Followers

23 Dec 2012

Soalan Lazim Vs Soalan Zalim






Dalam dunia ni ada maaaaaaaacam-macam orang.
RUpa mungkin boleh serupa. Tapi perangai tak mungkin sama.


Ada orang yang suka bercakap , tapi terlebih cakap.
Sampai apa keluar dari mulut dia tak bertapis.
TApi, jangan pula anggap orang yang pendiam itu, reti  bercakap.
Ada gak yang tak reti bercakap. 
Bila waktu perlu bercakap, bila dia cuba bercakap, rosak. KAlau cakap sembarangan. 
Bila time tak perlu bercakap, dia bercakap, semuanya punah. 



Bercakap / berkata-kata ini memerlukan skill.
JIka tersalah sebutan akan menampakkan diri agak silly.
Jika tersalah intonasi, mesej akan jadi lain. 


JAdi, untuk kesemua skil berkomunikasi memerlukan kita belajar dan practice berulang-kali. 
Anda tahu kan orang yang berjaya mostly mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik.
Anda juga buleh mengenal pasti jika public figure tertentu yg ada masalah bercakap dengan betui. 


Adalah diiingatkan, bila kita utarakan Soalan Zalim pada orang, Jawapan Zalim yang akan kita terima.
JAdi, audit cara kita bertanya. 
Apa sahaja soalan yang ingin kita tanyakan, sebelum terluah di bibir, kaji dulu bentuk soalan dan ayat soalan yang akan kita ajukan. Kerana jika tersalah cara, jawapan yg bakal kita terima akan menyakitkan. 


KAlau tak caya, cuba jawab semua soalan di petak Soalan Zalim tu sendiri. 


Jika soalan yang bakal kita tanya tu agak sensetif, mulakan dulu dengan perkataan MAAF. 
Terkadang, ada orang yang mudah sensetif bila diaju soalan berbentuk peribadi.
Tapi, tak bermakna dia tidak MAHU berkongsi.


Mari belajar bercakap...

HEHHE..


Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram