. Lawannya, MANDOM. Bila duduk dalam kelas, atau pejabat, ringan-ringankan tulang tu. 
Ambil sesuatu tanggungjawab tu dengan serius dan laksanakan. Sesetengah bila orang offer kerja, masing-masing tunduk je takut kena tunjuk. LAgi teruk, tunjuk orang lain suruh buat kerja tu, padahal diri sendiri boleh je buat. Sikap mengelak tugas adalah satu tanda 'tidak proaktif'. Kalau takde sapa nak offer diri melakukan tugas tersebut, ambil inisiatif untuk OFFER diri sendiri. 


HABIT 2
Begin with the END in MIND
End in Mind maksudnya WAWASAN atau MISI. 
Contoh: Misi kita nak beli keta Ferrari. So, set le dalam kepala nak keje kuat-kuat sebab nak BELI FERRARI. JAdi, FERRARI tu le end in mind kite.
Set kan misi. Berpeganglah pada misi tu. 
Setiap perkara yg kita nak buat mesti kena ada misi. BAru la mencapai destinasinye. K
alau takde MISI ni, sama la macam naik bot tetengah laut tatau mana nak pi. Blur tak?


HABIT 3
Put first thing first
Haa.. yang ni plak kalau tak buat memang cempera la hidup. 
Yang ni kena tau beza antara URGENT dan IMPORTANT. KAlau dalam bahasa melayu kite, dedua ni maksud PENTING. KAn? Sebab tu la kita cempera skit. Tak berapa reti nak beza mana satu PENTING dan PERLU. Tentukan perkara yang nak dilakukan dulu berdasarkan keperluan anda. LAin orang lain keperluan. Kegagalan berbuat demikian memang dijamin akan tensen dan stress sepanjang waktu. Ramai orang tak reti prioritize sampai semua menda DIA RASA PENTING dalam hidup dia dan DIA NAK BUAT SEMUA tu. Last sekali, habuk pun tarak. Pastu tensen .Dan dia ajak orang lain pulak untuk join tensen sama-sama ngan dia. 

Kalau dalam kelas tu diajar beberapa definasi baru untuk senang nak asingkan tugasan kita.
URGET AND IMPORTANT
IMPORTANT BUT NOT URGENT
URGENT BUT NOT IMPORTANT
NOT URGENT NOT IMPORTANT. 


HABIT 4
Think Win-Win
Apabila berlaku bercanggahan atau pertembungan pendapat , cubalah bermusyawarah agar kedua-dua pihak mendapat manfaat daripadanya. Bukan sorang menang, sorang lagi kalah. Ataupun dua-dua kalah. Kerana hidup ini panjang dan seharusnya dilalui dengan indah dan gembira. Konflik hanya akan memburukkan situasi. Janganlah asik nak menang sokmo. LAma-lama orang meluat nak berurusan ngan kita. 


HABIT 5
Seek first to understand, then to be understood.
Ni dalam erti kata lain, KALAU NAK ORANG FAHAM KITA, KITA KENA FAHAM ORANG DULU. Biar orang bercakap dulu, dapatkan maklumat dan apa yg ingin beliau sampaikan, kemudian kita pula yang bercakap. JAdi, masing-masing dapat menyampaikan maklumat dan apa yang nak disampaikan dengan baik. TAkde miscommunication jika masing-masing ada peluang nak bercakap. Kalau masing-masing pakat nak bercakap. dan sapa pulak yg mendengar kan? Tidak timbul isu "asyik-asyik aku je yang dengar ko bercakap. bagi la aku bercakap pulak.." Jika ada, maka itu adalah satu ciri komunikasi yang tidak cemerlang. Dan ingat.... JANGAN terus SERBU TAK PAKAI HELMET ye. Equip yourself with knowledge and understanding first, sebelum berkata-kata. KAng gado~


HABIT 6
Synergise
Sepakat membawa berkat. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Itulah dia maksud synergise dalam bahasa kita. Sepakat ni penting jika kita bekerja dalam berkumpulan. TAk semestinya dalam opis je kena sepakat. NAk buat kenduri pun kena sepakat. Ce bayangkan kalau time kenduri orang tak sepakat ni, pening tak kepala pengantin? KEsian kan? Ingatlah, kita manusia tidak boleh hidup dan do all things alone. We need people around us. Konsep 1Kepala perlu diamalkan ye. Bukan 1Malaysia je ado. 1Kepala pun ado tau. Kalau tak 1Kepala, kerja tarak boleh jalan juga. Seluruh team akan runtuh kalau takde kesepakatan tu. Dan untuk ada sepakat ni, setiap member dalam kumpulan perlu mengamalkan habit 4 dan habit 5. SIla rujuk huraian kat atas. 


HABIT 7
Sharpen the Saw
Tajamkan gergaji anda. Potong pokok 7 tahun tak tajamkan mata gergaji tu, mana boleh kan. Pisau pun kena asah bila dah lama-lama guna. Kalau tak asah, susah nak potong bawang. Boleh potong tapi lambat. Betul ? 
From time to time, lakukan peningkatan diri untuk meningkatkan produktiviti dan ilmu kita. Misalan, kalau tak reti guna komputer, kenalah belajar sebab skang kan semua menda nak buat kena pakai komputer. KAlau dulu, bayar bil kena beratur, skang dah boleh guna online banking. Zaman berubah maka kita juga kena berubah selaras dengan perubahan masa tu. Self improvement ni meliputi semua segi. Fizikal, MEntal, spiritual dan relationship. KAlau sebelum ni gemok, kerja keras sikit untuk kurus. KAlau sebelum ni kurus, usaha lebih untuk gemokkan badan. KAlau sbelum ni tak penah solat kat masjid, gi ceramah agama, maka skang usahakan lah gi masjid. Dengar kuliah agama. 
Ada sesetengah terlalu teruk kerja sampai nak buat hobi pun takleh. Lama-lama kita pun jadi kematu jiwa. TAke time, gi la rileks. Holiday ke. Itu pun kira sharpen the saw juge. Human being memang perlu begitu. Robot je tak payah. 


Ok..itu saja la perkongsian Makbed hari ni. Panjang sikit. 
Semoga bermanfaat lah untuk semua ye.  
Terima kasih sebab baca. 









Photobucket

20 Mar 2012

Hidup Berprinsip



Ada tak orang yang hidupnya tak da prinsip? 

Tahukah kesemua orang yang berjaya mengamalkan kehidupan berprinsip? 

Tahu ke camana kah yang dikatakan berprinsip tu? 


Sabda Rasulallah SAW:

" Janganlah setiap kamu menjadi orang yang tiada pendirian dan berkata: Saya dengan orang, jika mereka berbuat baik, nescaya saya berbuat baik. Dan jika mereka berbuat jahat, nescaya saya berbuat jahat. Tetapi biasakan diri kamu, jika orang berbuat baik, berbuat baiklah, dan jika mereka berbuat jahat, elakkanlah kejahatan mereka."


Tu adalah salah satu prinsip. Ada banyak lagi.

Go out and meet more people. Then ask them about their principal in life. Kendian, buat comparison. BAndingkan prinsip orang berjaya dengan prinsip hidup orang yang tak berapa nak berjaya.
 Dan nilaikan sendiri.
 Personally, aku katakan yang prinsip hidup seseorang itulah yang membentuk pasal diri, seterusnya membentuk tabiat atau habit seseorang sehingga dia berjaya. 

Aku pernah bertemu orang yang prinsipnya tidak dapat dikenal pasti dalam kategori mana. KAtanya, manusia ni ada 2 sifat. Sifat baik dan sifat buruk. Sifat baik itu keluar apabila bersama dengan orang-orang tertentu contohnya bila bersama suami, isteri , keluarga dan anak-anak. MAksudnya, bila dia bersama orang-orang ini, dia akan BERTUKAR demeanor menjadi baik. Dan kemudian, bagi menghuraikan sifat buruk pulak, sifat ini adalah ORIGINAL jugak dalam diri manusia dan akan keluar bila bersama dengan prang-orang yang LAYAK MENERIMA LAYANAN BURUK. Setuju kah?

Dan jawapan aku...

MAnusia memang Allah kurniakan hati dan nafsu. Sifat baik dan buruk itu memang sudah ada. Tapi, tak semestinya setiap yang ada dalam badan ni digunakan sepenuhnya. Kita dicipta berakal. Setiap sorang ada akal masing-masing. Takde pun yang kongsi-kongsi akal, bukan? Jadi, nak amalkan sifat baik atau buruk tu memula sekali ditentukan akal. Dan , refer balik hadis kat atas tu. 


Prinsip juga mengawal diri kita. Prinsip tu bagaikan acuan. Setiap menda dalam hidup ni ada prinsip. Even makanan pun berprinsip. Ada tak orang buat laksa pakai ikan bilis? PAdahal, ikan bilis tu pun ikan jugak kan? Kenapa mesti pakai ikan sadin, ikan mabung atau ikan kembong? Kenapa mesti kena pakai sekilo ikan? Kenapa tak pakai 3 ekor je? 

Tu jugak contoh PRINSIP. KAlau nak buat laksa, resepinya kena ikan kembong, ikan sardin atau ikan mabung. KAlau ko boh ikan bilis, tak jadi la laksa. Kalau jadi pun lambat la. (tak penah try wat laksa pakai ikan bilis lagi..) Kalau nak buat laksa untuk 4 orang makan, kena pakai sekilo ikan. Kalau pakai 4 ekor je, tak siap la laksa ko. 

JElas menunjukkan, jika kita tidak ada dan tidak mengikut prinsip, kita tak mencapai misi kita pun. Itulah yang dikatakan hidup berprinsip. Hidup berprinsip inilah yang membentuk jati diri dan integriti kita. 



Huraian hadis kat atas tu:

Hidup memerlukan pedoman yang betul agar kehidupan tidak tenggelam timbul dengan kejahatan dan keburukan tanpa mempunyai pegangan agama, kesedaran dan tanggungjawab.

Orang yang mudah terikut-ikut dengan tabiat buruk orang lain lambat laun akan menempah banyak kesusahan bahkan diri tidak akan tertanggung dengan kejahatan tersebut biarpun ia sendiri tidak pernah melakukannya. Ini disebabkan tabiat masyarakat itu mudah menghukum sesuatu berdasarkan apa yang mereka lihat dengan mengambilkira dengan siapakah seseorang itu bergaul atau bersahabat.

Selaku seorang Islam, hendaklah kita berwaspada dengan golongan yang buruk akhlaknya. Tonjolkanlah akhlak yang baik terhadap mereka agar suatu ketika nanti kebaikan tersebut akan menyerap ke dalam jiwa mereka kerana sifat manusia itu mudah dipengaruhi dan terpengaruh. Orang yang lemah pendiriannya akan mudah terpengaruh dan begitulah sebaliknya. Ia mudah cenderungan untuk melakukan kejahatan atau khianat terhadap orang lain. 



 Apakah prinsip hidup kalian?


Photobucket

bebelan bebelan



Masa haku training ari tu, enpon wat perangai lagi korang tau!

Asal tepon org je, terpadam.
Asal org tepon je, tepadam.
Tahan 5 saat je.

Nak kata masalah betri, betri tu tengok penuh je.
sengaja nak sabotaj le tuh.

Kebetulan, Mak nak melawat aku jugak-jugak masa aku kat Ampang tu.
GAgah datang singgah walaupun takdapat jupa cucu.
Lepas habih kelas dalam jam 11 malam Mak dan Abah sampai bersama adik-adik dan kazen.
Kami pi makan.

Kesian sangat ngan aku .. Mak offer enpon dia.
PINJAM jerrrr hokey!






Apsal Mak baik hati nak bagi enpon dia ni?


Sebab Mak dah beli enpon baru.
Samsung S2 kot.

Tak pe la Mak.
Akak pinjam kejap ye enpon pink Mak ni.
Dah dapat Galaxy Note bulan May nanti, Akak bagi balik.

Bekerja keras untuk sesuatu.
Sesetengahnya mudah dapat apa saja. Minta apa saja dapat.
TApi aku, kena berusaha sendiri nak apa pun.
Dan aku lak jenis tak pandai sangat bab gajet-gajet ni.
Cadangnya nak beli biasa-biasa je.
Tetiba.....

Ada contest plak bagi sesiapa yang reach out lebih sikit bulan ni dan April, dapatlah Galaxy Note tu. HAHAHHAA...~
Maka, terkinja-kinja lah aku.
Usaha lebih sikit untuk dapat reward.
Dan yang penting, gaji jalan maaa..


PAs balik kursus, aku berjanji kat diri sendiri.
Masa yang ada akan dimanfaatkan juga untuk anak-anak.
Kena disiplin sket.
Asek sebok je. Mana bleh. Kerja skang kan dah tak sama macam keje opis dulu. Patutnya ada la masa untuk anak-anak kan?

Issk... rasa macam BANYAK SANGAT menda nak buat.
Dan suddenly rasa 24 jam ni tak cukup.
Sungguh tak bersyukur kan?



Photobucket

18 Mar 2012

Sampai rumah juga akhirnya.




Alhamdulillah...

Dah pun sampai rumah dengan selamatnya.
Lega dapat peluk cium Oni dan Wawan.


Lepas tu, gado balik!


Letih la.

BAru lepas tidokan Wawan yg meragam tetiba.
Rupanya beliau nak tido dalam buai.


Saya perlu attend lagi satu course untuk melayakkan saya dapat bonos saya. Akan tetapi, apabila saya mahu register course tersebut, tiba-tiba course itu didapati sudah PENUH. Tidak ada seat lagi. Huaaa!!!!

Kalau gi training course tu bawak tikar mengkuang, aci tak ye?



Photobucket

17 Mar 2012

What happened today...



Korang tau ari ni apa aktiviti aku?

Haha..gilohs.

Memula aku nak brief pasai kumpulan haku. Selepas dibahagi-bahagikan , aku ditakdirkan berkumpulan dengan 5 jejaka dan seorang lagi wanita. Guess what? Grup kitorang mmg 1 Malaysia hokey.... 3 Indian guys , 1 Chineese young guy, 1 Malay veteran and 2 Hot Malay MAMAs.

Memula, memang cam memalu sket. Tapi, pas few activities, semua cam dah buleh get along. We decided to name our team ROJAK - for the various race and age and also experience we have.

Nama kitorang paling kelakar, war cry kitorang memang kelakar, logo kumpulan lagi la kelakar. But, despite all that, we maintain slamber je la. Just nak have fun.

Anyway, we get more closer after we lose in a few tasks given.

What happen to us on the second day iaitu hari ini?


  1. Morning session , jam 7 ada senaman. Ada juga buat game. Penuhkan air dalam baldi. At first memang cam lembab gila grup kitorang ni. Nak isi air sampai target setengah baldi pun tak lepas. Last skali, disebabkan terlampau lembab, aku bukak kasut aku dan aku cedok air semingpul tu pakai kasut aku. Maka, jadi satu kerja plak kena jemur kasut sukan aku kat tengah balkoni. NAsib baik tak hujan hari ni. Tapi............... kitorang kalah game tu. LAst place plak tu. SIap kena perli lagi because we were lack of teamwork.
  2. 2nd game was acting. Ada la dia bagi tajuk. Maka semua org pakat-pakat bagi idea apa nak buat. But, last sekali idea aku jugak yang paling mudah dan senang nak dilaksanakan. JAdi, kami berjaya melakonka watak-watak dengan baik. Yes, we are all funny people. Orang gelak-gelakkan kitorang tau. But , memang nak bagi orang gelak pun. HAHAHAAA.... Ended up, we won tempat pertama untuk game yang kedua pada hari ni. Yeaahh!!! ROJAK is ohsem.
  3. 3rd task was the hardest I guess. Kena buat persembahan using spesific gestures given. This task was handled by Naga. Dia memilih to do Banghra dance. So, we chose the best song. Tunak Tunak Tun. HEHee.. MAybe some of you pernah dengar. I got my chance to dance lohh!!! So funny hoh? Memula semua cam blur je nam wat apa. Tapi, bila masa perform tu, dengan lagu and sound system yang power, tetiba all of us got carried away a little. HEHEHEH... We managed to entertain others and deliver the task well! We won again!


Itu lah sebahagiannya. But those three were the highlights of the day. Sangat seronok hari ni walaupun penat. I just can hope that none of the videos taken masa kitorang perform tu dipublish kat youtube. HAHAHA... Kalau ada , memang nak kena la! By the way, walaupun kitorang cam underdog sikit, kami tetap disukai ramai. AHHEHAHHEHA..~

Nak tido dah. Roomates suma dah berdengkur.

Photobucket

15 Mar 2012

More picture of Prudential Training Academy



Tengok gambo je lahh...


Malam kang la nak terjun tiruk



Menanti dengan sabar ketibaan nasi beriani gam dari Johor. Sambil makan megi.



Kak Ju melepaskan kemengidaman beliau terhadap nasi beriani gam



Ruang lobi yang sangat welcoming.




Photobucket

14 Mar 2012

Kini di Prudential Training Academy, Ukay Perdana



Nak amik gambo bilik tapi malas berganjak dari katil. Yang ni  je la hasilnya. Pinjam tudung Kak Ju.


Saya kini berada di UK.



Giyahhh!!!!!


Saya kini berada di Prudential Training Academy, Ukay Perdana. Perjalanan dari Lumut bermula jam 11.00 pagi tadi. Stop kat Kuala Kubu gi amik My Laling. Pastu, My Laling lak jadi driver. Bawak aku , Kak Ju dan Kak Nor ke destinasi.

Honestly, sangat jakun kerana tak penah sampai training academy. Tatau plak Prudential ada Training Academy. Tu pasal la jakun tu! Siap ada semingpul (swimming pool) tau!

Bilik plak macam asrama. Saya ditempatkan di bilik 6 katil, semua katil 2 tingkat. Oleh kerana saya sampai awal, saya boleh cop katil kegemaran. Kalau zaman kurus dulu, leh la dok katil atas. Tapi, skang atas faktor usia, saya pilih katil bawah je. Walaupun cam tak gah je sebab tadi cakap bilik ni cam asrama, tapi bilik saya ada ekon. KEsimpulannya, saya suka la training academy ni.

So... lebih kurang macam masuk akademi fantasia la jugak. HAHAHAa...Bawak beg akademi fantasia lagi tu. Tarik beg sambil nyanyi ..."PERCAYA PADA DIRI DENGAN HARAPAN DAN, KEYAKINAAAAANNN..."

Setakat inilah dulu laporan saya untuk kali ni. Next entri mungkin boleh snap gambo-gambo yang lebih berprestij. Skang, saya nak tido. Leteh la plak.


Sekian berita. Lintas lansung dari Ukay Perdana.


Ni pinjam tudung KAK Nor plak. Dia suruh modelkan tudung dia sekali.



P/S: Rindunya kat Oni dan Wawan.



Photobucket

13 Mar 2012

Bila Jusco Nak Bukak Kat Manjung...



Terpandang status FB Janah Edward tadi pasal tapak besar yang di berhampiran Shell kat jajahan Manjung tu. Kalau lalu jalan ke Ipoh dari Lumut, nampak le tapak tu. 
Kemain besonyeeee... 


Tu la dia tapak shopping complex baru - JUSCO.


Tahun 2010 aku memula menetap kat Lumut ni cuma ada Giant je. 
Pape pun Giant je la. 
NAk gi Billion semak sikit sebab parking susah dapat. 

Masa tu boring yg amat ko tau! 
Al-maklumlah, doniaku dulu dok tetengah shopping complex. 
One Utama tu memang dah jadi rumah kedua apa kan? 
Tempat dating situ..Tempat keje situ... Dari One Utama tu kecik sampai dah tetiba jadi beso dan kendiannya makin besorrr... Memang lama la. 

Aku simpan kad Tesco and Jcard sebab aku memang pengunjung tetap pasaraya tu. 

Tetiap tahun renew Jcard, hujung tahun redeem points. Paling best, bila ada Jcard Day. 
Fuhyoo!! Macam raye .. 
Selalu time Jcard aku pulunn beli cadar la. Murah plak. 

Bila dah pindah Manjung, since TESCO and Jusco takde, aku pun ta amik port pasal kad dah. 
Ntah mana campak kad TESCO ngan JCard tu. 

Tetiba....

Tahun 2011, time ngandung Wawan tu, TESCO bukak. HAHAHAHA...
Menggelabah ko cari kad TESCO tak jumpa. 
Orang ramai berduyun-duyun wat kad tapi aku wat derk jee... Sebab nak cari dulu kad aku. Ntah mana campaknye.

LAst skali, serender gak. Kena gi buat balik...~ 

Masa nak buat tu,customer service  Tesco tu tanya mana pegi kad aku. 
Masa tu dia nak hapdet alamat baru dan detail lain.. 

Aku pun jawab..

"Dulu dok KL memang asyik berTESCO je. Pehtu dah datang Manjung, Tesco takde. Akak pun simpan la kad tu. Dah akak lupa lak mana akak letak. Heeee...Tak sangka la satu hari akan terbina jugak Tesco ni.."

Adik Tesco tu sengeh beso... HAHAHAHA.. 
Malu giloh. Seb bek aku peknen. Buleh le wat muka kesian minta potong barisan!


Skang Jusco plak nak bukak. 

Nampaknya aku kena menggunakan alasan yang sama gak le bila nak wat Jcard semula. 

Tapi memang siyes tak sangka Jusco nak sampai kat Manjung. HAHAHAHA..


CEPAT CARI JCARD SITI NURHALIZA SAYEEEEEE~ !






Photobucket

Perli je ko boleh




Usahlah perli-perli...
Dah aku bagi peluang BANYAK kali dah... tapi aku pun manusia biasa. Ada limit jugak.

Sekarang baru ko tau susahnya nak mencari rezeki.
Sekarang baru ko tau betapa banyak menda nak kena fikir bila bekerja
Ko nak kena fikir macam-macam sebelum ko pergi kerja, tengah kerja dan even balik kerja.


Jadi faham tak konsep "kalau aku tak keluar kerja, aku takleh bagi ko gaji?"
Faham tak konsep "kalau nak gaji, kena bekerja.."

Kita kalau sering beralasan, rezeki nak datang pun beralasan juga.
Kita kalau sering berdalih, rezeki juga akan berdalih-dalih untuk datang.
Kita kalau bermalas-malas, rezeki juga bermalas-malas untuk datang pada kita.
PAdahal, rezeki itu ada. Janji Allah, rezeki itu DIA beri kepada semua yang berusaha.

JAdi, kalau tak berusaha, takde la rezeki.
PAstu, jangan nak wat lawak bodoh ngan aku. Konon-konon aku ni kejam sangat tak bagi ko punca rezeki.

Aku memang begini.
Satu perangai buruk yg ada pada aku adalah bila aku dah tak berkenan, kalau aku dah kata aku TAKMAU tu, aku TAKMAU. KAlau aku cakap sekali tak dengar, aku bagi lagi chance. Pastu, kalau tak dengar jugak, memang aku TERUS je amik keputusan. Setuju ke tak setuju ke, aku tak peduli da. Tu la dia perangai buruk aku.

KAlau ko nak perli lagi ke pasni aku pun tak kesah la der...
Sebab tu je yang ko boleh buat pun.
TAk kemananya perli ko tu.
.

 Mode: menyampah tahap lipan





Photobucket

12 Mar 2012

Tolong: Oni kate dia sakit perut



Moskel nih!


Kerap pulak Oni mention dia sakit perut. 
Start Jumaat lepas.
Before this dia memang angin-angin, berak cirit dan muntah. Tapi dah baik dah. 

Camana nak citer ntah.

Ada masa dia cakap dia sakit perut
tapi dia sengih-sengih 
sambil pegang perut. 

Aku cemas kejap.
Amik minyak angin bubuh kat perut. 
Ok lah selepas tu. 

Dua tiga jam pastu, dia cakap lagi dia sakit perut 
sambil pegang perut.
Muka dia macam sakit... berkerut-kerut.
Pastu dia menerap atas lantai. 
Dia cakap dia sakit..
tapi dia tak nangeh. 

TAk lama pastu, dia berak. 

Pastu, dia oklah. Tak sakit. 


Jap gi malam pulak, dia kata dia sakit perut lagi. 
Tonggeng-tonggeng atas tilam. 
Aku baringkan dia, tanya kat bahagian mana yang sakit.
Aku picit-picit kiri dan kanan perut kot ada bahagian yang keras ke..
Tapi takde pun. 
Dia hanya tunjuk perut tangh pusat ngan atas pusat je. 
Kalau aku tekan belah kiri, dia cakap "BUKAN"
Kanan pun bukan. 
Dia tetap tunjuk yang tengah. 

Tapi pastu dia dok senyap japp...
Tau-tau je dia cakap..
"Ibu...beyak.." 


Gitulah yang berlaku sepanjang hari minggu ni. 

Semalam aku pesan, kalau sakit perut lagi aku nak bawak pi sepital. 
Selalu tu kalu sebut HOSPITAL je, awak dah jerit takmo pi. 
Tapi, semalam tu ok plak. 
Dia sendiri mintak aku bawak dia pi spital sebab dia sakit perut. 

Oni: Ibu , jom pi ital..
Ibu: Nak pi ital? Nanti doktor boh ubat bontot , camne?
Oni: Takyah! Dokter check perut kakak aje. Takyah ubat bontot. Sakit kat perut..
Ibu: Yela.. Cacing kot dalam perut kakak. Dokter nak check... (saje gempak je!)
Oni: ~diam jap~ Err..kita pi kinik la Ibu. 
Ibu: Ok..esok kalau kakak sakit lagi kite pegi.

Tapi lepas conversation tu, aku taruk minyak angin kat perut Oni. 
Urut-urut siket.
Sejam pastu kentut-kentut... terus berak. 

Konpius!


TAdi tengah malam jam 3 pagi pun cemtu.
Tetiba bangun cakap sakit perut, pehtu menonggeng cium bantal busuk.
Tetau je ..
"Ibu...beyak dah........."

Hari Ahad semalam , dia berak 4 kali. 
6 jam sekali. 
Selalu tu sehari sekali je. 
Tapi tak cirit pun. 
Berak normal. 


Adakah Oni baru mengetahui bahawasanya tetiap kali nak berak dia akan sakit perut?

Atau 

memang perut dia sakit? 





Photobucket

11 Mar 2012

Life On Sunday with Oni dan Wawan



Hari Ahad yang penuh aksi
Rumah berkecah ngan segala menan. 
Inche Kitchi tak balik minggu ni. 
Jadi, tinggal kami 3 beranak je la. 




Muka kantoi!




Mana ntah dia jumpa skrudriver ni?


"Tolong la Puan. Saya perlukan sangat kerja ni.."




Assistant untuk wat filing di pejabat





Panjat iron board pulak




Assistant bahagian hal ehwal pakaian






Photobucket

10 Mar 2012

PADAH PERKATAAN "JAP!"




Ni lah padahnya kalau selalu sebut "JAP JAP" kat anak-anak.


Ibu: Oni, ngape main menan tak simpan tu?
Oni: Jap je....



Ibu: Hah, nak bawak pi mana pinggan tu? MAkan kat sini..
Oni: Ala... jap je. 



Ibu: Oni, main air ek?! Basah dah ni.. Dah, tutup air tu.
Oni: Jap jee.....


Oni: Ibu, pasang Upin Ipin, bleh?
Ibu: Ala..Ibu nak tgk Ustaz Don jap. Jap gi la..
Oni: Alaaa... Jap je.....


Awas, gerak langkah mu wowo~


Photobucket

Way to go Al-Hijrah




Alhamdulillah...

Tv Al-Hijrah skang dah banyak katun-katun yang sangat besh. KAlau dulu Oni just tunggu Upin Ipin je, skang dah ada Bola Kampung dan PAda Zaman Dahulu. Oni suka sangat citer tu. 

KAtun faveret Ibu lak ialah Aiman Kembara. Sapa belum penah tengok, silalah berjinak-jinak. Aku lupa hari apa citer tu. Jumaat kot, pagi dalam jam 10 rasanya. Klako siot katon tu. 




Photobucket

9 Mar 2012

MAKBED and the kids



Auni Alwani memang anak yang sweet macam ibunya.
Namanya pun memang direka khas untuk dia. Dan namanya itulah DIRINYA.
Warna-warni ketenanganku.
Walaupun aku cuma tenang time dia tido je. WAWAWAWA~


Alhamdulillah, dia disayangi pengasuh dan sangat mudah disayangi semua.
Orang lahir bulan Ogos ni memang sangat mudah disukai orang.
Aku pun lahir bulan Ogos *nak tumpang jugak tu!
Dia senang dijaga. Makin dewasa makin senang.

Boleh diminta tolong apa-apa pun.
Oni memang anak yang rajin.
Oni sudah boleh bercakap ayat panjang, biarpun tidak jelas kata bunyinya sebab dia cakap laju sangat. Namun hakikatnya, dia memang sudah boleh bertutur dengan baik, siap dengan intonasi suara yang memikat hati sesiapa je yang mendengarnya.
Berbual dengan Oni memang menyeronokkan, lagi-lagi time nak tido.
Masa tu la aku layan imaginasi Oni. Tengok kipas pusing pun buleh jadi stori.

Sudah boleh bercakap di telepon.
Tiap-tiap malam Oni akan request minta telepon ayahnya.
"Ayaaaaahhh.." panggilan mulanya.
"Ayah dah makan ke?"
"Ayah bila nak balik?"
"Oni nak tido dah ni...BAbai ayah. Lebiu." Dan tidak pernah skali pun dia terlupa cium gambo Ayah yang tertera di henpon setiap kali dia babai ayahnya.
Oni memang anak yang sweet...



Bila aku bersedih...Oni tidak pernah tinggalkan aku.
Adakala aku nangeh, Oni datang duduk di riba...
"Ibu...angan la nangehh.." pujuknya. Tapi dia tak tanya pun kenapa aku nangeh. Maybe sebab tak pandai lagi , kan? HAAHAHAH.
Kemudian, dia akan peluk aku kuat-kuat.

Oni is a hugger. Suka sangat peluk orang. 


Kalau aku marah, biasanya marahkan dia, aku diam lama...
Merajuk.
Oni akan datang ngan muka kucing mata beso tu...minta kesian.
"Ibu... jangan marah Oni. Siannn Oni."
Oni suka ketuk kepala Wawan ngan betul susu.
Aku lak suka ngamuk bila dia wat camtu.
Memula Oni menjauh - takut kena rotan.
Kemudian dia akan datang balik , peluk aku.
Dan dia tak akan mengalah selagi aku tak terima pelukan dia.
Kadang aku try gak lari-lari keliling umah nak elakkan dia peluk aku.
Sajeeee.....................Kononnya protes la aku ni kan.
Nangeh Oni kejar aku.
Sebab nak peluk je.
Kesian anak aku kena buli dengan ibu sendiri.

Hari ni Ibu pakaikan inai di jari beliau. Suka betui dia!


Gado camne pun kitorang pada hari tu, pada malamnya time nak tido aku akan peluk Oni erat-erat.
MEmang sejak Oni ada Wawan ni, papehal pun semua Wawan dulu tapi Oni tetap aku tumpukan.
Kesian jugak kadang time aku tengah tidokan Wawan tu, Oni merengek nak susu tapi aku tak dapat nak tunaikan. Oni ni jenis minum susu 2 botol baru nak tido. Botol kedua tu selalunya tak abih pun.
"Kejap ye Oni. Ibu kena tidokan Adik dulu. Lepas Adik tido, baru Ibu leh buat susu kat Oni. Oni baring diam-diam d
ulu ye...."
Begitulah yang selalu aku cakap kat Oni. Aku takleh bangun selagi Wawan yang lalok-lalok tu belum tido betul. Kalau tak, memang nangeh la si Wawan. Aku lak yang pening kendian.
Jadi, kena pastikan Wawan tido dulu, baru aku leh layankan Oni.
Kadang-kala Oni paham.
Kadang-kala datang angin jelesss dia, dia tak peduli apa pun.
Tapi selalunya dia akan jawab ,"OKEEEEYYYY..." panjang-panjang gitew~

Dan sering-kali juga berlaku keadaan di mana dia beralah, dia tertido begitu sahaja.......
Kesian Oni. Tido tanpa sempat aku tunaikan permintaan dia.
Tu lah dia perkara yang membuatkan aku sebak acapkali. 

Tido dah..

Masa ni aku buatkan susu agak lewat. Dia minum sikit sangat , kemudian tertido. 
Sangat kesian...


Nur Najwan Muhammad ni  lain sikit.
Cengeng lebih.
MAklumla... ADIK kan.
Maksud nama pun ada unsur-unsur KEMENANGAN di situ. 
Kalau tak pay attention kat dia, nangeh.
Kalau something yang dia pegang diambil dari tangannya - Wawan nangeh.
Tangisan yang sungguh mengharukan.
Masa demam ritu lagi kesian dengar dia nangeh.
TApi, Wawan suka tengok tv.
Oni dulu beso-beso Wawan mana reti tengok tv.
Asyik nak berdukung aje.
Kalau Wawan, pasang Upin Ipin je dah diam da. Melangut je tengok.
Tetau je dah tido.
Perkara yang paling annoying tentang Wawan adalah kecengengan beliau.
Tapi aku suka gak tengok dia nangeh-nangeh ngade tu - cute!

Kejamkah Ibu?

Ibu minta maaf kalau Ibu berkasar dengan kamu dan kamu. 
Hot temperature Ibu adalah kerana Ibu sendiri.
Merajuk Ibu kerana diri Ibu sendiri. 
Tapi kamu tetap anak-anak Ibu yang terbaik. 
Walaupun mana Ibu pegi, even hanya pegi Tesco tak bawak kamu, Ibu tak sesabo nak balik , amik kamu dari Mama sebab Ibu rindu nak bergelak-ketawa dengan anak-anak Ibu. 
Dan....

Ni dah sihat dah ni. Mula la kerja mengusik.


Minggu depan Ibu kena gi kursus kat KL 3 hari.
ALALALALALALa..
Camne ni??
Camana Ibu nak tido? 
Waduhh, peritnya hati menghitung tibanya detik itu.

Ibu nak Oni tau dan faham...
Ayah pergi 'work' sebab Ayah sayang kita.
Ayah nak bagi kita makan eskrim hari-hari.
KAlau Ayah tak 'work' kita tak boleh makan eskrim.
Kita cuma boleh makan nasik je.
Boring tak?
Walaupun Ayah takde kat sini dengan kita, Ayah sayang kita. 
Jadi, Oni kena pesan kat Wawan juga, sayang Ayah ye... 
Jangan lawan-lawan cakap Ayah. 

Dan Ibu nak Oni mengerti,
Ibu juga 'work' supaya Oni dan Wawan boleh lebih selesa. 
Boleh Ibu belikan mainan apa saja siap sekali orang gaji untuk kutip semua mainan yang kamu sepahkan tu. 
Dan Ibu bercita-cita nak buat dapoq umah besar.
Jadi, Ibu kena 'work' jugak la. 


HAbih dah bebel.




Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram