Followers

28 Dec 2012

Jangan Bertangguh!



Hujung tahun yang sangat busy khasnya buat para perancang kewangan seperti saya.
Masing-masing sibuk membuat kira-kira kerana jika salah perhitungan , bonos tiada di tangan.


Pun begitu, hari ini masih ado tanggungjawab lain yg perlu aku selesaikan. 

Pesan aku, sesiapa yg berhajat nak berinsurans tak kira lah untuk diri sendiri, untuk pasangan atau untuk anak-anak, bersegeralah.
Jangan bertangguh.
Kerana awalnya kita berkira-kira dan bimbang tidak cukup.
Tetapi, sebenarnya bertangguh akan menyukarkan usaha anda nak membeli polisi. 
Pertama, sebab umur semakin meningkat, semakin mahal polisi.
Kedua, disebabkan umur makin bertambah, penyakit pun bila-bila boleh datang.
Ketiga, kemalangan nak berlaku , bila-bila pon buleh. Kita tak boleh jamin lansung yang kita tak akan kena apa-apa kemalangan kan?


Bayangkan, kalau sekarang kalian spend RM200 sebulan untuk membayar premium. 
Kalian rasa sangat terbeban adakala terasa cam tak cukup makan jer. 
Tu cuma RM200 sebulan je tu.
Tapi tiba-tiba selepas beberapa bulan membayar premium RM200 yang menyusahkan tu, tiba-tiba anda sakit dan doctor sahkan anda menghidap kanser usus. Nyawa anda boleh diselamatkan engan segera tapi semestinya memerlukan wang!


RM200 pun sudah menjadi beban anda , bulanan!
Kalau nak selamatkan nyawa anda, doktor minta RM25,000 , baru anda boleh terus hidup sihat. Macam mana plak tu?
Anda ada simpanan lain. 
BErjumlah RM30,000. Simpanan yg kalian simpan sejak bekerja sebaik saja abih SPM. Punye la lama berdikit-dikit menyimpan. 
TApi, habih punah simpanan bila anda SAKIT.
Berbaloi kah?




Tapi, dengan komitmen yang anda anggap beban , RM200 sebulan itu, it has something for you. 
Medical Card yang anda berkomitmen bayar, tak sampai 2 tahun pun, sudah tersedia RM50,000 dalamnya.
Ha, gunalah untuk bayaran perubatan anda tu.
LAnsung tak terusik pun simpanan dan tabungan anda. 


Anda mampu sediakan belanja perubatan kepada diri anda dan keluarga anda sebanyak RM50,00 setiap sorang dalam masa setahun?
Dua tahun?
Tiga tahun?


Kalau tak mampu, cecepat le buat decision untuk menginsuranskan mereka.
IAnya hanya sebagai alat berjaga-jaga kerana yg kita tahu, mati itu memang PASTI.
Cuma tarikh nye bila je kita taktau. 
Begitu juga sakit.
Kita tau SAKIT tu sakit lagi menyakitkan. 
Pakai banyak duit. 
Tapi, bila nak sakit kita taktau. 
Tapi, kita tau yg sakit tu kalau kena, memang sakit. KAN?


Disease does not really kills.
Ignorance is. 


JAdi, terimalah hakikat di zaman serba maju dan sibuk ni, tahap kesihatan kita tidak terjamin lansung. 


Semua orang perlukan insurans.
Pilihlah yang bersesuaian dengan diri kalian. 

Ingat, jangan bertangguh.



HAri ni saya dapat kes , rakan saya sudah pun sign borang permohonan insurans 7 bulan lepas. Tapi, saya masih tunggu wang premiumnya untuk memulakan polisi.
Beliau bertangguh-tangguh , kebetulan masa tu gaji sudah habih dek festive season yang berderet-deret. Dan masalah kewangan lain


LAst week, dia dah admit hospital.
Separuh badannya lumpuh tiba-tiba selepas jatuh masa siapkan juadah kenduri.
Kata doc, cedera sedikit di kepalanya.
Tapi, dia masih memerlukan pemeriksaan utk determine samada lumpuhnya tu bersifat sementara atau kekal.


Borang yang sudah dia isi dan tandatangani itu masih ada di dalam file saya........











"Sakit ni kalau nak mai dia tak kira dah hang ada duit ka tak da duit ka, dia mai jaaaa..."



Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram