Followers

22 Nov 2012

Program Pengambilan Anak Angkat Syuhada Palestin






Ramai jugak yg inbox selepas mengetahui tentang program pengambilan anak angkat Palestin ni.
Actually, aku dapat maklumat ni dari wall mak menakan (mak saudara) aku, Ummi Azzahra yang lebih mesra dipanggil Mak Teh. 

MAklumat yang aku sampaikan ni adalah dalam bentuk tak official. Lebih kepada memberi informasi mengikut apa yang aku fahami.
Maklumat yang selbihnya akan diupdate kemudian bila Makteh dah provide semuanya.



Papepun, kita sama-sama mengucap syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin Allah,  genjatan senjata Israel-Palestin telah pun berkuatkuasa. 
Semoga wujud sinar lebih baik kepada negara ini dan semoga penyatuan kerajaan-kerajaan besar Islam ini menjadi titik tolak perpaduan kita pula di sini. 
Asik gado je...
MAkan beger dengan tak makan beger pun nak bergadoh sampai putus kawan. Pekah???


Akibat serangan yang sangat dikutuk dari pihak Israel yang berlansung selama 8 hari itu telah membuatkan rakyat Palestin hilang suami, hilang isteri, hilang ibu dan ayah tercinta, hilang saudara dan hilang rakan-rakan.
Mereka syahid mempertahankan agama dan tanah air mereka. 
Anak-anak kecik tinggal yatim piatu.
Dengan keadaan negara yang perlu dibangunkan semula, nasib anak-anak ini perlu dipastikan terbela kerana merekalah generasi yang akan restore kembali kegemilangan negara mereka.




Melihatkan gambo ni semalam, hati aku ni berteriak kesiankan anak ni, dan anak-anak lain di sana.
Rasa cam nak gi peluk depa ketat-ketat. 
Tengok gambo pun sebak. KAlau aku kat sana, aduii.. Tatau nak bayang la!


Pun begitu, doa tak putus-putus dipanjatkan untuk kesejahteraan rakyat di sana.
Aku yakin, kalian juga bertindak sama. 


Alhamdulillah, tadi Makteh haplod berita menarik selain dari berita genjatan sejata yang osem tu. 




Info tentang Program Pengambilan Anak Angkat Syuhada boleh di baca di SINI.



BAgi yang bermastautin di Kedah, boleh la terus menghubungi Puan Hjh. Fatimah binti Ahmed Khalil (Setiausaha SALIMAH Negeri Kedah) di nombor telefon 0194479352
Beliau akan beri penerangan lebih lanjut tentang program ni.



Sekian dulu info.
Akan diberitakan lagi kemudian.







Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram