Followers

8 Nov 2012

Woww... Oni semakin terer.




MAlam sebelumnya aku beli Tic Tac. TicTac perasa mango tu adalah untuk diri aku sendiri. Aku masukkan dalam henbeg, taknak kasi Oni nampak. KAlau dia nampak kang memang hilang terus la Tic Tac tu.

Henbeg aku letakkan di tepi katil.
Pagi tu Oni bangun dan kebiasaanya memang suka gi jengok henbeg aku. Henbeg Ibu always filled with suprising things, kan?
Memang dia jumpa lah itu Tic Tac. 

Yang tak menahannya, gaya dia memberitahu 'dunia' yang dia jumpa Tic Tac tu jer..


"Wowwww!! Ibu belikan cekelet untuk Oni!!!!" 


Ko bayangkan camne budak dalam iklan cakap WOW... 
Haa.. camtulah muka Oni. 


Maka, aku pun pasrah je la dah dia jumpa 'cekelet' aku tu.

Sambil-sambil makan pun mulut tak berhenti tanya..

"Ibu, cekelet ni nampak macam ubat je, kan?" 


Entah kenapa masa tu, aku nampak Oni semakin lama semakin tinggi... 

Dah besar dah si Oni. Tak de satu pun cakap yang keluar dari mulutnya , aku tak paham. Semua paham. 



****


Pagi tadi aku mandikan Oni dan Wawan.
Oni alertkan aku yang pampes Wawan bocor. 

"Ibu, pampes Wawan bocol.."


Yeah.. ONi bermasalah nak menyebut huruf R. Semoga tidak berlarutan sehingga tua ye.


JAdi aku pun mandikan la mereka bersama-sama.

Lepas mandi, bertarunglah aku nak pakaikan baju diorang sumer. 
Oni dengan style ONi.
Wawan dengan aksi ragam sendiri. 
PAling koman pun diorang gegaduh main pijak perut masing-masing.


Tetiba Oni cakap...

"Mana boleh amik mainan Oni, bodoh!" 


Errkk!!!!

O mai ingrissss.



Pun begitu, aku rilek je la.
Tau dah ni musti pengaruh rakan sebaya ni. 
Sebab kat umah memang takde sapa main jerit-jerit perkataan bodoh. Dan di TV pun, Oni hanya leh tengok citer omputih je.
Citer Melayu dia hanya boleh tengok citer Tanah Kubur, Pada Zaman Dahulu, Upin dan Ipin serta beberapa katun berbentuk education je. 
LAin-lain...?
AKu buka tv Al-Hijrah je. 

So aku tak expect keluar perkataan makian berbunyi 'bodoh' di dalam rumah.




JAdi...

TAdi, aku just cakap jerr..

"Oni, tak nak sebut macam tu lagi ye. Tak elok lah..."


"Hoh? Yeke? Kenapa?" tanya Oni balik. 


"TAk elok. KAlau Oni sayang Adik, sayang Ibu tak boleh cakap gitu..." jelasku lagi. 


Dan seperti diduga.. bila dikata JANGAN tu, lagi la dia buat. TApi kali ni dia saja nak test aku jer. 


"OOO... oOK. KAlau Oni sebut lagi macam tu, Ibu cabai mulut. "


TAkde respon. Tapi ada muka cam cuak sikit.
"Pedass laa..." balasnya perlahan. 


"Ibu boh cili sos, nak?"
 Kelakar la tengok muka Oni yang cemas tu. So, aku down grade sikit hukuman.




"NAK!!!"


Cis... dia terima lak hukuman cili sos , without 2nd thought. HAmpeh tui. Orang nak kasi dia takut jer. 


"KAmu nak?? Cili sos? Boh kat mulut?"


"Hmm.." respon Oni sambil angguk-angguk.
"Tapi Ibu tak payah boh kat mulut. Ibu boh kat hidung. Boleh keluar api... nanti meletup idung Oni...."




Haadoii laa anak.
Tu dia punya tinggi imaginasi. Boleh wat loyar buruk lak kan?









Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram