Followers

23 Dec 2012

Ibu Terkena Tembakan



PAda suatu petang yang hening....



"Ibu, Oni berak..." 


Aku hanya mampu menghela napas . BAru penat cuci berak si Wawan. Tengah memasak di dapur pun aku tutup api dulu. Nasib baik la masak nasik goreng jer. 
Seluar dah basah sekerat kaki. 
Tetengah menyucikan Wawan, dia plak sibuk main air. 


Aku baring sekejap atas katil. Menikmati rehat yang tak sampai 60 saat tu. 


"Ibu, cepatlah. Otomen nak start dah tu..." gesa ONi sambil terloncat-loncat. Citer otomen mebius tu sedang iklan. MAka, Oni bergegas-gegas la minta beraknya dicuci. 


"Yela..." Aku akur dan bangun malas-malas, sambil mengeliat. Malas betui la tu.
HOw I wished berak itu boleh terbersih sendiri, kan?
HAHAHAH..

Berdetup-detup bunyi sendi masa aku mengeliat. HAih, lama dah tak urut ni. 


"Sian Ibu tau. Meletup-letup belakang Ibu punyalah lenguhnya......" keluhku sambil wat muka seposen. 


Oni diam sejenak.
Dia pulak wat muka konpius. MAta hitamnya memandang siling. 



"Ibu... sapa tembak belakang Ibu??" 




??







Aisey, lupa la.


Meletup adalah hasil daripada bunyi letupan akibat tembakan atau bom. 
Anak aku ni kan otomen. 
Ngeeeeeeeeee~






Semalam , dia panggil Wawan dari jauh camni..

"Come on.. Come on. COme boy.. Come on boy.."


Aku hanya mampu gelak di belakang pintu. 
Kang gelak depan-depan Oni cekak pinggang!


Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram