Followers

7 Dec 2012

Bebelan Di Pagi Hari



Aisehmen,,, terselsema pulak hari ni.
LAma sangat tak selsema ni...
BAngun awal , mata terang lepas subuh tadi. Dah takleh golek-golek sebelah Oni. 
Hidung berair teruk sangat nak baring pun tak semangat.
Bangun tido, bukak pintu utama luas-luas kasi angin pagi masuk.

Malam tadi sampai ke pagi saya rasa saya mimpi Ustaz DOn la.
*TAmpo pipi beberapa kali.
Adakah kerana kekerapan menonton 30 Minit Bersama Ustaz DOn hampir setiap hari menyebabkan time tido pun buleh dok teringat lagi?
Aku dengan yakinnya mengatakan dia tidak membaca blog , maka ehehhehehe.. takpela tulih sini. 
Kuikuikui~

memang cenggitu salu.
Tengok Skyfall, mimpi JAmes Bond.
Tengok Ju On, pun mimpi Ju On. Ini adalah ngeri!
MAsalahnya tengok Twilight berkali-kali takde pulak mumcul Edward Cullen ke..JAcob ke dalam mimpi aku. TAkde...~



Sedang mempersiapkan diri untuk memandu beribu batu sekejap lagi. 
BEsok ada meeting kat markaz.
Cam besa, kena lapor diri kat MAnjung ler.
Memandangkan Inche Kithci tidak ada , maka aku terpaksalah drive sendiri pergi ke sana. 
Dah lama dah ni tak travel secara solo ni..!
Bila kita ada pasangan di sebelah, mmg diri akan jadi manja dan tak berdikari. 


Mengimbau zaman semua-buat-sendiri dulu exciting juga sebenarnya. 
Berjauhan dengan Inche Kitchi ni berlaku sejak zaman mula kenal lagi. 
JAdi,berPJJ dah pernah rasa, berdekatan pun dah penah rasa.
Dan , kali ni rasanya berPJJ lebih lama kot sebab Inche Kitchi dah memilih untuk menjadi 'orang laut' sebagai karier beliau. 


JAdi, sekejap lagi kita akan berdrift and drive dari Aloq Staq ke Lumut.
Yeehuuu!
Tengah tunggu CIk Oni kite bangun sebab kang bangun-bangun aku takde, nanti dia kena cultural shock. 
Oni dan Wawan terpaksa tinggal sbab ni first time aku nak drive sengsorang dari Kedah ke Lumut. 
KAsi IBu test power dan confidence dulu, then kemudian Ibu ekjas bawak kome jenjalan ek.
Pengasuh kan ado...~



BAwak anak-anak gi jenjalan kat taman ngan eskot-eskot masing-masing. 


KAlau kome tanya tak sedih ke asben jauh, tak balik-balik... 3 bulan sekali je kat umah. SOmetimes, 6 months baru balik..

JAwapan aku adalah TAK. Memang tak sedih. SUka lagi ado. 
JAdi,kalau korang expect jawapan yang seperti isteri-isteri normal lain bagi, silalah tanya soklan tu kat orang lain. Jangan tanya aku. 

Lagipun, dia bukannya tak balik lansung.
BAlik je kot.
Dan yang paling penting, dia tinggalkan je segala apa yang aku perlukan di sini.
Even duit ringgit dia.
DIa naik kapal bawak 2 hengget je kot dalam poket. 
Kebagusan beliau sebagai suami ialah, dia selalu melebikan kami-kami di rumah over keperluan dia. 
Keperluan dia apa je.. nasik ngan rokok dan komputer beliau (game game gamee...)
Terbaru dia gitau aku smalam, dah 3 hari dia tak mandi sebab atas kapal tu sejuk. HAHAHAH. 
TAk macam aku yang banyak keperluan ni. NAk tu ..Nak ni.. Nakk nak nak ajer lah kan. 


Kebajikan terjaga .
Kebajikan aku pun terjaga la..cuma kurang kat sesetengah bahagian je. Kurang kasih sayang je kan kan. 
Pon begitu, kalau dok dekat-dekat semedang, tak de la pun kasih-sayang overloaded sampai tumpah.
He caress the computer more than myself.... bluwek. 
Sian komputer itu. TAkde sentuhan tuannya. 
Ade la si ALang tu main tekan-tekan , habuan nak aplod movie. 


Hal anak-anak, memang stakat skang takdo masalah.
Sebagai Ibu yang berwawasan, apa je kesusahan dan halangan perlu di atasi. 
HAlangan ape je pun.....
PAling tereris , Oni la wat dasyat ngan perangai dia. Degil dan pemberontakan bersenjata tu memang selalu terjadi, tapi..... aku kan resakse. 
HAHAHA..


Insyaallah, start Januari ni aku akan mula rutin mengaji di rumah. 
Oni dah boleh hafal urutan Alif Ba TA. Tu pun memain je.
Even aku pun taktau camne nak ajar budak baya Oni ngaji and make it fun, tapi aku cuba jugak la sebaik mungkin. 
Sedang membayangkan diri jadi cikgu ni...


KAlau ade tips , leh share.
Aku tau, tak mudah jaga anak sorang-sorang.
TApi, tak mustahil kan...~








Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram