Followers

30 Dec 2012

Wiken



Adinda-adinda saya telah tiba.

Saya sukakan kedamaian dan ketenangan.
Tapi, saya juga suka rumah saya dipenuhi keriuhan adik-adik. Makanya, jika tetiba saya dok sengsorang di rumah tanpa sebarang bunyi, saya akan jadi mati kutu.
Maybe sebab dah biasa duduk dalam keluarga yg ramai...


Untunglah.. Inche Kitchi pun 6 beradik.
Makbed pun 6 beradik.
Bezanya Inche Kitchi anak kedua.
MAkbed, anak kesatu.
Menjadikan, Makbed skang mempunyai seorang kakak dan 9 orang adik!!!! 
Dan seorang suami... (?)
Oh, Makbed juga ado sorang adik ipar.
Dan seorang bakal adik ipar. 
Wah, ramainyerrrr....


BEznya bila adik-adik datang ni, otak tetiba jadi aktif. 
Aktif fikirkan apa nak makan dan juga pikir mana nak berjalan.
HEHE.. Jalan ramai-ramai seronok tau. 




School season is back. Tak lama je lagi.
Linda akan kembali masuk sekolah 1hb nanti jadi kitorang sume dikerahkan oleh Mak untuk gi beli bebarang keperluan Dik Lin. 
Tapi Mak kat Kuantan.
HAHAHAHHA..
Makanya, urusan penyekolahan dan menyekolahkan Dik Lin akan menjadi urusan aku le kan.
Ngeeeeeeeee~

Dik LIn dah siap wat senarai apa nak beli, so kitorang gi serbu Alor Setar Mall je la sebab pastu ingat nak bawak kekanak riang gi tengok CZ12.


Sekali, tiket dah habih la.
Seat penoh!
Huhu...


Beli citer The Hobbit je untuk adik-adik tengok jam 9 malam. 
Aku tak tngok sebab Oni ngan Wawan ada. Lagipun citer tu lama. Kang bebudak meragam pulak. 
Sedihh... Jiwa meronta nak tengok KILI lagi. Uhuk..Uhuk!






Hari belum habih, kami dah plan apa nak wat untuk keesokkannya.
Adik-adik nak makan ayam bakar dan mereka memvolunteerkan diri menjadi pembakar (?)


HAHAHHAA...


Pembakar ayam...




Tengah meng'get ready'kan pusat pembakaran.


Tugas aku adalah menyediakan juadah utama jer.
Pastu tugas lumrah alam semulajadi aku adalah MEMERINTAH.
Aku kan pemerintah berkuku besi dalam rumah ini.
Horhorhorhor!!!


Pose sebelum operasi



Untonglahhhh... adik-adik lelaki saya semua terer memasak.
Lebih terer dari saya tau. Huuuu~
Sepatutnya Kimi kena mai buat kek cokolot belemoih (chocolate moist) kat umah tapi aku punya periuk kukus tidak memenuhi spefikasi plak.
So, takpe... KAsi Kimi rilek-rilek je la kat umah.






Udah habih masak, kitoang makan-makan.. 

PAstu suma orang dok depan tv ngadap citer ni...







Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram