Followers

7 Nov 2012

Serabut Mak Bedah Mai dah~



It is probably because of me failing to manage my time.
Semuanya cam serabut. 


Dalam kepala banyak menda nak buat. KAlau nak tau rahsia, sejak pakai GNoty, aku dahtak berapa nak tulih pape pun dalam organizer merah cap Prudential tu. Kesian buku , terabai. Padahal aku sayang buku tu. 
Iskk~
Kebaikan pakai Gnoty ni adalah beg tangan aku dah tak berat lagi sebab aku dah heret organizer ke hulu ke hilir.
Dakwat pen aku pun takde la habih kerap-kerap.



Cuma, bila gi training atau meeting, tak besh la pakai Gnoty. I like to jot down things in old-fashioned way. 
Pakai pen dan kertas. 
Walaupun GNoty ni buleh wat apa pun... even ko nak conteng-conteng lukih gambo muka bos pun leh, malahan buleh terus publish kat pesbuk, tapi aku lebih suka pakai pen dan kertas. 
Dah lama rasanya tak lukis gambo pokok kelapa ketika bosan di kala training dan meeting.
Hikikhikhik~


Mungkin, aku kena kembali ke style lama. 



Sementelah semua orang khasnya client aku semuanya gaji awal, aku pun terbizi lah. 
PAyment dan payment. 
Dan orang pun sibuk-sibuk nak sign permohonan insurans. 
FYI, Pru BSN skang sudah ada pilihan TANPA KO-TAKAFUL. 
Which is so GREAT!
KAlau berminat nak tau, boleh roger Makbed ye. 


HAri ni gi pasar.
BAwang, ayam , daging habeh walaupun tak de la masak dengan mavelesnya pun. 
HAHAHAHHA...
Pastu banyak proposal tertangguh. Semua nak via email je. 
Dan hari juga nak kena semak semua order HKCC.
Nak wat audit sebab banyak duit masuk. 
Lepas ni Makbed nak beli stok banyak lah. Sebab cepat betui habehnya. 


Lepas balik pasar tadi, tak sempat nak makan koteaw theng yang saya tapau dari pasar, ada pulak client telepon cakap nak amik HKCC. 
TApi, dia nak jumpa di luar. 
Maka, aku start moto dan terus rempit ke tempat sasaran. 
Kalau naik keta, lembab sikit sebab payah parking kat tempat yg dia nak jumpa tu. 

Tak sempat nak borak lama sebab dia pun cam kalut. 
Aku apatah lagi la.
 SO, lepas salam-salam, terus blah.
Tu pun sempat lagi jerit tanya nama dia. Senang aku nak save masuk phone.
Gila, apekah la punya khidmat pelanggan HKCC ni????


PAstu aku gi bank.
Bank in suma duit-duit yg ado. Biarpun berkepuk-kepuk tapi semuanya bukan aku punya. 
Hinss..Hinss...
Ada la aku punya sedikit bahagian. 
Pun aku bank in jugak sebab elok je aku dapat duit tadi, AVON hantar sms kata ada sale sempena cuti sekolah dan dia jemput aku gi ke cawangan berdekatan.
INI SANGAT BAHAYA.
Apatah lagi aku dok tengah berkira-kira nak gi beli baju dalam baru. Oppss!


Sila bersabo Makbed.
Ada baru saja beli SNE dan Beautskin. 
Kesihatan dulu yg perlu dijaga.
Baju dalam tunggu bulan depan. Mana tau ko kurus lagi bulan depan kan.... *HArapaaaaaaaaannnnnn!



PAstuhkan, time aku nak bank in tu, aku tengok je duit dalam beg duit tu dengan renungan kosong. 
TAdi, kastemer haku ni bagi aku RM100 ke RM150?
Apesal aku tak jumpa pun duit terlipat dengan 2 keping RM50?
Sumanya berlipat-lipat 3 keping, 4 keping.. 7 keping. 
Tapi RM100 takde. 
Huuukkkkkkk?!!!!


Oh tidaaak!
Sengal Mak Bedah dah mai pada hari ini, 7 November 2012, hari Rabu jam 10.45 pagi.
GAru-garu kepala sat kat situ.
Yang pasti, tadi aku bagi dia belen RM20 untuk 2 kotak kopi yg dia beli. 


Takpe.. bank in je semua.
PLINGGG!!!!
Dengan sekelip mata aku jadi miskin semula.
Beg duit ringan dan kosong. 
Tunggu jap lagi , bila online m2u, semua 'kekayaan' itu bersifat sementara sahaja. 

Sampai umah, aku masih tak dapat makan koteaw theng trsebut.
Aku gi sms kastemer tadi nak confirmkan berapa Ringgit Malaysia yang dia bagi.
Jujur la cakap kat dia, yg aku tengah blur.
Aku rasa ramai je blur cam haku.


Kendian dia balas..
Dia cakap dia dengan yakinnya bagi aku 2 keping RM100 tadi. 
TApi, kalau lebih, takpe lah.
Jangan kurang.
Gitulah katanya.


Huu...
Allah mudahkan urusan aku bab kastemer ni. 
Semuanya jenis rileks dan cool.
Alhamdulillah...


Ok.Skang aku nak pi makan. 
Dan, akibat serabut maksima, aku dah panggil cleaner untuk kemas rumah aku.
Jam 12.30 satgi dia mai. 
Rumah aku semak , membuatkan aku hidup dalam perasaan bersalah dan tidak tenang.
Sel-sel otak aku tak bersambung. 
Justeru, aku stuck!
Otak kena block.

Persekitaran tempat kita bekerja tu perlu kemas dan inspiring. 
BAru le datang mood dan produktiviti kerja. 


Ini pun info baru dari HKCC...
HArga HKCC maybe akan naik. Sebabnya tak perlu Makbed citer kan lebih-lebih. SInce banyak harga pun naik harga especially gula kan. 
NAik pun takde le banyak mana. Kualitinya tetap sama. Cuma rupa paras je dihapgred supaya lebih anggun. 
So, sapa-sapa yg berniat nak cuba HKCC, let me know.
Skang Makbed ada wat offer, untuk sapa yg nak try boleh beli 5 peket HKCC sahaja dengan harga RM10. 
Kos pos adalah free ek. 
JAdi, grab the chance. 

Buat masa skang HKCC masih berharga RM39.90 sekotak. 
Untuk belian melalui pos, kena charge RM10. 




Serabut tak baca entri ni?


Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram