Followers

28 Dec 2012

Hang Agen Ke Customer?



Cam biasa, ari ni ada kes nak submit maka aku pun menghadirkan diri kat opis Prudential Alor Setar. 
Ada payment nak dibuat.

Seperti biasa, bila sampai opis, aku amik nombor.
Kat opis tu dah disediakan punat khas untuk Pelanggan dan Agent.
Memang jadi polisi kat situ, Pelanggan akan didahulukan. 


Disebabkan aku bukan PELANGGAN, maka aku tekanlah button AGENT. 
Kalau tengok kat number giliran, ada la selang 2 orang agen je lagi.
 Pelanggan sorang je pon. 


Ada sorang lelaki yang assume dia sebagai agen sebab dia pakai baju korporat tulis nama dia and ada gambo muka Prudential gitu. 
Dia sibuk betui kira kemenda ntah. Ketas atas riba dia.
Wah, kemain khusyuk lagi ni. 
Musti masyuk tuh.

Aku lak hanya mampu pandang borang aku satu set ngan kira duit yang semuanya definately bukan aku punya!

Lelaki itu usya - usya je aku. Sekejap-sekejap.


Ting!!!


Loceng nombor giliran bunyi. 
Aku toleh..
Dia tak toleh...



Pastu, akak kauter panggil lagi skali nombor tu.
Tetiba je mamat tu bangun.


Oh, nombor dia rupanya. 


So, aku pun tunggu la sebab lepas habih kerja di kat kaunter, nombor aku lak kang nak kena panggil. 
LAma juga urusan dia.


Ting!!


Loceng bunyi lagi.
Tapi bukan nombor aku.
Tapi nombor pelanggan. 
So, pelanggan tu gi kaunter sebelah...


Tinggal aku je agen kat situ.


Tetiba, ada suara tegur dari belakang.



"Eh, giliran awak tak sampai lagi ke?"


"Belom.. Sekejap lagi," jawab aku. Lelaki tadi menyapa aku rupanya.


"Minta tgk nombor giliran..." pintanya sopan.


Aku pon bagi le dia tengok. 
Apahal lak dia ni sibuk nak tengok nombor aku.. hehhe..


"Oh, awak salah picit button ni. Awak kena amik nombor giliran untuk Pelanggan...Meh sini saya amik kann..." kata lelaki yang tidak dikenali itu, dan pantas ke kaunter nombor giliran tanpa sempat aku cakap pape. 

Kendian dia datang balik dengan nombor yang baru. 
Nombor untuk Pelanggan.


"HAa... awak tekan nombr untuk Agen. Sebab tu la giliran lambat sampai bla bla bla.." mamat tu bebel.


"Err... ok.. Mekasih..." balas aku sambil tersenyum siput. 
Aku lak konpius. Skang ni aku Agen ke Pelanggan?


Mamat tu tunggu sampai giliran aku sampai which is tak lama je pun pastu. Ikut aku sampai kaunter.


"Ha, hang tolong Cik ni sampai selesai kerja dia.." Mamat tu cakap kat akak kaunter tu dengan machonya.
Aku nampak jelas sekali wajah akak yang blur tu.


"Weh, yang hang wat loghat ni pasai pa. Ni agen la. Agen Sitiawan hang tau! Pi bagi nombor Pelanggan wat apa?!"


"HAh??" lelaki berbaju korporat itu terpinga-pinga. 



Aih.. terus aku keluarkan bisnes kad kasi dia satu.
HAHAHAAHHAHA.....


Mamat tu takcakap pe.
Dia sengih, pastu dia blah.




Moral: Tak ramai lelaki gentleman kat dalam Malaysia ni. Tapi kat opis ni, ramai betui. Baguih...Baguih..



Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram