Followers

25 Dec 2012

Hobi Mengumpul Telur Rebus


Hujung-hujung tawon ni memang penoh buku organizer ngan jadual pengkendurian dan dikendurikan.
EH???

Buat rakan-rakan yang jemput Makbed gi kenduri sekitar 30hb dan ke atas, Makbed nak minta maap sesangat sebab tak dapat gi. Terutamanya kat Cikinot, dia sedang mengira waktu menikah beliau tik tok tik tok... 
MAkbed minta mahap. Tak dpt nak gi. 
Ada kerja.
Terima kasih atas pemberian kad jemputan ye,Cikin. 



***
MInggu lepas Makbed gi kenduri Kak Mai. 
KAwan masa aku jadi pekerja berhemah kat TGV 1 Utama 9 tahun yang lepas kot. 
Memang dah kenal lama la jugakk...
Memang pangkat ahkak sebab dia lebih veteran kan. 


Meh tengok gambo perantin..


Camno Oni punye baju leh tersama ngan perantin ni?


Makbed berjaya membawa pulang berbeg-beg goodie beg berisi bunga telur dan sumi.
Sumi tu suma Oni punya sampai aku rasa cam nak amik sumi tu tanam dalam pasir. 
Asyik nak makan sumi jek!





HAri ni, ada kenduri lagi di depan rumah saye.
Jiran saya wat kenduri lagi.
3 bulan lepas dia buat kenduri, hari ini rumah dia juga yang buat buat kenduri.
Itu la...sonok kan anak ramai-ramai ni.
Lepas kenduri kawin, kenduri sambut cucu plak. 
Pastu kenduri kawin lagi. Pastu akikah plak..
HHAHAHA...
Meriah y'all....


Untonglah jiran-jemiran... Alhamdulillah. 
Tak payah masak.
Susun je jadual kenduri dan menunya pasti tidak mengecewakan. 




Rumah si pengkenduri.. 
*abaikan tatabahasa yang tak pernah wujud pon tu. 


GAmbo penulih takde plak sebab takde sapa nak tolong snap.



MAka, di hujung-hujung tahun ni adalah waktu yang sesuai untuk melaksanakan hobi yang paling rare sekali. Iaitunya...


Mengumpul telur rebus. 
Kebagusan perlaksanaan hobi sedemikian adalah apabila diri ini sudah jemu makan ayam dan daging serta acar timun, maka boleh telur rebus itu dijadikan santapan.
Telur rebus adalah paling efektif bila tetiba rumah kehabisan gas memasak dan tokey kedai gas pulak bercuti sempena Hari Natal. 
Leh wat sandwich, goreng wat sambal atau pun dibuat kurma.
Nak bagi Oni ngan Wawan makan wat jajan pun buleh.

Setakat lani dah setapawe telur rebus aku kumpul.
Bunga telurnya aku tanam tepi rumah kot-kot leh tumbuh jadi pohon berwarna-warni seindah bunga telur tu. *Pang!

HAri ni makan kurma kambing. 
Disebabkan kurma itu sungguh sedap dan daging kambingnya taste like kambing, aku menjadi lupa diri seketika. 
Makan dengan penoh berselera hingga terlupa niat awalnya nak rasa laksa yang terhidang di meja hidangan. 
BAlik dah muak-muak sebab asyik makan gulai bersantan je dua tiga hari ni. Maklumlah, dah tua kan kan...



Jadi, malam ni Makbed dengan rasa malasnya buat lauk ni jer...



Sup dengan pelakon utama nya daging lombu dan pelakon tambahannya adalah ubi kentang, keret dan suhun.

Layannnnnnnnnnn....

Alang pun tak kurang jugak jemputan kendurinya.
Dia pun berlumba-lumba lawan kumpul telur rebus ngan aku.
LAgi best, bila dia balik kenduri je dia bawak balik sekali dengan lauk kenduri. 
Rezeki jangan ditolak..kan?
Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram