Followers

23 Dec 2012

Putih VS Keputihan


Semua orang suka menda yang fair...
NAk putih-putih.
Kulit putih.
Gigi putih.
Pakwe pun nak putih jugak. 

Putih bersih itu cantik. 
MAcam-macam produk kita makan demi mendapatkan kulit yang putih bersih berseri. Kann..



Keputihan Wawan. 







Ada ke putih yang tak bersih? 



"
"
"
"



KEPUTIHAN!!!!




Ya..


Ironinya bila wanita mendambakan semuanya putih, tapi 'putih' yang satu ini sangat tidak disukai wanita. 
Betui?
Ada sapa yg enjoy sokmo bila keputihan wujud?



Lelaki mungkin lansung tak memahami apakah keputihan tu.
Malah ada yang masih cuma mencari relevannya perkataan 'keputihan' dengan sesuatu yang membawa mudarat.
How come keputihan tu tak elok?
Kan ke PUTIH.
Bukan ke PUTIH itu cantek?


Ya.. hari ni Makbed akan explainkan perihal KEPUTIHAN ye murid-murid sekelian. 


Senang citer, KEPUTIHAN ni merupakan lelehan yang keluar dari faraj wanita. 
Biasanya terjadi pada wanita yg dah akil baligh. 
Lelehan yang keluar ini lebih kurang macam signal untuk orang perempuan tentang tahap kesihatan dan kebersihan 'aset kewanitaan' mereka. 
Meskipun dinamakan KEPUTIHAN, tapi ianya lebih merujuk kepada lelehan yang keluar, tak kira lelehan tu keluar warna apa sekalipun. Even keluar kaler brown, ianya tetap dipanggil KEPUTIHAN.
Pelik dok?
ISkk~


Dalam bahasa Kim KArdashian, ianya dipanggil VAGINAL DISCHARGE. 


Dalam kebanyakkan kes, masalah keputihan ini biasanya berpunca daripada jangkitan kulat.
Keputihan yang teruk biasanya akan menyebabkan rasa tidak selesa dan haruslah dirujuk doktor segera. 









MAri mengenal jenis-jenis WARNA keputihan.




Jernih.
Tidak perlu risau sekiranya lelehan itu keluar berwarna jernih. Sekejap lelehan, sekejap keputihan...apekah? Ianya normal.
Biasanya terhasil 2 minggu sebelum haid, atau apabila waktu subur menjelang. TApi, terkadang lelehan begini akan keluar jugak time stress...atau ketika badan tidak begitu sihat. 
Keputihan sebegini juga selalu terjadi kepada wanita hamil.


Putih
HAa.. ni kaler putih, berair dan berbau kurang enak. Kalau ada rasa gatal-gatal di alat sulit atau pun rasa sakit ketika kencing, tu tandanya anda mungkin kena jangkitan kulat. 



Putih pekat.
Lelehan keluar macam susu pekat dan berbau. Ini juga petanda jangkitan kulat. Dan berkemungkinan besar terdapat radang pada serviks dan vagina. Ini sangat tak selesa. Aku pernah kena sebaik sahaja lepas bersalin  Wawan. Rupanya, lepas check, memang vagina aku sedang 'meradang' ketika itu. Ngeee..~



Coklat (Brownish like discharge)
Brownish ek... Bukan Brownies. Brownies makan pun sodap. 
Lelehan yang berwarna coklat, berair, sangat banyak dan lembap merupakan petanda anda mengalami masalah gangguan pembuluh darah pada serviks atau endometriosis. 
Warna coklat tersebut timbul akibat perdarahan seperti keguguran, haid tidak teratur ataupun darah segar yang apabila kering bertukar warna menjadi coklat.



Merah Muda
Bagi yang mengalami lelehan seperti ini, sangat banyak dan tidak berbau, merupakan tanda yang terdapat jangkitan bakteria yg tidak khusus. Biasanya terjadi selepas melahirkan. 
Boleh jadi juga ia adalah haid, atau pendarahan dalam rahim. 
Pemeriksaan doktor adalah yg terbaik untuk tahu apakah yang berlaku di 'dalam' sana.


Warna-warna lain pun ada.


Kelabu
Kalau lelehan warna kelabu, ada garis darah, banyak pulak dan berbau, itu adalah petanda awal kanser. 


Kuning Kehijauan
Jika lelehan berwarna seperti ini, keluarnya berbuih, sangat banyak. gatal dan berbau busuk dan sakit di sekitar kemaluan dan sakit semasa membuang air kecil, merah-merah di kawasan vagina segeralah rujuk ke klinik kerana besar kemungkinan anda dijangkiti STD (sexual transmitted disease) yang didalangai oleh kuman bernama protozoa trichomonas vaginalis. Hem....


Kuning
Ianya disebabkan jangkitan penyakit kelamin atau lebih dikenali sebagai nisseria gonorrhoe. CIri-cirinya, kuning, kental, sangat banyak, panas dan gatal... Sila gi check kat doktor. BAhaya ni!


Biru
Lelehan seperti ini menunjukkan anda adalah seorang alien. 
HEHHEHEHEHEH... 



MAsa nak gi check ke doctor tu, adalah dinasihatkan tak payah basuh kemaluan dengan sabun . So, senang doktor nak determine kadar keterukan keputihan tu dan ubat yang bersesuaian akan diberikan. 
BAwak je spentot atau kalau pakai pad ketika kejadian keputihan tu, tunjuk kat doktor. 
Senang keje dia.





SUMBER





Ada banyak petua hilangkan keputihan. Boleh pilih cara tradisional atau moden.
Nak cara sedap, minumlah HKCC!!!
InsyaAllah...  


IA berkesan ke atas saya. 




Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram