Followers

8 Nov 2012

Tips Banteras Kucing Berak Di Kawasan Rumah Telah DItemui!!!



Kucing dah tak berak lagi kat rumah aku.
YEYEY!!!!



Akhirnya dapat jugak aku keluar rumah tanpa rasa benci akan ruang persekitaran rumah sendiri.
Dan bila hujan pun dah boleh bukak pintu luas-luas sambil menghirup udara segar.


Senang je rupanya...
Boleh buat kalau suka.



Kucing tak berak kat tempat dia makan. 


Gitu lah kata kawan Inche Kitchi kepada beliau pada suatu hari. 


So, bagi sesapa yg ada masalah kucing suka berak di kawasan yg anda tak suka, buleh wat camni.
Lepas goreng ikan ke ayam ke, kopok ke, lebihan minyak tu jangan dibuang. 
Minyak tu digunakan untuk dituang kat tempat kucing tu suka berak. 
TApi, kena cuci dululah bekas-bekas najis tu. Dan biarkan kering. 
Lepas kering, baru tuang minyak tu.


Syaratnya kena minyak bekas gorengan supaya ada bau-bau makanan yg terlekat di situ. 
Aku guna minyak lepas goreng kopok lekor. 
HAHAHAHA.. KAn sedap tu?

Cara tu berkesan selepas beberapa percubaan aku dah buat.

Boh clorox.
Boh blerang..

Suma tak berkesan.


Lepas letak minyak tu, kucing tu berak lagi. 
Tapi dia tak berak kat tempat yg kami letak minyak tu.
Dia ekjas sikit, berak kat depan sikit dari bekas 'tumpahan' minyak tu.
HAHAHA... nampak? NAmpak tak permainan dia?

PAstu, Inche Kitchi tuang spirit atas taik dia. 
Dan biarkan selama beberapa hari.
Inche Kitchi buat ikut gerak hati je...katenye la. 
Maybe spirit yg kuat bau nye itu telah menghilangkan nafsu kucing nak berak kat situ lagi. 
HEwhewhewhew..

PAs pada tu, dah takde dah berak......




Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram