Followers

16 Dec 2012

Otomen Oni Jalan-Jalan



HAri ni gi jenjalan mengisi kebosanan ke umah Umie. 
Dan..

Saya malas nak masak.
Jadi, saya ngorat mak mentua saya la.
Lama tak makan ayaq tangan mak mentua neh.
Lepas INche Kitchi menjadi 'pisang emas' sejak 2 minggu lepas plus plus, saya pun tak ziarah Umie lagi.

Kebetulan, adik ipar pompuan saya minta tolong semakkan polisi insurans beliau.
Maka... saya pun menjadi penyemak la.
HEHEEE...


Bila saya sampai rumah ibu mertuaku.. perkara yang saya paling suka adalah ini:








dan ini:





Rumput kapet dah cantik dah. 
Bes..Bes. Pasni Ayah boleh letak burung flamingo (patung) kat atas tu. 
Wakakakak~
Rumah Umie kan dah macam Taman Astakona. BAnyak pokok.
Dan salah satu pokok kesukaan dia adalah bunga ros.
Bunga ni nanti dipetik dan dijemur. 
Bila dah kering sikit, Umie simpan dalam bekas untuk dibuat air minum. 
Dia akan didihkan air, pehtu masukkan sekelopak dua rose petals ni.
Buat cam teh. 
Pastu minum ler...


Khasiatnya aku tak sure.
Tapi Umie memang jadikan tu amalan. Banyak la amalam-amalan tradisional yg Umie tau.
Plak tu dia sangat suka bunga wangi-wangi. 
Bila bunga-bunga kembang, nanti dipetiknya suma. Letak dalam rumah.
MAka wangila rumah tuuu...



Dan terbaru, teratak Umie skang dah jadi happening plak dengan adonya bisnes ni:





Waah!!
Menjadi jugak bisnes cyber cafe adik ipaq ku. 
BAgi aku sangat baguslah dengan kewudan perkhidmatan ni, anak-anak di kampung yang perlukan CC takyah nak gi jejauh untuk dapatkannya.
TAk payah naik basikal, lintas jalan.
TAkyah susah-susah keluar kampung.

Bebudak la suka ni.
MAin game semedang la depa...LAgi-lagi plak musim cuti sekolah ni.
BUdak-budak kan. 
Walaupun kena dok kat luar je, tapi depa tak peduli pun.
LAyaaaann.....


Sejam singgit.





Boleh enjoy pemandangan rumah yang menghijau sambila menghirup udara segar kampung.
Agak-agak tensen main game, leh pandang kanan - ada rumput kapet ijo lagi. Hewhewhew~


Dibukak sampai jam 11 malam. 


Oni la paling best.
Ramai kawan.
Boleh jadi esisten Pak Teh Aie dia. 
Tolong tengok-tengokkan kastemer dengan cara tersendiri. 
HAri ni dia main sakan sungguh. 
Kebetulan Mak Lang dia pun ada.
Mulut tu becok sungguh lawan bergadoh.
HAri ni, Mak Lang pulak jadi resakse. Aku boleh cuti rehat.
HEHEHHEHEEHE...



Pukul 6 petang, kami 3 beranak pun balik.
ALhamdulillah,hari ni hujan. Sejuk nyaman umah Umie.



HAbeh betri

TAk sampai 5 menet masuk keta, Oni 'senyap'.
Berdengkur.....
Otomen dah ilang kuasa.





Wawan plak senyaappp tak bunyi suara. 
Ingatkan tido juga. Rupanya dia plak 'mengasuh' si kakak. 
Bagus anak ibu yang sorang ni. Pandai behave.
Dah beso-beso gini kena dok belakang la ye.
Golek le kamu kat belakang tu. 



Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram