Followers

26 Nov 2012

SELAMAT TINGGAL GIGI KESAYANGAN KUUUUUUU



Akhirnya, gigi kejayaan akibat melahirkan Oni 4 tahun lepas sudah berjaya diterminate!

BErapa kali dok bertangguh nk pi klenek. 
Lepas habih pantang Oni, berazam nak gi tampal, tapi pastu lupa.
Tetiba, ngandung Wawan. 
PAs bersalin, asyik lupa je. Ingat balik bila time sakit gigi. 
Pastu pindah , kekonon nak wat gigi kat Kedah la.
Huuh HAGHAAMM!...


Mak lak ajak teman dia gi check gigi.
Memang Mak punya klinik giginya terletak di jalan Teluk Wan Jah. Dia selesa kat sana.
Bila Mak cakap nak cabut gigi, aku pun nak jugak la check gigi kan.
HAAHA... dah tua pun gi check gigi kena teman.
Bila Mak cakap nak gi klinik gigi, Alang pun tetiba nak check juga.
PAstu, Abah pun angkat tangan nak check gigi.


Suma kena tunggu Mak rupanya.....



So, di pagi Isnin , aku hatar ONi dan Wawan gi umah pengasuh. 
Aku , Mak, Abah, Linda dan Alang gi klinik gigi.
Alang nak gi klinik kesihatan je. 
Sebab dia just nak check gigi.
YAng beshnya, next appointmentnya adalah pada 2 Januari tahun depan.

MAlas le kitorang nak nunggu.
LAmbat kot.
Aku , Mak, Abah dan LIn gi Klinik Gigi kat JalanTeluk Wan JAh.
Situ memang banyak klinik gigi. Pilih je.
KAt atas klinik gigi, kat bawah kedai tikam ekoq! hihhi..


Memula Mak masuk. 
Setengah jam pastu, MAk kuar mulut senget.
Ada kapas kat mulut.
HAHAHA..
dah siap hoh!
Cepat giler.
Rilek je. Tak nangeh pun Mak. 


Lepas MAk, giliran aku plak la.
Gentar ni nak jumpa doktor gigi.
LAst jumpa sebelum aku menikah kot.
PAstu, tak jumpa-jumpa dah. 
HUhahahahaha...


Gigi aku memang dah tinggal serpih je. BErlubang lak tu.
Ada masanya sakit tu datang, memang le takleh makan apa pun. 
TApi, bila sakit tu ilang, lupa diri lak. 

Bila doc gigi keramat tu, dia cakap ada 2 cara je untuk aku..

Pertama:
Disebabkan gigi ni rosak atas je dan akarnya masih elok, maka disarankan buat rawatan akar dan crowning.
Secara berperingkat. 
MAka jadilah sebijik gigi dan aku tak akan rompong. 
Kos: RM 700 untuk rawatan akar.
RM 700 untuk crowning (sebatang gigi)

Yang rosak sebatang jerr...


Kedua:
Cabut gigi tu terus.
Dan set gigi aku tak cukup da pastu.
Kos: RM50.



Nasib baik la nak cabut tu tak kena operate. Boleh je cabut pakai playar. So, takde la sampai beratuihh!


Dan semestinya aku suka kerja yang cepat dan pantas.
So, aku soh doc cabut je gigi tu. Dah 4 tahun menanggung derita gigi berlubang. 
KAng buat rawatan berperingkat kang, tetiba termengandung lak, sudaaaahhh...........
Iskk... tamo tamo.
LAgipun, gigi belakang je pon. 
Cuma kalau aku senyum lebar sangat tu, nampak le gigi rompong tuh. 
HEHEHEHEHEH...

Ok, so pas cabut ni, aku kena senyum cam Nurul Ain Abdul Salam sahaja. TihtIhtIh~


Memula, doc sapu sesuatu yang rupa dan rasanya seperti strepsil, kaler merah.
Menda tu pun memang kaler merah. 
Sapu-sapu kat kawasan gusi dan gigi yang nak dicabut tu. 
Pastu, dia biar jap...
Then doc suruh aku kumur-kumur. 


PAstu, tibalah masa yang mengerikan...
MAsa untuk cucuk bius. 
Waa... check kena 3 kali cucuk. 
Memula tu sakit .. tapi leh tahan la.
Sebab dia dah sapu gegula strepsil. 
Tapi, lepas bius tu dah 'menyerap, tetiba rasa pipi aku tegang dan keras. 
Ooo.. gamaknya gitu la rasa pakai botox kot kan. 
Pipi kiri aku gigil-gigil tahan ngilu, pipi kanan keras lak. TAk gigil-gigil.

Pastu doc biarkan selama beberapa minit, sampai dia sure yang aku tak sakit bila ketuk-ketuk gusi aku.
Siyes, tak sakit. Even dia korek-korek lubang gigi tu, aku tak rasa pape. 
Itulah dia sihir ubat bius yang sungguh osem. 


Kendiaaan....
Doc datang balik dengan membawa sebilah playar.
Eh,pakai tu je?
Ingat nak pakai pisau bedah ke apa....

Doc tu grip gigi yang rosak tu kuat-kuat, dengan 6 kali lafaz goyang je, aku leh rasa seperti bebas dari cengkaman kesakitan yang membelenggu. 
Eh, gigi aku dah tanggal weh!!!
Selama 4 tahun gigi buruk tu attached ngan aku, finally gigi tu dah takde.
Oh, emosional nyerrr tetiberrr...



"Doktor, buleh tak saya nak bawak balik gigi tu?" tetiba terberani lak nak mintak balik gigi kesayangan aku tu. 

Doktor tu pandang aku dengan wajah yg sungguh heran. 
TApi, dia cakap "OK" je. Siap soh bungkus boh dalam plastik cantik-cantik. 

HAHAHHA..


Tetiba teruja tengok gigi sendiri dalam tangan!!!!!!



Gud bye gigi....


Ni habih dekat leh zoom.
Tak gamak nak zoom dekat kang kome pinsan lak. 
Tapi, aku pun tak sangka yg akar gigi tu sebenarnya panjang jugak.
Iskk.. kuat betui gigi terpasak di gusi.
CIptaan Allah Maha Besar.... Semuanya bersebab. 
Panjang gigi ni dari akar ke puncaknya adalah 1.5cm.
Panjang taaawww!!


PAs kuar bilik doc, aku terus ciwi, tayang gigi haku kat Mak.
Mak jeles sebab dia tak dapat gigi dia balik.
HAHAHAHA.. buleh tak bangga?




Sumpah rasa kelakar dengan diri sendiri lepas kena bius.
Rupa paras tak berubah sangat, andai aku tak cuba untuk senyum.
Air liur asik meleleh sebab otot bibir dan pipi kematu, takleh rasa yang air liur dah penuh.
Tetiba je meleleh.
HAHAHAHAHAH!
Mulut senget. Pipi kanan keras.
Tapi, alhamdulillah... 3 jam lepas tu, aku tak de rasa sakit biarpun ubat bius dah habih. 
Depa bagi aku panadol je sebab aku elergik voltaren. 
TApi, takyah makan panadol pun sebab tak sakit. 
Untunglah darah pun cepat brenti. 


Kesimpulan, cabut gigi kat klinik swasta tu adalah tak sakit.
So, the worst thing was over.



PAstu, giliran Abah lak check gigi beliau.
Hamek, kena dok dalam bilik tu dekat sejam sebab Abah kena cuci gigi dan tampal 2 batang gigi dia.
HAHAHAA..
BErayaq mata dia.
KEluar bilik doktor, dia pun ciwi citer pasal scaling gigi dia. Maklumlah, tak penah tampal gigi kot sebelum ni.
Sama je Abah ngan anak sulung beliau. 


KOs paling mahal adalah gigi ABah la. 
Kena Rm200 lebih. 
MAk pun kena RM80 je. 



BAlik umah, aku tunjuk la gigi aku kat INche Kitchi. 
BEsok dia dah nak ke KL.
Transit... sebelum gi Labuan.
Pasni , PJJ lah aku selama 3 bulan (at least).

Aku soh dia bawak gigi aku ni, buat tangkal.
KAlau orang asli, gigi babiss dibuatnya tangkal azimat untuk TUAH..
So, aku soh Inche Kitchi buat gigi aku ni Loket. Wat la rantai.
GAntung kat leher.
Buleh bawak Tuah perrr...
. HALALAN TOYIBAN lagi.




MAk aku kata...

"Elok la bawak buat tangkal. Bila rindu kat hang kat tengah laut, laki hang buleh gigit gigi tu...."


Eh.. mak niiii....
Lagi kreatip dari aku lak dia.
Sapo la ajor niii.......


Baca kisah awal gigi tu kat sini:
Kisah Gigi Geraham Kejayaan


Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram