Followers

30 Dec 2012

Kenapa Kejadian Rogol di Delhi Mencetuskan Rusuhan


Dengan rasa segan lagi silunya aku mengaku yang dah lama betui aku tak dengar berita. I couldn't blame TIME as the main reason sebab suma orang ada jumlah masa yg sama je kan, 24 hours. 

TApi, dah namanya malas berusaha untuk meluangkan masa mengambil tahu, maka jadi la camni...
Kebetulannya, tadi aku dengar Buletin Utama berkenaan dengan mangsa rogol di India bertarung nyawa selama 2 minggu dan akhirnya mati di sebuah hospital di Singapura , hari ini. 


Memula, aku dengar sikit je..tapi ia mula menarik perhatian aku bila aku tetiba terpikir....
"Apasal mangsa rogol di India, dibawak ke Singapore utuk menerima rawatan?"

Soalan tu je menarik perhatian aku sampai aku gi depan tv dan bukak volume kuat-kuat.

Banyak isi penting berita yang aku dapat..
Antara point-point nya..


Kejadian rogol berlaku dalam kenderaan awam iaitu bas.
Mangsa rogol beramai-ramai... dan cara perlakuannya memang ganas. Ok masa ni taktau la how ganas was it. 
Terlalu ganas sampai doktor kat India takleh nak wat ape, dan terus bawak dia ke Singapura sebab tak cukup peralatan atau maybe sebab tak pernah tengok kes yg semacam tuh. 
Kejadian rogol tersebut menyebabkan berlaku protes dan rusuhan di India khasnya di Delhi. 




Betapa seriusnya kes rogol ni sampai terjadinya rusuhan?


KEndiannya, aku pun buat la beberapa research menggunakan beberapa kata-kata hikmat and of course le kena guna google. 


Pasukan pakar perubatan berusaha beri rawatan, stabilkan mangsa
New Delhi: Mangsa rogol beramai-ramai di New Delhi kini bertarung nyawa dengan keadaannya dilaporkan sangat kritikal selepas mengalami serangan jantung dan kecederaan otak ketika menerima rawatan lanjut di Singapura. 

Pada masa sama, negeri Punjab bertindak memecat dan menggantung tugas sekumpulan pegawai polis yang didakwa mengabaikan seorang lagi mangsa rogol sehingga menyebabkan dia membunuh diri. 


Pemeriksaan pasukan perubatan kami menunjukkan dia juga mengalami serangan jantung dan kecederaan otak," Kelvin Loh, Ketua Eksekutif Hospital Mount Elizabeth


Sebuah buletin yang dikeluarkan pada hari ketibaan mangsa di Hospital Mount Elizabeth menyatakan, pelajar berusia 23 tahun itu mengalami jangkitan paru-paru dan keadaannya sangat kritikal.

“Ketika ini, pesakit bertarung nyawa, pemeriksaan pasukan perubatan kami menunjukkan dia juga mengalami serangan jantung dan kecederaan otak,” kata Ketua Eksekutif Hospital Mount Elizabeth, Kelvin Loh.

Beliau berkata, pasukan pakar perubatan pelbagai bidang sedang berusaha sedaya upaya untuk memberi rawatan dan menstabilkan keadaannya dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Dirogol di belakang bas 
Pelajar itu sebelum ini menerima rawatan di Hospital Safdarjung di Delhi dihumban keluar dari bas yang sedang bergerak selepas dirogol enam lelaki di belakang kenderaan itu.

Dia turut mengalami kecederaan parah di bahagian usus akibat dipukul dengan batang besi.

Pihak berkuasa India kerap kali dipersalahkan kerana memperlekeh mangsa rogol dan enggan memfailkan kes ke atas penyerang, menyebabkan mangsa terpaksa berdiam diri dan tidak melaporkan jenayah terbabit.

Bagaimanapun kejadian rogol beramai-ramai yang menimpa pelajar itu, membawa perubahan dan memberi fokus baru terhadap pihak polis serta sikap masyarakat kepada wanita di India.

Penunjuk perasaan mendesak perlindungan lebih baik kepada wanita selain hukuman lebih berat kepada perogol.

Desakan itu mendorong Jabatan polis Punjab menggantung tugas seorang pegawai polis dan memecat dua yang lain selepas didakwa sengaja melambatkan siasatan ke atas seorang gadis berusia 18 tahun yang mendakwa dia dirogol, menyebabkan dia bertindak membunuh diri dengan meminum racun. - AP

SUMBER:BERITA HARIAN


Kenapa sehingga boleh mencetuskan rusuhan?
OK..ini kesimpulan yang aku leh wat selepas beberapa pembacaan menerusi berita yg aku dpt dari google search. Mana lagi nak cari kan?



MAsyarakat di India bengang sebab kerajaan mengambil tindakan sambil lewa ke atas kes-kes rogol sebelum ini. Kat India dah terlalu banyak kes rogol yang kebanyakkannya tak setel dan perogol tu mostly tak kena hukuman yang setimpal jika nak dibandingkan dengan kesan yang diterima oleh mangsa rogol. 
Mostly mangsa rogol ni memilih untuk membunuh diri je sebab hidup sebagai mangsa rogol ni pun dah serabut. 

MAka, para aktivis dan masyarakat sepenuhnya khasnya wanita-wanita sedang memperjuangkan hak mereka untuk hidup bebas sebab zaman skang ni perempuan kena keluar mencari rezeki, dan ada yang gi belajar. So, diorang rasa tak selamat nak keluar rumah apatah lagi malam-malam. 


Mengikut kajian, seorang wanita India dirogol pada setiap 20 minit tau!
Gila camana lah hidup kat sana...
Maka tatkala terjadi kes rogol yang terbaru dan paling terkejam dalam sejarah, orang ramai yg memang sedang tak puas hati jadi bertambah berang apatah lagi kejadian rogol itu berlaku kat ibu negara India, iaitu New Delhi. Dan mangasa rogol tu plak bukan nye budak melepak tepi jalan. Student!
Physiotherapy intern. 


Sebelum ni dah banyak cubaan untuk menguatkuasakan undang-undang ketat ke atas perogol since terdapat laporan kajian kes rogol yag makin mencanak-canak naiknya.
Akan tetapi semuanya dipandang sepi , sampaikan ada pihak yg mencadangkan kat parlimen supaya   menyekat perempuan-perempuan ni keluar rumah dan berada di atas jalan malam-malam. 
Ade ke gitu?


Perogol is perogol.
Even perempuan dok dalam rumah, pintu kunci sekalipun, kalau dia mai nak rogol, dia rogol jugak. 
So, apa yang kita buleh buat supaya perogol ni takut nak rogol orang?
Suruh bakal-bakal mangsa ni duduk dalam rumah , tak buat pape? 
Kalau cemtu takyah le hukum pencuri.
Bila barang hilang, salahkan tuan punya barang sebab tak simpan elok-elok. 
Adil tak?


Dan kejadian rogol yang akhirnya meragut nyawa gadis tu sebenarnya memang sangat brutal.
She was severely injured sampaikan pembaca berita baca dalam news pun aku dah terasa sakit!
Pun begitu, mangsa tu sempat menceritakan kejadian yg berlaku kat dia beberapa hari sebelum dia meninggal.
BOLEH BACA SINI..



Lagi kisah tentang BAGAIMANA KEJADIAN TU TERJADI buleh baca kat SINI. 






Betapa teruknya kejadian tu


Sambil-sambil aku cari maklumat tu, ada juga aku terbaca komen-komen orang tentang kejadian yg menimpa mangsa ni.
Ada yg blame mangsa tu, sebab pakai seksi, ikut life western.. 
Ada gak yg menyalahkan dia keluar memalam dengan pakwe so on so forth. 
Ada gak yg menyalahkan wanita INdia yang terlalu moden 'dari segenap segi' menyebabkan perogol tumbuh bagai cendawan selepas hujan. 


Even Amitabh Batchan pun MARAH dan MENGUTUK kejadian rogol ni. Haaa...
Tak kisah la zaman apa pun, kita kisahkan zaman sekarang. The era that we are all living in, now. 
Ini tak sepatutnya berlaku. 
Betul perempuan sepatutnya menutup aurat , takleh pakai seksi-seksi....
Perempuan tak sepatutnya keluar sorang-sorang.
Semunya letak kat perempuan.
Jadi, pape ,perempuan le jugak.
So, sebagai lelaki, apa pulak tugasnya?
Adakah apabila melihat perempuan berjalan malam dijalanan, dan memakai pakaian seksi, adakah menjadi satu KEWAJIPAN anda untuk merogol orang tu?
Dan mencederakan mangsa rogol ? Sampai terkeluar rahimnya, dicampak ke jalan... Perlukah?





Di kala mereka di sana sedang memperjuangkan nasib wanita-wanita mereka, aku kat sini plak nak cakap..

JANGAN MENYALAHKAN ORANG ATAS TINDAKAN BURUK KITA KE ATAS ORANG LAIN.
KITA TU YANG LEMAH. 
SEPATUTNYA KITA FIKIRKAN CAMANA NAK BUANG KELEMAHAN TU. 
Bukan menyalahkan orang.





p/s - kita belum sampai ke peringkat rusuhan lagi. hopefully tak sampai ke tahap tu kot. kita still boleh jalan malam-malam, balik keje lewat..driving sengsorang di malam hari. 





Sumber lain boleh rujuk SINI.

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram