Followers

11 Dec 2012

Istiadat Perkahwinan , Sword Bearer dan Kesah di sebaliknya..


MAsih lagi tentang isu Sword Bearer. 
HEHE..
Tak suka baca, tutup mata.

Please read with no prejudice.
I am just explaining according to what I read along with my experiences. 
Bukan sembarangan orang yg boleh bercerita. 
HAnya orang yg melaluinye je maybe, boleh explain. 
Orang lain , mungkin sekadar tengok or tak perasan. 

Jangan disebut plak swordbearer ni adalah satu upacara keagamaan atau simbolik tentang sesuatu preaching (ajaran).
Ianya takde kena mengena.
Sila jangan mempolitikkan isu 'jalan bawah pedang' dan isu 'uniform istiadat' ini ye.
Santai je.. Santai..


Mengikut apa yg pernah Makbed dengar pada suatu masa dahulu, menjadi anggota NAvy ni sangat ketat syaratnya. Sebelum nak masuk, dah masuk jadi anggota, semuanya ketat belaka. 
JAdi, boleh pahamlah ye kenapa muka anggota keselamatan ni ketat-ketat belaka. Sebab kehidupan mereka penuh dengan 'keketatan.'


Rutin yang rigid... seawal pagi.
NAk jadi pegawai memang tak senang. Zaman dahulu lah ye.
Cam asben MAkbed, dan beberapa rakan angkatan nye dulu, bermula dari kadet.
So, trainingnya sangat tak senang, NAMUN memberikan impak maksima kepada mereka dari pelbagai aspek kehidupan. 
Military Wedding adalah sesuatu yang sangat gempak dalam arena kehidupan seorang PEgawai Tentera. 
KAhwin bagi orang biasa adalah ibarat Raja Sehari.
Tapi, Raja Sehari dalam kehidupan seorang tentera ni adalah sesuatu yang sangat berbeza dari segenap  aspek. 

Jadi, istiadat perkahwinan tentera ni bersimbolik hakikatnya. 
Sebagai isteri-isteri yang tugasnya sangkut tangan kat ketiak asben dia , maka mungkin tak paham. 
TApi, bila dah hidup bersama ni, mata kena bukak besaq-besar, jangan dok pikiaq seronok dan bangga je jadi isteri pegawai tentera dan polis. 
Once anda lalu dibawah pedang dan majlis itu, maka... secara simboliknya anda tertakluk di bawah 'ukhuwah' ketenteraan yang agak berbeza sedikit berbanding ukhuwah biasa di luar sana. 


Pedang ..diperbuat daripada besi. Kenapa bukan golok, keris, cangkul, pisau potong ikan?
Boleh je kan....

Tapi kenapa pedang?
Pedang yang halus runcing, kurus slim dan diperbuat dari besi? 
KErana tak semua orang mampu ada pedang.
Pedang ni lambang kekuasaan sejak zaman - berzaman. NAk kena citer pasal pedang ke?
Bukan machine gun, bukan M16. Tapi pedang..
Gagahnya raja kerana pedangnya. TAk kiralah zaman bila pun. 
Besi, melambangkan keutuhan.
Keutuhan apakah?
Keutuhan persaudaraan antara mereka, anggota-anggota.
Sekukuh besi. 


Lt Ahmad Jailani bin Alias dan Puan Nor Janah bt Ibrahim Edward

Pedang disilang, membentuk arch. Pengantin akan melalui red carpet, perlahan-lahan dengan santun, bukan bercatwalk dan pose. 
Si perajurit memimpin tangan permaisuri hatinya perlahan-lahan, melintasi rakan-rakan seperjuangannya seorang demi seorang. 
Istiadat yang penuh honor dan actually, agak mentouchingkan bagi seorang pegawai tentera.
Kome tau tak?


Rakan-rakan mengangkat tinggi pedang, memayungi rakan mereka yg baru berkahwin.
Disilangkan pedang... simbolik agar sahabat dan pasangan barunya dilindungi dalam apa jua kejadian mendatang.
Silang pedang itu juga menandakan mereka mengalu-alukan si pasangan dalam pasukan. 
Dalam tentera, takde yang mengamalkan konsep, rumahtangga aku, aku punya pasal la. 
TAkde..
ISteri-isteri turut dilayan, dirai dan diacknowledge. 
Andai sahabat-sahabat mereka bertugas jauh menjaga keamanan negara, rakan yg tinggal berhampiran akan mengambil tahu kebajikan isteri rakan-rakan mereka. 
Itulah dia kekuatan dan simbolik istiadat.
Jangan main tengok jer.
Belajar!


Kapten Md Nirshasa bin Md Salleh dan isteri, Puan Nurul Azrina Rahaman

Istiadat Perkahwinan Ketenteraan sememangnya elegan. 
Pastinya menggamit kejelesan ramai orang.
Mungkin ada berpendapat buat swordbearer ni semacam riak.
Hakikatnya, personal bagi aku, tengok orang wat swordbearer, malah pernah berjalan di bawah silangan pedang tu sendiri, aku hampir menangih.
TAkde apa sangat nak dibanggakan.
Bangga namun ketakutan dan risau, berat tanggungjawab menjadi isteri seorang tentera ni. 
Fuuh!!
Aku melaluinya juga. 

Konsep sword bearer bagi Tentera Laut, UDara dan Tentera Darat lebih kurang sama. 
Ada uniform yang perlu dipakai.
Ada protocol.
Ada commanding officers. 
Semuanya tampak kemas, kerana memang jatidiri warga beruniform, semuanya wajib kemas dan selaras. 


Lt.Umar Farooq bin Abdul Aziz dan Puan Wan Nurul Fatihah 

Jadi, bila Encik FK atau maybe Puan DD decide nak wat majlis ceromony cam gini, semestinya ada hati yg terguris. 
Sebab, Puan DD tak akan merasa ditinggalkan suami dan berendam ayaq mata tatkala suami kata "abang kena gi Lubnan setahun!". 
KAmi-kami ini... (kecuali aku la skang dah tak bini navy da) , saban hari berdebar-debar. Menanti signal.
Ada yang sarat mengandung, nak beranak sangat, tetiba suami kena naik kapal gi LAngkawi. 
Ada yang suami dia keja kat pulau jauh-jauh, 6 bulan sekali baru nampak suami. 
Mereka ni sentiasa bersiap sedia. 
Sama la cam isteri-isteri... siap-sedia nak kena tinggal. 
Bila tugas memanggil, isteri dah jadi nombor 2. 
KErja dulu papepun. 


Dari atas: Lt. Kdr Shahrul Nazhar TLDM dan Puan Majmin, Lt. Adiazli Hisyam TLDM dan Puan Haida Kamarzaman,  Encik Farid Kamil APTB dan Puan Diana Danielle dan Lt (B) Noraizam TLDM  dan Puan Makbed Jojes. 


KAmi berjalan beriringan di bawah pedang.
Memang nampak gah dan penuh persona.
TApi, sapalah yang tahu gelombang kehidupan kami.
KAmi manusia biasa. Wanita biasa.
Cuma, bila setiap kali melihat gambar perkahwinan kami yang unik ni, rasa putus asa , sedih,down , emosi itu tetiba ilang.
Tetiba teringat balik janji yang dibuat dulu.
Tetiba teringat balik bagaimana erat 'kepitan' lengan suami, memegang erat tangan isteri agar tak jalan laju-laju, dan tak jatuh tersungkur ketika swordbearer. 
Semuanya simbolik dan begitu bermakna.



Kapten Mohd Mahfuz TUDM dan Puan Haneem Mahadzir.

Dan nasihat kepada para isteri kepada suami-suami yang beruniform, khasnya pegawai-pegawai, sebaik saja kita lalui silangan pedang tu, apa saja emosi yang kita hamburkan kat sesapa saja, melalui apa saja media pun tentang kekecewaan kita sebab tak dapat cuti balik raya, atau sebab asyik kena tinggal je ngan asben, perlu lah dipikirkan semula.
Ingat, kita adalah berbeza. 
Bukan semua orang bermajlis kahwin seperti kita. 
MAkanya, kita kena ada STRONG WILL.
KAlau isteri orang biasa, takpelah dia nak ngamuk-ngamuk atau nak stress kena tinggal, sebab dia tak kawin bawah pedang kot. 
Kite?
Please carry yourself in the correct manners and remember that we are special somehow. 
Jangan calarkan imej suami-suami.
Lt Mohd Asyrani TLDM dan isterinya, Puan Aimi Nadiah Ramli (Emy)


Selain tu majlis istiadat ni juga menunjukkan ..yang kita boleh jugak potong kek ngan pedang.
HAHAHAHAHAH!!!
Tak main aaa pisau plestik. 


JAdi, bagi yang dok rasa swordbearer ini bukan apa-apa,think again.
Bagi yang rasa ianya hanya untuk takbur dan riak, think again. MAybe, anda tidak memahami konsep dengan betui... 
Dah tau tu boleh kot betui kan niat anda.





Swordbearer ni juga ada dalam istiadat sebagai satu cara rakan-rakan anggota meraikan kawan yg kawin. 
TAdi dah cakap kan kat atas tu.
It's about celebration, with honor.
Ala..cam sesetengah majlis kawin, ado lak pencak silat la bagai.
Kita bule je upah orang bersilat kat pelamin, tapi kalau sedara mara sniri berpencak silat  untuk kita, haruslah kita terharu ,kan?

Sama la juga cam swordbearer ni. 
Bukan sembarangan orang boleh sarung baju dan pegang pedang.
Salah cara, rosak majlis. 
So, yang join swordbearer kawan-kawan ni biasanya adalah rakan-rakan satu skot, atau pun kawan-kawan yg turut sama menjadi anggota keselamatan.
Ekceli, boleh je Tentera Laut nak combine wat swordbearer ngan polis, tentera darat atau udara sekali.
Lagi ramai, lagi la bagus. 
Ia membuktikan bahawa suami anda atau anda adalah PEGAWAI yang disayangi ramai.
HAHAHAH..giteww...



Lt. Razman TLDM dan Puan Aziana Che Omar (Momy Iman)

Kepada semua anggota beruniform yang belum sampai seru nak kahwin, jika bercadang nak wat Military Wedding and Ceremony, do it with pride.
You earn it.
You deserve it. 
Anda berbakti kepada agama, bangsa dan tanah air.
Anda bekerja di bawah Panji Diraja.
Seharusnya, anda banggalah. 
Sebab bukan semua buleh menjadi seperti anda.
Ada yang boleh tengok dan telan ayaq lioq aje. 
Huuu..~


Satgi keluar lak stetment, bersanding adalah haram plak.
Er.. Swordbearer ni buleh diteruskan even rumah pengantin takde pelamin ek.
Sila amik perhatian. 


Lt Kdr Shahrul Nazhar dan isteri, Puan Majmin Majid

It's about fellowship and brotherhood.



Hold on to your swords!


Respect It and Honour It.


Encik Farid KAmil?


LAst skali, maybe anda boleh nampak apa yang kurang kat Military Ceremony Encik Farid kan?
Dia boleh pakai uniform (meskipun salah).
Mereka buleh upah sesapa je tolong angkat pedang.
Tapi, dia takde apa yg semua mereka di atas ini ada...


Feelnya takde.

Semangat nya takde. 


So sad.

Sangat membazir. 

(tapi, duit dia ye dak?)

It's not about money, mampu atau tak. 
It's about the ability and knowledge on respecting the authority as required.
YAng tak paham tu, silalah terus tak paham. 
TAk de masalah. 


He can wear one, but he can't be ONE.




Perhatian: Semua gambar di atas adalah ihsan rakan-rakan Makbed. TErima kasih atas kesudian berkongsi moment kalian di sini. KAlao salah nama ke pangkat ke, harap maafkan saya ye. Hee..leh gtau untuk diperbetulkan. 
Cilok gambo adalah tidak dibenarkan.


Rentetan isu Encik Farid dan Majlis Kahwin Beliau, rasanya sudah selesai.
Untunglah, dia tak kena tindakan apa-apa.
Pun begitu, semoga yang lain beringatlah.
Bukan tak boleh wat majlis istiadat gini, cuma hormatilah pakaian seragam dan istiadatnya. 
Sumber rujukan yg aku cari ni ado Malware. 
So takleh nak kongsikan lagi buat masa skang.
Dah tak pepasal aku nye blog pun kena skali.
TApi, skang dah dok bersihkan.
Korang leh je masuk.


"Farid telah banyak bekerjasama dengan pihak PDRM sebelum ini dalam pelbagai acara yang mungkin tidak diketahui umum dan rasanya tidak menjadi masalah bagi pihak PDRM untuk membantu melancarkan perkahwinannya.
“Malah beliau juga adalah anggota pasukan simpanan PDRM," katanya
-mstaronline-


So, at least, FK do earn the honor gak la kan. Cuma cara je tak berapa nak moleks.
Majlis dah selesai da. 
Puan DD pun dah peknen. 
JAdi, marilah kita bersyukur. 


menulis bukan untuk kondem.
menulis ni sebab nak bagi nampak jeles jelas.

Papepun FK ensem jugak~

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram