Followers

28 Dec 2012

Mengembali Mode Postif



Masih lagi bizi . Semalam, down sikit.
Pagi ni, energized rasa tapi meh bila petang tu tetiba down.

Oh sungguh la nak kekal berpositif tu memang sukar. 


Pun begitu, aku cuba sedaya upaya juga untuk menjadi positif dan 'nampak positif' sebab kalau aku tak memberi dan menghasilkan aura kepositifan tu, semua urusan aku akan jadi tunggang-langgang dan lansung tak produktif. 



Cara-cara Makbed mengembalikan mode positif.



1 -  Bangun pagi cium Oni ngan Wawan. Cium anak-anak yang masam adalah best. Bau diorang memberi peringatan kat aku bahawa aku masih perlu mencari rezeki bagi memastikan mereka mendapat pendidikan sempurna. 



2 - Pakai baju yang warnanya terang lagi ceria. Skang ni musim color block , kan? Biasanya dalam lemari aku ada baju kaler hitam n warna gegelap jer. Tapi, ada la selai dua baju kalerpul. So , time aku rasa cam nak bergaduh ngan orang je, aku pakai color warna-warni sikit supaya aku tak perasan aku ni seorang Batman 'why so serious??!~" . Siyes warna juga mempengaruhi suasana ok. 


3 - Ceriakan suasaana perjalanan dengan lagu-lagu yang menceriakan. Atau mungkin ada orang suka dengar ceramah motivasi masa dalam kereta.Tu pun boleh. Watever makes you happy dan memberikan input positif. Koleksi persendirian lagu gi keje aku adalah mostly dari David Guetta. HAHAA... Korang leh gelak atau garu kepala. Mana-mana yang anda suka. 


4 - Senyum pada orang yang memandang anda. Dengan cara ini, aura negatif anda akan terkawal sebab anda TERPAKSA memberi senyuman kepada orang. 


5 - Tengok Running Man. HAHAHAHAHAHAHH! Anda bekemungkinan besar akan terlupa yg anda sedang bad mood. AKu dah try. BErjaya!


6 - MAkan makanan yang paling mahal yang pernah anda makan. Ikut kadar kemampuan. Selalunya, kalau aku bad mood, aku akan terus je pergi ke Secret Recipe untuk membeli Absolute Chocolate. Makan sengsorang tak best. JAdi, ajak la kawan. So, kalau 2 Absolute Chocolate kan ke dah jadi mahal? Tu belom masuk air minum lagi. HAHAHAH... Moralnya, ajak kawan gi bersembang di tempat yang paling cozy dan menenangkan la.. Belanja kawan makan. Bersedekah itu membersihkan hati . 


7 - Mandi bersih-bersih, wangi-wangi. Pastu pakai baju lawa-lawa, then tido. Best!



Lain orang lain cara, kan?




Tak elok le muncung-muncung.
Tenggiling lagi comel. 

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram