Followers

19 Dec 2012

Mencabar Betui La ....!



Adalah menjadi kebiasaan kalau ada je sesapa tanya soklan pasai insurans ni even via fesbuk sekalipun, aku minta email address dia supaya senang aku nak email pape dokumen yg patut dia tengok. 
Ada sesetengah orang ni sifatnya MALAS nak jumpa AGEN yakni melakukan pertemuan 4 mata.
Well..masing-masig ada alasan tersendiri dan yang paling pemes sekali adalah mereka ni malas jumpa agen sebab agen insurans ni "kona kot mana pun, musti paksa suruh beli jugak!". 
Maknanya, diorang ni sebolenya perlukan masa untuk membuat keputusan sama ada nak beli atau tak beli. 


Jangan terkejut, kekadang kastemer ni memang nak beli tapi dia saja je lengah-lengah nak tengok tinggi mana sabar seseorang agen insurans tu. 
Walaupun perbuatan cenggini adalah buleh dikatakan merugikan diri pelanggan tu sendiri, tapi tak salah pun kalau agen bagi masa seperti yang dia minta. 
Adab berniaga memang begitu. 
Jika pelanggan minta, maka berilah haknya. 

Hak Memilih Hak Pelanggan.
Agen cuma bantu jelaskan apa yang patut. 



Makanya, tadi Hamba Allah ni tanya aku soklan memacam.
Gaya memang serius nak membeli polisi.
Dan aku pun assist la kot mana yang buleh. 

Cam besa, aku minta email address beliau.
Senang nak email proposal.


Dan dia pun bagi....



Kendian, aku pun wat proposal.
Dan email....


Kendian, aku meset la Hamba Allah tu cakap aku dah email proposal.
Silalah check.


Dia kata OK.



Pastu tetiba dia cakap...

"TAK BOLEH BUKAK LE DOKUMEN TU."



Aku pun send la lagi sekali.
Kot salah format ke hape kan..



Pastu tetiba Allah datangkan ilham nak tanya something..


LAlu aku pun tanya...


"PC KO ADA WORD TAK?"




Senyap je.



Aku pun biar je la sat.




5 menet pastu dia jawab....




"TAKDAK!"



Diikuti gelak-gelak di hujung.


Rupanya, selama hari ni dia taktau yang lektop dia takde microsoft office, apatah lagi WORD. 




MEncabar kan tugas aku?





MEnatap wajah Abang Kili yang ensem. 
Uuuuuuuuuuuuuuuuu~

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram