Followers

18 Dec 2012

Ko Ni Niaga ke Hape????




Hakikatnya, aku akan selalu mengelakkan diri dari memandang booth atau kedai kecil menjual baju-baju yang terletak di betul-betul laluan utama shopping complex faveret.. 

Pertama: Kedai baju tu memang menjual pakaian dengan harga yg affordable.
Kedua : Baju-baju nya cantik.
Ketiga : Peniaganya ramah sampai leh jadi member. 


Semalam, aku ke sana membeli barang-barang keperluan. 
Kebetulan, seorang rakan client admitted dan semalam juga merupakan bezdaynya. 
So, aku gi sana nak cari hadiah la, pape je supaya bila aku gi melawat dia kang, dia sengeh sampai ke telinga, biarpun sakit. 

Bila dah abeh beli tu,aku cecepat turun dan jalan laju-laju kecar park.
Then terhenti pulak kat satu booth yang rasanya baru je lagi bukak.
Sebab dua tiga hari sebelum tu takde plak nampak booth ni juai baju. 


Oh..aku belek je..Tuan kedainya takde!
NAsib baik...





TArikan utamanya, KALER HIJAU!!!
Tu je. 
Dah habih belek-belek, dah set time bila boleh belinya, nekad. 
Tapi, takpe. Balik umah dulu. 
MAka, aku pun beredar dari kedai.


Ate tetibe...
"AKAK!! AKAK!!! Nak gi mana tu?"
Aku wat derk je...


"Akak...!!"
suara itu makin dekat. 


PAstu terasa cam ado orang pegang bahu. PAntas aku menoleh.
Hoh.... tokey kedai yang aku cuba 'nak lari' dari melihat kedainya. 
AHAHAHAHAH...
Dia nak gtau yang dia baru bukak kedai baru.
TAmbah satu lot lagi. 


Memandangkan dia begitu eksaited nak tunjukkan kat aku, so aku pun ikut jela.
TAk sampai 3 saat jalan, dah sampai kedai tu.
Alangkah terkojutnya bila kedai baru yg dia kata tu adalah kedai yg aku belek-belek tadi.


"Lot yang awal tu mak saya punya. Yang baru ni , saya bukak pakai duit sendiri kak... Lot yang ni saya jual pakaian moden-moden sikit. Untuk remaja-remaja cam saye.."
Owhh.. serta-merta aku lak rasa best, macam aku mak kepada budak ni.
Eh, budak ni beso lagi dari aku. HEHHE~ SIhat dan kuat. 
Kendian, dia citer-citer lagi memacam, dengan excitednya sambil aku menjamu mata, dan meraba-raba sekali lagi pakaian berwarna hijau berbintik putih itu.


Kendian....
"Akak... berkenan ke? Beli lah. Saya bagi diskaun baik punya kat akak."


"Iye?" tanya ku balik, tak caya. Eleh..nak amik hati lettew!


"Iyeeeeeeeeeeeeerrrrr!" balasnya, bersungguh benar. 


"Ok... kalau akak nak yang ni, berapa regenye?" tanyaku, menguji. Sambil tunjuk pilihan aku la kan, menda hijau tu. 


"Ini, harganya RM39. Saya jual kat akak RM25 jer. HArga besfren sebab akak selalu sapot saya.."


"HOH!!!!!!???" Ternganga. 
"Ko ni niaga ke hape?? Pesal banyak benor diskaun?" tanya aku, sedikit hairan. 
Sebenarnya, concern. 
Sapa takmo diskaun kan?
TApi,kalao bagi diskaun sebab terpaksa, tak bagus lah untuk pelanggan dan penjual. 
Kita kan nak hubungan perniagaan yang berpanjangan...?


"La... akak ni. Orang bagi diskaun pon marah . TAknak sudah. Bayar la RM39," tuan kedai tu cebik. 
Dalam hati aku.... saje je kan ko ni. saje je kannn nak suruh aku beli!!!!

TApi, akhirnya aku beli la jugak.

Skirt comel
Kerana dia berlapang dada menjual skirt ni kat aku.
Dan kerana aku pun mmg suka bebenor menda ni. 
Dapat barang, dapat kawan. 

Aku rasa ni adalah baju ke 15 kot aku beli kat dia dan maknya dalam masa 3 bulan. 
Kome pegilah kedai dia kat TESCO MERGONG, Ground Floor.

NAmpak skirt bintik-bintik ni, situlah kedainye. 
HArga insyaallah tak sama macam aku.
 TApi, biasanya barang jualannya tak mahal. Ikut harga kebiasaan. Tapi, kalau beli banyak helai, memang kasi diskaun dengan generousnya. 



Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram