Followers

9 Dec 2012

Dah nak pensan dah japgi



GIle kentang hari ini.
Dari pagi sampai ke tengah malam, kerja.
Dah lama kot tak wat kijo gile camni.
Tapi, setahun skali jer.
Kebetulan, hari ni semua perkara memang ada dalam schedule.


Meeting 9.30 pagi sampai tengahari.
Kendian lunch dengan my boss, Encik Azhar and Kak Nor. 
JAm 1 tengahari , check-in Valley View HOtel.
Lupa pulak cuti sekolah. 
HOtel penuh.
TApi, aku dah booking siap-siap.
Tu pun... dapat bilik katil king saiz sebijik.
HAHAHAHA.. gilo ..
katil king, tido sengsorang.
Best!

Kesihatan tak memuaskan.
Biasalah... aku kalau besok nak mitin, musti takleh tido.
Excited!
MAka, attend meeting dalam keadaan selsema....
Bila dah check in ni, memula ingat nak susun jadual untuk appointment dengan semua client di Manjung. Tapi, otak dah jem da.
Dengan ingus meleleh, kepala lak sakit, aku decide nak tido jap. 



Jam 4.30, bangun, dan terus siap-siap gi umah bos.
KAmi bertolak ke Teluk Intan pulak untuk Grand Business Oppurtunity Presentation. 
Aku jadi speaker jemputan malam ni. 
Ngehehehhe....


Selesai suma jam 10.45pm. 
Kendian, gi makan lak lagi.. Kejap je.
Jam 12 malam buto, gerak balik semula ke Manjung.
Mujur bukan aku lah yg drive. Just tumpang boss je. 
HEHEHE...

JAm 1.30 sampai hotel semula.
Bestnya dok Valley View HOtel, Lumut ni adalah kerana sebelahnya ada kedai mamak. 
Dekat gila ngan 7 Eleven. 
JAdi, aku selamat!
Lapar? TAkde masalah. 

Plus, happening.
CUma, parking la pulak tak cukup bila orang dah ramai-ramai ni. Aku plak balik lewat malam. Kena parking kat tempat 'orang terpilih.' 
Bilik aku lak kali ni tayah naik tangga. 
Tingkat bawah je. So, aku parking Bambam Bee kat belakang bilik aku. BUkak tingkap bilik je, dah nampak keta. EHEhhee.. 


Disebabkan kat hotel ni ramai orang, ada plak geng-geng konvoi vespa ..maka tersenyum lebarlah aku.
Semua tu potential client.
Besok, wat muka comel duduk depan kaunter dan 'bukak payung'. 
Setiap menda yg berlaku, adalah peluang.
Cuma, nampak ngan tak nampak jer. 

Life is beautiful. 
Untuk orang macam aku, bekerja adalah bila-bila masa, di mana-mana. 
KAlau taknak kerja pun, takde sapa nak menjerit dan rotan kau. 

OK.
Dah amik piriton.
JAp gi kompem pensan lama.
Rehat puas-puas lah Makbed.
Besok nak drive balik Alor Setar dan jumpa dua otomen comel lagi bising sayerrr......





Oni yang sedih bila aku siap beg nak kerja dan dia plak menyedari yg aku tak akan bawak dia.
Camni le wajah dia setiap kali aku nak gi kerja. TAk kira la jauh ke dekat. 
Sedih kan?
TApi, klako...






Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram