Followers

5 Nov 2012

terkilannya




TERKILAN...


Terkilannya saya apabila khabar ditanya tidak terjawab
Terkilannya saya bila timbangrasa yang diberi dibalas kosong.
Terkilannya saya bila saya serahkan perhatian dan jiwa saya untuk membantu, tetapi awak tidak menghargainya.


Hakikatnya, diri ini tidak pun mahu dihargai teramat sangat.
Tidak pula dambakan pujian dan diagung-agungkan.
Tidak pula minta nama disebut-sebut.


Kamu datang mengadu kepada saya tentang kesusahan diri kamu. 
Saya ada, sebagai teman. Yang mendengar dan memahami. 
Yang cuba membantu sedaya yang mampu. Dengan apa yang ada di tangan kanan dan kiri.  Dengan apa yang ada di sekeliling saya. 


Mungkin, saya terlalu mengambil berat, akhirnya kelihatan seperti menyibuk.
Mungkin saya terlalu berhati lembut, kelihatan saya seperti lemah dan boleh di ketepi dan ketengah. 
Mungkin saya terlalu banyak rasa kasih, membuatkan kamu berdalih. 
Mungkin saya terlalu lemah, kamu selamnya fikir "Haliza takkan pernah marah.."


Sayangku duhai sahabat,
saya tidak marahkan kamu.
Tetapi saya kecewa.


Dan sebagai rakan kamu sepatutnya tahu, lebih baik aku marah depan-depan dari memendam perasaan kecewa terhadap kamu.
KErana bila aku kecewa, kamu mungkin tak akan berjumpa saya lagi. 



Kecewa dengan sifat dan sikap sesetengah orang yang sentiasa mengambil kesempatan atas kesudian kita menghulurkan bantuan. 
Mementanglah kita ini sentiasa ada mode membantu, maka dia datang apabila dirinya mahu kita membantu.
Bila dia dah dapat bantuan tu, kita dilupakan. 
Kemudian, bila dia perlukan lagi bantuan, dia datang balik. 

Begitulah seterusnya.. berlaku dan berlaku.
Kita ni nak bantu dia ubah hidupnya.
Tapi, rupanya dia tak kisah pun hidupnya macam mana.
Aku pulak yg lelebih.



Kecewanya!



sori... hari ni terbuai perasaan sedih. 

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram