Followers

31 Jan 2012

Penampar Jepun Wawan



Hari ni nak membebel............



Wawan!

Punya la Ibu bangun pelan-pelan takmo bagi sesapa pun terjaga sebab Ibu nak solat subuh dengan aman damai. Tapi, kamu bangun senyap-senyap pastu kamu panjat kakak kamu plak? 
Punya la luas tilam Ibu bentang, kamu tetap nak 'langgar' kakak apsal?
Dah le kakak kamu tu cengeng. KAlau dia dah bangun, lagi Ibu takleh wat mende pun. 






Dia ni memang tau. 
Pantang tengok Oni baring elok-elok, dia musti datang sondol, pastu lenyek kakak dia. 
Mementang le badan dia sihat walafiat. 
Aku alihkan dia gi laluan lain, Wawan akan tetap pegi sondol kakak dia juga
. Jauh pun takpe, janji buleh lenyek!

KAlau aku duduk kat tilam untuk menyelamatkan keadaan, kejap tu jugak dia ubah haluan - nak lenyek aku plak. 
PAstu, skang dah pandai tampor orang. 
Buat-buat hulur tangan ke pipi macam nak pegang, pastu "PEK!" dia lempang pipi orang tu ngan tangan beso dia. 
Huh, pedih hoooo~

KAlau ko tido tak bangun, even dia dah lenyek ko, siap meniarap atas perut ngan dada ko, tapi ko tetap tak bergerak juga layan dia, siap la pipi ko kena penampo jepun Wawan. 


Gitulah kesahnya si Wawan pada hari ini.




Photobucket

28 Jan 2012

Aku selepas beberapa ketika....



Tengah menghitung hari ni. 

Ahad ni aku dah nak antar Inche Kitchi balik. KElas dia start hari Isnayan. 
Maka berakhirlah sebulan kitaran hidup beliau sebagai suri rumahtangga...


Disebabkan aku 'mengeraskan' jiwa nak pakai Bambam Bee, aku kenalah antar dia ke Kuala Kubu. 

AKAN TETAPI, aku tidak pergi kosong. 


KAlau aku gi KL, sure aku akan bawak tempahan tilam kekabu baby bersama. So, kompem, keta sendat masa pegi KL. 


Plannya nak gerak pepagi, kendian terus ke Putrajaya sebab nak jumpa BAKAL CLIENT kehormat --->> iaitu BELIAU. 


Kendian, nak gi hantar cek client yang permohonan insurans beliau tidak diluluskan. Rumah beliau satu blok je ngan umah BELIAU tadi. Client ni jugak order tilam kekabu untuk baby nya yang bakal lahir bulan 3 nanti. 


KEndian, aku ke rumah sewa lama aku di Bandar Mahkota Cheras. Nak amik barang-barang bawak balik Lumut. Kuali mak mentua aku bagi, kuali Astro, tv hadiah besday mak bagi aku dan beberapa barang lain masih ada kat sana. Nak pi amik lah. 

Pastu, nak melawat mak sedara aku yang baru aje dapat baby baru. Baby nombor 6 okeh. 


KAlau sempat, aku nak gi Brem Mall. Jumpa Gumox ngan Kering. Ni pun client gak ni. Tapi, aku gi sana sebab buleh makan free. Gumox niaga kat food court. Dasar kawan manipulatif!! MAybe buleh jumpa Fatin sekali untuk borak-borak sambil gelak berdekah-dekah. Tu pun kalau sempat. 


Kendian barulah aku hantar Inche Kitchi balik ke 'asrama' beliau di Kuala Kubu Bharu. Huhuhuhu... Then, aku pun pulang le ke Lumut. Drive sengsorang. 

Oni ngan Wawan tinggal kat pengasuh demi memudahkan urusan bisnes dan pemanduan. 

Ohh............cemanalah Wawan bila APaknya takde nanti? 



Makbed the great


Diri saya yang terkini selepas...............

  •  7 bulan bersalinkan Wawan. 
  • 12 bulan bersama Al-Azhar Associates dan Prudential
  • 6 bulan berhenti menjadi receptionist dan bertukar menjadi Prudential Wealth Planner sepenuh masa
  • 3 bulan jadi isteri jarak jauh bersama Oni dan Wawan
  • sebulan berada dalam season Prosperity Burger. Ya Allah, taktau le nak cakap. Tetiap kali appoinment je, makan prosperity. Sedapnye la hai. Menda la dia boh dalam tu? 

Jika kalian cakap aku still gemok, well, salahkan la prosperity tu. HAHAHAHA...


Tapi, jika ada antara kalian cakap aku kurus,orang di bawah inilah yang bertanggungjawab menjaga hal-hal dalaman aku sepanjang pregnant , sesudah bersalin sehingga la skang ni, beliau masih membuat pemantauan.


Makcik urut kehormat Makbed yang bertudung biru itu.

Hehehehe... Amacam?
Cun tak makcik bidan / makcik urut / jiran saya? 
Heeeeeeeeeeeee......  Musti korang tergezut kan?

Dia tak pakai susuk ok.
Dia memang muda belia lagi.
BAya-baya aku jek. 
Siap ada degree lagi. 
Tu pun ngah consider nak amik Master kot. 
MAybe ada sesapa yang kenal muka ni. Dalam base Lumut, dia feymes gak ngan kepakaran mengurut. To be honest, she really has a pair of healing hands. 
Seriously!


Taknak le gempak-gempak kan sangat beliau ni. 
Kang kembang lagi pipi dia yang sedia tembun tu.
Ini entry meluahkan sedikit penghargaan buat beliau yang jasanya pada aku sangat tidak terrrrrrrrrrrrrrrrkira banyaknya.
Bersyukur ke hadrat Allah kerana memberi aku rezeki bersahabat dengan orang berkebolehan seperti nya. Di saat orang lain semua cakap ibu mengandung selepas pembedahan tak boleh diurut, beliau tampil dengan gagahnya cakap , dia tau apa yang boleh diurut dan apa yang tak boleh. 
Dan aku sebagai sahabatnya, memang yakin dengan kebolehan dia sejak azali lagi. 
Tangan dia memang NGAM ngan aku. 

Alhamdulillah. Keputusan paling nyata skang, even aku kena epidural, tapi belakang aku tak sakit. Takde kesan-kesan suntikan epidural dan perut aku cepat surut bengkaknya.
Yang tinggal skang cuma lemak degil je tapi tu pun sebab aku tak bersenam. HAHAHAHA..

 TErnyata bakat itu adalah semulajadi, diwarisi daripada neneknya yang juga merupakan seorang bidan. 

Ok. Sekian sajalah testimonial saya. Che wahh! 

Silalah jangan transfer jejauh sangat wahai Ida Kurau sebab kalau aku peknen lagi pasni, aku memang cari ang. 


YAng baju putih tudung itam kat sebelah tu adalah partner-in-crime juge tu.
Azie namanya. 
KAlau bab merapu-rapu nih , memang kena lah dok bertiga sekali. 
MAsa gambo di atas di amik, diorang tengah teman aku jumpa client. Bagi moral support okeh! Cemtu le kengkawan. NAk kenal lebih lanjut boleh gi blog beliau. [KLIK]






Photobucket

27 Jan 2012

Tak boleh close case. Berat badan berlebihan





HAri ni ada Friday Meeting.

Cam biasa la, berkumpul sesama agen. 

Memola nyanyi lagu kebangsaan Prudential.
PAstu karoke lagu Faizal TAhir. 

Pastu tengok kemajuan dan post-mortem untuk aktiviti sepanjang minggu. 

PAstu, ada sharing-maring. 

Besh..



Dah habih meeting, makan!

Sukanya meeting. Sebab tetiap kali meeting, buleh makan. 


Dah habih makan, kerani bagi surat. 

"Nah, KAk Liza. Ada surat. Ada cek. Nah , sign sini..." kata Fizan, si kerani. 

"Aik, cek hape? Sapa lak baik ati kasi cek kat aku? Aku takde wat claim pun.." dalam hatiku berkata-kata. 


Rupanya..............


Ia merupakan cek yang atas nama client. Diberikan semula kepadanya kerana permohonan beliau nak buat insurans ke atas anak dalam kandungannya ditolak. 







Jadi, dapatlah dirumuskan kat sini bahawasanya:

Bukan mudah nak membeli insurans. 
Bukan semua layak untuk diinsuranskan. 



Untuk client ni, dia kena beli lepas bersalin. 
KAlau nak beli untuk diri dia, kena diet dulu kasi berat jadi ideal. 

Untuk baby lak, kena tunggu baby tu 2 minggu usianya, baru leh beli.

Didoakan semuanya sihat-sihat semuanya. 


Dapat letter ni tadi,terus lapar. Stress. Ajak asben tengok movie kang. Hukhukhuk~








Photobucket

26 Jan 2012

Kenapa perlunya AGEN INSURANS


Contoh agen handal lagi tangkas



Kali ni aku nak share tentang kepentingan MEMILIH AGEN INSURANS. 


Entry ini hanya berkisar tentang pendapat peribadi. Mungkin ada yang tidak bersetuju tapi aku just nak share. Sesapa ada pendapat yang bernas, leh share kat ruang komeng di bawah. Maceh~

Siapakah agen insurans?

Agen insurans ni adalah orang yang mempunyai pengetahuan dan mampu berkongsi pengetahuan itu dengan public. Mereka-mereka ini adalah orang yang berlesen. Kalau orang yang sesaja kongsi pengetahuan pasal insurans, tapi melebih-lebih je tu, ce tanya dia ada lesen ke tak. KAlau dia takde lesen, ko jangan dengar cakap dia. Bidaah je sume tu. 

Susah tau nak jadi agen insurans ni, especially nak jadi agen Prudential. Bukan sembarangan orang yang boleh menjadi agen insurans. Mereka ni kena melalui beberapa tapisan dan exam. Kalau dengan Prudential, kena pass 3 exam yang mana aku ni dah berapa kali kena repeat paper CEILLI yang aku amik masa peknen kan Najwan dulu. Gilo lah payahnye nak lulus. Tapi, last skali lulus jugak , tu pun lepas abih pantang kan Najwan. So, personally aku cakap, tak senang nak jadi agen insurans ok. 

Kenapa nak beli insurans ni nak kena jumpa agen? 

Well, skang ni nak beli insurans nyawa kat memana pun buleh. Macam-macam medium penjualan dah ada. Ada yang promot by phone, ada jugak yang lepas beli tiket flight, tetiba je anda dihubungi syarikat insurans tertentu mengajak anda membeli insurans sebelum naik flight. Katenye, kalau flight jatuh terhempas, anda akan mendapat pampasan. 

Tu contoh je la. Tapi, memang ada. 

Ada jugak yang boleh dibeli di bank-bank terpilih. Ikut suka la nak walk in atau nak beli secara online. Terpulang...


Aku pernah terbaca satu statement 'hangit' di fesbuk tak lama dulu tentang seseorang yang bertanyakan pendapat - insurans mana yang sesuai dibeli. Kebetulan, ada pulak seseorang yang memberi respon. Responnya lebih kurang macam ni...
"Awak survey aje la di online di M******2u. Kat situ awak pilih le polisi yang mana sesuai dengan keperluan awak. Register online je. Takyah susah. Tak payah membazir beli kat agen. Diorang tu just nak komisen je..."


Maybe , ada sebilangan kita yang berfikir cemtu. Kan..kan..kann....

Betul. Memang betul kata orang tu. Tak payah susah-susah bazir bayar kat agen. Diorang just nak komisen je. 

Tapi, perlu diingat, even awak beli insurans online sekali pun, setiap insurans yang dibeli perlu anda tandatangan anda. So, kalau awak beli online, anda mungkin terdedah dengan penipuan. Kemon laa... beli baju baby pun leh kena kencingsss kan. Ini insurans nyawa maaaaaaaaaaaa.. Duit kita. So, takleh ke kita rajinkan diri kita sendiri demi duit dan nyawa kita serta ahli keluarga kita? Tolonglah, jangan amik mudah perkara macam ni. NAnti nyesal!

Perlu juga diingatkan, even awak beli online, atau pun awak beli kat kerani bank sesebuah bank, ia tidak akan mengurangkan jumlah premium. KAlau awak bayar RM100 kat agen, kat bank pun awak bayar RM100 jugak ye. Takde nye diskaun kalau awak jalan kaki sendiri pegi beli insurans kat bank. Ini bukan urusan beli cabai kering kat pasar. This is a serious matter. It's about life security. 

Bezanya, MUNGKIN, kalau awak beli walk-in kat konter dengan premium RM100, komisennya tak dapat le kat agen. Mungkin akan terus ke bank itu sendiri. Atau pun, mungkin kerani bank tu yang amik komisen. Kerani bank tu mungkin agen. Kita tau ke?? 


Apa salahnya beli daripada agen? 

Agen tu bertauliah. Tapi, kita kena la pandai memilih. Kita ni kastemer. So, kita PILIH la. Betui?



Kenapa perlunya agen? Antara sebab-musababnya ialah....

  1. Agen boleh meluangkan masa menjelaskan lebih lanjut perihal insurans yang kita nak beli. Biasanya agen akan provide options dan akan membuat kira-kira mengikut bajet bersesuaian. 
  2. Anda akan lebih selesa berbincang di tempat yang tenang, boleh duduk dan makan, tanpa pressure lansung. Dan, tiada paksaan lansung untuk beli ketika itu. Boleh balik pikir. Dah habih pikir, tepon le agen tu balik.
  3. Agen biasanya akan belanja anda makan. So, apsal nak dengki sangat dengan agen? Leh makan free kot sambil dengar presentation dari agen tu.
  4. Agen yang akan sentiasa mengingatkan anda tentang polisi yg anda beli setiap tahun, bertanyakan khabar anda dan agen ni umpama rakan paling rapat anda sebab dia berkongsi sebahagian dari cerita kehidupan anda. 
  5. Agen lah yang akan menyelesaikan tuntutan atau claim. Kalau anda kemalangan, agen yang akan uruskan. Ada juga client bertuah, agen insurans dia jemput dia balik dari hospital sebab client dia tak de transport nak balik. Jika beli insurans di bank, bayangkan jika anda kemalangan sampai patah kaki. Anda kena pegi uruskan claim sendiri ye. Bayangkan anda mahu berulang-alik ke hospital, dan kendian nak submit borang tuntutan di bank SENDIRI. Kaki tengah bersimen tu. Sakit. Claim plak kena serah cepat. Kalau anda lengah-lengah, lambat le dapat duit balik. Hmm.. jadi, sapa yang nak tolong anda selesaikan claim dan dapatkan kembali duit anda? 
  6. Kalau berlaku kematian , agen akan terus uruskan pampasan kematian untuk diserahkan kepada waris anda. All it takes is just an SMS by your family member yang hantar SMS secara pukal ke semua number yang ada dlam phonebook si mati. Of course le number agen insurans dia ada skali kan. So, agen tu akan terus menjalankan tugasnya. Takde tangguh-tangguh. Tapi, kalau beli insurans secara online? Atau walk-in terus ke bank? Ahli keluarga anda kena pergi ke bank untuk buat tuntutan. Dan prosesnya tak sekejap. 

So, janganlah kedekut dan kemut dalam soal membeli insurans daripada agen.  Tak banyak mana pun komisen yang agen dapat berbanding servis yang dia tawarkan untuk sepanjang hidup atau sehingga tempoh matang polisi. Sekurang-kurangnya, kita membantu agen insurans juga. Bidang insurans ni jugak menawarkan peluang pekerjaan. So, bila seseorang tu dah pilih bidang dia, jangan la kondem. 

Cuba kalau anak awak esok berniaga karipap. Pastu, orang tak beli karipap kat anak awak tapi mengata camni.. "isk, wakpe beli karipap kat dia tu. Baik gi beli kat supomaket. Dari bayar dia , baik beli kat supomaket je. Lagi sedap..." 


Apa rasa? 

Tapi org yg ngate tu tatau, anak awak masak karipap tu dengan penuh ikhlas , siap selawat dan doa sebab dimasak dengan tangan sendiri kerana itu mata pencariannya. KAlau beli kat supomaket, dia tau ke karipap tu dimasak ngan ikhlas? Siap campor bahan perasa apa ntah yg kita tatau. 

Ce pikir...


Akhir kalam, ambillah masa sedikit untuk survey sebelum membeli. Ada banyak syarikat insurans di tanah air kita ni. So, surveylah. Memula pilih produk, lepas tu pilih agen yang BERKENAN di hati. 

Untuk produk, lihat harganya dan apa yang ada ditawarkan bersama. Rajinkan diri bertanya. Jangan main diam je, angguk-angguk, pastu sign. Pastu, sudahnya ngamuk sengsorang sebab taktau apa menda yang ada dalam polisi sendiri. Jika ia murah, pasti ada sebabnya. Pasti ada kurang di mana-mana. Jika ia mahal, tanyalah apa manfaat yang anda akan dapat. JAngan bayar menonong aje. 

Dari segi pemilihan agen plak, cari agen camni...

  • yang bukan pemarah.
  • penyabar menjawab soklan latih tubi anda berkali-kali
  • yang menjawab soklan anda dengan jujur
  • yang memberi maklumat telus. tak semua tawaran tu semua bagus-bagus belaka. Ada pros and contra nya. Tapi, agen ni bagitau suma maklumat yg awak perlukan supaya awak tak terkebil-kebil di kendian hari. 
  • yang komited dengan tugas. walaupun dia agen baru, tapi dia mengaku dia baru belajar. but, dia sentiasa memberi jawapan terbaik untuk anda selepas merujuk dengan ketuanya. 
  • yang boleh dihubungi selalu
  • yang anda kenal integritinya 
  • yang well-prepared
  • yang sangat mengambil-berat dan baik hati
  • yang pandai menyimpan rahsia
  • yang comel macam makbed *lari!!! yah yah yah yah!

ada lagi. tapi, tu semua skill kehidupan. Nak pilih agen ni, macam nak pilih kawan baik la. Biasanya agen insurans ni tau macam-macam pasal kita. So, kena la pandai simpan rahsia. 

Agen menipu pun ramai jugak. JAdi, berhati-hati ok. 
Itu saja info insurans pada malam ni. 


Sori lama tak hapdet. Sebenarnya, banyak je hapdet tapi semua simpan dalam draf. Sibuk sket. Minta maap Malaysia~


Nak tanya lebih lanjut pasal PruBSN Takaful buleh email Makbed di makbedjournal@gmail.com.







Photobucket

21 Jan 2012

[KANTOI] Jumpa Baby T dalam beg baju Inche Kitchi





January ni besh sebab Inche Kitchi takde kelas sebulan.
Jadi, anak-anak hepi. Aku pong hepi gak la kan.
Wawan pun dah mula nak merangkak. Dan dah mula bergugu-gaga, panggil MAMA dan BABABABABABa nyee...
Oni dan Wawan pun semakin kamceng dan sukar dipisahkan.
I wonder, aku ngan Angah dulu kamceng cemtu tak. Sebab Mak kate, masa aku beso Oni, aku ketok kepala Angah ngan botol susu sebab berebut buai ngan beliau. HEeekk!


2 minggu dia balik, baru aku teringat nak punggah beg dia.
Dalam beg tu ada baju busuk je.
Betapa 'rajin' dan bertanggungjawab nye la bini ni kan. Tu la... Inche Kitchi ni suami yang tak banyak cakap. Komplen pun takde. Semua ok jek. Itu menunjukkan aku isteri yang bagus la kan. Padahal umah tonggang-langgang tak berkemas. Huuu~

Masa aku loading baju busuk dia dalam beg tu ke mesin basuh, aku check poket sume.
Tetiba aku nampak ada satu baju yang zahirnya nampak kecik. Cam mustahil je laki aku nak muat baju tu, walaupun Inche Kitchi memang tubuhnya kecik je banding ngan aku ni. Kalau muat pun, baju tu jenis pompuan punya. Baby T.




Kalau korang le kan, korang wakpe?


a) menyepak mesin basuh tersebut
b) mula mengangkat senjata ; lesung batu dan sebagainya yg dirasakan sesuai
c) memekik-mekik dengan penuh perasaan
d) buat tatau je la.


Aku memilih untuk buat tatau je. Memula tu aku tak terpikir sangat pasal baju tu. Aku nampak sepintas lalu je , jenisnya baby T. Tapi, maybe le baju tu kecik. Aku mana la tau pasal baju kecik-kecik ni. Tak pernah pakai le.. Sebab aku kan 'tak penah kecik'.

Selama hari ni la, aku tak penah berjaya pakai BABY T dan slim fit jeans. Memang tak penah. Bukan nak cakap alim tau. Tapi, hmm...pepaham je la ye. Malas nak mengulas lanjut.


Lepas dah kering baju-baju dia yang aku basuh tu, aku pun longgok le kat ruang tamu umah. Kebetulan, masa aku lipat kain tu , Inche Kitchi tengah tergolek dugong, baca Mastika kat sofa belakang aku. Bila masa aku lipat baju kecik warna oren tu, aku pun tanye laa....

"Wak, di baju sapo ni?" sambil tunjuk baju tu kat dia.

"Baju saya la." balas beliau.

"Awat kecik ni? Awak muat ke?" tanya aku lagi.

"Memang kecik pon. Baju pompuan. Ce tengok kat belakang tu tulih ape.." suruh Inche Kitchi.

Aku pun pusingkan baju tu, tengok tulisan kat belakangnya. Ada perkataan LOVE hape ntah lagi. Tapi memang baju tu baju pompuan la.

"Tu baju saya pakai masa training safety hari tu. Yang ada darah-darah tu... Masa kitoang gi beli longgok-longgok, murah sangat. Time amik, tak pasan pun tu baju pompuan," beritahunya sambil terus baca Mastika.

OO.. tetiba aku teringat sesuatu. MEmang dia ada tunjuk gambo safety training tu sebelum ni. Dalam training tu, diorang mekap ala-ala cam kena bunuh , eksiden berdarah-darah sume tu... Ada yang berlakon kena tikam pun ada, siap pisau tercacak kat belakang. Hahaha.. Aku ingat tu.

Aku pun angguk-angguk le, tanda paham. Aku tanye je la. TAkde le aku jeles. Tapi, aku tetap gak gatal mulut nak cakap...


"Keee....... Awak nak cover line yang awak terbawak balik baju awek ke rumah?"


Kalau betul la kan, memang terer la laki aku bagi reason.






"Waklu.............." Inche Kitchi respon sambil sengih kambing.





Kalau korang, caye tak?










Kalau aku, aku caya.
Sebab aku kenal suami ku.
Kalau dia beli barang, kalau suruh beli baju, lagi-lagi baju yang nak buat 'koyak-koyak' je, memang halai-balai je dia pilih. TAk tengok lansung.
Sebab tu le barang-barang yang memerlukan penelitian ni, salunya aku yang gi beli. Tapi, aku pun tak jauh beza je ngan Inche Kitchi. Tak suka shopping lama-lama membelek-belek.
KAlau nak beli spesifik barang, hari pertama aku window shopping. Survey dulu. HAri kedua, terus beli bila dah ada yang suka.

Selalunya, kalau target nak beli susu, susu la yang dibeli. Kalau target nak beli kasut, lepas dapat kasut, terus balik. Kalau target nak beli BARANG DAPO je lama sikit sebab banyak barang nak kena beli. Tu pun, tulih dulu kat ketas.



Tapi, kalau betul la tu baju awek 'rahsia' dia , camne?







Mungkin, aku akan mintak number tepon awek tu, dan tepon awak tu sniri . Minta alamat umah sebab aku nak antar baju tu balik kat dia.


AHHAHAHAHHAHA....~



Anyway, aku ada try pakai baju tu, memang takleh masuk beb!
Terus aku tak makan satu hari, pada hari tersebut. Protes!











Photobucket

20 Jan 2012

Asyik konflik aje aku dengan dia ni tau.

Ada bebaru ni je aku post satu entry tak sampai 10 baris.

Entry penuh ke'ramah'an le tu. Bace pun korang buleh bayangkan intonasi aku caner.

Al-kisahnya, dari bulan lepas lagi aku gtau kat Cik Puan pengasuh , nak tinggal Oni ngan Wawan. Means, menda tu urgent la kan. Anything comes up later that, pepandai le ejas sebab aku gtau. Banyak kali dah aku remind ni.

Dia plak, cakap OK OK.. Ade..Ade.. So, aku pun ok je lah.

Actually, pada tarikh tu aku ada kursus and malamnya ada dinner. Aku ajak Inche Kitchi sekali join itu dinner. Budak tecik takleh bawak.


2 hari sebelum tarikh kejadian, tetiba je dia meset cakap kapal dia ada wat dinner ploks!! AKu tatau le dinner apa, maybe dinner CNY kot. Tapi, kena bawak wife.

Ko bayangkan la camana tak melalut aku ri tu? Mana nak cari bekap dah sebab pada tarikh dinner tu, suma orang pakat dok sibuk balik kampung cuti raya cina kot. Hadui laaaaaaaaaaaaa....

Aku dah agak dah nak jadi cenggini. Salu tau dia wat camni kat aku. Dia ni la pemotong stim terbesar yang penah aku kenal setakat la ni. Jangan kate aku tak plan awal. Aku plan awal camne pun, ginilah jadinya.

Aku taknak la merayu-rayu sangat kan, taknak citer la secara detail apa aku nak kena buat malam tu tapi udah tak paham-paham, maka aku kenalah explain kat dia, dinner ni pasal keje. Sebab tu la aku alert awal. KAlau tak urgent, aku takde alert awal-awal dah pun. So, kena la ada sense of urgency sikit.

Lepas rayu-rayu, citer segala menda , barulah dia beralah. Well, nak citer pasal dinner navy ni, sumpah aku cakap selama aku kahwin ni aku penah gi 2 kali je kot dinner rasmi. AKu tak pasti la Inche Kitchi memang tak dijemput gi dinner ke, atau memang tak ada dinner dianjurkan ke atau pun dia gi dinner tak mau ajak aku sebab aku tak cun dan seksi. 

Tapi sumpah , aku tak kisah pun kalau takpi. Tipu la sebab aku suka makan. Sebab laki aku kate, dia tak plan nak jadi PAnglima pun. So, takyah gedix ok. Sob Sob SOb.... Tak dapat dok semeja ngan Dato' Ct Nurhaliza. Memang tader harapan lansung ok. 

Maka, pengasuh pun kansel la tentatif last minit beliau nak gi dinner tu......

Ok, aku ke yang bersalah menyebabkan dia tak leh pegi dinner? 

Aku ngaku la aku kesian sebab dia takleh gi dinner tu. Entah-entah wajib bawak wife. TApi aku still rasa menda tu buleh diexcuse lagi. YAng aku nye ni aku tatau le apa excuse nak bagi da. Tak patut kot ada excuse sebab Bos dah gitau SEBULAN awal.

Anyway, akak kesayangan aku tu dah beralah. Katenya... aku ni bukan orang lain da. Dia anggap aku macam adik dia da. Terus sentap aku masa baca meset tu. Huuu.. Ok..pasni aku tak panggil dia pengasuh dah. Aku panggil dia KAKAK KESAYANGAN ok.

KAlau nak ikut angin kus-kus, kadang tu mengah gak la aku melayan KAk As ni. Tapi, mengenangkan dia jaga Oni baik walaupun dia bukan sesenang mana, tak buleh bagi kemewahan selalu, tapi Oni ngan Wawan terjaga juge. Tak cedera ..Tu yg penting. Oh, cuma skang ni je dia tak sempat potong kuku bebudak ni. MAybe sebab rumah dia skang dah macam kelab disney malaysia. Anak aku saje 2 orang, anak dia pun 2 orang. Semua tu kalau bergabung, boleh tunggang tebalik isi rumah.

Kak, nanti balik saya tapau le makanan lebih kat hotel tu ye. Takpun, saya blanje pizza di lain hari. Heehehhe.. Maceh.



Dinner tu besok malam.



Wawan yang tembam lagi sihat




Photobucket

Mulianya 'pangkat' ISTERI itu. Kenapa mengeluh , kan?


Hargailah isteri anda......

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka.....

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
nyawanya.
       
Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.

Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

       
Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.


Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.

Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.


Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.
       
Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor form his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.
       
"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua  ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......



Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di  sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya):"Wahai manusia! Ucaplah  'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini:

"Laa ilaaha illallah!" x 10


Thanks Fida sebab share.



Photobucket

Wawan pulak panjat meja hak milik kerajaan

HAi sumerr.. 


Muka bangga dapat panjat meja ni.




PAstu nangeh sebab kaki stuck kat lubang-lubang meja tu!


INGAT TAK NI SAPA?




Skang, ilmu memanjat meja teh Hak Milik Kerajaan telah diperturunkan kepada adik beliau....


Jurulatih sedang memantau.



Muka penuh riak di atas kejayaannya.




Sesi bergambar kenangan dengan jurulatih yang belum mandi.

Aku selaku pemerhati dan jurugambar mendapati, Wawan lebih advance dari jurulatih kerana beliau boleh memanjat meja ni ketika usia 7 bulan. 
Manakala jurulatihnye sndiri pun start panjat meja tu masa umur 8 bulan.
Tu pun, dia panjat sekali tu je. 
Serik dah lepas kaki tersangkut celah kayu tu. 
Wawan plak panjat sendiri meja tu, kemudian dia turun sendiri dengan selamatnya. 


Bagus..baguss anak-anak Ibu. 



Enpon Sony Eriksson , hadiah dari INche Kitchi sempena melahirkan Oni telah pun rosak. 
Dah jadi cenderamata sudahnya.Boleh wat display je. 
So, gmbo-gambo terkini selepas ini akan nampak tidak begitu berkualiti lah ye. Harap maklum. 

Rindu sangat W995 aku. Sob sob sob~



p/s- Oni tak ngaku gambo atas sekali tu gambo dia. Especially gambo yang nangeh tu. Heee...




Photobucket

Aksi Pelik Ketika Mengisi MInyak KEnderaan



Tadi aku menyaksikan satu kejadian pelik. 



Mungkin tak pelik bagi sesetengah orang.

Tekak ni tetiba gatal nak makan koteaw tomyam. Pantas aku ajak Inche Kitchi kuar. LAgipun Bambam Bee nak kena 'bagi minum' sebab perut sudah kosong. So, Inche Kitchi pun drive sampai le ke Petronas yang letaknya kat sebelah McD MAnjung tu.

TAngki Bambam Bee letaknya di sebelah kiri. So, kenalah cari pam untuk keta belah kiri kan? MAlangnya, semua yang ada telah occupied. 

TAkpe..tunggu la. 
Inche Kitchi pilih pam yang ketiga,
Ketika tu, ada seorang wanita sedang mngisi tangki Vivanya. 



Kata-kata pertama yang terkeluar dari mulut aku secara spontan bila melihat wanita tu ialah...............



"MAk ai. TEkunnya kakak ni isi minyak!!"




Caner rupa dia masa isi tank tu?



Ok, aku describe. 


Tekunnya sampai muka dia bebetul dekat dengan 'pistol' minyak tu. 
Mata dia begitu fokus ke tangki.
Sampai kami yang mengusha dia ni pun dia tak perasan. 

"Ala...... DIa ni nak isi minyak sampai penuh tank la tu. Memang ginilah gayanya selalu.." Inche Kitchi memberi komen. 

Aku cam pelik je rasa. 

"Ai, kan ke kalau minyak dah penuh nanti menda tu berenti sniri?" 

Laki aku mendengus. "HAiih, tengok je la. Dia ni nak isi sampai penuh tangki...." 

Aku diam.

TEkun betui pompuan ni ngisi minyak Viva dia. 
Tak cukup dengan ketekunan tu, dia kemudiannya goyang-goyangkan plak Viva dia tu. Pergghh..masa ni aku memang dah gelak dalam takjub. 
Badan pompuan ni kecik je. Muka cun, lawa, comel tapi bila time gegar keta tu aku terus gelak berdekah-dekah. Ilang terus comel dia di mata aku. 
Siyes aku tak paham , PERLU KE GOYANG KERETA SAMPAI GITU SEKALI??


Aaa.. tetiba pompuan tu terlompat 2 steps behind. 
Aku nampak ado minyak terpancut keluar dari tangki keretanya. 

"Hah, kan saya dah kata tadi. DIa ni nak isi sampai penuh tangki.." Komen Inche Kitchi dengan rasa bangga , sebab dia betui. 

Aku terus memandang pompuan yang tekun tadi tu dengan penuh fokus. Tapi terdetik di hati aku.......


Ada bukti saintifik ke menunjukkan kalau kita goyang keta cam tu, kita buleh boh minyak extra dalam tangki?
Aku moskel. 
Moskell!!! 

Apa dia bajet boh minyak dalam tangki tu sama macam bubuh susu tepung dalam bekas susu ke? Boleh ketuk-ketuk bekas susu tu supaya susu tu jadi padat dan buleh le tambah susu lagi bagi penuh bekas. 

Boleh ke?

Atau , aku yang jahil. 


Maybe, aku tak tau. 

Tapi...........

KAlau ia pun nak isi sampai penuh tangki, tapi bila dah melimpah keluar macam tu, tidakkah ia dikira MEMBAZIR? 

Ok, aku paham, dia mungkin taknak membazir masa isi minyak banyak kali, atau mungkin she wants to fill the tank to the fullest. Bagi dia it's her money, so she deserves to memanfaatkan setiap corner tangki dia dengan minyak. Kalau tak,  rugi.

But still.............
MAcam mana dengan minyak yang terlimpah keluar tu?
Tidakkah ia dengan terang dan nyatanya MEMBAZIR DUIT DIA SENDIRI? 
Dan merugikan orang lain juga.
MInyak dah le nak 'pupus', pastu ko lak gi tuang lebih-lebih sampai jatuh atas lantai. 
So, tak guna la ko GONCANG keta kau bagai nak rak tadi kan??


Ok. Tu satu hal da la kan. 


Bila minyak tertumpah, habih le bahagian tepi keta dia tu. 

Tau apa dia buat?


Dia gi amik menda yang cuci tingkap keta tu, apa ke nama la batang tu.
Ala..yang cuci tingkap keta tu la.
Hah, dia guna menda tu , lap lebihan minyak yang terlekat di kereta dia.


Oh wow! 


So, the next customer lepas dia, yang nak cuci cermin kereta akan mendapati cerminnya akan menjadi sedikit berminyak lerr. HEHEHHEEH~


Honestly aku hanya mampu geleng kepala melihat satu sikap yang penuh IGNORANCE dan hanya memikirkan tentang diri sendiri saja , seperti ini. 
Siyes, pompuan tu comel, biarpun sudah ada anak sorang.
But the attitude just now .. it seems like it could not get along very well with her pretty face. Dan nampak sungguh tak bijak juge. 

Ko leh bayangkan gaya pompuan goncang kereta tak?
Bergoyang keta tu beb! 
Terkesan betui aku dengan imej tu tadi. HAHAHAHAHA~


Agak-agak nya, kalau dia pakai Bambam Bee , atau maybe keta beso sikit like PAjero ke, mampu tak dia nak goyang kenderaan dia hanya kerana nak isi minyak kasi full?? 
Mampu tak? 
Haa?

Ce bayangkan.......................


Siyes, selama ni aku tak penah terpikir pun yang menggoncang kereta buleh membuatkan kita leh isi minyak extra dalam tangki. 
Aku tak segagah tu rasanya.
Selalu, bila pam tu berhenti otometik, maknanya cukup le tu kan. 
KAlau nak gagah jugak tambah, selalunya sebab nak bagi cukup amoun je. 
Tapi , takde la sampai gegar keta. 
TAk sure la Bambam Bee tu kalau aku gegar-gegar pun, ada efek ke tak. 
AKu rasa, aku yang bergegar lebey kot??



Koteaw tomyam tadi sedap gila. Lupa lak nak tengok apa nama restoren tu. TApi, buleh pegi lagi dan lagi la pasni.
MAybe nak try sizzling mee lak.




Photobucket

18 Jan 2012

[WORDLESS WEDNESDAY] Typo Error or just brilliantly dumb?






TENGOK GAMBAR NI BETUL-BETUL......................BACA SETIAP BARISAN.


Photobucket

Oni dan Wawan ..berdua lebih baik. Bertiga?




Menjadi-jadi skang ni si Wawan ni. Sejak dah pandai erti 'ditinggalkan', aku dah tak boleh melangkah ke dapur pun. Dia mesti ikut. KAlau tak larat nak ikut, dia nangeh macam sakit teruk. Sampai hilang suara. 


 Kadang saja je aku biar dia nangeh. AKu memang suka tengok perangai ngengada budak kecik ni. Kalau dia tak nangeh, aku cubit, gomol-gomol la sampai dia nangeh. AHHAHAHAHAHAH *gelak jahat!


Yang si Oni plak, begitu protective. Nampak je aku gomol-gomol Wawan sampai budak tu teriak, Oni marah aku. 

"JANGAN BUAT ADIK LAA!!!" dia jerit kuat-kuat. 

Aku berenti la kejap. PAstu sambung balik. Tunggu la tak lama pastu Oni membebel sengsorang sambil pukul-pukul tilam. BAjet nak babab akuu le tu kan?


Makin bijak dah. Of course le aku kata anak aku makin bijak kan? Ada ke orang mengaku anak dia makin tak bijak? Ade? Ade?
Lepas baik demam panasnya tu, rupanya Oni makin fasih berkata-kata. Banyak perkataan dan ayat-ayat baru yang tak pernah aku dengar keluar dari mulutnya yang kiut tu. Even ada puting kat mulut, dia masih lagi buleh bercakap dengan baik. Ce bayangkan kalau puting takde kat mulut dia...... Fuh!!


"Ibu, cepatla. Adik meragam tuuuuuuu..." katanya pagi tadi bila Wawan nangeh dan aku melengah-lengah buat susu di dapur. 

"Oni, Ayah mana?" soklan rutin yang aku selalu tanya. 

Oni buleh jawab, mengikut situasi. 

"Ayah kat iter (komputer).."
"Ayah kuar...."
"Ayah tidoq lagi.."
"Ayah andi.."


Boleh diharap menjaga Wawan sebab dia boleh bagitau aku bila Wawan sedang membuat sesuatu di luar jangkaan. Wawan menyulur sampai ke pintu ke atau Wawan main plastik.. Oni akan panggil aku berkali-kali sampai aku datang. Kalau aku wat tatau je, dia datang sniri kat aku , pastu cubit bontot. 

Oni juga siapkan beg ke rumah pengasuh sendiri. Aku hanya ingatkan dia apa yang perlu dibawak, iaitu puting dia, puting Wawan, bantal busuk dia, bantal busuk Wawan, dan pampes. Kalau nak gi umah pengasuh , selalu aku masukkan pampes siap-siap. Botol susu tak bawak sebab dah tinggalkan 2 botol kat sana. JAdi, tetiap pagi gi umah pengasuh, Oni yang bawak beg tu. Aku hanya dukung Wawan je. 

Oni juga sudah pandai menggunakan perkataan "kot" dalam ayat percakapan sehariannya. 

"Ayah mandi kot..."
"Puting tertinggal umah Mama As kot.."
"Ibu la cari puting. Tadi kakak nampak atas meja akan tu kot.." 

HAHAHA.. papejelah ONi. 

Dan masa nak tidokan adalah masa yang aku paling suka sebab Oni belajar banyak menda baru masa nak tidur. Masa ni la nak ajar dia baca doa apa-apa. KAlau ajar ni, kena buat banyak kali. Jadi, masa malam dia rilek sikit. TAk melompat. Waktu lain, semuanya waktu lompat untuk dia.

Aku suka dengar dia ajak aku tido..

"Ibu, jom tido ilek (bilik).." 

Bila tiba time tido, Oni lebih suka tido di bilik dalam suasana gelap dan senyap. Tapi, aku nak kena teman dia la plak. Kalau aku bizi ngan keje, dia akan tertido sniri depan tv.

Tapi aku PAAAAAAAAAAAAAAAAAALING suka bila dia cakap...


"Ibu, lok (peluk)la kakak. KAkak suka Ibu lok kakak tido..." 

Lembut sangat suara dia. 

Belum dengar lagi dia panggil Ibu dan Ayah nya. Lembut sangat. BAk kata pengasuhnya, Oni bila bercakap, suaranya macam menyanyi. Ada lagu. Sedap sangat dengar.

 
Oni yang penuh drama


Wawan plak.... skang ni lantai umah aku bersih semedang. BAju dia la pulak kotor kat perut. Hiiii... Tengah nak belajar duduk budak tecik tu. HAri-hari aku gomol dia. Ya Allah, tak tahan tengok Wawan. Aku sendiri pun penyek , cubit dan peluk dia ketat-ketat. Huuuii! Sebab tu aku tak berapa nak tinggal dia kat umah orang. Aku sendiri yang beranakkan dia pun geram tengok. Orang lain apatah lagi la kan. 

Hehhee... korang penah rasa geram kat baby sampai rasa nak 'mencederakan' beliau? 
Ade? 
Ade?


Wawan yang penuh 'isi'



sekian lah entri tanpa motif Makbed malam ni.


Photobucket

17 Jan 2012

Bila nak kaya ni?





Dah berapa tahun kawin, kewangan masih belum kukuh?Tidak mengejutkan bukan?Kewangan memang tak akan kukuh sebab ahli keluarga kita semakin bertambah, dan umur kita pulak bukan semakin muda. Kudrat pun bukan semakin lama semakin hebat. Tak gitu?


Orang yang kawin sponsor pun buleh berdepan dengan masalah kewangan, yang sebelum kawin menyimpan bagai nak rak pun, last skali jatuh terduduk juga nak pikir camana nak tambah dan secure kewangan family. Inikan pulak orang yang kawin meminjam? Huu.. kesimpulan, sebelum nak wat pinjaman nak kawin tu, pikiaq-pikiaq dulu ye.


Makbed suka nak berkongsi 1 artikel yang Makbed baca di Mingguan Wanita bebaru ni. Rasa menarik untuk share. Artikel ni ditulis oleh Sunthara Segar, Pakar Konsultasi Kewangan. Sapa rajin baca Mingguan Wanita mesti kenal dia ni.


Di dalam artikel terkini, beliau ada menyebut tentang Muhasabah Kewangan di Awal Tahun. Tahu kan muhasabah tu apa? Merenung... mengkaji dalam-dalam. Bandingkan kewangan kita pada tahun-tahun yang lalu , ada peningkatan ke, atau makin tak meningkat?

Antara soklan muhasabah ialah:


1- Adakah kita sentiasa menangguhkan untuk memulakan sistem perancangan?

Tahukah ini adalah kesilapan paling besar? TApi semua orang buat kan? Tanyalah diri sudah berapa kali perkataan seperti "tak apa", "nanti dulu" , "lepas kawin" dan "tunggulah bila anak besar" dijadikan alasan untuk TIDAK memulakan plan kewangan seperti tabungan utk pendidikan anak, insurans perubatan atau membuat temujanji dengan perancang kewangan bagi membaik-pulih pinjaman anda.


2 - Gagal menetapkan matlamat kewangan dan cara mencapainya. 

Kita sendiri sedar bahawa tiada orang yang merancang untuk gagal tetapi kebanyakkannya gagal merancang. Mungkin kerana sibuk dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab anda tidak mempunyai masa untuk menulis di atas kertas dengan nyata dan jelas.


3 - Kekurangan disiplin untuk menabung secara sistematik

Media massa sekarang ini dipenuhi dengan iklan dan propaganda bertujuan menggalakkan anda berbelanja lebih dari yang sepatutnya. Tetapi patutkah media yang dipersalahkan? Apakah ada sistem atau rahsia yang boleh menyelematkan wang kita daripada lanun-lanun seperi kad kredit, jualan murah, desakan rakan sebaya dan gaya hidup serba glamor?


4 - Perlindungan insurans yang tidak mencukupi

Apabila memulakan satu sistem simpanan untuk tujuan tertentu contohnya deposit pembelian rumah, tabung pendidikan anak, ada risiko yang boleh menyebabkan wang simpanan tersebut tiba-tiba hangus. Contohnya seperti belanja perubatan, hilang upaya bekerja, kemalangan. Bolehkah kita berserah kepada takdir semata-mata untuk memastikan matlamat kewangan kita tercapai?


5 - Kegagalan menangani 'musuh' wang utama iaitu inflasi

Bayangkan harga sebuku roti 10 tahun dari sekarang, atau segelas teh tarik. KWSP teah pun menunjukkan bahawa duit simpanan yang diambil pleh pencarum sewaktu usia 55 tahun habs dalam jangka masa 3 tahun sahaja. Anda bagaimana, apa senjata yang ada untuk melawan inflasi, kanser kewangan nombor 1 ?


6 -  Kejahilan tentang konsep nilai masa (time value) wang

Masalah hutang yang dibayar tah habis-habis adalah akibat negatif konsep nilai masa wang. Tetapi kalau kita menyimpan secara konsisten, nilai masa wang akan bekerja untuk kita.



Ditaip semula oleh yours truly. HEheee... Kalau nak baca detail, sila beli Mingguan Wanita bil 1470, gambo Sherie Merlis menikah baju kawen kaler kelabu.



-tak minta nak KAYA sangat, tapi biarlah ADA segalanya- 




Photobucket

[INFO] Tahi Telinga





SEJAK kecil lagi kita telah didedahkan dengan kaedah mencuci telinga yang telah diamalkan secara turun-temurun oleh mereka yang lebih berusia daripada kita.Baik dengan menggunakan putik kapas oleh mereka yang dikatakan tergolong dalam kategori moden, mahupun penggunaan benda-benda tajam atau secara spesifiknya pin rambut oleh mereka yang agak tradisional.Kedua-duanya digunakan oleh mereka yang mempunyai niat dan tujuan mencuci telinga yang kononnya kotor dan tersumbat dengan tahi telinga. 

Ada yang menjadikannya sebagai satu rutin atas dasar telinga perlu dicuci selalu dan ada juga yang telah menjadikannya suatu amalan yang tidak boleh ditinggalkan setiap kali selepas mandi disebabkan oleh kerana terlalu biasa dengan amalan mengorek telinga.

Bagi mereka yang tidak berapa berkemampuan pula, agak jarang mereka dapat merasai nikmat mengorek telinga dengan menggunakan putik kapas. Jauh sekali untuk menjadikannya sebagai rutin harian.Lantas, golongan ini sering dianggap tidak pandai menjaga kebersihan diri kerana membiarkan tahi telinga terkumpul dalam lubang telinga. 

Tanggapan salah 
Mungkin suatu pendedahan atau maklumat baru yang agak mengejutkan sekiranya anda diberitahu bahawa penggunaan putik kapas sebenarnya bukan sahaja tidak mampu membersihkan telinga, bahkan ia boleh menyebabkan masalah gangguan pendengaran.Itulah hakikat sebenarnya jika anda bertanya kepada pakar telinga di mana-mana klinik atau hospital swasta sekalipun.Itu bukanlah suatu yang menghairankan kerana kepercayaan yang kurang tepat ini tidak begitu terdedah kepada masyarakat awam.Hanya mereka yang mengalami masalah tersumbat tahi telinga sahaja yang mengetahuinya kerana tabiat mengorek telinga secara rutin inilah yang menjadi punca yang membawa mereka ke klinik berjumpa doktor.

Lilin telinga 
Sesungguhnya manusia diciptakan dalam sebaik-baik kejadian, lengkap dengan mekanisme yang membolehkan kita menjalani hidup yang selesa, walaupun tanpa pengunaan perkakasan tambahan.Saluran telinga manusia mempunyai bahagian yang dilapisi kulit yang menghasilkan lilin telinga (ear wax). 
Saluran telinga mempunyai struktur menyerupai rerambut halus di bahagian menghala ke luar, dan bahagian tanpa rerambut yang letaknya lebih ke dalam yang hampir dengan gegendang telinga.
Lilin telinga, yang ramai antara kita mengenalinya sebagai tahi telinga, terhasil daripada kelenjar yang terletak di bahagian yang lebih ke luar daripada keseluruhan salur telinga. 

Majoriti dalam kalangan masyarakat menganggap lilin telinga ini kotor dan perlu dicuci, dan fahaman ini sebenarnya adalah salah! 
Kesan mengorek telingaMenjadi sesuatu yang lumrah bahawa apa sahaja yang dijenamakan sebagai ‘tahi’ itu perlu dicuci. Di sinilah timbulnya kesilapan yang pertama. 

Lilin telinga terhasil daripada proses fisiologi dalam diri manusia. Amaun yang dihasilkan amatlah sedikit.Apa yang menjadikannya banyak ialah tindakan kita yang sering mengganggu proses pencucian lilin telinga ini yang sepatutnya berlaku tanpa diganggu.Rerambut halus yang terdapat dalam saluran telinga sebenarnya telah diprogramkan untuk ‘menyapu keluar’ lilin telinga ini.Disebabkan itulah bagi mereka yang tidak menggunakan putik kapas, akan terasa seperti debu-debu berhampiran dengan kawasan cuping telinga.Itu sebenarnya ialah lilin telinga yang secara automatik telah disapu keluar oleh petugas-petugas yang sentiasa bekerja di dalam telinga kita.Apabila tugas mereka diganggu, maka semakin hari semakin banyaklah lilin telinga akan terkumpul dan terperosok ke bahagian yang lebih ke dalam.Sampai ke suatu tahap, kita akan mengalami apa yang dikenali sebagai kurang dengar jenis konduktif (conductive hearing loss). 

Tidak kurang juga kes-kes di mana hujung kapas terlucut daripada bahagian plastiknya dan menyebabkan ia tertinggal di dalam lubang telinga.Ia tidak dapat dikeluarkan di rumah oleh pesakit sendiri atau kawan yang ingin membantu. Ini kerana lokasinya yang agak jauh ke dalam, ruangnya yang sempit serta susunan saluran telinga yang tidak lurus sepenuhnya.Pengeluaran kapas berkenaan biasanya memerlukan pemeriksaan mikroskopik dan putik kapas yang tertinggal diambil keluar dengan menggunakan forseps.

Ada juga di kalangan kita yang menggunakan benda-benda yang lebih berbahaya seperti pin rambut, lidi, hujung pensel dan sebagainya untuk mengorek telinga.Penggunaan alat-alatan ini lebih mengundang padah kerana ia akan lebih mendedahkan pesakit kepada kecederaan yang serius seperti luka pada saluran telinga dan kerosakan pada gegendang telinga selain daripada ia turut mendedahkan kepada risiko jangkitan kuman pada saluran telinga yang dipanggil otitis eksterna.Kurang dengarApabila terlalu banyak lilin telinga yang termampat dan terperosok ke dalam, ia semakin menghampiri gegendang telinga.Gegendang ini berfungsi sebagai penukar daripada tenaga bunyi kepada tenaga getaran atau mekanikal.Apabila ada sesuatu yang menyentuh apatah lagi menghimpit dan menekan ke atasnya, maka sistem konduksi bunyi akan terganggu dan terjadilah masalah pendengaran. 

Perlu difahami, kehadiran gumpalan lilin telinga yang termampat akibat sentiasa ditolak masuk oleh putik kapas akan menyebabkan gelombang bunyi yang sepatutnya masuk ke dalam telinga akan terhalang.Lantas, jumlah stimulasi bunyi yang sampai ke gegendang untuk diinterpretasi akan menjadi minimum dan mungkin tidak cukup untuk tahap pendengaran yang jelas. 

RawatanPesakit selalunya akan hadir ke klinik dan hospital apabila terjadinya masalah pendengaran yang mengganggu tugas harian mereka.Ada juga di kalangan pesakit yang menghadapi bunyi bising (tinnitus) di dalam telinga. 

Setelah menjalani pemeriksaan dan lilin telinga termampat disahkan, doktor akan menggunakan beberapa kaedah untuk mengeluarkannya.Kaedah konvensional yang digunakan ialah dengan memancutkan air suam ke dalam telinga dengan menggunakan picagari (ini hanya boleh dilakukan oleh mereka yang terlatih sahaja).Dengan cara ini, lilin telinga akan menjadi sedikit lembut dan lama-kelamaan ia akan terkeluar dengan arus air tersebut. 

Bagi sesetengah kes pula, ketulan-ketulan yang terlalu keras dan mampat akan dilembutkan terlebih dahulu dengan sejenis ubat titis telinga dan kemudiannya barulah lilin termampat tadi mudah dikeluarkan. 

Sesetengah hospital, terutamanya hospital besar yang mempunyai perkhidmatan pakar telinga, kaedah penyedutan lilin telinga di bawah pemeriksaan mikroskopi boleh dilakukan.Apabila lilin telinga telah dikeluarkan, biasanya pesakit akan memperoleh tahap pendengaran seperti sedia kala. 

Bunyi bising dalam telinga atau tinnitus akan hilang dan rasa selesa kembali dinikmati. 

Nasihat yang diberikan ialah supaya pesakit tidak lagi menggunakan putik kapas pada masa akan datang.Kita perlu ingat bahawa badan kita telah diciptakan dalam keadaan yang cukup baik dan serba lengkap.Sebarang manipulasi hendaklah disertakan dengan ilmu yang mencukupi agar kita tidak ditimpa mudarat. 

Benarlah kata orang-orang tua bahawa menjaga kesihatan dengan cara mencegah adalah lebih baik, lebih selesa, lebih mudah dan jauh lebih murah daripada merawat. 

Sumber: Utusan



Makbed berkata:
Lilin telinga ni kalau kita boh api dekat-dekat dengan nya, agak-agak terbakar tak?



Nanti kita belajar cara-cara membuang tahi telinga dengan betui...


Photobucket

16 Jan 2012

Kalau aku pekak camana?


Sambil-sambil layan Burlesque dan melayan perasaan dengan Encik Cam Gigandet yang ensem tuh (apsal la mamat omputih dalam tv musti ensem-ensem, kan?) , aku menikmati kuih meniram yang dibeli di pasar malam. 

Sedih.... buleh dengar diri sendiri mengunyah. Bengang betul dengan telinga sendiri. 
Ntah apa nak jadi tah. Aku risau sangat telinga aku akan jadi pekak semula masa memula dating ngan Inche Kitchi dulu. Woh, giloh sakit kot kena wat surgery. Even ia cuma minor surgery , tapi memeritkan!

Nasib baik la masa tu, aku tak reti berblog lagi. Kalau tau, gelak-gelak sampai lenjun seluar korang kot kalau aku citer pasal surgery tu. 


Aku tak brapa ingat sangat kronologi kejadian. Tapi, yang aku ingat doctor kate masa tu telinga aku tetiba pekak sebab taik telinga aku banyak sangat, sampai mengeras dan menghalang bunyi dari masuk ke dalam telinga aku. 

Tapi kan, sejak dari peristiwa sedemikian, aku tak pernah miss korek telinga!
Siyes! Ermm.. ye la.
I have to admit kejadian 'pekak seminggu' ketika tu memang agak memalukan bila diketahui sebabnya. Tapi, masa tu aku tak berapa reti korek telinga kot. Mak aku tak bagi korek teruk-teruk sangat nanti pekak. Ini aku korek ala-ala je pun, pekak juge! 
Haa.. camne ni Mak?? 


Doktor siap leh kuarkan statement panas lagi..


"MAk awak tak ajar awak korek telinga ke? Muka lawa-lawa, taik telinga penuh..." kata Doc berbangsa Cina tuh. Hehe...

Tapi, salah satu punca menyumbang adalah kerana dulu aku kerja customer service.
Aku kan memang 'memakai' telefon sepanjang masa. 8 jam pakai earphone. Panas telinga aku! Taik telinga pun cair. Dan, ketika kejadian 'pekak seminggu' berlaku, aku sebenarnya baru 4 hari bekerja di syarikat baru - Malakoff.
So, aku takde la kena 'pakai' earphone lama-lama lagi. 

Mungkin telinga aku terkejut kot, tetiba rilek je gegendang telinga dari jeritan dan pekikan customer yang lapar, maka, tetiba gegendang telinga aku telah stop beroperasi, mengakibatkan aku pekak! 

Sakit bukan kepalang masa surgery. Telinga aku dimasukkan satu jenis cecair bagi mencairkan taik telinga haku yang keras umpama batu. HAHAHAHHAH.. LEpas tu, doc kasi aku ubat tahan sakit. 2 bijik dia bagi aku. PAstu, dia pakai satu alat penyedut atau suction yang memang nampak macam tajam je rupanya. 

Whoho!!!!
Menggigil aku bila menda tu masuk lubang telinga aku dan sedut segala apa yg ada di dalamnya. Berdarah tau! Tapi, darah tu sebenarnya dari taik telinga degil yang melekat kuat di tepi-tepi kulit , dalam telinga aku tuh. Nangeh!!!~  Berdesing telinga. 

Lepas habih rawatan tu, tetiba je muka aku bengkak. 

Masa tu la jugak aku tau, yang aku alergik voltaren. Hukkhuukk... ~ Kena cucuk plak 2 das. 


LEpas habih rawatan semua, aku balik. Masa tu telinga aku macam buleh dengar semua menda tau. HAHAHa.. 

Dan pada hari ini, aku rasa cemas. Bimbang aku akan tetiba jadi pekak macam kes yang aku citer awal ni, dan aku kena melalui detik meyakitkan tu sekali lagi. 

Oh tidakkkk!!!


Aku tengok Inche Kitchi yang sedang enak berbaring menonton Burlesque. Pastu... tetiba aku cam terasa nak tanya....


"Awak.... kalau tetiba B ditakdirkan pekak, awak sayang kat B lagi tak?" pastu aku gelak terkekek-kekek.


HEhehee... Aku tanya je. Ada orang yang takmo bini OKU okeh. Haaa... 



"Apeke bongok nye soklan tu...." balas Inche Kitchi tanpa memandang wajah aku pun. 


Tapi, aku tau sebenarnya dia nak gelak tu. HEHEHE.. Takleh gelak la kan, jatuh saham macho. LALALALALA



-rasanya telinga aku dah baik dah kot-


Photobucket

Sedikit ilmu tentang Medical Card dan insurans mengikut penerangan Makbed.



Hari ni aku nak mengamik kesempatan untuk menjelaskan perihal medical card mengikut cara aku sendiri. Kebanyakan orang yang mengenali aku musti dah tau dah apa kerja aku kan? HAHAHAHA... 

Actually, ini bukan entry promo untuk melariskan produk ek. Ini just entry berunsurkan maklumat sahaja. Syarikat insurans lain pun menampilkan produk yang hampir sama, cuma anda perlu bijak mengetahui apakah sebenarnya fungsi medical card yang sepatutnya. Adakah ia sama macam insurans lain? Dan kenapa polisi insurans yang ada medical card biasanya mahal? 

Dan menjawab pertanyaan tertentu , kenapa PruBSN selalunya mahal? 

Sama je..


Bila nak guna medical card tu?

KAlau ada memana agen yang kata buleh guna untuk suma keadaan pabila sakit, hatta outpatient skalipun, baik korang check bebetul.
SIla amik masa untuk buat keputusan. 
Jika tidak yakin, tanya agen lain.
Jangan main terus beli je, tak kira lah agen tu kawan baik korang skali pun. 
PAstikan anda tau MACAM MANA NAK GUNA MEDICAL CARD tersebut.

Nanti jadi cam makcik jual nasik lemak kat umah aku yang membeli medical card dari satu insurans company ni.
Makcik ni kena operate gigi sebab gusi dia bernanah akibat kemalangan kecil ketika keluar bekerja dan perlukan pembedahan. 
Kena tahan wad 2 hari sebab time dia operate gigi tu, tetiba darah tinggi naik pulak. 
So patutnya dapat le claim medical card tu, dan juga elaun spital, seperti yang dinyatakan dalam syarat polisi.

Akan tetapi, bila dia tanya agen dia tu, agen tu kata TAKBOLEH COVER sebab CABUT GIGI memang tak dicover dalam insurans. 
Hokhokhokhok!! 
JAdi, siapa yang patut disalahkan? Hmmmmmmmm.....

Sebenarnya, agen tu la yang salah sebab dia pemalas. 
Cakap je la dia malas nak buat claim tu. 
Sebenarnya, buleh je claim.


Cabut gigi memang le tak cover.........kalau ko cabut kat KLINIK PERGIGIAN AH SENG atau KLINIK PERGIGIAN KRISHAN, MANIARASU atau SITI SALEHA.
Insurans memang takde cover gigi. 


TApi, dalam kes makcik ni, dia kena buang gigi sebab eksiden. 
Gigi tu memang dah 'cedera parah' dah masa eksiden ari tu tapi takleh nak buang lagi sebab masih bengkak mukanya..
Dan nak buangnya pun bukan leh klinik biasa-biasa yang buat. 
Kena pakar buatkan sebab makcik ni ada darah tinggi. 
Orang ada darah tinggi ni mana leh slamber-slamber je gi cucuk ubat. 
Bahye!


Sudahnya, apa yang makcik tu buat bila agen tu kata DIA TAKLEH CLAIM?

Makcik tu ngamuk-ngamuk la. 
Ngamuk kat aku plak tu. 
Kesian makcik tu.
DIa nak terminate polisi dah tak buleh sebab umur dia dah tua dan dia sudah pun ado penyakit. PAyah le nak buat medicalcard baru, memang aci kerat jari, tak lepas.
So, makcik ni ngadu kat aku ari tu. Dan aku pun ngan muka selebetnya cakap,

"Takpe la acik... Jom kita pi kat pejabat insurans *** tu. Kita tanye ok..." 

Makcik tu pun angguk-angguk je sambil ikut aku. 
So, tanya punya tanya, citer punya citer, gado punye gado (makcik tu le gado, aku tengok aje..) akhirnya makcik tu berjaya membuktikan bahawa kerosakan giginya tu adalah akibat kemalangan dan memang wajib dibayar kos pembedahannya. 
Aiyaa..report doctor pun sah-sah tulih kat situ cakap gigi makcik tu rosak sebab eksiden. Duhh!~

Taknak le cakap berapa kosnya. Tapi, dia dapat le apa yg sepatutnya. 
Elaun spital pun dapat gak.
Kalau tak tak dapat tau. 
Kena fight plak dulu. 

HAaa... jadi, pada sapa yg ada medical card tu, check balik ngan agen korang, apa syarat medical card tu. 


Ada yang kena masuk wad 3 hari baru buleh claim medical. 
Selagi tak cukup 3 hari, tak dapat guna card tu. 

Ada plak medical card yang ada kredit limit. 
Ini salu jadi kad medical card family. 
Contoh: Satu family buat family insurans, dapat 1 medical card. Medical card ni share-share. Satu kad tu total bil perubatannya adalah RM50,000 setahun. So, kalau 1 family tu ada 3 orang, korang pandai-pandailah kongsi RM50,000 bertiga. Just doa je, salah sorang daripada korang tak kena kanser. Kalau setakat demam-demam tu, cukup le...

Ada medical card yang kena renew setiap tahun. 
Yang ni aku tak tahu sangat tapi pernah dengar orang bercakap-cakap aje. 
Renew ni leceh sikit. 
KAtalah tahun ni ko dah claim medical card ko sebab ko sakit jantung, next year nak renew, syarikat tu takkan cover ko punya sakit jantung. 
Dia cover penyakit lain, kecuali sakit jantung. 
Alasannya, ko dah sakit, so insurans tak leh cover dah.. Huuuhu.. paham tak? Jadi, sapa nak bayar kos sakit jantung ko? 
Tanya diri sendiri lerr...

Itu je rasanya yang aku tau pasal medical card ni.
Perlu diingat, medical card dengan life insurans adalah completely berbeza. 
Insurans kemalangan atau Personal Accident memang murah. RM20 je dah siap satu polisi. 
Tak payah medical check up pon. 
So, takyah le nak bangga-bangga bila org tanya ko dah wat insurans ke belum, pastu ko cakap sudah. Bila tanya berapa bulan-bulan bayar, ko ckp RM20, pastu senyum bangga lagi. 
KEna tampo dahi buley kang. 

Tak semua layak buat medical card. 
Kurus sangat, tak lepas.
Gemok sangat, pun tak lepas.
Dah ada penyakit, lagi taklepas.
Sapa ada asma, hmm.. memang taklepas. 
Jadi, sapa yang boleh apply medical card?
Orang-orang yang sihat ler. 


Medical Card sahaja, single, stand alone pun harganya RM50 minimum. 
Tu pun ikot umur. Lagi berumur, lagi mahal. 
Kenapa PruBSN Tafakul Link bila tanya harga premium sebulannya, haruslah jadi RM100? 
Kenapa tak boleh Rm50?
Apsal mahal? 

Insurans lain tak mahal pon. 

 Seperti yang aku katakan tadi, medical card saja pun minimumnya RM50.
KAlau kome nak murah, korang wat insurans biasa-biasa je la, takyah pakai medical card.
Rm50 sahaja pun lepas. 

PruBSN TAkaful Link , semuanya telah di'sumbat'kan dalam satu akaun.
Di dalam tu la, Personal Accident, dalam tu la ada cover apabila kena 36 jenis penyakit kritikal, dalam tu la jugak MEdical Card, dalam tu jugalah Saving. 
SEMUA SEKALI. 

PAstu, tambah lak lagi rider-rider antaranya, elaun hospital , 
income tahunan bila eksiden takleh jalan atau lumpuh kekal, 
income tahunan bila disahkan sakit kritikal dan memacam lagi lah. 
Ikut bajet korang la. 
Lagi tinggi harga yang korang sanggup bayar, lagi terjamin lah masa depan korang dan anak-anak. Sebab membeli insurans ni bukan kita hanya PIKIR pasal diri kita sahaja, kita turut sama BERPIKIR untuk orang-orang dibawah tanggungjawab kita. 

Ce campur PA punya premium yang RM 20 tadi, ngan medical card Rm50, dah berapa ? 
Tak ke Rm70. 
Saving lagi?
Itu harga basic tak ikut umur.
Belum masuk saving lagi. 
Ni kang nak campur umur lagi, rider lagi.
Musti la nak masuk wad nak elaun kan. Masuk wad sehari Rm100.
KAlau 3 hari mc tak keje sebab dok wad, tak ke keluar hospital tu dapat RM300? 

Tak suke?
Taknak? 
Tak nak takpe....

Soklan lagi.  Kalau ko eksiden , lumpuh, atau sakit teruk sampai takleh keje, takkan nak biar je tengok anak-anak tu tak sekolah? 
Tapi, kalau ko tak keje, camana nak datang duit bayar insurans bulan-bulan? Kan? Kan? 

Haa.. semuanya sudah dipikirkan siap-siap dah... 
Dalam RM100 tu la dah siap semua segala waiver dan contributor. Even anda dah takde di dunia nan fana ni, insurans anak-anak masih berjalan beserta savingnya sehinggalah umur anak tu 25 tahun. 
So, berbaloi tak bayar RM100 kat insurans? Saving ada kan...

KAlau buat saving kat bank je, takde insurans, kalau awak mati sok, sapa nak sambung bayar saving anak tu bulan-bulan?

Dalam Rm100 itulah tersimpannya jaminan yang anak-anak anda akan meneruskan pendidikannya biarpun si pencari nafkah itu sudah TIADA. 

Dalam RM100 tu jugalah tersimpannya jaminan, biarpun anda sudah tidak bernyawa lagi, isteri anda tidak perlu takut untuk bawa anak-anak ke hospital untuk mendapatkan rawatan apabila anak-anak sakit. 

Dalam RM100 tu jugalah tersimpannya jaminan bahawa bila anda pergi tanpa diduga, anda tidak membuatkan isteri anda jatuh terduduk memikirkan masa depan anak-anak. 

Just korbankanlah sedikit duit masa sekarang, untuk masa 'terkejut' yang kita sendiri taktau bila nak datang, dan macam mana ia nak datang. 



Sori la..bahasa agak pasar. Cakap bahasa buku kang tak paham lak kan. So, dengan penerangan sebegini, paham tak?

Makbed tak suruh beli ok.
Siyes tak suruh. 
Tapi, kalau nak Makbed jadi agen untuk korang, buleh tinggal komen kat bawah. huhuhu.~



More Info please visit: SINI dan SINI



Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram