Followers

16 Dec 2012

Meraikan Ulangtahun Kahwin Makbed dan Inche Kitchi. Entri Penuh Kasih Untuk Kalian.


16 Disember 2006, kami berdating buat kali pertama selepas beberapa bulan main sms-sms jer.
Kami gi Taiping, meraikan majlis mereka ini..
Puan Bos HKCC berlipsetit merah bersama suami tercinta. Heee...
Pada tarikh ini di majlis mereka ini, saya berpeluang kenal beliau.
Dan pada tarikh ini jugak saya berkenalan dengan rakan baru, yang kemudian kekal menjadi rakan karib saya hingga kini. 
On this very date, 16th December couple years later, we celebrated the most awesome celebration in life - for both of us. 
As we were diijabkabulkan on August 2008, 4 month after that  our wedding ceremony was held. 
Kami nikah dulu, kenduri kemudian. 
Feelingnya, memang sangat best!


14 Disember 2008, majlis keraian dilakukan di rumah pihak perempuan, yakni pihak Makbed lah. 

Dan pada 16 Disember 2008, majlis doa selamat dan meraikan menantu comel pulak dilakukan di sebelah lelaki. 



Dah ready dah ni

4 tahun selepas kejadian ini, memang dah tak muat ko sarung baju sanding ni. 
Sob sobss uwaaaa!!!!




Ni tengah ready nak kawad dah.
Nangeh ketiyak nunggu tetengah panas. 
Lupo plak nak bawak spek mato itam den. 
Huu.. Inche Kitchi nampak tinggi je kan. Tapi sebenarnya beza seinci dua je kot dari saya. 
Tihtihtih~





Mekasih kepada kengkawan yang sanggup datang jauh-jauh untuk menjayakan majlis ni. 






Dari kiri ialah Ayah, Abah, pengantin ensem, pengantin gojes , Mak dan Umie

Masa kenduri ni, MAkbed asyik berpeluh je.
PAstu pening.
Tetengah majlis dok meriah pun ngantuk.


Masa majlis di rumah pihak lelaki plak, Makbed leh bantai menguap slamber hipopotamus tetengah majlis.
MAta sampai berair sebab rasa nak demam. Maybe letih kot. 
Orang tetengah bizi pun ko menguap Makbed? 
NAsib baik la kat umah pihak lelaki takde majlis resepsi.
Ada jamuan doa selamat dan beramah-mesra dengan 'peminat' je.
Tapi tak sempat tunggu habih pun.
Elok pas aku solat Asar, aku tetido. Ngan baju perantin tu ler.
Sedor-sedor je dah Maghrib.
HAkhakhakhak~


Selepas majlis resepsi ni, bersyukur sangat.
Hilanglah segala penat.
Tu pun, elok-elok je lepas majlis sebelah lelaki habih, Inche Kitchi kena gi keje dah tau.
MAkbed yang masih cuti kena duduk umah mak mentua.
Awal-awal dah kena tinggal.

PAstu Makbed demam.
Diikuti Inche Kitchi plak demam seminggu. 


TAk lama je lepas habih majlis pada 16 Disember 2008, aku dapat news yang aku sedang pregnant.
Dah 6 minggu dah pun.



Oni dalam perot sudah ni!

So, gambo aku duduk sume nampak perut berlapis.
MAsa fitting kat butik pengantin, leper je perut tu.
Siap ada lebih ruang bernapas.
Tapi, masa tarikh ni, baju sanding aku telah terketat sedikit.
Dan Umie lah yang pertama menegur kebuncitan aku ketika itu. 
Siyes aku taktau.
Lepas dah tau tu barulah aku paham pasai pa aku asyik menguap je tak kira tempat!
HEHEHHEHEHEHEH



So, buleh dikatakan Disember 2008 tu banyak jugak la perkara happening berlaku kat aku dan Inche Kitchi. 






Sudah 4 tahun kami bersama.
Semoga kami kekal bahagia dengan limpah rahmah dan mawaddah dan dilindungi Allah senantiasa.
Dia lah Imam, dialah Kapten bahtera.
Sesekali, saya take over jawatan KApten, jadi pemangku kapten tatkala dia tak ada.
Apa pun rintangan, saya tetap berdiri teguh di samping suami tercinta.
Adat perkahwinan dan kehidupan, ada jatuh bangunnya.
Namun, kukuhnya sesebuah hubungan kerana cinta,
Kukuhnya cinta kerana percaya.
Adanya percaya kerana jujurnya.
Tiada pernah saya meminta-minta.
Emas dan berlian berjuta-juta.
Tapi kalau nak bagi pun tak apa.
Apa yang ada sudah cukup semua.
BErdikit-dikitlah tambah jika ada rezekinya.
Semuanya itu perlukan masa. 


Saya belum kaya nak bagi apa.
Cuma anak-anak kecil hadiahnya, dengan izin Yang Maha Esa.
Mereka tak lahir otometik begitu ya.
KEna ada kerjasama bersama. 
Sorang-sorang tak akan menjadinya.
Bersyukurlah sayang, anak kita comel-comel belaka.
Sama comel dengan ibunya. 






Meraikan Penyatuan 4 Tahun Inche Kitchi dan Makbed.
Syukur, Alhamdulillah.
Doakan kami bahagia hingga ke Jannah.


31 Disember ni bezday Inche Kitchi tau.

Dan..
SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN BUAT EX-JIRAN SAYA, 
PUAN HAIDA DAN SUAMI.

Didoakan semoga kekal bersama, bahagia dan ceria. Dan dimakbulkan segala hajat dan doa. Amin.
*bunga api!!!!!!



Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram